Wednesday, October 20, 2010

One Day You'll Be Mine 6


6
“Ehsan, kenapa kau biarkan mama fikir yang semua ni salah kau?”aku menyuarakan rasa hatiku sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah, tidak berniat untuk membuang masa walaupun sesaat. Aku sudah menunggu dia seharian. Sekarang, hampir jam dua pagi baru dia pulang. Gila!

“Berita cepat tersebar, kan?”katanya, selamba.
Aku memeluk tubuh, memandangnya dengan perasaan yang bercampur.
Dia masih boleh bersikap selamba dalam keadaan begini? Tidak adakah perkara dalam dunia ini yang boleh buat dia peduli?

“Kau patut beritahu mama yang ini keputusan kita bersama. Tengok, kau dah buat mama kecil hati dengan kau.”kesal benar aku apabila memikirkan hal itu.
Ehsan menolak tubuhku yang sedang menghalang laluannya dengan perlahan. Beg laptop serta kameranya yang kelihatan agak berat itu diletakkan di atas sofa.

“Macamlah ia akan beri apa-apa perubahan. Jangan pedulikan mama sangat. Mula-mula dia memang akan marah. Macam waktu dia cuba jodohkan aku dengan…”kata-kata Ehsan terhenti di situ. Dia kelihatan seperti baru tersedar akan sesuatu yang selama ini tidak pernah dipedulikannya.

“Dia pernah cuba jodoh aku dengan kau, once! Macam mana aku boleh terlupa pasal tu. Well anyway, lepas aku cakap ‘No’, mama agak marah tapi lepas tu dia cool down sendiri.”
Aku sendiri pun dah lupa pasal tu. Mereka pernah cuba menjodohkan kami, ketika itu aku di tahun pertama pengajianku, Ehsan pula ketika itu berada di States. Tetapi kerana tidak mendapat persetujuan daripada kami berdua, rancangan itu tidak berjaya. Tak sangka, hasrat ibu serta mama tercapai juga akhirnya. Benarlah orang kata usaha tangga kejayaan. Dowh…

“Sekarang, kita boleh proceed ke level yang seterusnya. We’re both gonna have our life back.”
Inilah yang sangat aku nantikan, tetapi kenapa hati ini tidak gembira?

“Tetapi masalah kau dengan mama?”
Ehsan mengeluh, memicit bahu kanannya.

“Kan aku kata jangan risau pasal mama. Fitri, aku sangatlah penat. Boleh kita bincang pasal ni esok, lusa, tahun depan, atau paling cepat lepas aku bangun tidur nanti?”dia mula bergerak ke biliknya.
Adakah aku pentingkan diri kalau aku membiarkan sahaja Ehsan sendirian menghadapi masalah dengan mama sedangkan aku turut terlibat dalam hal ini? Memang aku mahu bebas secepat mungkin tetapi…Ehsan kelihatan seperti tidak peduli. Benarkah dia tidak peduli atau itu merupakan defence mechanism yang diciptanya agar orang lain tidak dapat menebak perasaannya? Aku sungguh tidak tahu.

“Ehsan, memang aku nak hidup aku balik secepat mungkin. Tapi bukan macam begini. Aku tak boleh biarkan kau dan mama bergaduh.”
  
“Apa yang kau cuba buat sekarang ni? Nanti kau menangis lagi macam semalam.”

“Last night I’m…ermm overwhelming. That’s all. Beritahu aku yang kau tak kisah mama kecil hati dengan kau.”

“So what, kalau aku kisah. Tak ada benda yang berubah, kan? Perkara yang harus berlaku, mesti berlaku juga.”
Aku mengangguk.

“But not like this. Aku akan terangkan perkara sebenar kepada mama, ibu aku juga. In time mean time, let’s put a hold to our ‘escape plan’.”

“Fine. Buat sajalah apa yang kau suka.”Ehsan masuk lantas menutup pintu biliknya.
 Begitu saja? Terlalu senang berurusan dengan Ehsan. Hal-hal yang sebesar begini dapat diselesaikan dengan mudah. Sikapnya yang enggan merumitkan keadaan berupaya menjadikan masalah yang sangat complicated menjadi semudah satu campur satu. Bagaimana dia lakukannya? Kau benar kena beri aku sedikit tips, Ehsan, sebab otak aku ni dah terlalu berserabut dengan masalah-masalah yang entah bila dapat aku selesaikan.
Keputusan sudah aku buat, dan aku akan tetap pegang keputusan aku tu tak kiralah apa yang terjadi. Jika kami mahu berpisah, aku mahu kami berpisah dengan cara yang baik. Tidak menyakitkan sesiapa, terutamanya mama. Oleh itu, kami perlu berbincang.


Aku memerhatikan mama yang sedang memasukkan anak pokok ke dalam pasu dengan penuh berhati-hati. Ibu mertua aku sememangnya gemar berkebun. Jika dia tidak mempunyai aktiviti bersama teman-teman, pasti tumpuannya kepada pokok-pokok bunga yang banyak disekeliling rumah.

“Adoi, lenguh pinggang! Dah tua-tua ni buat kerja sikit, sampai ke pinggang sakitnya.”mama bangun, membasuh tangan kemudian berjalan ke meja yang sudah tersedia sepiring biskut berserta teh.
Aku tersenyum, membontoti langkah mama.

“Keluar peluh baru rasa lega.”mama berkata lagi.
Aku menarik nafas.

“Mama…”terhenti aku di situ apabila sebuah kereta yang cukup aku kenali masuk ke perkarangan rumah.

“Ehsan?!”dahiku berkerut.
Apa yang dia buat kat sini?
Mama mengangguk, menuang teh ke dalam cawanku.

“Mama suruh dia datang. Fitri ke sini mesti ada perkara nak bincang dengan mama, kan? Jadi mama rasa lebih baik kalau Ehsan ada sekali. Kita selesaikan semua hari ni juga.”wajah mama serius, membuatkan jantung aku tiba-tiba berdegup pantas.
Ini sangat mengejutkan. Bawa bertenang, Anith Fitriah. Kalau tak, kau akan merepek nanti. Sangat tak cool. Melihat Ehsan yang semakin menghampiri kami itu membuatkan aku lebih kalut. Tarik nafas, tarik nafas. Fuh….Aaa, tak ada effect pun!

“Hai.”aku berkata kepada Ehsan yang kini sudah berdiri di sebelahku.
Dia nampaknya turut tidak menyangka bahawa aku akan berada di sini.
Ehsan menarik kerusi lalu duduk di sebelah mama.

“I’m here. Ladies, the time limit is half an hour.”kata Ehsan.
Bagus sungguh Ehsan ni. Kalaulah ibu dapat lihat perangai menantu ibu yang sebenarnya, mesti ibu bangga.
Mama menjeling tajam. Jelingan yang mampu membuat dinding rumah berlubang-lubang seperti ditembak M16. Namun, ternyata jelingan itu tidak cukup berbisa buat Ehsan.

“Apa yang Fitri nak beritahu mama?”mama bertanya kepadaku, nadanya lembut.
Aku memandang sekilas lalu ke arah Ehsan yang nampaknya juga sedang menanti aku berkata sesuatu. Dahiku yang tidak gatal itu aku garu dalam usaha aku untuk cuba mencari ayat yang sesuai.

“Dia takut mama dengan Angah bergaduh.”aku baru sahaja mahu membuka mulut untuk berkata-kata apabila dipotong oleh Ehsan yang ternyata lebih pantas. Memanglah, dia tak memerlukan mukadimah yang baik.

“So, boleh tolong beritahu dia yang semuanya baik-baik sahaja antara kita supaya Ehsan boleh cepat ceraikan dia dan dapat hidup Ehsan balik.”
Mama mencerlung, berombak-ombak dadanya menahan marah.
Aduh, Ehsan! Aku tahu kau tak peduli dengan apa pun yang berlaku baik kepada diri kau sendiri, tapi mama bukan macam kau. Kau tak boleh cakap sesuka hati je. Aisey…

“Angah, jangan sampai mama tampar Angah lagi.”bentak mama.

“Mama, mama…sebenarnya, ni bukan keputusan Ehsan sorang.”aku pantas berkata.

“Ini keputusan kami berdua. Mama tak boleh marahkan Ehsan saja.”saat itu, aku tidak mampu lagi untuk memandang wajah mama.
Mama memegang tanganku.

“Cuba cakap dengan mama. Kenapa, Fitri? Kalau pasal perangai Ehsan, memang mama…”
“Bukan. Perangai dia dah memang macam tu, jadi dah tak boleh nak buat apa. Sebenarnya, Fitri tak bersedia lagi. Selepas kejadian tu, Fitri tak rasa Fitri boleh terima orang lain dalam hidup Fitri.”

“Fitri sedar tak kenapa ibu Fitri buat macam ni? Angah pun. Sebab kami sayangkan kamu berdua. Kami tak mahu kamu berdua terus hidup macam ni. Mengenangkan benda yang dah berlalu. Takut nak mulakan kehidupan baru. Fitri tak mahu bergerak ke hadapan, Angah pula takut untuk bergerak ke hadapan.”

“Leave me out of this, please.”Ehsan menyampuk.
Dia mencapai biskut di hadapannya lalu dipatahkan kepada beberapa bahagian kecil, kemudian diletakkan semula di dalam piring.
Aku memandangnya, agak geram.

“The shape irritates me.”itu responnya.

“Angah, tolonglah dengar cakap mama walaupun sekali. Balik daripada sana, perangai Angah berubah mendadak. Mama tahu Angah kecewa, sakit hati, marah. Tapi itu patut menjadikan Angah lebih kuat, bukan lebih kurang ajar, lebih pentingkan diri sendiri.”

“Time’s up!”dia berura-ura untuk bangun tetapi pantas aku menariknya.

“Ehsan, tolonglah serius.”

“Apa yang buat kau fikir aku tak serius? Benda yang simple dah jadi complicated, and I don’t do complicated.”
Lelaki ini benar-benar mencabar kesabaran sejagat. Karang, aku pula yang tampar dia.
Kami bertiga senyap. Kedaan ketika itu benar-benar tegang. Bukan ini yang aku mahu terjadi. Susah sangat ke untuk ada perbincangan yang normal?

“Okay, sekarang mama dah tahu keadaan sebenar. Mama masih rasa kami patut teruskan perkahwinan ni?”Ehsan akhirnya memecah kesunyian di antara kami. Dia nampak lebih serius daripada sebelum ini.

“Fitri betul-betul tak mahu mama dan Ehsan bergaduh pasal ni.”aku menambah.
Mama menarik nafas panjang.

“Nasib baik abah tak tahu pasal perkara ni. Kalau tak, lagi mengamuk dia dengan kamu Angah. Dah berapa kali kamu kecewakan abah.”

“Angah akan cakap dengan abah sendiri.”

“Baru dua bulan kamu berdua kahwin. Kalau bercerai sekarang apa pula orang kata nanti? Keluarga juga yang dapat malu. Cuba untuk tunggu beberapa bulan lagi. Kemudian, mama takkan halang jika keputusan kamu berdua masih sama.”

“Mama, can’t you see what you’re doing to her?”Ehsan kelihatan tidak percaya dengan apa yang baru sahaja dituturkan mama. Mungkin baginya permintaan mama itu melampau dan tak masuk akal.

“Tiga bulan! Itu je yang mama minta daripada kamu.”mama bertegas, tiada toleransi lagi.
Tiga bulan?!
Ehsan mengetap bibirnya. Aku dapat rasakan yang sabarnya kini sudah berada di hujung-hujung sahaja. Mungkin keadaan antara mama dan Ehsan akan menjadi lebih buruk nanti kalau aku tidak melakukan sesuatu sekarang. Fikir Fitri, fikir.

“Kalau itu yang mama nak, kami akan cuba. Tiga bulan.”aku berkata, cuba untuk menyakinkan mama serta diri aku sendiri bahawa aku benar-benar maksudkan apa yang aku katakan sebentar tadi.

“Haa?”Ehsan untuk pertama kalinya seperti kehilangan kata-kata.
Aku menghadiahkannya pandangan yang memberitahu bahawa aku tahu apa yang sedang aku lakukan.
  
“Terima kasih, Fitri. Mama janji, selepas tu, mama takkan masuk campur lagi urusan kehidupan kamu berdua.”

“Fitri yang patut berterima kasih kepada mama sebab faham keadaan Fitri. Pasal ibu dengan abah, mama jangan risau. Nanti Fitri akan terangkan sendiri kepada mereka.”
Mama mengangguk. Namun begitu, riak wajahnya suram.
Maafkan Fitri, mama. Percayalah, ini yang terbaik untuk kami berdua.

Ehsan sudah bergerak meninggalkan kami berdua. Dia kelihatan masih tidak percaya aku bersetuju dengan cadangan mama. Kalau itulah satu-satunya cara yang boleh menamatkan semua ni dengan cara yang baik, aku terima. Aku pentingkan diri sendiri, tapi tidak sehingga sanggup membiarkan keadaan di antara mama dan Ehsan terus tegang.
Aku turut meminta diri untuk beredar.

“Fitri, satu lagi permintaan ibu. Walaupun Fitri dah bercerai dengan Ehsan nanti, janganlah terus tak pedulikan Aya. Dia perlukan seorang ibu. Sudahlah ayah dia perangai macam tu. Bolehkan?”
Lambat-lambat aku mengangguk.

“InsyaAllah, mama.”
Dengan itu, maka selesailah perbincangan kami. Aku hanya perlu bersabar tiga bulan sahaja lagi. Dan kemudian, semuanya akan kembali normal seperti sedia kala. Hanya aku, dan kenangan tentang dia.

 “Looks like we’re gonna stuck with each other for quite some time, huh?”kataku kepada Ehsan yang sedang bersandar di keretanya itu.
Dia tunggu aku? Sweet.Not.

“So it seems. Tapi jangan risau, I won’t try anything funny.”balasnya, kedengaran agak tidak serius.
Cubaan untuk bergurau yang fail, Encik Ehsan.

“Nampaknya aku terpaksa biasakan diri dengan kewujudan kau. Susah tapi aku akan cuba.”kata aku lagi.

“Haha, kau rasa tu susah? Cuba berada di tempat aku.”

“Friend plus housemate?”aku menghulurkan tanganku, sebagai tanda perdamaian di antara kami berdua.
Ehsan kelihatan teragak-agak sebentar.

“Entah kenapa bila kau cakap saja, perkara tu akan jadi menakutkan.”dia menyambut huluranku.

“Okay, but stay away from my stuff and get your own tv. I’ll try to make your three months with me as pleasant as possible.”dengan itu, dia terus masuk ke dalam kereta.

Mendengar kata-katanya, aku pula yang gerun. 

~as always, komen,kritikan are appreciated...TQ to may_lin and kak ieja selaku pemberi komen tetap :)) love you guys <3 ~
Share:

2 comments:

MaY_LiN said...

wawa..
nape ngan ehsan tu..
kejam sangatla..
nasib maknye xkojol dpt anak cenggitu..

azalia said...

eee.. kedekut tv sungguh ehsan nie.. geram sgt aih..!
kan ke menonton bersama lebih indah..