Thursday, October 7, 2010

One Day You'll Be Mine 3

3
“Kak Fitri tak mahu ikut kitorang pergi makan dulu ke?”Azira bertanya apabila aku mula bergerak kereta ku.
Aku memandang Kak Lyn, Megat, Jun serta Sharon yang sedang menanti jawapanku itu. Selalunya selepas habis kerja, aku pasti akan makan bersama mereka. Aku menilik jam tanganku yang sudah menunjukkan hampir pukul 11 malam itu.
“Alaa, akak penatlah hari ni Zira.”aku cuba menolak.
Kak Lyn dan yang lain-lainnya sudah tersengih-sengih, menimbulkan tanda tanya di dalam hati aku.
“Kenapa gelak pula ni?”aku bercekak pinggang, memandang mereka bersilih ganti.
“Kak Fitri ni, sejak-sejak kahwin, asyik penat saja. Itulah jangan buat ‘overtime’ selalu.”Megat menjawab.
Aku membuka mulut untuk membantah tetapi terhenti apabila menyedari maksud lain di sebalik kata-kata Megat itu. Wajah aku mula panas, menahan malu usikan Megat.
Terburai tawa mereka semua.
 “Apa Megat ni? Merepek betul.”
Aku mula bertugas sebagai seorang jurutera di sini sebaik sahaja tamat pengajian tiga tahun dahulu. Ketika itu hidup aku dirasakan sangat indah. Semuanya berjalan seperti yang aku idamkan sehinggalah kejadian itu berlaku.
“Muka Fitri dah merah.”Sharon menunjuk ke arah ku.
Aku memegang kedua belah pipi ku, menggeleng.
“Aaa, tak sukalah kena buli. Bulilah orang lain pula.”
Mendengar itu, tawa mereka makin kuat sehinggakan aku rasa carpark itu bergegar.
“Nak ikut ke tak ni?”gesa Azira.
Aku berfikir sebentar.
“Sorry semua. Tapi Fitri betul-betul penat ni. Esok kerja lagi.”
“Ala cakap je la rindu kat husband Kak Fitri yang handsome tu.”usik Azira lagi.
“Azira ni ada-ada sajala. Tengok tu, Jun tak tunggu kat kereta Nanti lambat, marah pula dia.”
Azira memandang sekilas lalu ke arah tunangnya yang sudah sedia menunggu di kereta itu.
“Okay, okay. Kak Fitri drive elok-elok tau.”
Aku mengangguk.
Lima minit kemudian, kereta aku sudah di jalan bersama dengan puluhan kereta yang lain. Sepanjang perjalanan aku berharap yang lelaki itu sudah tidur. Selamatlah aku daripada perlu menatap wajah deadpan miliknya yang mujarab merosakkan mood aku.

Pagi Ahad itu, aku sedang menonton rancangan pagi di televisyen ketika Ehsan bangun. Dengan hanya berseluar pendek, rambut yang kusut-masai dia masuk ke ruangan dapur. Memang begitulah rutinnya setiap hari Ahad. Bangun lewat, kemudian keluar melepak di kedai miliknya sehingga ke pagi. Ehsan merupakan seorang freelance photographer. Suami ‘tersayang’ ku itu mula memulakan kerjayanya sebagai seorang jurugambar sebaik sahaja dia pulang semula ke Malaysia. Menurut Elisa, ramai juga pelanggan yang memilih Ehsan sebagai jurugambar untuk majlis-majlis mereka. Boleh dikatakan Ehsan agak berjaya di dalam bidang kerjaya yang dipilihnya itu. Tapi entah mengapa aku tidak dapat memandang serius kerjayanya kerana pada pendapat aku, seni fotografi itu lebih kepada hobi. Kerjaya yang sebgitu hanya sesuai dengan orang yang berjiwa sepertinya. Carefree-irresponsible jerk!
Perhatianku terganggu apabila tiba-tiba sahaja televisyen bertukar siaran.
Aku menarik nafas.
Here we go again.
“Hello, I’m watching that!”aku cuba untuk tidak memandang ke arahnya.
Kenapalah dia tidak boleh pakai t-shirt?! Aku ada dalam rumah ni dan aku tak mahu tengok sebarang free show daripada kau, Ehsan! Kau boleh faham tak?!
“Get your own tv, please. This is mine.”
Okay, that’s it! Kalaulah aku ada senapang kat tangan, memang aku boleh gerenti aku akan tembak dia ni.
“Kau bersikap sangat kebudak-budakan. Kau tak mahu cari pasal tetapi semua perbuatan kau tu boleh membuatkan orang, especially aku, nak cari pasal dengan kau.”
“Kau yang sebenarnya merumitkan keadaan. Bukan ke lagi senang kalau kau diam saja dan tak membantah.”
“Dan biar kau buat sesuka hati kau? Sorry, tapi itu tak akan berlaku. Kau kena tahu yang kau tak boleh buat sesuka hati kau. Aku tinggal kat sini juga, suka atau tidak, kau kena belajar untuk biasakan diri dengan kewujudan aku di dalam rumah ni. Well, kalau kau lepaskan aku, mungkin kita tak payah lalui semua ni.”aku cuba memancing.
Ehsan menghela nafas, menunjukkan yang dia benar-benar bosan dengan perangai aku itu.
“Pergi beritahu mama. Kalau dia tak kena hospitalize lepas kau beritahu dia, aku tak  akan tangguh seminit pun untuk lepaskan kau. Good luck.”perhatiannya kembali kepada tv, tidak lagi mempedulikan aku.
Tanpa berlengah aku berlalu masuk ke bilikku, menyembamkan muka ke bantal dan menjerit sekuat hatiku.
Sepuluh minit kemudian, setelah hati aku sedikit lega, aku keluar semula. Ehsan masih di posisi tadi.
“Kenapa kau buat aku macam ni?”aku berdiri betul-betul di hadapan televisyen dalam usaha untuk mendapatkan perhatiannya.
“Aduh, buat apanya?!”dia mengeluh.
“Menyusahkan hidup aku. Kau tak fikir ke yang hidup aku pun tak cukup susah sebab perkahwinan ni? Tak boleh ke kita hidup macam manusia normal lain?”
“You are suggesting?”
Mendengar itu, aku tersenyum.
“Let’s become friend. Mungkin kita tak boleh hidup sebagai suami isteri, tapi itu tak bermakna kita tak boleh jadi kawan. Kau berhenti menyusahkan hidup aku, dan aku dengan gembiranya akan buat perkara yang sama.”
“Ini idea yang kau dapat lepas menjerit sampai nak pecah rumah ni?”dia bertanya tetapi ada sesuatu di dalam nadanya yang memberitahu aku bahawa dia sedang menahan tawa. Cuba untuk kelihatan cool seperti biasa. Macamlah dia akan mati kalau dia ketawa depan aku.
“Aku perlukan cara untuk hilangkan geram aku. Tolonglah buat hidup aku dalam rumah ni mudah sedikit. We’re on the same boat here. Apa yang kau dapat dengan menyusahkan aku?”
“Aku tak buat semua tu on purpose sebenarnya. I don’t think sharing is caring. Being my wife doesn’t make you the co-owner to this house.”
“Kau memang…”aku mengetap bibir.
“But I’ll think about it. In the mean time, get you own tv. Sekarang, boleh tak tolong bergerak daripada situ?”
“Satu lagi, kau memang tak ada expressi lain ke selain daripada muka selamba badak kau tu?”
Tersedak Ehsan yang mendengarnya, seolah-olah dia langsung tidak menyangka soalan itu yang akan keluar daripada mulut aku. Wajah Ehsan berubah warna.
“Well, just asking.”dengan itu aku berlalu meninggalkannya dengan hati yang puas.
Dzul Ehsan bin Haji Amiruddin, janganlah kau menyusahkan hidup aku lagi selepas ini.

~komen, kritikan sangat dihargai...~

Tuesday, October 5, 2010

One Day You'll Be Mine 2


2
Aku tidak pasti siapa yang harus disalahkan dalam hal ini. Aku atau ibu serta abah. Mereka sebagai ibu bapa seharusnya faham keadaan aku. Berkali-kali sudah aku katakan yang aku belum bersedia untuk bersama dengan sesiapa pun. Kenapa mereka enggan memahami keadaan aku? Kenapa mereka harus membuat keputusan untuk aku? Sekarang, aku terperangkap! Aku tidak mengenali Ehsan, sehingga sekarang pun aku rasa amat susah untuk aku bersama dengannya. Tidak ada walau sedikit perasaan untuk lelaki yang sudah sebulan bergelar suami aku itu. Aku pasti, dia juga begitu. Kami sama-sama terjebak di dalam masalah ini kerana kedua orang tua kami mengambil keputusan untuk menentukan hidup kami berdua daripada membiarkan kami memilih jalan sendiri. Sangat tidak adil!

Tiga tahun dulu, hidup aku sangat kelam sehingga aku rasa aku tidak mampu untuk bernafas lagi. Jika aku fikirkan kembali, amat mustahil untuk aku hidup seperti ini. Aku pernah bahagia, dan sungguh, aku harap kebahagian itu akan kekal milik aku, tapi… Perkara yang paling menyakitkan ialah orang yang bertanggungjawab membunuh kebahagian aku adalah diri aku sendiri, Nur Anith Fitriah!

Sejak kejadian tu, aku tak pasti jika aku berhak untuk hidup gembira lagi. Tidak setelah apa yang aku lakukan. Aku hancurkan kegembiraan sebuah keluarga! Meskipun mereka di sekililing aku berulang kali menyatakan bahawa semua yang berlaku itu bukan salahku, namun ia langsung tidak mengubah perasaanku. Apa mereka fikir pembohongan mereka itu akan dapat mengembalikan kehidupan aku seperti sedia kala? Tidak mungkin! Kerana aku tahu, semua yang berlaku itu salah aku.

Syukur kerana aku berjaya sampai ke tahap ini,  melewati zaman gelap itu meskipun sakitnya langsung tidak berkurangan. Dan mereka kata waktu itu pengubat sakit yang mujarab, maaf tapi aku terpaksa membantah. Dua tahun selepas kejadian itu, ibu mula sibuk mencari jodoh untuk aku. Sudah aku nyatakan bahawa aku masih belum bersedia untuk memulakan kehidupan aku semula dengan orang lain tetapi mereka langsung tidak ambil peduli. Setiap cadangan mereka aku tolak sehinggalah mereka mengambil keputusan untuk tidak bertanyakan pendapat aku lagi.

Ia seakan takdir aku terikat dengan Ehsan kerana kami berkongsi sebuah kisah yang hampir sama jalan ceritanya. Masing-masing enggan untuk memulakan kehidupan yang baru kerana kesakitan masa lalu. Siapa sangka lelaki yang tidak mempunyai sebarang emosi itu pernah berkahwin suatu ketika dahulu ketika dia melanjutkan pelajaran di luar negara dahulu. Sayangnya, perkahwinan mereka itu tidak bertahan lama. Aku tidak tahu sebabnya tapi menurut ibu, isterinya itu ternyata belum bersedia untuk sebuah keluarga. Sedikit rasa kasihan muncul di dasar hati aku kepada Ehsan kerana selepas itu, hidupnya sangat kacau. Untuk dia terluka sebegitu teruk, aku pasti Ehsan sangat menyayangi bekas isterinya.

“Ehsan ada bagi masalah kat Fitri?”mama bertanya. Suaranya kedengaran benar-benar prihatin. Yalah, di antara semua orang, aku rasa mama lah orang yang paling mahu perkahwinan ini berjaya.
Aku memandang mama.
Honestly or you want me to lie?

“Ermm…not exactly. Dia tak banyak cakap, dengan dunia dia sendiri. Dia dan kamera kesayangannya tu.”aku menjawab.
Mama mengangguk-angguk, sedia maklum mungkin dengan perangai anak lelakinya itu.

“Fitri tolong sabar, ya. Janganlah sampai bercerai-berai.”

Aku cukup tak suka jika hidup aku ditentukan oleh orang lain dan itu yang berlaku sekarang ini. Aku berhak untuk kebahagiaan aku sendiri, begitu juga Ehsan. Tak kiralah apa saja jalan yang kami pilih untuk meneruskan kehidupan masing-masing, jika itu membahagiakan kami, aku tak rasa timbul masalah walaupun pilihan itu adalah untuk bersendirian sampai ke tua! Aku dan Ehsan tak bahagia dengan hidup kami sekarang tetapi mereka tetap enggan faham. Dua minggu lepas perkahwinan kami, ada juga kami menyuarakan hasrat untuk berpisah kepada mama. Akibatnya, mama dimasukkan ke hospital setelah mendengar berita itu. Sesungguhnya aku tidak mahu sekali lagi menjadi penyebab kepada satu lagi kehilangan, dan kerana itu, aku masih cuba bertahan. Berharap mereka semua akan sedar nanti yang perkahwinan ini sangatlah mengarut.

“Assalamualaikum, nenek!”terdengar suara kecil memberi salam daripada luar pintu.

 “Waalaikummusalam. Dah balik pun diorang.”mama berkata.

Seorang anak perempuan berusia tujuh tahun berlari mendapatkan mama.

“Macam mana sekolah?”mama bertanya kepada anak itu, mencium kedua belah pipinya.

“Seronok!”balasnya, ceria.

Aku memandang ke arah Ehsan yang baru sahaja masuk. Beg sandang milik anak itu diletakkannya di atas meja makan.

“Pergi salam ibu.”mama menyuruh.

Anak itu mengangguk, berjalan perlahan menghampiri ku.

“Ibu.”katanya, mencium tanganku.

Keadaan ini masih agak janggal kepada aku serta Aya atau Zuhul Danisa Alya binti Dzul Ehsan. Aya merupakan puteri tunggal kepada suami 'tercinta' aku itu, hasil daripada perkahwinannya dahulu. Namun kerana sikap lelaki itu yang tidak bertanggungjawab dan sambil lewa, Aya tidak tinggal bersama kami. Mana mungkin lelaki itu dapat menguruskan seorang anak dengan perangainya sekarang ini. Perkahwinan ini bukan sahaja menjadikan aku isteri, tetapi juga ibu kepada anak itu yang sememangnya tidak pernah mendapat kasih-sayang seorang ibu. 

Tragis benar kehidupan lelaki itu. Berkahwin seawal usia 20-an, ketika rakan yang lain sibuk berjuang untuk mengukuhkan masa depan, dan setahun kemudiannya bercerai selepas kehadiran seorang cahaya mata. Aku tidak dapat bayangkan bagaimana Ehsan menjalani kehidupannya ketika itu. Seorang anak, pelajaran, hati yang hancur…Mungkin semua itu yang membentuk Ehsan yang ada di hadapan aku sekarang ini.

“Pergi mandi. Lepas tu kita makan sama-sama dengan ibu dan papa.”mama berkata lagi.

Pantas anak itu mengganguk, berlalu ke biliknya.

“Abah mana?”Ehsan bertanya, matanya meliar memandang sekeliling.

“BEM ada mesyuarat hari ni. Tak balik lah kot tengah hari ni. Kak Long pun katanya tak dapat datang.Elisa pula ada kelas. Kita berempat sajalah.”

Ehsan kelihatan seperti tidak peduli dengan apa saja jawapan yang diberikan mama, meskipun dia yang bertanya tadi.

“Sampai bila nak hidup macam ni, Angah? Tak kesian ke dengan Aya?”mama sudah memulakan rutin sebelum makan tengah harinya, meleteri anak keduanya yang teramatlah degil itu.

Ehsan memejamkan mata, kelihatan tenang seperti biasa. Seolah-olah apa sahaja yang dikatakan oleh orang sekelilingnya langsung tidak bermakna. Mungkinkah lelaki ini mengalami masalah otak sehinggakan dia tidak dapat mempamerkan apa-apa emosi selain daripada ketenangan dan keselambaan yang sering sahaja menghangatkan hati aku?

“Cubalah fikirkan pasal orang lain sama. Aya tu anak Angah. Dengan pilihan hati Angah sendiri, kan?”suara mama lirih.

Mendengar itu, Ehsan membuka matanya.

“Terima kasih mama sebab ingatkan Angah pasal tu. Terima kasih sebab sudi jaga Aya. Terima kasih sebab carikan Angah seorang isteri yang sangat ‘sempurna’. Tapi Angah lagi berterima kasih kalau mama tak masuk campur dalam hidup Angah lagi.”

Bagus, dia permainkan aku depan mamanya. Kami berdua tahu yang aku tidak pernah cuba untuk menjadi seorang isteri yang baik kepadanya. Lagi pun, dia sendiri yang berkata kami tidak perlu memainkan peranan itu dan berpura-pura sebagai pasangan yang bahagia.
Mama menarik nafas. Nampak bingung dengan sikap anaknya itu. Sudahlah mama, berhenti berharap sajalah bahawa anak mama itu boleh berubah. Dia tak akan pernah peduli tentang orang lain kecuali diri serta kamera bodohnya itu.

“Mama harap sangat Fitri dapat luangkan lebih masa dengan Aya. Cuba untuk rapatkan diri dengan dia.”sasaran mama beralih kepada aku pula.

Uh oh...this is bad. Kalau boleh, aku tak mahu dekat dengan apa saja milik lelaki itu! Tolonglah faham aku mahu hidup aku balik…!!! Hati aku menjerit.

“InsyaAllah.”hipokrit, hipokrit, sangat hipokrit Fitri.

Mama nampak senang dengan jawapan aku. Aku memandang ke arah Ehsan, dan kemudian menyedari bahawa itu adalah satu tindakan yang salah. Matanya tepat memandang ke arahku, tetapi tidak dapat aku baca apa yang sedang bermain di dalam fikirannya. Aku sendiri tidak tahu jika dia mahu aku untuk rapat dengan anaknya atau menguruskan kehidupan aku sendiri.
Sesungguhnya aku tidak bersedia untuk semua ini. Menjadi ibu kepada seorang anak yang tidak pernah aku kenal, bukan sesuatu yang mudah buat aku. Lagipun, hubungan aku dan Ehsan yang seperti ini tidak memungkinkan aku untuk menjadi seorang ibu yang baik kepada Aya. Kami akan berpisah suatu hari nanti. Jadi, teramat mustahil untuk aku menjadi ibu kepadanya seperti yang diharapkan mama. 

~komen, kritikan amat dihargai :) ~

Saturday, October 2, 2010

One Day You'll Be Mine : Prolog


Air mataku berguguran, bersama pancuran air yang pada hari ini tidak dapat menenangkan fikiranku seperti selalunya.
“Fitri!”suara ibu memanggilku daripada luar bilik air.
“Just a sec.”aku menutup pancuran air, mengambil tuala dan keluar. Wajah risau ibu menyapa pandanganku.
“Okay?”ibu bertanya.
Pantas aku menggeleng.
“Fitri tak boleh, ibu. Fitri tak boleh lupakan dia.”aku memeluk ibu, air mataku semakin laju.
“Bawa mengucap. Tak baik macam ni.”nasihat ibu, cuba meredakan esakanku.
“Tolonglah faham, ibu. I can’t do this.”
“Sayang, janganlah macam ni. “
Semakin hampir aku dengan hari esok, semakin sukar juga aku rasakan untuk terus bernafas. Peristiwa itu dimainkan berulang-ulang kali di dalam kotak fikiranku. Seperti perkara itu baru sahaja berlaku semalam.
“Apa yang ibu minta daripada Fitri ni terlalu besar. Fitri tak mampu, bu. Tolong jangan buat Fitri macam ni.”
Ibu mengusap rambutku.
“Ibu kesal dengan nasib Fitri. Kenapalah anak ibu di duga begini? Dah hampir tiga tahun kejadian tu. Fitri kena berani bergerak ke hadapan. Jangan seksa diri macam ni. Ibu tak sanggup tengok anak ibu macam ni.”suara ibu lembut, cuba memujuk.
“Mungkin ada hikmah semua ini. Tolong jangan buat keadaan bertambah sukar kepada diri sendiri.”
Aku membatu. Jiwaku, hatiku sememangnya sudah tidak berada di sini lagi.
“Cepatlah siap. Semua orang dah tunggu kat bawah tu.”ibu bingkas bangun, mengelap air matanya dengan lengan baju.
“Cepat ya.”ibu berkata lagi.
Aku mengangguk, cuba untuk menerima apa saja yang bakal berlaku dengan hati yang terbuka dan tenang.

~percubaan kedua...~
~komen, kritikan sangat dihargai...TQ~

One Day You'll Be Mine 1


Perkara terindah dalam hidup aku, sebagai seorang manusia yang normal, setelah seharian penat bekerja adalah berehat di rumah sendiri, tanpa sebarang gangguan. Melelapkan diri di sofa selama beberapa minit sebelum melangkah ke bilik air, menyegarkan badan. Alangkah indahnya.
Namun, sangat mustahil.
Aku memicit pangkal bahu yang lenguh, tidak langsung membuka mata memandang manusia yang baru sahaja menghidupkan televisyen serta mengambil tempat di sofa yang bertentangan dengan aku itu. Dengan sekelip mata, ketenangan aku diragut.
Jangan kata nak lelapkan mata seminit dua, nak duduk di situ pun aku sudah tidak tahan. Aku menggigit bibir. Kenapalah ada manusia yang tak reti bahasa sangat?
“Kau pekak ek?”aku berkata, cuba menahan rasa geram yang semakin menebal.
“Aku boleh dengar kau bercakap. So, no, I’m not deaf. Thank you for asking.”
“Jadi boleh tolong jelaskan kat aku kenapa kau kuatkan volume tv ni sampai orang kat Afrika sana pun boleh dengar?”
Mendengar itu, meletus tawanya. Pandangannya tetap tertacap kepada televisyen.
Ya, kalaulaa hidup aku normal….
Lelaki ini adalah salah satu punca yang menjadikan hidup aku yang dahulunya tersangat-sangat normal, kini kacau-bilau.
Malas untuk bertekak, aku mengambil keputusan untuk masuk ke dalam bilik. Satu-satunya tempat dalam rumah ni yang mana aku boleh betul-betul berehat tanpa gangguan sesiapa pun.
Aku bangun dan mencapai beg aku yang aku letakkan di atas meja tadi.
Err…beg? Mana beg tangan aku?
Aku memandang ke arah meja yang kosong itu, kemudian ke arah sofa.
Tak ada! Ah, pulak! Ingat betul-betul Fitri kat mana kau letak beg kau tu. Jangan gelabah.
Aku kembali semula ke sofa, mencari di bawah bantal, di bawah sofa, di mana sahaja ceruk yang boleh aku fikirkan.
“I think you might wanna check the trash bin.”kedengaran suara lelaki itu.
Aku memandangnya dengan tidak percaya. Wajahnya tetap tidak memberi sebarang reaksi seperti selalunya. Kaki ku segera melangkah ke arah dapur.
There it is! My bag…in a trash bin!
“EHSAN….!!!!”
Yup, itulah nama lelaki yang tanpa perlu bersusah-payah dengan berjayanya telah membuatkan hidup aku berantakan.
Dzul Ehsan bin Haji Amiruddin merupakan menantu pilihan ibu dan abah, dan itu menjadikan makhluk tidak normal itu suami aku. Hubungan antara kami memang tidak normal. Sudah semestinya. Bagaimana aku dapat menjalani kehidupan yang normal bersama seorang suami yang sangat tidak normal? Masing-masing menguruskan kehidupan sendiri. Dia dengan hidupnya, manakala aku dengan hidup aku. Masalah hanya timbul jika kami berdua kebetulan berada di bawah bumbung yang sama pada masa yang sama.
Perkahwinan kami memang seratus-peratus BUKAN atas dasar cinta. Dia merupakan anak kawan lama abah, merangkap bekas jiran kami ketika di Johor dahulu. Kali terakhir aku melihat Ehsan adalah ketika aku berumur 15 tahun kerana selepas itu kami berpindah. Meskipun kami berdua merupakan jiran, tetapi kami tidak pernah bertegur-sapa, sehinggalah sebulan yang lalu.
Dia adalah lelaki yang sangat pelik. Tak, pelik pun tidak dapat menggambarkan diri lelaki itu. Ehsan bukan seorang lelaki yang banyak bercakap. Sekiranya aku tidak mencari pasal dengannya, dia hanya diam dan menguruskan kehidupannya seperti aku tidak pernah wujud. Dan aku pula bukan sengaja mencari pasal dengannya hanya untuk membuatkan dia bercakap dengan aku kerana sesungguhnya aku tak kisah langsung kalau dia tak bercakap dengan aku sampai air laut jadi tawar pun. Masalahnya, dia sering sahaja terlepas pandang akan kewujudan aku di dalam rumah itu. Semua perkara dilakukannya sesuka hati, tidak langsung mengambil kira pendapat atau perasaan aku. Lihat seperti tadi sudahlah. Bukannya dia tidak tahu yang aku baru pulang daripada kerja, penat. Tetapi dia langsung tidak ambil kisah. Perangainya yang sebegitulah yang selalu saja menaikkan darah aku.
“Opps, sorry!”tidak ada walau sedikit pun riak bersalah di wajahnya. Dia memasuki ruang dapur, mencapai gelas dan berlalu ke peti sejuk.
Geram aku kepadanya semakin menggunung. Geram kerana tak pernah sekali pun aku melihat expresi lain di wajah itu. Marah, geram, sakit atau apa-apa sahajalah yang boleh menyatakan bahawa dia adalah manusia yang sihat. Wajah ‘deadpan’ nya itu yang sangat berjaya menyakitkan hati aku. Dia tidak ada emosi ke?
“Kenapa kau buang beg aku, bodoh?”aku mengelap-ngelap beg tangan aku itu dengan hati yang merobak-robak.
Aku baru beli dua minggu yang lepas, sekarang dah jadi makanan tong sampah.
“Simple. Sebab kau buang beg aku hari tu. Now we’re even. Next time, jangan sentuh apa pun barang yang ada dalam rumah ni, especially barang aku. “dengan itu dia berlalu.
“Well, minta maaf. Tapi kan aku dah suruh kau simpan barang kau elok-elok. Kalau kau sepah-sepahkan merata, tu bukan maknanya kau dah tak nak pakai ke? Aku tinggal sini juga okay! So I have equal…”
“Dan untuk itu kau salah! Ini rumah aku. Kau pendatang kat sini.”dia berhenti seketika sebelum menoleh memandang wajah aku, tepat.
“Fitriah, aku tak suka cari pasal dengan kau. Hidup kita akan aman kalau kau tak berterusan cari pasal dengan aku. Aku just nak hidup aku yang dulu. Jadi, sangatlah aku hargai kalau kau mind your own business and buat rumah ni macam rumah aku.”
“Kau fikir kau seorang je nak hidup kau balik? Aku takkan cari pasal kalau kau tak buat sesuatu sesuka hati. This is absurd, you’re absurd. ”
Dia tersenyum, menampakkan lesung pipitnya di kedua belah pipi. Mungkin senyuman ini yang menawan hati wanita itu.
“Aku rasa kau dah hidup sorang lama sangat sampai kau dah lupa cara untuk hidup dengan manusia normal macam aku ni.”jerit aku dan segera melangkah ke bilik.
“Dan kau pula kena belajar hidup dengan manusia, bukannya kenangan silam.”kata-kata itu menyapa telinga ku bagaikan halilintar.
Dia takkan pernah gagal menyakitkan hati aku!

~komen, kritikan sangat dihargai...TQ~