Monday, March 25, 2013

ODYBM: Sinopsis Versi 2

Assalamualaikum dan hello ^^ 
How's everyone? Dah nak dekat 3 bulan Anith Fitriah, Dzul Ehsan dan Nik Afezal ada kat pasaran. 
  • Untuk yang dah baca, terima kasih dan maaf untuk segala kekurangan. 
  • Untuk yang nak baca, terima kasih juga dan semoga terhibur. 
  • Untuk yang masih berfikir, kat sini saya nak kongsikan draf sinopsis (versi saya) untuk One Day You'll Be Mine. 

Terikat di dalam sebuah perkahwinan tanpa rela. Ah, cliché sungguh bunyinya! Namun itu yang terjadi. Perkahwinan yang memperkenalkan aku kepada seorang makhluk aneh menyakitkan hati lantas menjadikan aku seorang ibu kepada anak yang sering diabaikan. Lara hati ini usah dicerita lagi.
Dzul Ehsan - Encik suami yang tak punya sebarang perasaan dengan sikap yang teramat beku. Entah apalah yang ada di dalam fikirannya pun aku tak pasti, terlalu misteri dan rumit untuk ditafsir. Tapi kepetahan dan kepedasan kata-katanya, aduh…mahu pecah hati ni rasanya!
“Honestly, I don’t give a damn about what you’ve said about me. Nak lagi jujur, I don’t give a damn about you. Aku sekarang ni cuba untuk berlaku baik.”
Ouch, Ehsan! Sangat menyakitkan.
Kami berdua berkongsi kisah yang hampir sama, masih dibelenggu secebis kenangan yang meragut kedamaian jiwa. Kenangan yang takkan mungkin mampu membuat perkahwinan itu bertahan. Akhirnya, kami kembali menjadi dua manusia asing.
Syukur kerana hati Anith Fitriah hanya untuk Nik Afezal. Demi lelaki yang cukup dicintai itu, apa saja aku sanggup lakukan. Kalaulah boleh aku putarkan kembali masa dan membetulkan kembali keadaan…
Kalaulah…
Tetapi bukankah mereka pernah berkata; be careful what you wish for?
Permulaannya adalah jambangan bunga misteri itu dan sepatutnya aku sudah menyedari yang hidup aku tak mungkin akan kembali sama.
Semua yang wujud seolah menyimpan rahsia yang cukup besar -  ibu, abah, si dia pemilik tunggal hatiku, makhluk aneh Ehsan, si angkuh Firasha serta Dato’ Jun yang hebat dan ya, mungkin juga ibu tunggal cantik itu.
Sebuah rahsia yang mampu mengubah, membina, meruntuhkan dan juga mungkin… membunuh.
“Aku punya rancangan yang cukup sempurna. Tapi kau, dah rosakkan rancangan aku dan aku tak suka orang rosakkan rancangan aku.”
Oh Fitri, kau memang suka mencari masalah!

Hopefully, readers dapat melihat dunia daripada perspektif  Anith Fitriah. 
See the world through her eyes, share her pain, join her in her journey of finding happiness and the true meaning of life, friendship and love.   


P/S: One Day You'll Be Mine boleh dibeli secara online di KaryaSeni website atau pun MPH online.


Terima kasih. Jumpa lagi nanti~