Wednesday, December 3, 2008

Cerpen: Cinta Tudung Botol 2

     Farezul mempercepatkan langkahnya ke bilik yang menempatkan satu-satunya gadis kesayangannya. Sudah dua hari dia gagal menjenguk gadis itu kerana kesibukan yang teramat. Dan sekarang, dia benar-benar rindu akan gadis itu. Meskipun dia tahu gadis itu tak akan memberi respon terhadap setiap patah katanya, tapi dia tahu, Azy mendengar.

Langkah Farezul terhenti sebaik sahaja sampai di hadapan pintu bilik Azyatti.

Dadanya mula berdebar-debar apabila melihat seorang doktor, jururawat dan ahli keluarga Azyatti mengelilingi katil itu. Tambah gusar apabila kelihatan ibu Azyatti menangis.

Ya Allah janganlah Kau apa-apakan satu-satunya gadis yang amat aku sayangi itu!

Tanpa lengah, pintu itu ditolak dan Farezul terus masuk, membuatkan semua mata tertumpu kepadanya.

"Err...maaf sebab terus masuk. Tapi..."kata-katanya terhenti apabila matanya tertangkap seraut wajah sedang memandangnya.

Farezul terdiam, lidahnya kelu tidak dapat berkata-kata.

Azyatti memandang Farezul.

Sesungguhnya dia mendengar setiap yang diucapkan lelaki itu. Segala-galanya. Dan dia tahu, bahawa lelaki itu tak pernah gagal menemaninya, ya mungkin kecuali semalam dan kelmarin. Sekarang, dia mahu melihat, sejauh mana lelaki itu sanggup memenanginya.

"Azy..."laju nama itu meniti di bibirnya.

Hendak dihampiri gadis itu, dia segan. Maklumlah orang tuanya ada di situ. Tapi, benar. Dia teramat gembira dan...Ah, mahu saja dipeluknya Azyatti!

"Farez, Yatt dah sedar!"Dato’ Murshid menepuk-nepuk bahu Farezul, suaranya kedengaran sebak. Dia tahu Farezul juga akan gembira sepertinya. Farezul lah yang kerap menemani Azyatti di hospital, bersembang dengannya berjam-jam lamanya.

Farezul hanya sekadar mengangguk. Kegembiraan membuatkan lidahnya kelu untuk berkata-kata.

Tak lama kemudian, kedua ibu bapa Azyatti keluar meninggalkan mereka bersama doktor tersebut. Farezul masih lagi berdiri terpacak di situ bagaikan tiang elektrik.

"Saya tak ada penyakit berjangkit."Azyatti berkata, membawa Farezul ke dunia realiti.

Farezul menggosok-gosok kepalanya.

"Err...ya. Saya tahu."

"Dua hari lepas awak cakap awak rindu saya. Sekarang awak berdiri berbatu daripada saya. Dah tak rindu ke?"gurau Azyatti.

Farezul menghampirinya.

"Rindu? Terlalu rindu sehingga saya terpaksa berdiri sebatu daripada awak untuk menahan diri saya daripada peluk awak."balas Farezul kembali.


**********


Dua minggu selepas itu, Azyatti sudah dapat memulakan kembali pengajiannya seperti biasa. Dan kali ini, mungkin agak berbeza kerana, Farezul ada di sampingnya.

Kadang-kadang si Farezul tu lucu juga kelakunya. Masih beku dalam menyatakan sayang, dan cemburunya, mak aii, bukan main lagi. Dan bagi Azyatti, Farezul seorang yang cukup baik. Hatinya cukup tersentuh melihat Farezul melayan adik-adiknya, menguruskan rumah dan berbagai-bagai lagi.

Farezul seorang yang bertanggungjawab tapi sikap panas barannya kadang-kadang mengundang masalah. Dan kerana marahnya itulah Farezul lebih banyak mendiamkan diri daripada bersuara. Azyatti sedikit demi sedikit mula memahami diri Farezul.

"Dah habis kelas?"tanya Farezul, mengambil buku daripada tangan Azyatti.

Azyatti mengangguk.

"Awak dah habis ke?"tanya Azyatti kembali.

"Saya tak ada kelas hari ni."

"Habis tu apa awak buat kat sini?"

"Saja. Tak ada sebab tertentu."balas Farezul, cuba menyembunyikan kenyataan bahawa dia di situ meskipun tak ada kelas kerana mahu menatap wajah Azyatti.

"Habis, adik-adik awak siapa yang jaga?"soal Azyatti.

"Ibu jaga. Awak sihat ke hari ni? Nampak pucat je."

"Pucat? Ni nak suruh saya pakai lipstick lah ni?"gurau Azyatti.

Farezul tersenyum.

Azyatti adalah orang pertama yang boleh membuatkan dia ketawa.

Gadis itu cukup selamba, dan yang lebih penting, dia boleh menyesuaikan diri dengan keluarganya. Langsung tidak jijik dengan keadaan keluarganya meskipun mengetahui cerita yang sebenar. Sesungguhnya, mereka berdua jauh berbeza. Aku daripada keluarga yang kucar-kacir manakala dia, daripada keluarga terhormat yang berpendidikan.

"I’m not suggesting anything. But if you think you need a lipstick to make you more attractive, then maybe you should."balas Farezul selamba.

"Jahat!"Azyatti membulatkan matanya.

Farezul ketawa.

Mereka berdua berjalan menuju ke kafeteria. Farezul meletakkan buku di atas meja dan duduk berhadapan dengan Azyatti. Mereka berdua senyap. Selalunya begitulah.
Hanya Azyatti yang riuh bercerita, bergurau, mengusik Farezul. Farezul lebih suka mendiamkan diri dan mendengar Azyatti bercerita. Mungkin kadang-kadang dia akan turut mengusik Azyatti, memberi pendapat. Pada pandangan orang, mungkin perhubungan mereka agak membosankan tapi, sedikit pun tidak mereka hiraukan. Yang penting, perasaan yang mereka kongsikan bersama.

"Nak minum?"tanya Farezul.

"Mineral water, please."Azyatti mengerdipkan matanya.

"Coming right up."Farezul lantas bangun dan berjalan ke arah kedai runcit.

Entah mengapa, semakin lama menatap wajah lelaki itu, dia dapat rasakan perasaannya semakin berbunga-bunga. Betapa dia berharap agar perhubungan mereka adalah perhubungan yang kekal.

"Yatt..."sapa Kak Nad.

Azyatti tersenyum.

"Wah, ada orang tu sekarang ni dah tak dapat nak berenggang langsung, ya?! Macam tak percaya Yatt sekarang ni dengan Farez."kata Kak Nad.

"Apalah, Kak Nad ni. Mana ada. Biasa-biasa aja."

"Hebat adik akak ni sampai iceberg pun cair."

Azyatti ketawa. Daripada jauh, kelihatan Farezul berjalan menghampiri mereka.

"Farez, sekarang dah rajin ek? Tak ada kelas pun datang juga."gurau Kak Nad.

Farezul hanya mengangguk. Perhubungannya dengan orang-orang disekelilingnya masih seperti dahulu. Dia tak akan bercakap sekiranya tidak perlu. Sikapnya itu membuatkan kawan-kawannya agak pelik apabila melihat dia berbual dan ketawa dengan Azyatti.

Ah, Azy lain! Aku sayang dia.

"Okaylah, Yatt. Akak naik dulu. Tak nak ganggu pasangan romantik ni. Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam."jawab Azyatti.

Farezul memerhatikan Nadhiyah sehingga hilang daripada pandangan. Azyatti mengambil air mineralnya yang diletakkan di atas meja oleh Farezul itu.

"Awak ni tak ada mulut ke? Awak kena belajar bercakap dengan orang lain."Azyatti memulas penutup tudung botol itu sekuat mungkin.

"Kalau tak, nanti bila dah kerja, susah. Macam mana awak nak berinteraksi dengan orang atasan awak, haa? Lagi pun, kalau awak nak tahu, ramai yang nak kawan dengan awak. Diorang takut sebab awak tu sombong sangat. Cuba belajar senyum. Susah sangat ke nak senyum?"dan dia masih mencuba.

Farezul memandang Azyatti dengan penuh minat. Kedua-duanya, kata-kata dan cubaan Azyatti untuk membuka penutup tudung botol itu menarik minatnya.

"Awak boleh senyum, kan?"

Farezul menarik botol tersebut daripada tangan Azyatti.

"Azyatti Danisha, I can do both, smile and open this bottle. But only for you."Farezul tersenyum, mempamerkan barisan giginya yang tersusun rapi.
Haiii, luruh jantung orang yang melihatnya.


**************

"Farez, calm down, please. You need to calm down."Azyatti cuba menenangkan Farezul yang sedang marah itu. Teramat marah. Kepada siapa lagi jika bukan kepada ayahnya.

Farezul menghela nafas.

"Saya tak faham kenapa ibu terus-terusan bela dia. Dia pukul Zara sampai separuh mati, dan ibu masih lagi bela dia. Arghhh!!!!"

"Awak kena bertenang dulu. Jangan fikirkan sangat pasal tu sekarang."pujuk Azyatti lagi.

Setahun perhubungan mereka, Azyatti sudah masak benar dengan perangai Farezul. Cepat benar marah jika berkaitan dengan ayahnya. Dia tahu, Farezul amat menyayangi keluarganya. Cuma kadang-kadang, marah Farezul sukar untuk hilang. Dan pernah dulu, Farezul hanya diam membatu tanpa sebarang kata, daripada awal mereka berjumpa sehinggalah dia pulang ke hostel.

"Kalau ikutkan hati...eeeiii."Farezul menggenggam penumbuk.

Azyatti melabuhkan punggung di sebelah Farezul, mendiamkan diri. Tidak memberi sebarang respon kepada kata-katanya.

Lama mereka begitu.

"What am I going to do, Azy?"suara Farezul memecah kesunyian.

Azyatti senyap.

"Saya tahu, setiap kali saya begini, saya lukakan hati awak. Sampai bila awak dapat bertahan, Azy? Itulah sebab kenapa saya tak nak awak terlibat dalam hidup saya kerana awak terlalu sempurna untuk menjalani hidup yang kucar-kacir bersama saya. You deserve someone better than me."

"Farezul Adha, saya yakin, kehidupan awak akan berubah suatu hari nanti. Dan untuk sementara itu, saya nak awak bersabar. Afterall, he’s your father. Apa gunanya bermusuhan dengan ayah sendiri? Tak kiralah apa yang dia dah buat, why don't you try to be more like your mother? Yeah, it hurts me to see you like this, so why dont you stop hurting me?!"

"I’m so sorry, sayang."perlahan suara Farezul.

"Err...what did you call me just now?"tiba-tiba Azyatti bertanya.

Farezul mengangkat muka memandang Azyatti, wajahnya berubah.

"Tak ada apa-apa."balasnya.

"Oh come on. Apa yang awak panggil saya tadi?"Azyatti tidak mahu mengalah.
Sengaja mahu mengusik Farezul, menceriakan kembali lelaki itu. Sayangnya terhadap lelaki itu semakin lama semakin menebal.

"Azyatti Danisha, lupakan saja. Tak ada apa-apalah."

"Eww, he starts with the full name thing. Scary."

"Awak ni..."

"Eleh, dah panggil saya ‘sayang’, tak nak mengaku. Ego!"Azyatti menjelirkan lidahnya.

"Mana ada saya panggil awak ‘sayang’. Perasan je."dalih Farezul.

Azyatti ketawa.

"Tengok tu, masih tak nak mengaku. Kalau dah sayang saya, cakap sajalah. Malu-malu pulak Encik Farezul Adha kita ni."

Farezul akhirnya, turut sama ketawa. Lupa akan kekusutan yang di hadapinya.
Sungguhlah, di dalam hidup ini kita memerlukan seseorang untuk bersama kita ketika kita gembira dan sedih. Entahlah apa yang akan dilakukannya jika Azyatti tidak bersamanya.

"Awak sekarang ni makin nakal, ya?"

Azyatti mengerdipkan matanya berkali-kali.

"Opps, saya ada kelas pukul 3 ni. Sekarang pukul berapa?!"soal Azyatti.

Farezul menilik jam tangannya.

"10 minutes to 3. Jomlah, saya hantar awak ke kelas. Karang pukul 5 saya pulak ada kelas."

"Wah, hebat! Nak pergi ke kelas pun ada escort, ya?"Azyatti masih mahu mengusik.

"Orang tertentu je yang dapat layanan VIP macam ni."gurau Farezul kembali.

Mereka berdua berjalan menuju ke kelas Azyatti yang terletak di bangunan FOE berwarna biru itu. Sampai di hadapan pintu kelas Azyatti, mereka berdua berhenti. Buku di dalam pegangan Farezul bertukar tangan.

"Yatt, dahsyat! Datang kelas pun berteman sekarang."tegur Mell.

Azyatti tersenyum.

"Haha, dia takut aku sesat or hilang kot dalam bangunan FOE ni."Azyatti membalas gurauan rakannya itu.

Mell turut ketawa, mencuri pandang ke arah Farezul yang kelihatan amat beku itu. Langsung tidak memberi reaksi kepada orang di sekelilingnya. Hanya ketika bersama dengan Azyatti lelaki itu akan ketawa, tersenyum dan berbual. Selebihnya, dia hanya mengasingkan diri daripada orang ramai. Hebat kau, Azyatti!

"Aku masuk dulu. Kau pun masuk. Kelas dah nak mula."Mell menolak pintu dan terus masuk.

"Pergilah masuk. Awak habis kelas pukul 5, kan? Hrmm, awak nak pergi mana?"

"Balik bilik kot."

Farezul mengangguk.

"Saya pun lepas kelas, nak terus balik rumah. Nak tengok keadaan Zara."

"Saya masuk dulu, okay?"Azyatti menolak pintu, berura-ura untuk masuk.

"Err...Azy."panggil Farezul.

Langkah Azyatti terhenti, berpaling menghadap Farezul, menunggu kata-kata selanjutnya daripada Farezul.

"Maafkan saya but what happened today, will happen again. If you wanna runaway, do it now. Before... I’m more attached to you."

Azyatti menghadiahkan Farezul senyuman yang paling manis seraya menggeleng.

"I would do it right away if you've warned me earlier but now, I think it’s already too late. You’re apart of me now. There’s no way to get rid of you."Azyatti terus melangkah masuk.


********************

"Fifi, Fiti, jangan kacau kakak. Kakak sakit. Jom tolong abang kemas rumah."kata Farezul kepada si kembar. Hatinya sakit apabila melihat bibir Zara yang bengkak itu, benjol di dahinya dan seluruh badannya yang penuh dengan lebam. Tambah menyakitkan hati apabila ibunya seakan merelakan perbuatan ayahnya menyakiti Zara.

Si kembar tersebut berlari mendapatkan Farezul.

"Abang, kakak sakit, ayah pukul, kan?"soal Fifi.

Farezul diam sebentar, menghelas nafas.

"Fifi, pinggan ni kenapa tak bawa masuk ke dapur? Dah habis makan lain kali, bawa pinggan ke dapur. Nanti abang basuh. Jangan biar macam ni kat ruang tamu."

"Bukan Fifi, tu pinggan Fiti. Fifi dah bawa pinggan Fifi ke dapur. "

"Okay, lain kali, kalau dah lepas makan, bawa pinggan ke dapur. Kalau rasa susah sangat nak buat macam tu, makan saja kat dapur."

"Baik, tuan!"Fifi dan Fiti serentak memberi tabik kepadanya.

Farezul tersenyum dengan gelagat si kembar. Farezul memperbetulkan kusyen sofa, meletakkan remote televisyen di atas meja, menyusun buku-buku mewarna milik si kembar, mengutip pensil warna mereka yang bertaburan di atas meja.

"Tak ada kelas hari ni, Farez?"soal ibunya yang baru keluar daripada bilik Zara.

"Hari ni hari Sabtu lah, ibu."balas Farezul.

Ibunya mengangguk.

"Mana si kembar tu?"soal ibunya lagi.

"Kat dapur."pendek sahaja jawapan yang diberikan Farezul.

Ibunya tidak bertanya lagi, tahu bahawa anaknya itu marah dengannya. Dia terus berlalu ke dapur untuk melihat si kembar tersebut. Entah apa yang dilakukan mereka berdua. Kalau senyap sahaja, mesti ada ‘projek’.

"Assalamualaikum."terdengar suara orang memberi salam.

Suara yang pantas membuatkan Farezul menoleh dan berjalan ke arah pintu.

"Waalaikummussalam."pintu dibuka.

"Hi!"wajah ceria Azyatti menyapa pandangan.

"Azy..."

"Glad you could remember me. How are you?"manis senyuman Azyatti.

"Fine. Masuklah. Berselerak sikit rumah ni. Tak macam rumah awak."

"Don’t start it, Farez. If you wanna die, try and say that again."Azyatti bergurau, melangkah masuk ke dalam rumah. Memang rumah itu tidak asing kepadanya kerana sebelum ini dia sudah pernah bertandang ke situ.

"Where’s you mom?"

"Kat dapur, with the twins. Ibu, ibu."panggil Farezul.

Ibunya menyahut daripada dapur, seketika kemudian baru menunjukkan wajahnya.

"Eh, Azy! Dah lama sampai?"ibunya mendapatkan Azyatti.

Azyatti bersalaman dengan wanita itu.

"Baru saja. Mak cik apa khabar?"

"Macam ni lah. Mujurlah ada Farez ni. Dia lah yang buat semua kerja."tanpa sedar, wanita itu memuji Farezul.

Azyatti tersenyum.

"Farez memang rajin, mak cik."

Sebentar kemudian, si kembar tersebut riuh berlari mendapatkan Azyatti.

"Hey, girls!"sapa Azyatti, merendahkan badannya.

"Kak Azy, ada coklat?"tanya Fiti.

"Fiti..."Farezul menjegilkan matanya.

"Ada. Ini untuk Fifi dan Fiti. Makan sama-sama."Azyatti menghulurkan beg kertas itu kepada Fiti. Kemudian si kembar itu terus meninggalkan mereka, kelihatan amat riang sekali dengan pemberian Azyatti itu.

"Untuk apalah dimanjakan budak-budak tu, Azy? Tengok, sekarang dah pandai meminta-minta daripada Azy."ibu Farezul seakan tidak bersetuju.

"Tak apa. Bukannya apa sangat, mak cik."

"Awak datang sini dengan siapa?"soal Farezul.

"Drive sendiri lah. Saya ingat nak ajak awak keluar tapi, nampak macam awak ada plan lain je."

"Haha. Same old things. The girls. My mum pun tak sihat sangat. So, I think they’ll be needing me today. Sorry."

"Hish, ibu sihatlah. Ibu boleh buat semua kerja. Kalau Farez nak keluar, pergilah."

"Tak apalah, mak cik. Farezul dah selalu sangat dengan saya. Jadi, tak apalah hari ni kalau dia nak habiskan masa dengan family dia. Err..actually, I was thinking, could I join you today?"

"Haa, join me? Saya tak buat apa-apa yang best pun hari ni. I will be spending most of my time at home, take care of the twin, cooking..."

"Sounds fun to me. I’m in."potong Azyatti, memandang Farezul tepat ke wajahnya, memberitahu bahawa dia tidak bergurau, dan dia mahu menjadi sebahagian daripada keluarga itu.

Saat itu, dia menyedari, betapa bertuahnya dia kerana memiliki Azyatti.


****************

Petang tu, sebaik sahaja pulang daripada kelasnya, Farezul terus berlalu ke biliknya. Namun, langkahnya terhenti sebaik sahaja melihat keadaan biliknya. Wajahnya mula panas, jantungnya berdegup pantas. Biliknya bagaikan baru sahaja dilanda ribut. Pakaiannya berselerakan, buku-bukunya di merata-rata tempat. Farezul lantas membuka almari pakaian, di mana dia menyimpan setiap duit titik peluhnya bekerja, dan elaun biasiswanya.

Kosong!!

Dia mencari lagi. Memang tidak ada sesen pun. Hatinya hancur di situ.

"Ibu...ibu..."panggil Farezul.

Ibunya perlahan-lahan mendapatkan Farezul, tahu apa yang mahu ditanyakan oleh anaknya itu.

"Siapa yang ambil duit Farez?"soal Farezul, keras nadanya.

"Farez..."

"Siapa?!"tanya Farezul lagi.

"Ayah kamu."perlahan suara ibunya.

"Dan ibu biarkan?"

"Dia balik siang tadi, mengamuk-ngamuk minta duit. Kemudian dia pergi ke bilik kamu dan selongkar barang-barang kamu. Ibu..."

Hati Farezul benar-benar hancur. Dia jatuh melutut di hadapan ibunya, menunduk memandang lantai. Cuba menahan air matanya daripada mengalir.

"Ibu tahu tak, berapa banyak duit yang dia ambil tu?"

"Farez..."

"Farez baru bercadang nak masukkan semuanya ke dalam akaun ibu esok."

Bergoncang badan Farezul, sedihnya teramat sangat.

"Farez bekerja kuat untuk dapat duit tu, malah duit elaun Farez, Farez tak gunakan pun. Duit tu ibu, satu-satunya tiket untuk kita semua keluar daripada kesusahan ni. Kita hidup dengan duit tu, ibu. Ibu senang saja biarkan dia ambil semuanya, seolah-olah susah Farez selama ni tak ada erti pun. Ibu tahu tak betapa susahnya hidup Farez? Segala yang Farez lakukan, semuanya salah, kan? Ibu masih lagi menangkan dia."

"Tengok dia buat pada Zara. Zara tu anak ibu, tapi sanggup ibu biarkan dia pukul Zara. Ibu tak akan menentang dia, kan walaupun untuk anak-anak ibu sendiri? Ibu tahu tak, Farez sanggup lakukan apa saja untuk keluarga ni, meskipun korbankan perasaan, kesenangan Farez sendiri. Tapi ibu tak pernah hargainya, kan? Azy... Farez selalu teringin untuk belikan dia sesuatu yang... ah, tapi Farez tak boleh kerana Farez perlu fikirkan pasal keluarga kita. Ibu pernah tak walaupun sekali, menangkan anak-anak ibu ni? Dia ayah, ya, Farez akui. Perlu dihormati, tapi dia tak ada hak nak buat anak-anak dia macam ni. Tak pernah Farez rasa sekecewa ni dengan ibu. Kalau sebelum ni, Farez boleh bekerja tanpa rasa penat sikit pun kerana fikirkan kehidupan keluarga kita bergantung kepada Farez, tapi sekarang, Farez betul-betul penat ibu."Farezul mengelap air matanya, dan terus berlalu ke biliknya.

"Farez, dengar cakap ibu."ibunya cuba memujuk.

Namun Farezul sudah menutup pintu biliknya, enggan berbicara.





"Tengok, awak sedih lagi. Awak ni memang tak nak temankan saya shopping ke?"suara Azyatti menuntut perhatian Farezul.

"Sorry, I’m a bad company."balas Farezul.

Azyatti mengeluh.

"Maafkanlah ibu awak. Tak baik awak buat macam tu kat dia. Dah hampir seminggu awak macam ni."

"Things are complicated, Azy. Dia dah kecewakan saya berkali-kali."

"Belajar untuk memaafkan orang lain, lebih-lebih lagi jika dia ibu awak. Mungkin dia ada sebab yang tertentu."

"Sebab apa lagi?!"suara Farezul meninggi, membuatkan orang yang berada di sekeliling mereka memandang mereka.

Azyatti sudah tidak tahu bagaimana untuk memujuk Farezul. Marahnya, kecewanya yang bercampur membuatkan sukar baginya untuk meluruskan pemikiran lelaki itu.

"Maaf."ucap Farezul.

"Maaf? Maaf anda ditolak."Azyatti pantas berjalan meninggalkannya. Dia berpura-pura membelek pakaian yang tergantung di situ.

"Azy..."

Azyatti tetap tidak mempedulikannya.

"Dulu saya dah cakap yang hidup saya ni rumit. Saya tak mahu awak dalam hidup saya bukan kerana saya tak sayangkan awak, tapi saya tak mahu awak turut sama kusut kerana saya."

"Kita dah mula cakap tentang tu. I’m not leaving you, Farez, if that’s what you’re hoping for. You know why?"

Farezul mengangkat bahu.

"Ikut saya."Azyatti menarik tangan Farezul dan langkah mereka terhenti di hadapan cermin sebuah fitting room.

"Apa yang awak nampak?"tanya Azyatti.

"Err..kita?"Farezul yang kehairanan itu menjawab.

Azyatti mengangguk.

"Exactly. Kita. Awak dan saya. Sebab tu saya tak boleh tinggalkan awak, and you’re not allowed to leave me. Sebab, ‘kita’ hanya wujud kalau ada awak dan saya."

"Means, kalau tak ada awak, tak akan ada saya, dan..."

"Kalau tak ada awak, tak ada saya."Farezul menyambung.

"Jadi, lebih baik awak maafkan ibu awak, atau tak akan wujud ‘kita’ lagi lepas ni."Azyatti seakan memberi amaran, berjalan semula ke rak yang menempatkan sweater.

Farezul berfikir sejenak. Kemudian dia berjalan menghampiri Azyatti.

"Thanks Azy. Apa yang saya akan buat tanpa awak?"




Pulang ke rumah setelah menemani Azyatti, Farezul di sapa oleh wajah ayahnya,kelihatan sedang bergurau dengan si kembar.

"Apa dia buat kat sini?"tanya Farezul, keras, kepada ibunya.

Namun, sebelum sempat ibunya membuka mulut, Farezul berkata.

"Buat sajalah apa yang dia suka kat sini selagi dia tak sakiti sesiapa dalam rumah ni."dengan itu, Farezul segera berlalu ke biliknya.

Ayahnya yang mendengar hanya mendiamkan diri, tahu sekiranya dia membuka mulut, pasti akan timbul kekecohan.

Malam itu setelah selesai makan malam, Farezul berteleku di hadapan televisyen bersama dengan adik-adiknya. Tak lama kemudian, ayahnya menyertai mereka, namun langsung tidak dipedulikan oleh Farezul. Tepat pukul 11 malam, Farezul menyuruh Zara membawa si kembar tidur.

Baru sahaja dia mahu melangkah masuk ke bilik apabila pintu rumahnya diketuk dengan kasar dan kuat, mengejutkan seluruh isi rumah. Wajah ayahnya saat itu juga pucat, tak berdarah.

"Ayah, buka pintu."arah Farezul.

Ayahnya menggeleng. Farezul mengerutkan dahinya kehairanan. Dia menghampiri ayahnya.

"Masalah apa yang ayah dah bawa balik ke rumah ni?"soal Farezul kasar.

"Tolonglah. Ayah dah tak tahu ke mana lagi nak pergi. Kali ini saja, Farez. Ayah janji, selepas ni ayah tak akan ganggu lagi keluarga ni. Tolong bukakan pintu dan beritahu mereka yang ayah tak ada kat sini."

"Untuk apa Farez tolong ayah? Ayah dah cukup banyak menyusahkan keluarga ni."Farezul berjalan menuju ke pintu, dan ayahnya pula berlari menuju ke dapur.
Ibunya yang baru sahaja mahu melelapkan mata itu terus keluar ke ruang tamu.

"Mana ayah kamu?"tanya ibunya.

Farezul menunding ke arah dapur. Pintu dibukanya. Kelihatan sekumpulan lelaki dengan wajah yang garang di hadapan pintu rumah mereka.

"Hamzah ada?"tanya salah seorang daripada lelaki tersebut.

Ayahnya yang mendengar daripada dalam dapur, semakin kalut. Perasaan takut menyelubunginya. Dia tahu, setelah apa yang dia lakukan, Farezul tak mungkin akan membantunya.

"Hamzah? Tak ada. Tak kenal sesiapa nama Hamzah. Maaf."balas Farezul, selamba.

Ayahnya yang mendengar agak terkejut.

"Jangan tipu. Orang kami ada nampak Hamzah di sini siang tadi. Kami hanya nak Hamzah. Jangan cari pasal dengan kami."

"Hamzah tak ada kat sini. Okay?"

Kesabaran lelaki di hadapannya mula kurang. Farezul ditolak kasar dan mereka menyerbu masuk ke dalam rumah.

"Hamzah!! Aku tahu kau ada kat sini. Baik kau keluar kalau kau tak nak keluarga kau ni di apa-apakan."

Ayahnya masih membatu di sebalik peti sejuk.

"Abang, kenapa ni?"ibunya yang berada di daput berbisik.

"Siapa lelaki-lelaki tu?"tanya ibunya lagi.

"Syhh, diam boleh tak?"desis ayahnya.

"Tolonglah keluar sekarang."Farezul berkata lagi.

Lelaki tadi mengarahkan orang-orangnya menyelongkar seluruh isi rumah. Jantung Farezul semakin pantas berdegup. Bimbang keluarganya akan di apa-apakan.

"Bos, Hamzah! Menyorok kat belakang peti ais macam tikus."salah seorang daripada lelaki tersebut menarik kolar baju ayah Farezul. Lelaki yang dipanggil bos itu kelihatan amat senang.

"Apa ni? Lepaskan suami aku."jerit ibunya.

Seorang lagi daripada mereka menolak ibu Farezul sehingga wanita itu terhantuk ke dinding.

"Ibu...!!!"gemersik suara Zara mendapatkan ibu mereka.

"Zara, bawa ibu ke bilik. Abang akan uruskan semua ni."

Zara masih kaku, memandang ke arahnya.

"Sekarang!"tengking Farezul.

"Jangan kacau keluarga aku."kata Farezul kepada lelaki tersebut.

"Susah. Susah sebab tikus ni, hutang aku RM 50 000 dan sekarang cuba nak lari pulak." Lelaki itu menampar-nampar pipi ayahnya.

Farezul menarik nafas.

"Bawa tikus ni ke tempat kita."arah lelaki itu lagi.

Mereka yang lain mengangguk, mengheret Hamzah yang meronta-ronta untuk melepaskan diri itu.

"Lepaskan ayah aku."kata Farezul.

Lelaki tersebut terhenti, menoleh memandang Farezul, kelihatan agak kagum.

"Kami tak mahu apa-apakan keluarga ni. Apa yang kami nak hanya dia ni."

"Aku kata lepaskan ayah aku!!!"tengking Farezul.

"Korang tak akan ke mana-mana dengan dia."sambung Farezul lagi.

Ayahnya yang mendengar itu terkedu.

Farezul...Anak yang selalu disakitinya, kini sedang mempertahankannya. Rasa bersalah mula menujah dirinya.

Lelaki tersebut memberi isyarat kepada orangnya supaya melepaskan Hamzah.

"Nak jadi hero pulak sekarang ni?"lelaki itu ketawa.

"Aku bukan hero. Aku hanya seorang anak yang tak nak lihat ayahnya di apa-apakan sampah macam korang ni."dengan berani Farezul berkata, membalas pandangan tajam lelaki itu.

Tanpa amaran, satu tumbukan hinggap ke perut Farezul. Terdorong lelaki itu ke belakang, menahan senak yang teramat. Dan satu tendangan pula hinggap ke badannya.

"Farezul..."terdengar ibunya menjerit.

"Zara, kan abang kata bawa ibu masuk..."suara Farezul tersekat-sekat.

"Jangan melawan aku. Aku dah cakap, aku tak nak cari pasal. Kau tu tak paham."lelaki itu menghadiahkan satu lagi tendangan ke badan Farezul. Farezul cuba untuk bangun namun gagal.

"Lepaskan anak aku. Aku yang korang nak!!"pekik Hamzah.

Dan, pekikan itu membuatkan jiran di sebelah cuba menjengah ke dalam rumah, namun hampa, kerana pintu tertutup rapat.

"Ini satu pengajaran."dengan itu, lelaki tersebut menikam Farezul dengan pisau miliknya.

"Arghh...!!!"Farezul mengerang.

Pandangannya mula kabur. Segala-galanya muncul di dalam ingatan.

Ibu, Azy...ya Azy...

"Ya Allah, Farezul..."jeritan ibunya kedengaran semakin jauh.

Kemudian terdengar Zara menjerit meminta tolong. Keadaan benar-benar kalut. Dan Farezul nampak, lelaki itu sekali lagi mengangkat pisaunya, mungkin mahu membenamkan lagi ke dalam badannya.

Namun, Farezul tidak terdaya untuk bangun. Pisau itu semakin hampir...Ya Allah, aku pasrah. Tapi selamatkan keluarga aku. Farezul memejam matanya.

"Jangan!!!" ayahnya menjerit dan entah kenapa Farezul, tidak dapat merasa tusukan tajam itu. Yang dia tahu, dia penat, dan dia mahu berehat. Kemudian. Segalanya hilang daripada pandangan.






"Farez, Farez..."Azyatti menangis, di luar pintu unit kecemasan itu. Kedua ibu bapanya cuba menenangkan Azyatti.

Terjelopok Azyatti di atas lantai, langsung tidak peduli dengan orang yang memandang.

"Farez, awak dah janji!!!" air mata Azyatti mengalir laju.

"Yatt, bawa bertenang. Jangan ikutkan perasaan."Dato’ Murshid cuba memujuk.

"Kenapa dia? Dia selalu cuba untuk betulkan keadaan, tapi dia yang selalu terluka. Tak ada seorang pun ke yang kasihankan dia?"jerit Azyatti.

Ibu Farezul yang mendengar semakin laju air matanya.

Hampir tiga jam mereka semua menunggu di luar unit kecemasan itu sehinggalah seorang doktor keluar. Air mukanya tidak seperti yang diharapkan.

"Dia kehilangan banyak darah..."

Azyatti semakin lemah. Dia tidak lagi berada di situ. Pandangannya kabur.

Farezul...apa yang awak buat ni?

‘Err..kita?’

‘Exactly. Kita. Awak dan saya. Sebab tu saya tak boleh tinggalkan awak, and you’re not allowed to leave me. Sebab, ‘kita’ hanya wujud kalau ada awak dan saya.’

‘Means, kalau tak ada awak, tak akan ada saya, dan...’

‘Kalau tak ada awak, tak ada saya.’

Ayat-ayat itu terngiang-ngiang di telinga Azyatti, sebelum akhirnya dia rebah.




Beberapa tahun kemudian...



Azyatti mengucup surah Yassin nya. Berteleku sebentar di sisi pusara itu. Dia melemparkan pandangan ke arah suaminya di sisi yang kelihatan begitu tekun berdoa.

Farezul meng'amin'kan doanya, menoleh memandang Azyatti di sisi, yang setia menemaninya.

Farezul tersenyum.

"Maaf, awak terpaksa temani abang ke sini lagi."tuturnya.

Azyatti menggeleng.

"Tak jadi masalah. Dia kan ayah saya juga."balas Azyatti.

Farezul tersenyum lagi.

Azyatti tahu, suaminya itu terhutang nyawa dengan ayahnya sendiri. Kalau tidak kerana ayahnya, sudah pasti Farezul tidak akan berada di sini bersamanya. Ayahnya pada malam itu telah menyelamatkan Farezul dengan menerima tikaman yang tepat mengena jantungnya. Dan, betapa Farezul bersyukur serta berterima kasih kepada ayahnya.

Hidup mereka sekarang sudah bertambah baik. Farezul sudah memiliki pekerjaan di sebuah kilang swasta sebagai seorang jurutera dan, yang lebih indah, anak sulung mereka bakal lahir tak lama lagi.

"Jom."Farezul bangun.

Azyatti mengangguk. Farezul membantu isterinya yang sedang sarat mengandung itu untuk bangun.

Mereka berdua berjalan berpimpinan tangan ke kereta.

"Eh, sayang..."kata Farezul tiba-tiba.

Azyatti mengjungkitkan keningnya, kehairanan.

"Baru saya perasan yang awak makin berat. Tak larat saya nak tarik awak bangun tadi."meletus ketawa Farezul.

"Amboi abangnya. Yang dalam perut ni dia tak nak kira."Azyatti mencubit Farezul.

Syukur kerana kebahgiaan akhirnya milik suaminya. Dia mahu sangat Farezul bahagia. Dia tak sabar-sabar menunggu kelahiran anak sulung mereka ini.

Alhamdullillah...


Share:

0 comments: