Monday, October 18, 2010

One Day You'll Be Mine 5


5
Majlis hari lahir Nur Melati Insyirah, puteri sulung abangku sangat meriah. Ramai benar tetamu yang hadir sehinggakan kami tidak cukup tangan. Kak Rini yang sedang sarat mengandung itu turut sama membantu meskipun sudah ditegah ibu. Biasalah, isteri Abang Asyraf mestilah degil macam dia juga. Baru boleh ngam, kalau tak, asyik dilayan degil abang Asyraf tu je. Ehsan pun tidak kurang sibuknya. Serata ceruk dihalakan muncung kameranya bagi memastikan tidak ada satu saat pun yang terlepas. Dia benar-benar bagus dalam kerjanya. Aya pula sangat riang pada hari itu, bermain dengan anak-anak tetamu yang lain. 
Picture perfect, right? Suami, anak, serta hari yang indah seperti hari ini. Kalaulah ia sesempurna ia kelihatan…

Aku mahu dia yang berada di tempat Ehsan. Gilakah aku kerana masih mencintai sesuatu yang sudah tidak lagi wujud? Dia yang pertama dalam hidup aku, dan aku pernah berjanji dia akan menjadi yang terakhir. Sangat sakit sebenarnya apabila diri sendiri yang menjadi penyebab kepada kehilangan orang yang kita sayangi. Bodoh, Fitri, sangat bodoh!  Masih jelas terbayang di ingatan aku, wajah manis lelaki yang bernama Nik Afezal itu. Senyumannya, matanya yang bersinar setiap kali dia bergurau, cara dia memberitahu aku yang ‘its’s not the end of the world’ ketika aku gagal di dalam peperiksaan semester akhirku, cara dia menggosok hidungnya apabila diusik, wajah cerianya sewaktu bercerita tentang masa depan. Tapi aku ambil semua tu daripada dia. Aku rampas semua tu daripada orang yang aku sayang. Nik, saya betul-betul perlukan awak. Tengoklah apa yang terjadi sekarang ni?
 “Ibu menangis?”Aya yang baru menghampiri aku itu bertanya. Ehsan yang berada di belakangnya juga memandang aku dengan hairan.
Ini sangat memalukan! Kawal emosi kau Fitri.
“Mana ada.”aku menafikan.
“Ini, Mak Long suruh bagi dekat ibu.”Aya menghulurkan piring berisi sepotong kek itu kepadaku.
“Terima kasih. Nanti ibu makan. Sekarang ibu nak ke toilet kejap. Excuse me.”aku bangun.
“Kau pula apa tengok-tengok?”aku bertanya kepada Ehsan yang sedari tadi memandangku itu.
“She’s weird, Aya.”terdengar dia berkata kepada Aya selepas aku mula melangkah meninggalkan mereka.
Cis, itu yang dia cakap kat budak tu!

“Ibu, Fitri mana?”kedengaran Ehsan bertanya.
“Tu kat dapur. Sedari tadi membasuh.”jawab ibu.
Ehsan masuk ke ruangan dapur. Meskipun menyedari kehadirannya, aku langsung tidak berpaling. Mood aku sudah hilang entah ke mana. Aku hanya mahu bersendirian.
“Aku balik dulu, nak hantar Aya. Lepas tu aku terus ke kedai.”dia memberitahu.
“So?”
“Tak ada apa-apa. Aku cuma nak beritahu kau yang…you can have the house all to yourself tonight. I figured you might need it.”
Aku meletakkan pinggan-pinggan yang sudah siap aku basuh itu di atas meja apabila raknya di sebelah aku ini sudah penuh. Masih juga aku tidak memandang ke arah Ehsan yang sedari tadi memerhatikan setiap gerak-geriku bagai seorang helang.
“Aku ingat malam ni aku nak tidur rumah ibu. Mungkin esoknya juga. Thanks anyway.”akhirnya aku berkata.
Ehsan sekadar mengangguk.
“Aya, cepat salam ibu. We’re going home.”Ehsan memanggil Aya yang sedang bermain dengan Melati itu.
Cepat sahaja Aya mendapatkan kami berdua.
“Ibu tak ikut sekali?”Aya bertanya.
“Auntie…I mean, ibu. Ibu nak tidur kat rumah ibu ibu malam ni."aku menarik nafas, geram apabila akalku enggan berfungsi mencipta ayat yang mudah difahami anak ini.
"Okay, kita cuba sekali lagi. Ibu nak tidur kat rumah mak ibu malam ni. Faham?”
Get a grip, Fitri. Kau tak boleh lemah begini.
 Aya menggeleng. Mata bulatnya menatap wajahku, menunggu aku menjelaskan kata-kataku tadi.
“She’s gonna sleep at her mother’s  house tonight. Lepas salam ibu, salam semua orang kat depan sana. Cepat.”Ehsan yang kelihatan bosan itu menjelaskan bagi pihakku.
Aya cepat mencium tangan aku dan berlalu ke ruang tamu.
“Aku akan cuba cakap dengan mama lagi malam ni. But I’ll definitely let you go. Jangan risau.”dia berkata, cuba untuk menghilangkan sedikit ketidakgembiraan yang singgah di hatiku ini.
Dia tidak menunggu sebarang respon daripada aku, sebaliknya terus berlalu ke depan.
Kenapa kami harus menunggu persetujuan daripada mama untuk melakukan sesuatu yang kami rasakan terbaik untuk semua pihak? Tak mungkin kami dapat membohongi semua selamanya. Lagi pun, aku tak berniat untuk menyimpan apa-apa daripada keluargaku, terutamanya ibu. Dia perlu tahu keadaan yang sebenarnya di antara aku dan Ehsan, atau dia hanya akan beranggapan yang semuanya berjalan dengan lancar. Tidak aku peduli lagi sama ada ibu akan faham atau sebaliknya. Aku hanya mahu ibu tahu yang tak kira apa sahaja yang ibu lakukan, dia tidak akan dapat membuang Nik daripada hati dan fikiran aku.
“Apa termenung sorang-sorang kat sini? Semua orang rancak berborak kat depan tu, dia kat sini buat kerja.”tegur Kak Rini, mengejutkan aku yang sudah entah berapa lama membatu di situ.
“Sampai cik abang dia balik pun dia buat tak tahu.”usik Kak Rini lagi.
Aku sekadar tersenyum, tidak tahu apa yang harus aku katakan. Sebaliknya, aku mencapai pinggan mangkuk kotor yang bersusun di lantai dapur itu.
“Sudah, sudah. Tak payah lagi nak buat kerja. Tinggal je pinggan mangkuk tu. Nanti Abang Asyraf basuh.”Kak Rini meletakkan gelas air masaknya di atas meja, lalu menolak aku keluar daripada ruangan dapur.
“Ni ada sorang anak dara…opps…lupa pula dah jadi isteri orang. Sedari tadi lagi terperuk kat dapur.”Kak Rini mengenyitkan matanya kepadaku.
“Dah habis kemas?”ibu bertanya.
Aku menggeleng.
“Kak Rini tak bagi buat kerja. Dia kata, nanti Abang Asyraf akan kemas semua.”
Abang Asyraf membulatkan mata memandang isterinya di sisiku itu.
“Pembulian bersiri.”Abang Asyraf berkata.
“Yang, awak kenalah bagi muka sikit dekat saya. I’m already carrying this one for you.”Kak Rini mengusap perutnya.
“Tengoklah, ibu. Macam tu lah perangai menantu ibu ni. Pemalas.”
Kami semua ketawa apabila Kak Rini menarik muka dengan usikan suaminya itu.
Berbunga hati aku melihat kebahagian Abang Asyraf. Berkahwin dengan pilihan hati yang dikenalinya di universiti, dikurniakan seorang puteri yang kini berusia dua tahun, dan insyaAllah, bulan depan akan lahir pula seorang putera, melengkapi keluarga mereka. Abang Asyraf sangat beruntung kerana dapat memiliki kebahagian yang ramai orang idamkan tapi hanya mampu membayanginya sahaja.
“Mel dah tidur.”aku berkata sebaik sahaja melihat anak itu tidur di atas sofa berbantalkan paha abah. Memang Mel sangat manja dengan abah aku, maklumlah cucu sulung. Dialah buah hati kami semua.
“Penat sangatlah tu. Main saja kerjanya hari ni. Baju pun tak bertukar. Anith Asyraf bin Kamaruzaman, Rini suruh tukar baju Mel daripada tadi, dia tak tukar juga.”bebel Kak Rini.
“Abang tukar pampers dia je. Kan pukul 7 tadi dia baru mandi, nak tukar baju apanya?”
“Lepas tu kan dia main lagi. Dah berpeluh balik.”bantah Kak Rini, enggan kalah.
Abang Asyraf memicit hidung isterinya itu.
“Banyak cakap, cerewet.”kata Abang Asyraf.
Aku melabuhkan punggung di sofa bertentangan abah.
“How’s work?”abah bertanya.
“Macam biasa. Report sangat banyak especially bila line ada problem. Stuff like that.”aku menjawab.
Abah mengangguk paham, kerana bidang kerja kami sama. Cuma bezanya sekarang dia sudah menjawat jawatan yang lebih tinggi dan bakal bersara tak lama lagi.
“Abah nak balik pukul berapa ni? Fitri ingat malam ni dengan esok nak tidur kat sanalah. Rindu pula kat bilik Fitri.”aku bergurau.
“Nak baliklah ni tapi tengok ibu kamu tu. Rancak lagi berborak. Tadi rasanya dah bangun, dia duduk balik.”
Kami berdua ketawa.
“Nak tidur sana malam ni Ehsan ikut sekali ke?”
“Dia tidur kat kedai kot. Fitri dah beritahu dia tadi.”
“Belajar jauh-jauh, balik nak jadi photographer je.”
“Dah itu bidangnya belajar kat sana.”
Dahi abah berkerut.
“Dia ambil engineering kan?”abah bertanya kembali.
Memang aku tak tahulah. Mana aku pernah berbual dengan Ehsan tentang hidupnya sangat pun.
“Tak tahu.”
“Rasanya hari tu bapa mertua kamu ada cerita. Ehsan tu bidang sebenar-benarnya engineering. Tapi bila dia balik sini, katanya dah tak minat. Itu yang jadi jurugambar tu. Ehsan tak cerita ke?”
Aku menggeleng laju.
Tak berminat? Jadi dia mahu memadamkan segala yang mempunyai kaitan dengan masa lalunya di sana, dan itu termasuklah Aya? Ehsan benar-benar bergerak ke hadapan. Lupakan segalanya, mulakan hidup baru. Sedikit-sebanyak aku mula memahami lelaki itu. Aneh! Bagaimana dia melakukannya? Kerana aku tahu, aku tak boleh.

Suara Kylie Minogue mengejutkan aku daripada tidurku yang dirasakan sangat pendek. Aku cuba membuka mata, mencapai telefon bimbitku di meja sebelah.
“Hello.”aku menyapa, malas.
“Kak Ngah!”Elisa menjerit di hujung talian.
Ya Allah, terkejut aku! Mata aku terbuka luas.
“Lis nak bunuh Kak Ngah ek? Apa kenanya?”tanyaku lantas duduk di atas katil.
“Kak Ngah tak tahu apa yang berlaku?”Elisa masih lagi cuba berteka-teki.
“Elisa, Kak Ngah baru je bangun tidur ni. Manalah Kak Ngah tahu apa yang berlaku kat dalam dunia ni waktu Kak Ngah tengah tidur.”
“Semalam Angah dengan mama bergaduh.”
Aku baru sahaja mahu membuka mulut untuk bertanya kenapa apabila otakku memutar kembali apa yang dikatakan oleh Ehsan kepadaku semalam. Pasal perceraian kami!
“Cerita daripada mula. Don’t leave a single detail.”suara ku secara tiba-tiba bertukar menjadi serius.

Selepas mendengar cerita Elisa, aku terus membuat keputusan untuk pulang ke rumah. Aku dan Ehsan perlu berbincang.
Ehsan membiarkan mama menganggap yang semua ini adalah rancangannya, salahnya sendiri. Elisa berkata yang Ehsan menceritakan kesemuanya kepada mama termasuklah tentang kami tidur di bilik yang berasingan.
“Angah kata ‘Mama, can’t you see that you’re ruining her life by forcing us to stay together? Lagipun, sangat mustahil untuk kami bersama sebab Angah tak boleh terima dia dalam hidup Angah.’Atau macam tulah bunyinya. Elisa tak ingat sangat.”terngiang-ngiang suara Elisa di telingaku.
Kata Elisa lagi, mama sangat marah dan kecil hati dengan sikap Ehsan sehingga mama bertindak menampar Ehsan. Kalau Ehsan tetap juga mahu menceraikan aku, mama tidak akan mengambil tahu lagi tentangnya.
Aku betul tak faham apa yang cuba dilakukan oleh Ehsan. Selepas mendengar semua ini, tidak mungkin aku akan membenarkan perkara seperti itu berlaku.
Sampai sahaja di rumah, Ehsan masih belum pulang. The discussion gonna have to wait afterall.

~komen, kritikan are much appreciated...TQ~
Draggy...draggy...but please bear with me... :)
Share:

2 comments:

Anonymous said...

cis!poyo gile ehsan nih...
waney wat fitri lak yg
jual mahal...br best..
hihi...:)

-ieja-

MaY_LiN said...

napa camni..ehsan ni kejam nye