Monday, October 25, 2010

One Day You'll Be Mine 7


7
Seawal jam 10 pagi lagi aku sudah sedia menunggu di airport. Hati aku menyanyi riang, gembira menunggu ketibaan Kristine Radya yang sangat aku rindui. Sudah hampir tiga bulan kami tidak berjumpa, malah dia juga tidak dapat hadir pada hari perkahwinan aku. Kristine aku kenali ketika di universiti dahulu. Anak kelahiran Sabah itu merupakan rakan karib yang amat aku percayai, manusia yang membantu aku untuk terus bertahan walau dalam apa jua keadaan sekali pun.
Itu pun dia.
Daripada jauh kelihatan seorang gadis bertubuh tinggi lampai sedang berjalan laju menuju ke arahku, melambai-lambai tangannya.
“Olla, girl!”aku tersenyum.
“Olla!”jeritnya, terus memelukku.
“Kris, aku rindu sangat dekat kau. Ke mana kau menghilang, haa?”
Kristine ketawa, menarik rambut yang menutupi sebahagian matanya.
“Kata orang, kita kena hilangkan diri sebentar untuk buat orang lebih sayangkan kita.”balasnya dalam Bahasa Melayu yang sangat fasih.
“Yeah, right. Let’s check you into a hotel, kemudian kita pergi makan. Aku nak dengar semua cerita kau.”
“Tapi kita mulakan dengan kau dulu. Apa masalah kau dah buat kali ni, Anith Fitriah?”
Aku menarik tangannya agar berjalan seiring dengan aku.
Ketika ini, memang aku memerlukan pendapat Kristine. Aku memang tak berguna. Masalah sendiri pun harapkan orang. Two heads is better than one, plus, her head is much better than mine.
“What?!”suara Kristine yang sedikit tinggi itu mengejutkan aku. Kebelakangan ni, semua orang disekelilingku cenderung untuk meninggikan suara mereka ketika bercakap dengan aku. Nasib baik aku tidak mempunyai masalah jantung, jikalau tidak, sudah lamalah aku menjadi arwah.
“Aku tengok drive ni. By the way, tak payahlah overreact sangat.”aku menggeleng.
Kristine menampar aku, agak kuat.
“Kristine, sakitlah!”jeritku kembali.
“Kau memang patut ditampar. Perkahwinan buat main-main je kan?”
“Mana ada. Semua ni salah keluarga kamilah. Kalau tak terus memaksa, perkara ni takkan terjadi. Tapi macam aku cakap tadi, dalam masa tiga bulan lagi, aku akan kembali single. Yay for that!”
“Kau memang sangat childish, kan? Patutlah dulu tak ada lelaki yang boleh tahan dengan kau kecuali…”kata-kata Kristine terhenti.
Aku tahu apa yang bakal dikatakan oleh Kristine tetapi dia takut dengan menyebut nama itu akan membuatkan aku sedih.
“Nik?”aku menyambung.
Lambat-lambat Kristine mengangguk.
Kami berdua senyap seketika.
“He’s a great guy. Clearly, both of you deserve one another but He has other plan for us.”
Aku diam, cuba untuk mengawal perasaan yang cukup sensitive apabila menyentuh tentang lelaki itu.
“Aku suka tengok kau happy dulu. Tapi kehilangan dia tak bermakna kau juga kehilangan hak untuk bahagia. Kau perlu berhenti salahkan diri kau sendiri and start moving forward, my friend.”
Aku ketawa, sinis.
Ya, itulah ayat yang sudah hampir berjuta kali aku dengar. Stop blaming myself.
“Easier said than done. Kau patut tahu yang aku pilih untuk bersendirian bukan sebab aku masih salahkan diri aku sendiri…”renungan Kristine membuat aku berfikir semula.
“Okay, mungkin itu juga salah satu sebabnya. Tapi faktor primanya adalah, I, Nur Anith Fitriah, is still in love with my dead fiancé, comprende?”
Estás loco!”gumam Kristine, kesal mungkin dengan kedegilan aku.
Nik Afezal adalah salah manusia paling indah yang pernah aku jumpa. Perangainya dan Ehsan jauh berbeza. Bicaranya lemah-lembut serta tersusun, buah fikirannya bernas menunjukkan kematangannya, segala kenangan tentangnya sempurna. Bagi aku Nik Afezal tiada gantinya. Orang yang mendengar mungkin akan beranggapan aku ini sebenarnya gila, tidak redha dengan ketentuanNya, tetapi tidak! Aku terima apa sahaja yang telah berlaku, cuma aku adalah antara ribuan manusia di luar sana yang memilih untuk terus mencintai seorang lelaki yang telah tiada. Benarlah kata mama hari itu bahawa aku tidak mahu bergerak ke hadapan. Aku senang dengan hidup aku sekarang, tidak ada apa-apa yang perlu diubah lagi.
“Fitri, kau tahu aku selalu sokong kau. Aku cuma nak kau bahagia macam orang lain, sebab kau berhak.  Mana tahu kau akan jumpa dengan kebahagiaan yang baru lepas perkahwinan tu?”Kristine mengjungkitkan keningnya.
“Apa maksudnya tu, Kristy?”
“Lepas kau dah solo balik, kau boleh ikut aku travel around the world. Bestnya sebab I really miss your company.”dia mengeliat, memejamkan matanya.
 Kristine memang seorang yang sukakan adventure, sesuai benar dengan perangainya. Pada usia 26 tahun, gadis itu sudah menjejakkan kaki ke hampir semua pelosok dunia. Mudahlah baginya kerana dia tidak mempunyai komitmen.  Aku juga hairan mengapa manusia secantik Kristine ni masih belum mempunyai pilihan hati, sedangkan ramai lelaki yang mahu menjadi kekasih awal dan akhirnya. Haha…
Aku menjeling ke arah Kristine yang nampaknya sudah tertidur itu.
“It’s you that need love, not me.”aku berkata, perlahan.


Sepasang kasut di hadapan pintu memberitahu aku bahawa lelaki itu ada di rumah. Dan sekarang dia buat keputusan untuk balik rumah selalu. Bummer! Sebenarnya aku sangat tidak selesa apabila dia ada di rumah kerana aku rasa tidak bebas. Aku tak boleh menyentuh televisyen langsung kerana manusia itu sangat berkira dengan aku, jadi apa yang harus aku lakukan selain daripada memeruk diri di dalam bilik, mengadap laptop. Arghh!!! ‘I’ll try to make your stay a pleasant stay’ konon. Oh please…
“Yay, Cik Fitri dah balik!”aku memandang ke arah Ehsan yang kelihatan begitu kecil di mata aku itu. Dia sedang mengejek aku kerana kata-kata aku kepadanya tempoh hari bahawa dia tak pernah bersikap baik kepada aku.
“Haha, you don’t have to sound so…fake.”aku membalas.
Ehsan mengangkat bahunya, mengalihkan semula pandangan ke arah laptop di hadapannya.
Penatnya hari ini. Sepanjang hari aku menghabiskan masa bersama Kristine, membawanya berjalan ke seluruh pelosok KL, termasuklah ke rumah aku di mana ibu tidak henti-henti menghadiahkan aku sesuatu yang dipanggil sebagai ‘evil eye’. Aku rasa mama dah beritahu ibu tentang perbincangan kami. Mesti ibu sekarang seperti bom yang hanya sedang menunggu masa untuk meletup. Tik tok tik tok...
Yang lagi indah, Ehsan awal lagi telah memberitahu aku yang dia tidak akan masuk campur langsung urusan di antara aku dan ibu, dan aku perlu menerangkan segalanya sendiri kepada ibu dan abah. Pengecut!!! Aku tak kisah kerana kehadiran Ehsan sememangnya tidak berguna. Dia hanya boleh menambah kacaukan lagi keadaan dengan perangainya yang sebegitu. Who needs him anyway?
“Staring is rude, you know.  Apatah lagi kalau mengutuk aku.”Ehsan berkata, tanpa memandang ke arah aku.
“Eh?!”aku menekup mulutku, terkejut.
Ini sangat menakutkan. Macam mana dia tahu yang aku tengah kutuk dia?
“You’re still staring.”
Aku lantas mengalihkan pandangan aku, berjalan ke bilik dengan penuh tanda tanya. Ibu, Fitri rasa menantu ibu ni bela hantu rayalah. Dia boleh baca fikiran orang.
“In case you’re wondering, tak, aku tak bela hantu raya.”mendengar itu, aku menjerit, pantas berlari masuk ke dalam bilik, menutup pintu rapat.
Daripada luar, untuk pertama kalinya, aku dengar Ehsan ketawa. 
Nampaknya lelaki itu sudah gila pada hari ini. Gila, menakutkan dan bodoh!!!Kombinasi yang cukup sesuai.
Share:

4 comments:

MaY_LiN said...

uuuhhhh..
kemain lg planning c fitri ni..
ehsan ni pun..
sooo scary la..

23assie said...

HAHAH! bestnyeeeeee! :D:D
nak lagiii! :D

Hanna Iha said...

haha~ so funny..
x sabar nk tunggu next n3

azalia said...

hahaha.. ehsan~ sgt comel ye part tue..
mmg mnkutkan tol la ehsan nie..