4
Aku mengalihkan sebentar pandangan ke arah jam di dashboard. Aku dah lewat setengah jam dan aku sangat pasti ‘kipas susah mati’ Akanishi Jin itu akan membebel di dalam bahasa yang tidak di fahami nanti. Entah macam mana aku boleh terlajak tidur pula hari ni. Semalam hampir pukul 1 pagi baru aku sampai di rumah. Semuanya gara-gara si Azira tu beriya-iya mengajak aku mengikut mereka makan sempena hari lahir Sharon. Punyalah leka berborak sehinggakan aku tak sedar yang hari sudah makin lewat. Keesokannya pula aku ada date dengan Elisa dan Aya. Elisa yang mencadangkan agar kami meluangkan masa bersama, kerana katanya dia mahu membiasakan Aya dengan kewujudan aku.
Elisa seakan kawan kepada aku apabila aku bergelar menantu kepada keluarga Haji Amiruddin. Kehadirannya sedikit sebanyak menghilangkan rasa kekok yang bertamu ketika aku pertama kali menjejakkan kaki ke rumah mereka. Anak gadis yang berusia 21 tahun itu sangat ceria, talkative dan gila-gila orangnya. Hobinya adalah menonton drama dan filem Jepun. Artis Jepun kegemarannya pula ialah Akanishi Jin dan beberapa orang lagi yang berisiko membuat lidah aku terbelit jika disebut namanya. Aku sangat menyenangi Elisa. Amat mudah untuk memasukkan dia ke dalam hidup aku.
Ketika aku sampai, Elisa dan Aya sudah sedia menunggu di ruang tamu.
“Sorry, Kak Ngah overslept tadi.”aku mempamerkan riak bersalah.
Aya mendapatkan aku lantas mencium tanganku. Entah mengapa, aku senang dengan kelakuan anak itu. Dia benar-benar menghormati aku sebagai ibunya meskipun tidak pernah sekali pun aku cuba untuk menjadi ibunya.
“Kak Ngah lewat 45 minit. And because of that, lunch is on you. Right, Aya?”Elisa memandang Aya yang kelihatan serba-salah untuk mengangguk itu.
“Baik, Cik Elisa. Mama mana?”aku bertanya setelah mama tidak kelihatan di mana-mana.
“Meeting. Shall we go now?”anak gadis manis itu mencapai beg tangannya, menarik tangan Aya ke pintu.
Aku tersenyum dengan gelagat Elisa itu.
Hidup aku sewaktu seusia dengannya juga begitu. Riang, enjoy, tidak dibebankan dengan masalah-masalah remeh. Kalau diberi peluang, aku mahu melalui saat itu sekali lagi. Dan kalau diberi peluang, aku mahu mengubah saat itu agar dia boleh berdiri di sisi aku sekarang ini. Aku rindukan dia.
Melihat Aya dan Elisa yang tersandar kepenatan di kerusi itu menggeletek hati ku. Mana taknya, dua jam kami menjelajah seluruh pelosok OU tanpa berhenti. Sekarang ni, semua dah macam daun layu.
Ice lemon tea yang baru sahaja dibawa pelayan tadi sudah tinggal separuh gelas.
“Penat ya? Nak jalan lagi lepas ni?”aku sengaja bertanya.
Pantas Elisa menggeleng.
“Esok ada kelas pukul 8 pagi. Tolonglah, kita balik lepas ni.”Elisa mempamerkan riak yang menunjukkan dia betul-betul penat.
“Timetable susun sendiri. Macam mana boleh ada kelas pagi pula? Sangat tak cool.”
Kebetulan, Elisa belajar di tempat yang sama aku melanjutkan pelajaran dahulu. Cuma bidang kami yang berbeza.
“Subject clash. Tak pasal kena meraban pagi-pagi ke kelas. Kak Ngah dulu tak ada kelas pagi?”
Aku menggeleng, menyedut minumanku.
“Kak Ngah pro susun jadual. Kelas start pukul 10 pagi, habis pukul 3 petang. Tapi dalam seminggu memang akan ada satu hari yang padat punyalah. Don’t worry. Bak kata orang, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.”
“Kawan-kawan Lis kata, engineering kat situ tahap gaban susah. Macam mana Kak Ngah boleh survive?”
“Itulah. Kalau fikir balik, Kak Ngah pun hairan sebenarnya. Aya senyap je. Penat sangat?”
Aya sekadar menggeleng. Dia tak banyak cakap bagi seorang anak yang seusia dengannya. Atau mungkin Aya begitu hanya jika aku berada bersama mereka?
“Kak Ngah, bila Lis nak dapat anak buah baru ni?”soalannya itu hampir sahaja membuatkan aku terjatuh daripada kerusi.
“Elisa!”suaraku sedikit tinggi.
Mereka berdua ketawa, seronok mungkin dengan reaksi aku sebentar tadi.
“Tanya je. Dah nak dekat dua bulan Kak Ngah kahwin dengan Angah. Family planning ke?”
“Kanak-kanak tidak dibenarkan bercakap tentang hal seperti ini. Sila tukar topik.”
“Sorang je kanak-kanak kat sini. Saya dah tak termasuk dalam golongan tu walaupun saya masih muda remaja. Jadi betulla family planning?”
“Aya ada cadangan macam mana kita nak diamkan Mak Cu?”perhatian aku tuntaskan kepada Aya, tidak mahu meneruskan topik perbincangan yang berarah kepada hidup aku dan Ehsan itu. Aku tidak berniat untuk berbohong, tapi aku tak mungkin dapat menerangkan kedudukan sebenar kepada mereka kerana mereka tak akan faham. Ibu dan abah sendiri menganggap hidup aku sekarang ini sudah sempurna. Walaupun realitinya, jiwa aku masih kosong.
“Nenek kata Mak Cu hanya diam waktu makan dan tidur.”Aya menjawab, jujur.
“Maaf tetapi Lis tak ada turn on dan turn off button.”
“Tahu. Lis daripada kecil memang tak boleh diam. Kak Ngah ingat lagi masa kita jiran dulu. Malam tu malam raya. Lis menyanyi lagu raya, daripada lepas buka puasa, sampailah pukul 10 malam. Lawak betul.”
“Janganlah ungkit pasal dulu-dulu. Masa tu Lis umur berapa ya?”
Aku mencongak di dalam kepala, cuba mengingati kembali peristiwa itu.
“Kak Ngah waktu tu tingkatan tiga. Kiranya Lis darjah empat kan?”
Laju Elisa mengangguk.
“Angah pula tingkatan lima. Betullah tu. Tak sangka boleh dengar sampai ke rumah Kak Ngah. Malunya dekat abang Kak Ngah yang muka macam Hideaki Takizawa tu.”
“Macam sapa?”
“Pelakon Jepun la, ibu.”Aya menyampuk, setelah sedari tadi hanya menjadi pemerhati.
“Oh! Muka Abang Asyraf macam pelakon Jepun? Macam mat sentul adalah.”
Kami bertiga ketawa, masing-masing membandingkan wajah satu-satunya abangku itu dengan mat sentul.
“Okaeri.’aku menyapa Ehsan yang baru sahaja melangkah masuk itu.
Dia memandang aku dengan hairan.
“Aku fikir kau yang patut mempengaruhi Elisa, not the other way around.”Ehsan meletakkan beg laptop serta kameranya di atas meja. Dia kelihatan kemas dan segak dalam kemeja dan seluar slack. Ehsan seorang yang sangat simple orangnya. T-shirt dan jeans lusuh merupakan pakaian hariannya tetapi jika dia bekerja, penampilannya sangat kemas, mengikut keperluan majlis itu sendiri. Dua bulan tinggal sebumbung dengan lelaki itu aku seperti sudah dapat memahami corak kehidupannya.
“Itu je yang aku dapat tangkap daripada dia. You’re early.”
Matanya melirik ke arah jam yang diletakkan di atas televisyen itu.
“Kau tu yang awal.”balasnya kembali.
Oh ya, aku yang awal hari ini. Habis saja daripada kerja, aku langsung pulang ke rumah. Seolah-olah rumah ini mempunyai kuasa untuk menghilangkan segala kepenatan aku. Jikalau dahulu, sebaik sahaja aku pulang ke rumah, ada sahaja perkara yang mahu ibu usulkan kepadaku. Ada sahaja cerita tentang anak lelaki temannya yang mahu dikongsikan dengan aku. Lagipun sekarang hubungan aku dan Ehsan sudah mula membaik walaupun dia masih seperti dahulu, mengawal setiap reaksi dan emosinya ketika bersama dengan aku. Nak belgak cool lah kononnya.
“Abang Asyraf kata dia cuba call kau tengah hari tadi, tapi tak dapat.”aku menyelak suratkhabar di hadapan aku itu ke muka seterusnya.
Kes bunuh lagi! Dunia sekarang sangat menakutkan. Nyawa manusia sekarang ni seperti dah tak bernilai, boleh dibeli di pasaraya dengan mudah. How to make the world a better place to live? Well, let’s start by making this house a better house to live.
“Tadi kat function customer. Off telefon. Kenapa Asyraf cari aku?”
Mendengar Ehsan memanggil Abang Asyraf dengan hanya panggilan Asyraf mengingatkan aku bahawa abang aku yang satu itu sebenarnya sebaya dengan Ehsan. Malah dahulu, mereka selalu sahaja melepak bersama. Itu sedikit sebanyak menjadikan keadaan di antara aku dan Ehsan bertambah pelik. Aku kahwin dengan kawan abang aku yang mana pernah menjadi jiran sebelah rumah aku. Ermm…
“Next Saturday dia buat majlis sikit untuk sambut birthday Melati. Dia nak kau tolong ambil gambar on that day.”
“Sabtu depan? Aku tak ingatlah aku ada kerja lain ke tak. Nanti aku check, aku confirmkan sendiri dengan dia.”dia berura-ura untuk masuk ke biliknya.
“Aya rindukan kau. Mama kata she called your name twice in her sleep.”aku berkata dengan pantas, tidak mahu terlepas peluang untuk melihat reaksinya apabila aku bercakap tentang Aya.
Langkah Ehsan kaku.
Damn it! Aku tak dapat baca apa yang sedang bermain di dalam otaknya. Dia terlalu bijak mengawal emosi sehingga apabila menatap wajah itu seperti menatap mannequin di pasar raya. Tapi aku tahu yang dia sebenarnya tidak suka dengan apa saja yang baru aku katakan berkaitan Aya tadi.
Sesungguhnya aku sendiri tidak faham kenapa Ehsan seperti cuba menjauhkan diri daripada hidup Aya. Cara hidupnya juga sudah seperti orang bujang, tidak dibebani dengan tanggungjawab menjaga seorang anak yang ternyata amat memerlukannya. Keputusan mama untuk menjaga Aya semakin memudahkan Ehsan, sehingga menurut Elisa, dia hanya sekali-sekala menjenguk Aya. Takkan dia menyalahkan Aya atas semua yang berlaku? Kalau itulah yang difikirkan oleh Ehsan, sangatlah melampau! Bagaimana dia dapat menyalahkan anak kecil yang sememangnya tidak tahu apa-apa di atas semua yang telah berlaku?
Jika ada perkara lain yang menyakitkan hati aku tentang Dzul Ehsan selain daripada perangainya yang berkira dan mementingkan diri sendiri, that would be sikap lepas tangannya terhadap Aya.
“Anything else?”dia menyindir.
“Kau memang betul-betul tak peduli pasal Aya, kan? Kenapa kau buat semua ni, Ehsan?”
Ehsan mengalihkan pandangannya ke arahku, menatap wajahku tepat tanpa berkedip. Matanya memberitahu aku bahawa apa sahaja yang bakal dikatakannya sebentar nanti bakal menyakitkan hati aku dan perkara itu sangat menyeronokkannya.
“Aku lupa nak tanya hari tu. It doesn’t matter but I’m asking now. Does being you friend means I have to spill every single detail of my life to you? It would be suck if I have to do that, you know.”
Sekali lagi, manusia bernama Dzul Ehsan menang. Tahniah!
“Fine! Do it your way and see if I care.”
“Oh I know you care. By the way, nice seeing you in my house, nagging me every day. Good night.”dan dia berlalu dengan senyuman yang membuatkan tangan aku ini ringan sahaja untuk melayang ke mukanya.
Aku tak akan peduli lagi tentang kau, Encik Ehsan. Mungkin aku suka Ehsan versi tak banyak cakap lagi. Dan dia tidak akan bercakap sekiranya aku tidak memulakan dahulu. Jadi Anith Fitriah, bermula esok, pedulikan dia. Uruskan hidup kau sendiri, terima kasih.
~komen,kritikan are much appreciated...tq~
3 comments:
huhu..
sgt complecate le...
bila le nk aman yea
-ieja-
ehsan ni napa??
geram lak rasa nya
ehsan menjengkelkan.. tp xpe~ :p let see what happen next..
Post a Comment