Aku menggenggam stereng kereta sekuat hatiku, menyalurkan seluruh kemarahanku kepadanya. Badanku terasa panas sehingga kedinginan air-cond sedikit pun tidak terasa. Hon kereta aku picit untuk kali yang kelimanya sejak sejam yang lalu. Sebolehnya aku mahu cepat sampai ke sana. Ya, cepat sampai agar aku boleh menampar wajah itu! Tak pernah aku merasa marah sebegini seumur hidup aku sehinggalah sekarang.
Dzul Ehsan memang betul-betul
melampau! Tak berhati perut!
Sejujurnya sekarang, dia
merupakan manusia yang cukup aku benci. Menyuruh aku bersabar tidak akan
memberi sebarang perubahan kerana kesabaran aku untuk lelaki itu sudah sampai
ke tahap maksimum. Tidak aku peduli dengan kesedihannya dahulu atau apa sahaja
yang mungkin menjadi alasan untuk perangainya yang teruk itu kerana semua yang
telah berlaku tidak memberi tiket untuk Ehsan mengabaikan Aya. Sudah terlalu
lama dia tidak mempedulikan anak itu dan hari ini merupakan kemuncak kepada
sikapnya itu apabila entah bagaimana dia boleh terlupa menjemput Aya di sekolah.
Membiarkan sahaja anak itu menunggu sehingga ke petang. Ah, manusia jenis apa
yang sanggup memperlakukan darah dagingnya sehingga sebegitu sekali?! Dengan
dunia sekarang ini, macam-macam hal boleh berlaku tetapi Ehsan sikit pun tak
peduli, kan? Mungkin lebih bagus baginya sekiranya Aya tidak langsung wujud!.
Mujur sahajalah tidak ada
perkara buruk yang terjadi kepada Aya. Aku bersyukur untuk itu, sungguh! Oleh
kerana mama tidak menelefon aku, aku mengandaikan Ehsan bersetuju untuk
mengambil Aya tetapi tak sangka pula begini jadinya. Kalaulah aku tahu perkara
seperti ini akan berlaku, tidak akan sekali-kali aku menyerahkan tugas itu
kepada Ehsan. Aku fikir makhluk aneh itu sudah berubah, sudah bersedia untuk
memikul tanggungjawabnya sebagai ayah kepada Aya tetapi sayangnya aku silap.
Dzul Ehsan tidak akan pernah berubah sama sekali kerana dia hanyalah manusia
yang pentingkan diri sendiri dan tak bertanggungjawab!
Aku terhutang budi dengan
Kristine kerana dialah yang mengambil Aya daripada sekolah setelah anak itu
menelefonnya apabila gagal menghubungi aku. Memang aku juga bersalah di dalam
hal ini. Kalaulah aku tidak mematikan telefon, tentu sahaja Aya akan dapat
menghubungi aku dan dia tidak akan perlu menunggu sehingga ke lewat petang.
Kalaulah....Aduh, bermacam-macam perkara boleh terjadi dengan ‘kalau’ tetapi
sayangnya ‘kalau’ tidak dapat mengubah perkara yang sudah berlalu! Sejuta
‘kalau’ boleh aku berikan tetapi hakikatnya akan tetap sama. Ehsan tetap
mengabaikan Aya tanpa sebarang belas kasihan dan aku tetap akan berasa bersalah
dengan apa yang telah terjadi. Namun kali ini aku bertekad untuk tidak
membiarkan Ehsan lepas begitu sahaja. Tidak banyak yang dapat aku lakukan
kepada manusia yang satu itu tetapi cukuplah sekiranya dia tahu pandangan aku
terhadap sikapnya yang ‘hebat’ itu.
Tidak bolehkah sekiranya satu hari
sahaja di dalam hidup aku berlalu dengan aman tanpa sebarang masalah daripada
sesiapa pun? Sukar untuk aku melepaskan sahaja hal ini tanpa bersemuka dengan
Ehsan. Terlalu sukar sehingga aku sangat tidak sabar untuk sampai ke studionya.
Mama masih tidak mengetahui tentang ini dan aku tak pasti jika aku mahu dia
tahu.
Telefon bimbitku yang sudah dua kali
berdering tidak aku pedulikan sama sekali. Mungkin saja Kristine yang
bimbangkan keselamatan aku.
Jangan risau, Kristine. Aku tak akan
buat perkara yang bodoh kerana aku perlu sampai ke sana dengan selamat supaya
aku boleh menampar Dzul Ehsan. Percayalah, hanya itu yang ada di dalam fikiran
aku ketika ini.
Okay Fitri, bertenang! Tidak ada yang
boleh diselesaikan dengan kemarahan. Tolong, tolonglah bersikap waras,
bertenang Anith Fitriah. Kalau abah tahu, dia mesti tak suka perangai cepat
melenting kau ni.
Aku menarik nafas dalam-dalam,
membiarkan oksigen memenuhi ruang jantungku. Berharap agar marahku sedikit reda
namun setiap kali aku memikirkan apa yang terjadi pada hari ini, marahku
semakin membuak-buak. Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu bahawa aku mempunyai
kemampuan untuk marah seperti ini.
Memarkirkan kereta, aku lantas keluar
dan berjalan menuju ke studio milik Ehsan.
Dzul Ehsan bin Haji Amiruddin, mari
kita dengar apa alasan bodoh yang kau akan beri.
“Kak Fitri.”tegur Farez sebaik sahaja
aku melangkah masuk ke dalam studio yang seperti sudah berkurun lamanya aku
tinggalkan.
“Marah nampak.”usik anak muda itu.
“Mana Ehsan?”sedikit kasar pertanyaan
itu aku lontarkan kepadanya, membuatkan Farez kaku.
Mataku meliar memandang sekeliling
studio itu sehingga akhirnya terhenti kepada sesusuk tubuh yang sedang
berbaring di atas sofa, kelihatan begitu santai dan tenang. Tanpa banyak
bicara, Ehsan aku hampiri.
Semakin panas hati ini apabila dia
sedikit pun tidak mempedulikan aku, malah matanya masih terpejam.Bukannya dia
pekak untuk tidak menyedari kehadiran aku di situ, namun sengaja dia memilih
untuk membuat keadaan menjadi sukar seperti kebiasaannya.
Kau memang sengaja nak cari pasal
dengan aku, Dzul Ehsan!
Surat khabar di atas meja aku capai
lalu aku lempar ke mukanya sekuat mungkin.
“What the...”Ehsan membuka mata,
bingkas bangun.
Mata kami bertentangan namun
kekeliruan jelas terpancar di wajahnya.
Kenapa pula kau harus keliru
sedangkan kau pihak yang bersalah di sini?!
Sekali lagi aku menarik nafas namun
kali ini untuk memudahkan aku meluahkan segala marahku kepadanya. Wajahnya aku
pandang dengan kebencian yang menggunung. Sedaya upaya aku cuba menahan diri
untuk tidak menamparnya, sekurang-kurangnya bukan sekarang. Aku perlu mendengar
apa alasan yang akan diciptakan oleh Ehsan untuk mempertahankan dirinya kali
ini.
“Tak bertanggungjawab, tak berhati
perut, tak guna! Tergamak kau buat macam tu kat dia?”aku melemparkan marahku
kepadanya, menekan setiap patah perkataan agar jelas dipendengarannya. Lupa
langsung aku kepada Farez yang sedang menjadi penonton kepada cerekarama
terhebat di hari Ahad yang baru sahaja bertukar buruk kepada aku.
“Siapa?”tanya Ehsan, masih lagi cuba
berlagak bodoh. Seolah-olah dia langsung tidak bersalah, tidak mengetahui apa
yang sedang berlaku atau telah dilakukannya. Ah, tidak aku sangka dia juga
seorang pelakon yang hebat! Apa lagi bakat semula jadi kau, Encik Ehsan?
“Bagus, sekarang kau tak ingat
langsung kat dia. Too bad I didn’t bring her birth certificate along with
me.”sinis aku membalas.
“Fitri.”
“Kau jangan panggil nama aku. You
make me sick, do you know that? Beritahu aku sesuatu, Ehsan. Bagaimana kau
boleh tergamak biarkan dia kat sekolah tu sorang-sorang sampai ke petang? Aku
tahu kau memang tak bertanggungjawab but this...”aku menggelengkan kepala,
benar-benar kesal dengan anak Haji Amiruddin yang satu ini.
“Aya.”perlahan nama itu meluncur
keluar dari bibirnya. Pandangan Ehsan di halakan kepada sesuatu di belakangku
namun aku terlalu geram untuk mengambil peduli.
“Glad you could still remember her
name.”
“Enough with the sarcasm, Fitri.
Kenapa kau ke sini?”tenang sahaja dia bertanya, sedikit pun tidak terpukul
dengan segala kata-kata yang aku hadiahkan kepadanya sebentar tadi.
Wow, kau sangat mengagumkan aku! Kau
ni manusia atau batu?
“Apa yang kau fikir, haa? Biarkan Aya
menunggu sorang-sorang. Dia baru lapan tahun, Ehsan. How could you do that to
her? Kalau kau tak mahu ambil dia pun, sekurang-kurangnya beritahulah aku atau
mama. Ini tidak, kau sedikit pun tak peduli.”
“Bagaimana keadaan dia?”
“Haa?”terlongo aku dengan soalannya
yang secara tiba-tiba itu.
Dia tidak punya sebarang penjelasan
atau alasan untuk menyelamatkan dirinya? Sungguh dia memeningkan kepala aku.
“Just answer it!”suaranya sedikit
meninggi.
“Takut tapi…dia tak apa-apa.”
Ehsan menghela nafasnya.
“Baguslah. Tak ada apa untuk
dibincangkan lagi.”dia mencapai kameranya yang diletakkan di atas meja,
berura-ura untuk melangkah meninggalkan aku di situ begitu sahaja.
“Ww...wait...what?”aku memandangnya
dengan sejuta rasa tidak percaya.
Macam tu saja? Ya Allah, lelaki ini
terlalu aneh dan sukar untuk difahami. Aku tidak fikir aku mampu untuk bertahan
dengannya walaupun sesaat sahaja lagi.
“Dzul Ehsan, berhenti! Don’t you dare
walk out on me. Kita belum selesai lagi kat sini.”
Mengeluh, Ehsan berhenti dan lantas
menoleh. Matanya memandang wajah aku tepat tanpa berkedip. Saat itu dia
kelihatan sangat penat. Wajahnya pucat, tidak langsung terdapat kemarahan,
keangkuhan atau apa sahaja yang mungkin melambangkan Dzul Ehsan bin Haji
Amiruddin. Jelas terpampang di wajahnya yang dia tidak berminat untuk
membahaskan hal ini dengan lebih lanjut. Tidak mahukah dia mempertahankan
dirinya?
“Apa lagi yang kau nak dengar? Nak
aku jelaskan kenapa aku tak berhati perut sangat biarkan Aya macam tu je? Atau
kau nak aku tulis 15 muka surat esei menyatakan sebab aku tak ambil dia kat
sekolah hari ni? Beritahu aku apa yang
kau nak dengar dan aku akan cuba untuk penuhi permintaan kau tu. Apa saja untuk
buat kau bahagia, Cik Anith Fitriah.”
Spontan, tanganku melayang ke
pipinya. Sesuatu yang sememangnya aku impi untuk lakukan semenjak aku
menghidupkan enjin kereta untuk ke sini.
“Aku hanya nak kau rasa bersalah,
walaupun sedikit. Tapi tak tahu pula itu pun terlalu sukar untuk kau.”air
mataku mula bertakung, mengaburi pandanganku.
“Dia anak kau tapi kau tak pernah
pedulikan dia. Apa salah dia, Ehsan?”
“Apa sahaja yang aku rasa atau tak
rasa, itu bukan masalah kau. Tak perlu susahkan diri ke sini semata-mata untuk
marah aku sebab ia tak lebih daripada kerja yang sia-sia. You shouldn’t be
wasting your time on an irresponsible jerk like me when you have your
resurrected boyfriend to focus on. Aku tak pernah masuk campur hal kau dan aku
harap kau pun boleh buat perkara yang sama. Is that so freaking damn hard to
do, huh?”
“You came this far, barged into my
studio like some uneducated monkeys, just to throw your best insulting words at
me? Wow, aku tak tahu sama ada aku patut melompat kesukaan atau marah! Didn’t
even know I worth a second of your precious time. Sekarang sungguh aku rasa aku
terhutang sesuatu kepada kau dan mungkin aku patut balas ‘kebaikan’ kau ni
dengan beritahu kau apa yang kau nak sangat dengar. Jawapannya sangat jelas,
takkan kau tak nampak? It’s because I don’t give a damn about other people
around me.”
Dan apabila Ehsan sudah mula menggunakan
kelebihannya. Jikalaulah kata-katanya tadi boleh menyebabkan seseorang itu
cedera, mungkin sekarang aku sudah dikejarkan ke wad kecemasan kerana
kecederaan yang sangat teruk. Hatinya terlalu keras sehingga sedikit pun
kata-kata aku tidak meninggalkan bekas kepadanya. Apa mungkin untuk seseorang
itu menjadi sehingga begini beku dan tak berperasaan?
“Jadi apa yang kau pedulikan dalam
hidup ni? Kamera bodoh tu?”kamera ditangannya aku tarik dengan kasar. Tanpa
memikirkan kesan atau keburukan tindakanku itu, kameranya aku hempas ke lantai,
sekadar mahu memuaskan hati aku yang sakit dengan kata-katanya tadi.
Ehsan menarik nafas, menggenggam
kedua belah tangannya. Matanya tunduk memandang kameranya yang sudah pecah
menjadi bahan pameran lantai. Ketika itu, hanya sedih sahaja yang aku rasakan
bila mananya aku patut gembira. Gembira kerana aku berjaya menghancurkan
satu-satunya benda di dalam dunia ini yang berjaya mendapat perhatian penuh
Ehsan. Sedih, ya sedih kerana reaksi Ehsan kehilangan kamera itu lebih baik
daripada sewaktu aku menuntut penjelasan daripadanya kerana membiarkan Aya.
Jadi benar tekaan aku. Kamera itu lagi bernilai kepadanya daripada anaknya
sendiri!
“Bagaimana kau boleh hidup tanpa
sebarang perasaan, Ehsan? Aku betul-betul kasihankan kau.”dengan itu, aku mula
berjalan meninggalkannya. Memberi peluang kepadanya untuk meratapi kehilangan
kamera berharganya itu.
Farez memandang aku.
“Err...Kk..Kak Ff..Fitri.”panggilnya.
“Apa?!”tanyaku, garang.
Ligat Farez menggelengkan kepalanya,
mungkin risau aku akan memarahninya pula. Tidak mahu berlama-lama di situ, aku
segera keluar. Jantung aku yang tadinya terasa sempit dan sukar untuk bernafas
kini mula terasa lapang, memudahkan aku menghirup udara petang yang menginjak
malam itu dengan perasaan yang sukar untuk aku gambarkan. Kecewa aku dengan
diri aku sendiri dan juga Ehsan. Kecewa kerana aku sudah salah menilai dirinya.
Sungguh aku fikir dia sudah berubah walaupun persennya sangat kecil. Langsung
tidak aku sangka dia mampu melakukan sesuatu sebegini dan tanpa sekelumit pun
rasa bersalah. Aku juga kecewa dengan Ehsan kerana telah memusnahkan apa sahaja
persepsi baru aku bina untuknya di dalam hidup aku.
Dia terlalu unik dan sukar untuk
difahami. Jalan fikirannya mudah sahaja buat aku keliru dan tertanya-tanya
sendiri. Bukan sikap Ehsan menjelaskan perbuatannya terhadap orang
disekelilingnya dan aku sepatutnya sudah menyedari akan hakikat itu. Ehsan
merupakan lelaki kedua di dalam hidup aku selepas Nik walaupun dia tidak
memberi sebarang makna kepada aku. Dia juga pernah menjadi suami aku. Tiba-tiba
sahaja fakta itu menerkam fikiran.
Jadi sepatutnya aku lebih memahami
dirinya.
Ah, bagaimana aku mahu memahaminya
sekiranya dia sendiri yang enggan berkongsi sebarang cerita dengan aku?! Lagi
pun, sedari mula lagi dia memandang aku tidak lebih daripada sebuah beban yang
hanya menyusahkan hidupnya. Perkahwinan itu langsung tidak memberi sebarang
nilai kepadanya, kepada kami berdua. Masing-masing tidak menganggap perkahwinan
itu perlu, hanya sibuk menghitung hari untuk memperoleh kebebasan semula.
Terlalu mustahil untuk wujud sebarang perasaan di antara kami berdua. Namun
tidak aku nafikan jikalau sikap Ehsan lebih baik, mungkin keadaan sekarang ini
akan berjalan dengan mudah di antara kami berdua. Tidak perlulah kameranya tadi
menjadi mangsa keadaan.
Terlalu melampaukah apa yang aku
lakukan tadi? Sekiranya ada manusia lain yang berada di dalam situsiku,
mungkinkah mereka akan bersikap lebih rasional?
Sedikit menyesal aku kerana
membiarkan perasaan yang mengawal aku sedangkan keadaan patut menjadi
sebaliknya. Tidak! Ehsan memang patut
dapat apa yang dia dapat pada hari ini. Aku tak boleh lembut hati dengan orang
macam tu. Dia senang-senang sahaja melukakan perasaan orang lain tanpa sedikit
pun rasa bersalah, jadi kenapa harus aku mempedulikan dirinya, perasaannya?
Ingat Fitri, Ehsan adalah manusia yang tidak mempunyai hati dan perasaan. Jadi
usah risau, tidak ada satu pun perkara yang kau kata atau lakukan kepadanya
tadi yang boleh membunuhnya. Lagi pun, dia panggil kau ‘uneducated monkeys’.
Tak ada insurans betul mulut lelaki itu. Sepatutnya aku menghadiahkan lagi satu
tamparan kepadanya. Argghh, aku bencikan kau sepenuh hati aku Ehsan! Seperti
kata Nik, I hate you with every fibre of my being. Satu keajaiban aku pernah
tinggal serumah dengan dahulu tanpa berlaku sebarang pembunuhan.
Aku memicit pangkal leher, cuba untuk
meredakan ketegangan yang sudah membawa ke kepalaku.
Sampai di rumah nanti, aku hanya mahu
menemani Aya dan berehat. Mungkin hari ini akan menjadi sebuah mimpi buruk
kepada anak itu. Kejamnya kau, Ehsan!
Oh ya, itu mengingatkan aku akan temu
janji aku bersama Elisa dan Farez.
Mencapai telefon bimbitku, aku menaip
mesej kepada Elisa sementara mataku cuba ditumpukan kepada jalan di hadapan.
Aku sangat pasti si Farez akan
menceritakan hal ini kepada buah hatinya itu. Dan jikalau Elisa tahu, mama juga
akan tahu kemudiannya. Sebolehnya aku
tidak mahu hal ini sampai ke pengetahuan mama kerana mungkin ia akan menjadi
lebih buruk lagi. Yalah, kata orang sayang nenek kepada cucunya melebihi
sayangnya kepada anak sendiri. Lagi pun Ehsan benar-benar melampau kali ini.
Tetapi yang lebih penting, mama akan tahu yang aku telah merosakkan kamera
kesayangan Ehsan itu. Alamak! Good impression much?
Mesej balasan daripada Elisa aku
terima lima minit selepas itu, menunjukkan yang dia asyik berkepit dengna
telefon bimbitnya sahaja 24 jam.
:alaa knp
smua org tiba2 jd sgt mmbsankn ni?td farez...skrg kak ngah plak...haizz
Farez pun membatalkan temu janjinya
dengan Elisa. Hrmm trauma mungkin?
Oh Anith Fitriah, kalaulah abah tahu
kau sangat melampau hari ni, habislah kau!
Rambut Aya yang panjang
itu aku sikat perlahan-lahan. Asyik sahaja anak itu menonton Spy Kids di televisyen,
seolah-olah kejadian petang tadi tidak lebih daripada sebuah mimpi ngeri.
Meskipun begitu, aku pasti dia tidak mungkin akan dapat melupakan apa yang
berlaku pada hari ini dengan mudah. Ia akan kekal menjadi sebuah memori buruk
kepadanya sehinggalah dia dewasa nanti. Selama ini aku fikir setiap ibu bapa
mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka dan itu aku kira termasuklah
pengalaman yang indah untuk mereka kenangkan apabila sudah dewasa nanti.
Baguslah Ehsan, cara yang cukup baik untuk buat anak sayangkan kau.
Rajuk Aya kepada papanya
itu juga tak akan lama dan aku yakin akan hilang sebaik sahaja dia bangun tidur
keesokannya. Yalah, marah dan rajukan kanak-kanak ini selalunya tidak lama
namun itu tidak bermakna kita boleh mengambil mudah perasaan mereka.
It’s because
I don’t give a damn about other people around me.
Bergema kata-kata itu di dalam kotak
fikiranku. Terlalu sukar untuk aku percaya sehingga begitu sekali sikapnya.
Jadi dia sedikit pun tidak pedulikan tentang mama, tentang keluarganya, tentang
anaknya. Ya Allah, apa sebenarnya yang sudah terjadi kepada Ehsan ? Kenapa dia
berlagak seolah-olah hidup ini hanya tentang dirinya sahaja? Keangkuhannya,
keegoannya hanya melukakan mereka yang bergantung harap dan menyayangi dirinya.
Tidakkah dia tahu itu? Atau mungkin dia berkata sebegitu hanya untuk
menyakitkan hati aku? Ah, itulah yang sukarnya apabila berurusan dengan manusia
yang satu ini! Aku tidak dapat membaca dengan jelas jalan fikirannya, apatah
lagi menekanya. Tidak, ini tidak langsung berkaitan dengan aku kerana lelaki
itu sememangnya pentingkan diri sendiri. Jikalau dia tidak bersedia untuk
menjadi seorang ayah, sepatutnya dia tidak perlu berkahwin sedari awal lagi.
Wahai
Mega Ariyana, apa yang telah kau lakukan kepada Ehsan?! Akibat daripada
perbuatan kau itu, Aya kini yang terkena tempiasnya. Aku betul-betul mahu tahu
kisah hidup Ehsan sebelum ini agar aku dapat memahami kesakitannya, agar aku
dapat membuang walaupun sekelumit perasaan benci yang sudah mula menetap di
hatiku ini. Hubungan kami menjadi sebegini tegang dan sukar kerana sikap Ehsan
sendiri. Dia beku, kasar, kurang ajar dan angkuh. Sedikit pun dia tidak
memikirkan hati orang lain yang berbeza daripada hati batunya itu. Ada kalanya
aku rasa kami boleh berbual, bergurau seperti manusia normal yang lain tetapi
di lain waktunya, komunikasi di antara kami sangat menduka citakan kerana
masing-masing lebih gemar menyediakan berbaris ayat untuk menyakitkan hati yang
lainnya daripada berbincang, mencari solusi yang terbaik. Dengan sikap Ehsan
yang begitu protektik terhadap dirinya sendiri, bagaimana mungkin kami
berbincang? Sangat jelas yang dia cuba mempertahankan dirinya sendiri daripada
disakiti. Oleh kerana itu dia lebih gemar memilih untuk mendiamkan diri dan
bersikap tidak ambil peduli.
Ditinggalkan
bersama seorang anak yang masih bayi selepas sebuah perkahwinan yang gagal
memberi tamparan yang sangat hebat kepada Ehsan untuk dia berubah sehingga
360°. Mungkin kesakitan itu bukan sesuatu yang indah dan mungkin juga
sebahagian daripadanya masih lagi terseksa sehingga sekarang. Namun, memarahi
seluruh dunia hanya untuk memuaskan hatinya bukanlah sesuatu yang bijak. Yang
bersalahnya hanya seorang, kenapa harus dilibatkan mereka yang lebih daripada
bersedia untuk menyokongnya daripada belakang? Jujur aku katakan, jikalau Ehsan
bukan lelaki yang aku kenali pada hari ini, mungkin kami akan menjadi kawan
baik dan aku tidak akan ragu-ragu untuk membantunya walau apa juga
keadaannya.
“Ibu, baju sekolah ada kat rumah
nenek. Macam mana Aya nak pergi sekolah esok?”pertanyaan Aya membawa aku ke
alam realiti semula, berhadapan dengan sepasang mata yang kini sudah mula redup
kerana mengantuk.
Kalaulah Aya tidak ada aku, kepada
siapa agaknya dia akan mengadu?
“Sebab tu esok kita kena bangun awal.
Ibu hantar Aya ke rumah nenek tapi ibu tak boleh hantar Aya ke sekolah, okay?
Ibu kerja esok.”
“Tak payah kerjalah.”balas Aya
pantas.
“Full time housewife?”aku bergurau.
Hrmm surirumah sepenuh masa. Tidak
pernah aku terfikir tentang itu sebelum ini sebenarnya. Sekiranya aku sudah
berkeluarga nanti, mempunyai anak sendiri, apakah aku masih mahu mengekalkan
pekerjaanku? Keluar bekerja di awal pagi dan pulangnya pula hanya selepas malam
mula menginjak kelam, membiarkan orang lain mengambil tugas aku sebagai seorang
ibu dalam membesar dan menjaga mereka. Sanggupkah aku? Tetapi sekiranya aku
tidak bekerja, apa mungkin untuk keluarga aku hidup senang nantinya? Sebolehnya
aku mahu anak-anak aku membesar dengan aku, bukannya babysitter atau pun maid.
Aku mahu terlibat seratus peratus di dalam proses tumbesaran mereka, mendengar
mereka menuturkan perkataan pertama mereka, melihat langkah pertama yang mereka
ambil, segalanya.
Aduh Fitri, jauh benar kau berangan!
Kisah hidup kau sendiri pun belum pasti, sudah ada hati mahu bekeluarga.
“Soalannya sekarang, surirumah siapa?
Aya dah jumpa dengan Nik yang kononnya hebat tu?”Kristine yang baru keluar
daripada tandas menyampuk. Bau timun menusuk hidupku sebaik sahaja dia
melintasi kami berdua. Face masked berwarna hijaunya itu membuatkan Kristine
kelihatan tak ubah seperti karakter kartun yang pernah aku tonton di televisyen
dahulu. Kristine sangat beauty conscious. Barang jagaan kulitnya sahaja sudah
beribu sebulan. Membazir, sangat membazir. Satu-satunya barang jagaan kulit
yang aku ada ialah pencuci muka dan pelembap. Itu pun aku dah rasa lebih
daripada cukup.
Aya mengangguk, mengalihkan pandangan
ke arah Kristine dan kemudian tersengih.
“You look funny.”katanya.
“I know but please bear with it.
Laugh if you must.”balas Kristine, selamba.
“Benda hijau tu apa, ibu? Kenapa Aya
tak pernah nampak ibu pakai pun?”
“Cucumber extract. Fitri tak payah
pakai sebab she’s a natural beauty. Kalau tak, tak akan her so-called prince
charming boleh sukakan dia.”
“Kristine, apa yang aku dah buat dekat
kau sampai kau seksa aku macam ni?”aku bertanya, menjegilkan mataku.
“Aku masih rasa dia bukan lelaki yang
baik untuk kau.”
“Ah, tolonglah berhenti! Mark Twain
once said that every one is a moon, and has a dark side which he never shows to anybody. Jadi, kita
tak boleh salahkan Nik. Mungkin itu dark side dia yang kita tak nampak sebelum
ni. Lagi pun, dia hanya mempertahankan hak dia.”
“Bukan, itu hanya menunjukkan yang dia tu bodoh dan tak punya
fikiran sendiri. Kalau betul dia sayangkan kau, dia patutnya berkeras dan lawan
balik. Bukannya menurut macam orang tak ada akal sendiri.”
“Kau sanggup lawan cakap parents kau untuk Hezry?”dan Kristine
lantas terdiam. Tidak tahu sama ada dia sedang memikirkannya atau dia sudah
menyerah kalah.
“But honey, dia tak bantah cakap parents dia bukannya pasal tak
mahu jadi Si Tanggang tetapi pasal dia takut dia terpaksa merempat kat tepi jalan.
Itu dua benda yang sangat berbeza.”
Menyerah kalah bukan sifat Kristine Radhya. Bilalah kau akan ingat
fakta itu Fitri? Sebelum keadaan menjadi bertambah panas, biarlah aku dahulu
yang menyerah kalah.
“Masa untuk tidur, Aya. Jom kita masuk tidur, esok kena bangun
awal.”aku menarik Aya agar bangun, memimpin tangannya ke bilik tanpa langsung
memandang ke arah Kristine.
Biarkan dia hidup dengan dunia dia sendiri. Semakin sukar untuk
aku berbicara dengan Kristine sekarang ini tanpa wanita itu membawa masuk Nik
ke dalam topik. Apa yang dia mahu aku lakukan? Buang Nik begitu sahaja setelah
hampir tiga tahun aku habiskan dengan menunggunya? Sekurang-kurangnya hidup aku
lebih senang kerana tidak lagi dibebani rasa bersalah walaupun tidak seindah
yang aku bayangkan. Kematangan di antara kami menjadi keadaan agak berbeza
sehingga kami perlu memulakannya daripada awal. Dan kalaulah Nik Afezal bukan
jodoh aku, aku rasa aku dapat menerimanya dengan hati terbuka kerana
sekurang-kurangnya dia masih hidup dan aku tidak pernah membunuh atau
merampasnya daripada sesiapa.
Terlalu banyak yang ada di dalam kepala aku ini yang perlu aku
fikirkan sehingga kadang-kadang aku bimbang sekiranya kepala aku ini meletup
kerana overload. Baru sahaja mahu selesai satu masalah, masalah yang sudah
datang berkunjung. Betullah kata orang, hidup ini penuh dengan drama.
Aku sayangkan Nik tetapi
entah kenapa setiap kali aku melihatnya, aku hanya nampak seorang lelaki asing
yang baru aku kenali sebulan yang lalu. Seperti yang aku katakan, tidak banyak
perubahan dirinya yang ketara tetapi perasaan aku masih juga sama. Aku
merasakan Nik yang berada dengan aku kini berbeza dengan Nik yang pernah aku
kenali dahulu. Namun berbeza daripada segi apa aku sendiri tidak pasti.
Seolah-olah tiga tahun perpisahan kami itu telah memutuskan sebarang perasaan
yang pernah tercipta di antara kami. Hrmm mungkin aku terlalu banyak berfikir.
“Siapa ibu Aya sebenarnya ibu? Cantik
tak dia? Dia tinggal kat mana?”Aya bertanya sebaik sahaja aku berbaring di
sisinya. Berkerut dahi aku yang mendengar.
“Sejak bila Aya pandai tanya soalan
macam ni?”tanyaku kembali.
“Aya tahu ibu bukan ibu Aya sebab masa
Aya kecil, bukan ibu yang jaga Aya. Kawan Aya cakap ibu tu orang yang besarkan
kita sejak kita baby.”
Tak ada gunanya aku berdalih lagi.
Biar sahaja dia tahu perkara sebenar dan mudah-mudahan itu akan menjadikan
hidupnya di hadapan akan lebih senang untuk dilalui.
“Okay, ibu bukan ibu betul Aya tapi
ibu sayang Aya macam anak ibu sendiri. Hrmm?”
“Tapi ibu tak ada anak lagi. Macam
mana ibu boleh sayangkan Aya macam anak ibu sendiri?”
Aku menggaru-garu kening yang
tiba-tiba sahaja dirasakan gatal sebelum tanganku itu beralih pula ke hidung,
menggosok-gosoknya beberapa kali di dalam usaha untuk mencari respon balas yang
terbaik terhadap kata-kata anak comel itu.
“Ya, ibu tak ada anak lagi tapi kalau ibu dah
ada anak nanti, ibu akan sayangkan dia sama seperti ibu sayangkan Aya. Sama
seperti papa sayangkan Aya.”
“Papa tak sayangkan Aya. Kalau tak,
dia takkan biarkan Aya tunggu dia sampai petang sorang-sorang.”panjang muncung
anak itu, masih marahkan Ehsan rupanya.
“Tentulah dia sayangkan Aya. Cuma
sekarang hidup dia agak kelam-kabut sedikit. Beri dia masa lagi dan nanti
lama-lama dia akan sedar betapa pentingnya Aya dalam hidup dia. Aya kan
satu-satunya puteri comel papa.”
Mengarut sungguh! Aku sedang
memulihkan nama Ehsan dan kredibilitinya sebagai papa Aya setelah apa yang
berlaku hari ini.
I guess there’s not much hate in the
air, huh?
“Okay, tidur sekarang atau esok ada
budak yang liat nak bangun pagi.”aku mencuit hidungnya.
Mega Ariyana, aku tak kenal kau tapi
ada dua manusia yang aku kenal amat memerlukan kau. Walaupun Ehsan tak akan
mengaku tetapi aku dapat rasakan yang jauh di sudut hatinya, dia masih
sayangkan kau. Kau adalah cinta pertamanya, isteri
pertamanya, ibu kepada puteri sulungnya dan aku pula di matanya? Huh, tak lebih
daripada seekor monyet yang tak berpelajaran.
Baru sahaja aku melangkah
keluar daripada bilik Aya apabila pintu rumahku diketuk, membuatkan aku dan
Kristine berpandangan. Wajah masing-masing mula berubah warna kerana ketakutan.
Yalah, siapa pula nak melawat malam-malam begini?
Perlahan-lahan aku menapak ke arah
pintu dengan berbagai-bagai ingatan buruk yang menerjah. Itulah Anith Fitriah,
banyak sangat menonton cerita seram.
“Do you need back up?”tanya Kristine
separuh berbisik.
Bergurau pula dia waktu-waktu begini.
“Siapa?”tanyaku, sedikit kuat.
“Your favourite ex-sister in-law and
her coward friend.”kedengaran suara Elisa di sebalik pintu, membuatkan segala
ketakutanku lenyap begitu sahaja.
Aku membuka pintu dan wajah Farez dan
Elisa menyapa pandanganku. Elisa kelihatan serius manakala Farez hanya tunduk
memandang lantai, seperti seorang anak yang ditangkap melakukan kesalahan.
“Dah lewat ni. Kenapa?”aku bertanya,
kehairanan.
Elisa menyiku Farez di sisinya.
“Beritahu Kak Ngah apa yang awak
cerita pada saya tadi.”
**********************************************
Updated!
Specially for Kak Leenda yang cantik manis :P dan semua yang rindu dekat Ehsan.
Personally, bab ni merupakan salah satu bab favourite saya heee~
So, macam mana? O.K ka K.O? Sila lah nyatakan di ruangan komen yang cantik molek kat bawah tu haha
Terima kasih daun keladi (lagi) untuk semua yang sudi luangkan masa untuk baca dan komen.
P/S: Oh oh, saya dah start cuti sem. Nak balik kampung Jumaat ni.
Dan...kat kampung takdak internet T_T
Jadi tak boleh update untuk dua minggu seterusnya.
Maaf ya kalau lambat meng'update' nanti...
Have fun reading.
Jumpa lagi dua minggu, ya ^^
14 comments:
my fav too!!
haha,,sangat ok :))
lambat xpe asal awk update double yaa ;)
kesiah ehsan...dimulut kata benci tp dihati trsmpn rasa sayang...
ala..nnt rindu kt ehsan 2 minggu,adoi sabar la duhai hati..
adeh lma la nk kena tggu cmtu
so lama nya nk kena tunggu..huhuu
i luv u darliiiiingggg .. muah muah .... hehehe ... akhirnya ... akibat dari tekanan demi tekanan ... kuar jua ... hikhikhik ....
agak2 ehsan demam kot .. sian plak kene tampar .. huhuhuhu ... sure anith tension nanti ... tapi aii lagi tension ... cik kaakkkkk ... gi la cyber cafeeee ... update cepat2 .... hehehehe ....
kak leenda ....
yeah!!! sgt mabeles n3 ni dan tersangatlah menambah keinginan utk mengenali ehsan lebih dekat lagi.
huhu....lamanya kena tahan hati merindui ehsan lps ni.
~nor..
Ms Author....
N3 yg super duper ohsem....
tapikan...2mggu?? agak kejam okeh...lama tu...
pasni nak 3 bab terus...compilation.....
ok sgt2 n3 yg agak memuaskan.
lambat update tak pe jgn tak update langsung...:P
tq 4 n3-sgt2 ok...adoi,2 mggu?!!Ehsan ohhh Ehsan,sian nye..
OHOOOO~~i like the part tampar menempar itu~~hehe kep it up!! :)
OK sangat!!!aaa..xsbr nk tawu pe farez nk bg tawu...
thanx ms writer...Ehsan missed Fitri that much???poor him!!!Aya bkn anak Ehsan kot that's why dia ignore memjg...maybe Aya anak Nik gan Mega...Mega dah pregnant ms kawin gan Ehsan & she told him the truth when Ehsan demanded an answered????OMG..so complicated la,cian Fitri...
nak lagi, nak lagi & nak lagi! :)
Dah 2 wks dah...bila nk samb eh
Post a Comment