Saturday, October 2, 2010

One Day You'll Be Mine 1


Perkara terindah dalam hidup aku, sebagai seorang manusia yang normal, setelah seharian penat bekerja adalah berehat di rumah sendiri, tanpa sebarang gangguan. Melelapkan diri di sofa selama beberapa minit sebelum melangkah ke bilik air, menyegarkan badan. Alangkah indahnya.
Namun, sangat mustahil.
Aku memicit pangkal bahu yang lenguh, tidak langsung membuka mata memandang manusia yang baru sahaja menghidupkan televisyen serta mengambil tempat di sofa yang bertentangan dengan aku itu. Dengan sekelip mata, ketenangan aku diragut.
Jangan kata nak lelapkan mata seminit dua, nak duduk di situ pun aku sudah tidak tahan. Aku menggigit bibir. Kenapalah ada manusia yang tak reti bahasa sangat?
“Kau pekak ek?”aku berkata, cuba menahan rasa geram yang semakin menebal.
“Aku boleh dengar kau bercakap. So, no, I’m not deaf. Thank you for asking.”
“Jadi boleh tolong jelaskan kat aku kenapa kau kuatkan volume tv ni sampai orang kat Afrika sana pun boleh dengar?”
Mendengar itu, meletus tawanya. Pandangannya tetap tertacap kepada televisyen.
Ya, kalaulaa hidup aku normal….
Lelaki ini adalah salah satu punca yang menjadikan hidup aku yang dahulunya tersangat-sangat normal, kini kacau-bilau.
Malas untuk bertekak, aku mengambil keputusan untuk masuk ke dalam bilik. Satu-satunya tempat dalam rumah ni yang mana aku boleh betul-betul berehat tanpa gangguan sesiapa pun.
Aku bangun dan mencapai beg aku yang aku letakkan di atas meja tadi.
Err…beg? Mana beg tangan aku?
Aku memandang ke arah meja yang kosong itu, kemudian ke arah sofa.
Tak ada! Ah, pulak! Ingat betul-betul Fitri kat mana kau letak beg kau tu. Jangan gelabah.
Aku kembali semula ke sofa, mencari di bawah bantal, di bawah sofa, di mana sahaja ceruk yang boleh aku fikirkan.
“I think you might wanna check the trash bin.”kedengaran suara lelaki itu.
Aku memandangnya dengan tidak percaya. Wajahnya tetap tidak memberi sebarang reaksi seperti selalunya. Kaki ku segera melangkah ke arah dapur.
There it is! My bag…in a trash bin!
“EHSAN….!!!!”
Yup, itulah nama lelaki yang tanpa perlu bersusah-payah dengan berjayanya telah membuatkan hidup aku berantakan.
Dzul Ehsan bin Haji Amiruddin merupakan menantu pilihan ibu dan abah, dan itu menjadikan makhluk tidak normal itu suami aku. Hubungan antara kami memang tidak normal. Sudah semestinya. Bagaimana aku dapat menjalani kehidupan yang normal bersama seorang suami yang sangat tidak normal? Masing-masing menguruskan kehidupan sendiri. Dia dengan hidupnya, manakala aku dengan hidup aku. Masalah hanya timbul jika kami berdua kebetulan berada di bawah bumbung yang sama pada masa yang sama.
Perkahwinan kami memang seratus-peratus BUKAN atas dasar cinta. Dia merupakan anak kawan lama abah, merangkap bekas jiran kami ketika di Johor dahulu. Kali terakhir aku melihat Ehsan adalah ketika aku berumur 15 tahun kerana selepas itu kami berpindah. Meskipun kami berdua merupakan jiran, tetapi kami tidak pernah bertegur-sapa, sehinggalah sebulan yang lalu.
Dia adalah lelaki yang sangat pelik. Tak, pelik pun tidak dapat menggambarkan diri lelaki itu. Ehsan bukan seorang lelaki yang banyak bercakap. Sekiranya aku tidak mencari pasal dengannya, dia hanya diam dan menguruskan kehidupannya seperti aku tidak pernah wujud. Dan aku pula bukan sengaja mencari pasal dengannya hanya untuk membuatkan dia bercakap dengan aku kerana sesungguhnya aku tak kisah langsung kalau dia tak bercakap dengan aku sampai air laut jadi tawar pun. Masalahnya, dia sering sahaja terlepas pandang akan kewujudan aku di dalam rumah itu. Semua perkara dilakukannya sesuka hati, tidak langsung mengambil kira pendapat atau perasaan aku. Lihat seperti tadi sudahlah. Bukannya dia tidak tahu yang aku baru pulang daripada kerja, penat. Tetapi dia langsung tidak ambil kisah. Perangainya yang sebegitulah yang selalu saja menaikkan darah aku.
“Opps, sorry!”tidak ada walau sedikit pun riak bersalah di wajahnya. Dia memasuki ruang dapur, mencapai gelas dan berlalu ke peti sejuk.
Geram aku kepadanya semakin menggunung. Geram kerana tak pernah sekali pun aku melihat expresi lain di wajah itu. Marah, geram, sakit atau apa-apa sahajalah yang boleh menyatakan bahawa dia adalah manusia yang sihat. Wajah ‘deadpan’ nya itu yang sangat berjaya menyakitkan hati aku. Dia tidak ada emosi ke?
“Kenapa kau buang beg aku, bodoh?”aku mengelap-ngelap beg tangan aku itu dengan hati yang merobak-robak.
Aku baru beli dua minggu yang lepas, sekarang dah jadi makanan tong sampah.
“Simple. Sebab kau buang beg aku hari tu. Now we’re even. Next time, jangan sentuh apa pun barang yang ada dalam rumah ni, especially barang aku. “dengan itu dia berlalu.
“Well, minta maaf. Tapi kan aku dah suruh kau simpan barang kau elok-elok. Kalau kau sepah-sepahkan merata, tu bukan maknanya kau dah tak nak pakai ke? Aku tinggal sini juga okay! So I have equal…”
“Dan untuk itu kau salah! Ini rumah aku. Kau pendatang kat sini.”dia berhenti seketika sebelum menoleh memandang wajah aku, tepat.
“Fitriah, aku tak suka cari pasal dengan kau. Hidup kita akan aman kalau kau tak berterusan cari pasal dengan aku. Aku just nak hidup aku yang dulu. Jadi, sangatlah aku hargai kalau kau mind your own business and buat rumah ni macam rumah aku.”
“Kau fikir kau seorang je nak hidup kau balik? Aku takkan cari pasal kalau kau tak buat sesuatu sesuka hati. This is absurd, you’re absurd. ”
Dia tersenyum, menampakkan lesung pipitnya di kedua belah pipi. Mungkin senyuman ini yang menawan hati wanita itu.
“Aku rasa kau dah hidup sorang lama sangat sampai kau dah lupa cara untuk hidup dengan manusia normal macam aku ni.”jerit aku dan segera melangkah ke bilik.
“Dan kau pula kena belajar hidup dengan manusia, bukannya kenangan silam.”kata-kata itu menyapa telinga ku bagaikan halilintar.
Dia takkan pernah gagal menyakitkan hati aku!

~komen, kritikan sangat dihargai...TQ~
Share:

5 comments:

Anonymous said...

best2...
xmo sad ending
yea waney :)

-ieja-

Inawza.Yusof said...

~hehe...takkan wujud sad ending punya...~tq for the review kak ieja... xoxo

Anonymous said...

ceh ieja ....

ini ieja rosliza ke ... hehehe

Hanna Iha said...

permulaan yang sgt menarik

azalia said...

starting pon dh bt sy senyum n sengih mcm kerang wangi~ hehe