Showing posts with label TEASER. Show all posts
Showing posts with label TEASER. Show all posts

Wednesday, January 30, 2013

Last Teaser: One Day You'll Be Mine 31


 “Insecure but that’s not the point. Kita bukan kat sini untuk bercakap atau mempersoalkan kewarasan aku tapi untuk minta maaf. I know verbal assault is your syle of solving things but assaulting my girlfriend? Geez Firasha, that’s the worse.” marah Nik.
Melihat mereka berdua bertekak begitu membuatkan aku lebih tertanya-tanya hubungan sebenar mereka. Siapakah Nik kepada Firasha dan siapa pula Firasha kepada Nik?
 “Kalaulah awak tahu apa yang saya dah buat.” bunga ketawanya hambar tanpa sebarang warna.
“Saya fikir apabila saya dah ada dengan awak, keadaan akan menjadi lebih baik. Nampaknya saya salah. I keep on hurting you without even meaning to. Rasa bersalah tu adalah hukuman seumur hidup yang berat, kan?”
“Apa yang awak cakap ni?” berjaya juga akhirnya aku untuk membuka mulut dan berkata-kata.
“Angah!”jerit Elisa pula, menuruti langkah Kristine.
Farez juga seperti aku, hanya kaku di situ seperti orang bodoh.  Nafas aku tersekat di dada apabila mataku mendarat kepada sumber kekalutan yang tercipta itu. 

*****

Assalamualaikum dan selamat tengah hari~
Taraa presenting the last teaser, pengubat rindu kepada Encik Dzul Ehsan, Encik Nik Afezal dan Cik Anith Fitriah. 

Kepada yang sudi baca ODYBM daripada Bab 1 sampailah sekarang ni, menunggu dua tahun lamanya, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih. ODYBM takkan ada tanpa pembaca seperti anda, anda, anda dan dan anda semua yang comel belaka.

Dan saya memohon maaf terlebih dahulu andai kiranya ODYBM tidak memenuhi harapan hati, mengecewakan atau pun yang sewaktu dengannya. *nervous mode*

Semoga terhibur dan silalah dapatkan ONE DAY YOU'LL BE MINE kalau berkenan :P 

Menge-date bersama di PB1M Sabtu nanti? 

Wednesday, November 28, 2012

Teaser: One Day You'll Be Mine 30

“Kau fikir diri kau dah cukup bagus untuk buat Nik macam tu? Hey, kau patut bersyukur lelaki macam dia nakkan perempuan low class macam kau! Kalau tak, kau akan end up dengan sampah macam dia ni je.” satu lagi penghinaan keras terbang laju daripada mulut Firasha dan hinggap di hatiku yang mula membara.
Dia menunjal keras dadaku sebelum aku menepisnya dengan kasar.
“Jangan libatkan Aya atau Ehsan.” aku memberi amaran.
“Kurang ajar! Berani kau tampar aku, bodoh.” serentak Firasha mengangkat tangannya untuk membalas tamparan aku tadi dan kali ini mungkin dengan kesakitan yang berganda.
Jantungku semakin laju. Di dalam tidak sedar, aku memejamkan mata, bersedia untuk menerima apa saja yang akan berlaku. 
“Walaupun ia mungkin sesuatu yang dapat mengubah tanggapan Fitri kepada Ehsan?” Kak Rini masih mahu berteka-teki, mungkin dia akan bertambah gembira sekiranya dia tahu yang dia berjaya menyeksa aku dengan rasa ingin tahuku sendiri.
Aku yang baru selesai menyusun gelas di dalam dulang itu pantas menoleh.
“Okay my lady, spill it out.”

****************************************************
Mulakan dengan sebuah teaser dulu. 
Updatenya menyusul kemudian seperti biasa :)

Terima kasih kepada yang masih sudi baca dan komen. 


Jumpa nanti~ 

Friday, November 16, 2012

Teaser: One Day You'll Be Mine 29

“Saya tahu.”
“Hah?!” kaget sebentar aku dengan kata-katanya yang tidak langsung ku duga itu.
“No, no...Maksud saya cantik nama tu. Sesuai dengan awak.”dia ketawa, cuba menyembunyikan kegugupan di atas ketelanjuran kata-katanya sebentar tadi.
Hrmm aku tak rasa aku salah dengar tapi entahlah, di dalam kepenatan begini,aku sudah tidak pasti lagi apa yang benar apa yang tidak. Perlahan-lahan aku memicit dahi yang mula berdenyut. Cahaya lampu yang berwarna putih mencucuk-cucuk mataku lalu sunglasses aku sarungkan semula.

“Tetapi satu je saya nak awak tahu.”tangannya menggenggam erat tanganku, matanya memandang aku tanpa berkedip.
Membuat aku berdebar serta-merta.
“Terdapat garisan yang sangat tipis di antara kasih dan obsesi. Jangan mudah keliru.”ujarnya, serius.
 Masalah besar ni. Apa yang sudah berlaku sehingga dia sanggup ikut aku ke sini? Aku perlu melakukan sesuatu atau akan berantakan lagi studio ni dengan amukan yang berganda dahsyatnya.
“Tapi aku tak pasti pula tentang dia.” Ehsan dan aku berpandangan.
“Open this damn door, morons!”
Ringan sahaja badan aku terasa. Janganlah pula aku pengsan di sini.
“Saya rasa saya masuk ke dalam dulu. Mari kita selamatkan diri, Aya!” Farez menepuk bahu Ehsan sebelum menarik Aya dan menghilang di sebalik pintu yang sedari tadi bertutup rapat.


**********************************************
Terima kasih untuk yang sudi singgah, membaca dan komen.
Love all the comments...really ^^



Jumpa nanti~ 

Thursday, November 8, 2012

Teaser: One Day You'll Be Mine 28

“Jadi kau marah dan bencikan aku? Kau benar maksudkannya bila kau cakap yang kau tak mahu tengok muka aku lagi, kan?” dan tidak sama sekali aku akan berundur.
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Lupa terus aku kepada tujuan sebenar aku ke sini pada hari ini sehingga ‘berkhemah’ di hadapan rumahnya. Aku sepatutnya memohon maaf tetapi yang aku berjaya lakukan adalah satu lagi ‘pertempuran’ kecil dengan Ehsan.
“Again, I didn’t say anything like that. Berhenti menyumbat perkataan ke dalam mulut aku sesuka hati kau. Sama ada aku maksudkannya atau pun tidak, ia takkan mengubah apa-apa. Aku tak tahu kenapa tapi aku tak boleh nak keluarkan kau daripada hidup aku. Kau seperti gula-gula getah yang melekat kat tapak kasut, tahu? Annoying.”
Oh...
Adakah aku akan memburukkan keadaan sekiranya aku menangis?  Itu satu kata-kata yang sangat, sangat, sangat dan sangat menyakitkan. Ehsan penuh dengan sesuatu yang begitu, bukan? Okay, tidak ada apa lagi yang mahu aku cakapkan. Aku sungguh tak mampu untuk menyusun kata lagi.
“Sangat menepati masa, Cik Anith Fitriah.” sela Nik sebaik sahaja aku mengambil tempat bertentangan dengannya. Kerutan di dahi lelaki itu menyatakan yang dia tidak berminat untuk memulakan perbualan kami dengan sebarang mukadimah indah.
“Walaupun saya cuti tapi itu tak bermakna saya tak sibuk.” tempelakku.
Mencerlung Nik sebaik sahaja perkataan-perkataan itu keluar daripada mulutku.
“Sibuk melayan Ehsan?”
 “Apa sebenarnya yang awak tak beritahu saya, Nik?” aku bertanya, masih kaku berdiri tanpa mempedulikan mata-mata yang dihalakan ke arah kami, menonton drama kecil itu dengan penuh minat.
Nik tunduk, kembali membisu lagak seorang pesalah.
Bagus, bukan sahaja dia sentiasa menyakiti aku seperti Ehsan, dia juga mempunyai rahsia seperti makhluk aneh itu.


*****************************************
Ya, teaser lagi :)
Sebenarnya saya cadang nak update sampai Bab 28 dulu sementara nak menunggu reply KS.
Boleh tak macam tu?

Jumpa nanti.



Wednesday, October 31, 2012

Teaser: One Day You'll Be Mine 27

“Kau sleepwalking ke?” suara garau itu membuatkan aku pantas membuka mata.
Ehsan sedang berdiri di sebalik pintu yang hanya dikuak cukup untuk membenarkan aku melihat sebahagian daripada tubuhnya yang tidak berbaju itu.
Oh dia dah buka pintu rupanya!
“Hai Ehsan! Selamat pagi. Apa khabar?” aku memulakan.
“Melawat mangsa kejadian seawal pagi begini?”
Lelaki itu membongkokkan sedikit badannya agar kami berada di paras yang sama. Matanya tajam memandangku.
“Sebagaimana tak ada orang yang boleh gantikan tempat Nik Afezal di dalam hidup kau, sebegitu jugalah tak ada yang boleh gantikan kamera tu. Sebagaimana bernilainya Nik Afezal kepada kau, begitu jugalah bernilainya kamera bodoh tu kepada aku. Berhenti mengambil mudah hidup orang lain, Fitri, kalau kau tak tahu apa-apa.” keras kata-katanya dilontarkan kepadaku.
“Bukan itu maksud aku. Jangan salah...”
“Aku tak peduli apa maksud kau. Yang aku tahu sekarang ni, aku tak mahu tengok muka kau kat sini. Oh biar aku beri kau cadangan, apa kata kau cari Nik dan ganggu hidup dia pula? I’m sure he would love that. A lot.”

“Kau dah rosakkan kamera aku dan sekarang kau nak aku masuk lokap sebab mendera pula?”
Tidak tahu untuk membalas kata-katanya itu, aku hanya diam.
Anggota badanku masih lagi tidur kebanyakkannya, membuat agak sukar untuk aku berdiri tanpa terhuyung-hayang. Hati aku berdoa agar perkara ini tidak sampai ke pengetahuan Elisa. Jikalau tidak, pasti sampai bulan depan dia dan Kristine akan mentertawakan aku. Inilah apa yang orang Melayu katakan ‘sudah jatuh ditimpa tangga’.

*********************************************
Hello, apa khabar? ^^
Teaser lagi. Macam biasa ngeee~
Oh saya sebenarnya dah hantar manuskrip penuh kepada KS.
Tak tau apa akan jadi seterusnya.
What do you guys think will happen?
Saya budak comot yang baru belajar. 
Tunggu dan lihat dan nervous. 


Terima kasih sebab sudi baca One Day You'll Be Mine. 
Anda,anda,anda semua saya sayang to the power of infinity. 
Jumpa lagi ^^

Sunday, October 21, 2012

Teaser: One Day You'll Be Mine 26

“Farez...” aku terhenti.
Aku dapat rasakan wajahku mula berubah warna. Hati aku usah dicerita lagi keadaannya, seolah-olah sudah dapat mengagak keseluruhan cerita meskipun apa yang disajikan oleh Farez sebentar tadi tidak lebih daripada bayangan kepada perkara yang sebenarnya berlaku.
Di dalam fikiranku ketika itu hanya satu; aku sudah melakukan kesilapan yang besar!
 “Encik Nik Afezal.” satu persatu perkataan itu disebut oleh Elisa agar telinga aku dapat menangkapnya dengan jelas.
Nik? Nama itu menyapa telinga aku bagaikan halilintar yang dahsyat, hampir membuatkan aku tumbang di saat itu juga. Lelaki itu takkan pernah buat hidup aku aman. Bagaimana pula tiba-tiba dia boleh terlibat di dalam hal ini?
“Apa kaitan Nik dengan perkara ni?”
 Ehsan sedikit pun tidak cuba untuk mempertahankan dirinya, sekadar membenarkan apa yang salah. Sehingga kini, aku masih tidak memahami apa-apa tentang bekas suamiku itu. Unik sungguh dirinya yang satu itu dan kini kerana keunikannya itulah, proses meminta maaf daripadanya akan menjadi dua kali ganda sukar. Oleh kerana itu juga, aku perlu melipat gandakan kekuatan dan usahaku.
“Ia tak seteruk tu, Fitri. Kami berdua bergurau je. Sudahlah, berhenti salahkan diri kau. Ehsan dah lalui perkara yang lebih teruk dan aku pasti kamera yang rosak tu tak akan membunuhnya. Dia tu keras macam konkrit. Elisa benar, kau patut minta maaf daripada Ehsan. Tetapi kalau dia sombong, abaikan saja. Tak perlu buang masa untuk orang macam tu. No offence, Elisa.”
“None taken. Angah memang benar bukan seorang teman yang baik, jauh sekali manusia yang sempurna, tapi percayalah, dia sempurna dalam cara dia sendiri. Kalau Kak Ngah ambil sedikit masa dan kesabaran untuk mengenali Angah, Kak Ngah akan sedar yang dia lebih baik daripada apa yang dia tunjukkan kepada kita semua. Tapi kalau Kak Ngah tetap tak dapat tengok good side Angah tu, jangan risau. Kak Ngah tak bersendirian sebab Lis pun sedang mencuba sebenarnya.” ketawa Elisa meletus, lucu dengan apa sahaja yang baru dikatakannya.

**********************
 I'm back!!
Tak kira...nak publish teaser dulu gak :P
ngeee~ 

Saturday, September 29, 2012

Teaser: One Day You'll Be Mine 25

Aku menggenggam stereng kereta sekuat hatiku, menyalurkan seluruh kemarahanku kepadanya. Badanku terasa panas sehingga kedinginan air-cond sedikit pun tidak terasa. Hon kereta aku picit untuk kali yang kelimanya sejak sejam yang lalu. Sebolehnya aku mahu cepat sampai ke sana. Ya, cepat sampai agar aku boleh menampar wajah itu! Tak pernah aku merasa marah sebegini seumur hidup aku sehinggalah sekarang.
Dzul Ehsan memang betul-betul melampau! Tak berhati perut!
 Surat khabar di atas meja aku capai lalu aku lempar ke mukanya sekuat mungkin.
“What the...”Ehsan membuka mata, bingkas bangun.
Mata kami bertentangan namun kekeliruan jelas terpancar di wajahnya.
Kenapa pula kau harus keliru sedangkan kau pihak yang bersalah di sini?!
Sekali lagi aku menarik nafas namun kali ini untuk memudahkan aku meluahkan segala marahku kepadanya. Wajahnya aku pandang dengan kebencian yang menggunung. Sedaya upaya aku cuba menahan diri untuk tidak menamparnya, sekurang-kurangnya bukan sekarang. Aku perlu mendengar apa alasan yang akan diciptakan oleh Ehsan untuk mempertahankan dirinya kali ini.
 “Apa sahaja yang aku rasa atau tak rasa, itu bukan masalah kau. Tak perlu susahkan diri ke sini semata-mata untuk marah aku sebab ia tak lebih daripada kerja yang sia-sia. You shouldn’t be wasting your time on an irresponsible jerk like me when you have your resurrected boyfriend to focus on. Aku tak pernah masuk campur hal kau dan aku harap kau pun boleh buat perkara yang sama. Is that so freaking damn hard to do, huh?”
“You came this far, barged into my studio like some uneducated monkeys, just to throw your best insulting words at me? Wow, aku tak tahu sama ada aku patut melompat kesukaan atau marah! Didn’t even know I worth a second of your precious time. Sekarang sungguh aku rasa aku terhutang sesuatu kepada kau dan mungkin aku patut balas ‘kebaikan’ kau ni dengan beritahu kau apa yang kau nak sangat dengar. Jawapannya sangat jelas, takkan kau tak nampak? It’s because I don’t give a damn about other people around me.”

Oh oh saya suka teaser ni ngeee~
Dah tukar template, what do you guys think? 
Senang dak nak baca? ^^
Macam selalu, terima kasih daun keladi.

Bye...jumpa di update yang akan datang ^^
 

Thursday, September 20, 2012

Teaser: One Day You'll Be Mine 24

“Bergaduh dengan Nik, pasal Aya?”tanya mama, pantas.
Dia memandang aku, kelihatan sedikit kecewa. Reaksi yang normal untuk mama aku kira. Yalah, mama merupakan orang yang paling mahu melihat Aya rapat dengan aku, mahu aku menjadi ibu kepada cucunya itu meskipun tidak ada sebarang pertalian yang dapat mengikat aku kepada anak itu kini.
“Kalau itu penyebabnya, mama minta maaf sangat-sangat. Tak ada maksud pun nak beri masalah kepada hubungan Fitri dengan Nik. Kalau Nik tak suka, tak apalah. Mama faham.”tambah mama lagi, menyedarkan yang aku perlu berkata sesuatu agar orang tua itu tidak berterusan dengan andaiannya sendiri.
 “Stop calling me! When someone doesn’t answer their phone after thousand of calls, it means they don’t want to be disturb. Can’t you take a hint?!”bentak Nik, mengejutkan aku yang baru sahaja melabuhkan punggung ke kerusi.
Sikap Nik yang kasar itu sedikit mengejutkan aku. Dia tidak pernah meninggikan suara dengan sesiapa pun sepanjang aku bersamanya dahulu. Tetapi kini, mudah sahaja baginya untuk hilang sabar, menengking sesuka hati. Bimbang aku sekiranya hati ini berat untuk menerima sikapnya yang satu  itu kerana di mataku, Nik yang pernah aku kenali dahulu cukup berbeza dengan yang ada di hadapanku.
 “Ibu.”Aya berlari mendapatkan aku yang kebingungan, matanya berair. Ketakutan jelas terpancar di wajah anak itu.
Apa dah jadi?  Satu mesej telepati aku hantarkan kepada Kristine.
“Aya ada dengan Fitri. Tengah makan. Err...nanti Fitri call mama balik boleh?”tanpa menunggu kata-kata selanjutnya daripada mama, aku menamatkan panggilan.
“Kenapa, Aya? Papa marah ke?”pujukku dalam usaha untuk mendapat keseluruhan cerita daripadanya.
Aya menggeleng laju. Tangannya masih memeluk pinggangku, erat sekali.
“Nope, it’s worse than that and you owe me one, Miss Anith Fitriah.”Kristine berkata, membuatkan aku bertambah keliru.

Satu lagi teaser. Ada kesan tak?
Tak berkesan?


ODYBM sebenarnya ada 56 bab. Dan sekarang baru siap ermm 73.21%. Asyik main-main sangat, itulaa yang jadi. Semua kerja terbengkalai.
InsyaAllah akan siap sepenuhnya hujung October ni. Wuhuu *excited sendiri*
Ermm untuk yang komen dan baca ODYBM 23, terima kasih daun keladi. Nanti dah update, baca dengan komen lagi ya~ ^^
Dan sincerely from the bottom of my heart; anda, anda ,anda, anda, anda dan anda semua adalah motivator yang sangat hebat. 
Tak pernah sangka diri ni boleh menulis dan ada orang nak baca pulak tu. *terharu*

Okay, now it's kinda awkward here...
Oh well, I love you guys, thanks for reading, commenting, for taking the (ridiculous) poll and all. 
Pheww sorry for the long nonsense rambling. 

See you soon~


Saturday, September 8, 2012

Teaser: One Day You'll Be Mine 23

 “Teruskanlah cakap macam tu dan saya mungkin akan jatuh cinta betul dengan dia.”kata-kata itu tak lebih daripada satu gurauan tetapi wajah Nik menyedarkan aku bahawa ia bukan satu gurauan yang baik.

    “Nik , berapa kali lagi kita nak cakap pasal ni? There’s no Dzul Ehsan in my mind, not now, not ever.”dua perkataan terakhir itu seakan-akan enggan keluar daripada bibirku sehingga kini, aku pula yang mula meragui kata-kataku tanpa sebab.
 “Uh saya tak ada banyak pilihan kat sini, Fitri. Everyone hates me. Keluarga awak, kawan baik awak, bekas adik ipar awak.  Senarai tu semakin meningkat daripada hari ke hari. Mungkin semua orang lebih suka kalau awak terus dengan Ehsan.”suaranya kedengaran sedih, dan sekali gus dengan jayanya membuatkan aku bersimpati kepadanya. Aku sendiri juga sedar keadaan juga tidak mudah bagi Nik. Dia sudah sedia maklum yang kepulangannya tidak disenangi oleh mereka yang rapat dengan aku.

“Good job, ibu. You almost kill him with your words. Termasuklah husband tersayang Kak Rini tu.”aku mengecilkan mata, memandang ibu yang sedang menuang air masak ke dalam botol untuk dimasukkan ke dalam peti ais itu. Pandangan aku beralih pula kepada Kak Rini yang sedang membelek majalah Nona dengan muka tidak bersalah.

“Untuk sejam yang akan datang, Kak Rini tak kenal mana-mana manusia yang bernama Anith Asyraf. Serius.”

“Bagus sebab dua jam sebelum ni pun Fitri rasa Fitri tak ada abang.”aku membalas, melepaskan geram yang terbuku di dada sejak dua jam yang lalu.

Ibu tidak mempedulikan aku, meneruskan kerjanya seperti biasa seolah-olah aku tidak wujud di situ. Tiada sedikit senyuman pun menghiasi wajah ibu, cemberut sahaja kelihatannya. Siapa yang bersalah dalam hal ini? Sepatutnya aku yang marah, bukannya ibu. Sukar betul aku nak memahami perangai orang di sekeliling aku sekarang ini.

“Ibu dah puas hati?”tanyaku.

“Untuk lelaki macam tu, Fitri marahkan ibu?”ibu bertanya kembali, membuatkan aku kehilangan kata.
 

Cookies as a token of apology sebab lama tak update.  My final exams mula 22/9 - 28/9, tetapi update tetap macam biasa.
So, jumpa di update yang akan datang.