New chapter of One Day You'll Be Mine: http://www.penulisan2u.my/2010/12/novel-one-day-youll-be-mine-9/
9
Misi gagal! Aaa, ini yang tambah membuatkan aku stress. Kau sangat teruk, Fitri. Entah macam mana lidah aku ni boleh kelu, tak dapat menuturkan ayat yang berjela-jela aku karang sebelum sampai di rumah ibu. Sebaik sahaja ibu menyambutku di muka pintu, keberanianku hilang dengan sekelip mata. Lemah lidahku untuk berkata-kata apabila memandang wajah lembut yang sentiasa mengharapkan kebahagian untukku.
Jika sebelum ni aku memang seorang yang sangat berani membantah, tidak takut untuk bersuara, tetapi sekarang, aku telah bertukar menjadi seekor kura-kura. Bukan apa, aku rasakan yang perkara itu agak besar untuk aku beritahu ibu dengan muka tidak bersalah. Walaupun secara teorinya, aku memang tidak bersalah. Masalahnya di sini, ini bukan kes menentukan siapa salah. Tidak mungkin terang-terangan aku melabelkan tindakan yang mereka sendiri sifatkan sebagai tanda kasih sayang ibu bapa kepada anak-anak sebagai suatu kesalahan yang menyusahkan hidup di hadapan muka mereka sendiri.
Secara konklusinya, aku tak boleh berterus-terang dengan mereka. Cuba fikirkan kembali, ibu bapa mana yang nak lihat rumahtangga anaknya runtuh. Mereka telah berusaha untuk kebahagian aku, aku pula langsung tidak menghargai usaha mereka itu. Jadi, perkara ini tidak semudah yang aku sangka. Mama berbeza kerana dia tahu perangai sebenar Ehsan. Dia tahu yang kami memang pasangan yang bermasalah. Manakala ibu pula, dia menganggap Ehsan adalah suami yang baik. Memanglah kerana dia tidak tinggal serumah dengan lelaki itu. Poinnya di sini, ibu akan menganggap bahawa kesalahan itu adalah daripada pihak aku. Aku yang tidak cuba belajar untuk menerima Ehsan. Tidak adil benar. Itu baru ibu. Abah pula jenis yang tak menunjukkan rasa kecewanya. Jadi, dia akan berdiam diri dan memendam rasa. Lagi teruk. Aku lebih rela sekiranya mereka mengherdik, memarahi aku semahu mereka.
Anith Fitriah penakut! Anith Fitriah penakut! Otakku mengejek-ngejek.
Ibu, abah, I’m not the one at fault! Kan Fitri dah cakap dulu yang Fitri tak nak kahwin. Tapi abah dengan ibu paksa juga. Sekarang bila dah sampai tahap ni, jangalah salahkan Fitri. Fitri sungguh tak boleh terima sesiapa pun dalam hidup Fitri buat masa ni. Tolonglah faham. Fitri nak ibu, abah terima keputusan Fitri. Ia bukan sesuatu yang ibu serta abah nak, tetapi ini yang terbaik. Kami berdua ada kehidupan sendiri. Ehsan dengan hidup dia. Fitri dengan hidup Fitri. Perkahwinan kami tak patut berlaku pun in the first place.
Hanya itu yang perlu aku katakan kepada mereka. Hanya itu!
Aku menyembamkan mukaku ke bantal, menjerit dengan sekuat hati. Tanganku menumbuk-numbuk sofa.
“Siapa yang patut aku telefon? Polis atau rumah sakit jiwa?”
Suara itu mengejutkan aku, sehingga tergolek aku jatuh di atas lantai.
Macam mana aku boleh tak dengar dia balik? Ini sangat memalukan. Aku tak boleh kelihatan bodoh di hadapan makhluk aneh yang sentiasa fikir diri dia bijak ni.
“Hitman, please.”aku bangun dengan muka selamba, kemudian membetulkan bajuku lalu duduk semula di atas sofa. Belagak seperti tidak ada apa-apa yang memalukan terjadi sebentar tadi.
“How does it go with your mom?”Ehsan bertanya, meletakkan jaketnya di atas kerusi.
Segaknya dia hari ini. Oh, baru aku perasan yang lelaki ini kacak sebenarnya. Rambut pendeknya yang sentiasa kemas. Hidung yang mancung, cheekbones to die for, janggut sejemputnya. Tak ada satu pun yang ganjil di wajahnya. Anith Fitriah, apa kau buat ni?
“Aaa, I chickened out!”aku menyembamkan semula wajahku ke bantal dengan perasaan sebal, kecewa dan macam-macam lagilah.
“Jadi kau masih tak beritahu dia perkara sebenar?”Ehsan mengambil tempat berhadapan denganku.
Lambat-lambat aku menggeleng.
“Ibu kau mesti sangat menakutkan sehingga iron lady macam kau pun takut.”Ehsan cuba menahan tawanya tetapi gagal.
Kedua belah tangannya memegang perutnya, cuba menghentikan tawa yang nampak seperti akan mengambil masa yang lama untuk berhenti.
“Aku bukan takut nak beritahu dia perkara sebenar. Tapi aku takut perkara sebenar tu akan melukakan hati dia. Maaflah, tapi aku bukan macam kau. The amazing heartless Eh...SAN!!!”guruh yang tiba-tiba berbunyi membuat aku terlompat. Bantal di sisi aku dakap seerat mungkin. Uh oh, aku boleh rasa yang ini bukan petanda yang baik. Ehsan, kilat, guruh serta hujan yang lebat. I’m a dead meat!
Dah lama mendung, baru sekarang nak hujan? Hatiku menggerutu.
“Nasib baik sempat balik sebelum hujan.”
Ah, ketawa dia berhenti! Aku fikir dia nak gelak sampai mati.
Ehsan mengeliat malas lalu berbaring selesa di atas sofa.
Bunyi guruh tadi diiringi pula dengan bunyi kilat yang sangat menakutkan. Kedua-dua belah telinga aku tekup dengan bantal. This is definitely not my day. Sejak kecil lagi, aku memang sangat takutkan kilat serta guruh. Lebih-lebih lagi kilat, mungkin kerana Tok Ayah mati disambar kilat. Satu kisah yang tak mungkin dapat aku lupakan tetapi terlalu ngeri untuk aku ingati.
Kenapa baru sekarang nak hujan? Hujanlah sebelum Ehsan balik tadi.
Perlahan-lahan aku membuka mata, hanya untuk menyedari bahawa Ehsan sedang memandang aku dengan hairan.
“Mental problem?”tangannya membuat aksi yang menunjukkan aku gila.
“Siapa, kau? Rasanya.”aku membalas, sedikit keanak-anakan.
Benar, dia yang dah gila. Sangat banyak bercakap, dan bercakap benda yang mengarut. Sense of humor nya pula sangat teruk.
“Who are you anyway and what have you done to the scary, arrogant Ehsan?”
Guruh sekali lagi berbunyi, kali ini disertai dengan hujan lebat.
Rain, rain go away, come again another day, Anith Fitriah’s scared. Aku tak akan menangis! Tak akan menangis.
“Aren’t you a little old to be scared of lightning and rain?”tangan lelaki yang kini sudah mencangkung di hadapanku menarik bantal daripada peganganku.
“Haha, kau memang betul takut, kan? Siapa sangka Anith Fitriah yang hebat tu sebenarnya takutkan ibunya, kilat serta hujan lebat.”
“Gelaklah, gelak sampai puas hati.”sebal aku dengan sikapnya yang tak habis-habis mahu mengecilkan aku.
“Oh ya, by the way, that scary-arrogant Ehsan is still here. Wanna see it?”tanpa sempat aku bereaksi kepada kata-katanya tadi, dia mengangkat aku seolah-olah aku ini hanyalah seguni beras.
Berani betul manusia kepala satu berperangai aneh ini!
“Put me down, you twerp!”aku meronta-ronta, cuba melepaskan diri.
Namun itu tidak sedikit pun memberi kesan kepada Ehsan, malah dia mengeratkan lagi pegangannya.
“Kau ni betul dah gila, kan?! Otak kau dah terencat lepas kena tampar hari tu ek? You have no right to touch me.”
“Kata siapa?”
“Ak...”kilat memancarkan cahaya, diikuti dengan bunyi yang cukup dahsyat. Secara automatiknya aku memejamkan mata, lupa akan apa yang mahu aku katakan tadi.
Bedebap!!!
ADOI...! Bodoh punya Ehsan. Dia fikir aku ni batang kayu ke? Suka hati je dia lepas aku macam tu.
“Sakitlah, dol!”jeritku, menggosok-gosok belakangku.
“Nasib baik aku tak lepaskan kau atas lantai.”dia membalas dengan wajah yang cukup selamba.
Aku memandang sekeliling.
Bilik aku!
“Apa yang kau nak buat haa? I’m warning you, don’t try anything funny.”aku bingkas bangun, namun Ehsan menarik aku kembali agar terus berbaring.
Damn he’s fast. Lelaki ini betul sudah gila.
Ehsan menarik sesuatu di kaki katil sehingga ke paras daguku. Aku memejamkan mata, kaku. Tetapi kemudian, apabila kehangatan meresap ke seluruh tubuhku, aku membuka kembali mataku perlahan-lahan.
Haa, selimut? Terlongo aku. Tidak memahami apa yang sedang berlaku.
“Take a nap.”ujarnya.
“Kenapa pula aku kena take a nap?”
“Sebab pertama, kalau kau tidur, kau tak dengar bunyi guruh dan kilat kat luar tu. Jadi, kau tak akan takut. Sebab kedua, kau perlu tidur sebab kalau tak kau akan buat bising, menyerabutkan kepala otak aku.”
Dengan kasar selimut itu aku rentap, sebagai tanda protes.
“Aku tak akan tidur hanya kerana kau suruh aku tidur.”aku berkata dengan degil. Membalas pandangannya dengan berani.
“Hujan masih lagi lebat. Cuba kau bayangkan guruh dan kilat serentak. Sangat dahsyat, kan? Aku tak pasti macam mana manusia penakut macam kau ni nak...”dia berkata cukup dengan ekspresi wajah sehingga aku tak pasti yang mana lebih menakutkan. Ekspresi wajahnya atau guruh serta kilat itu sendiri. Tetapi yang pasti, aku memang sudah kecut perut.
“Ok, ok. Aku tidur. Terima kasih, sila keluar.”aku menarik selimut menutupi muka.
Dan entah bila aku tertidur, aku sendiri pun tak tahu.
Testing phase done! Jadi ini bermakna bahagian aku sudah siap, sekarang production punya kerja pula. Testing phase adalah bahagian yang amat penting di dalam satu produksi bagi memastikan produk yang dihasilkan berada dalam spesifikasi yang ditetapkan. Prototaip yang memenuhi spesifikasi kemudiannya akan dihantar ke bahagian production. Sebagai jurutera di situ, aku bertanggungjawab bagi segala proses designing, checking serta testing sesuatu produk. Technician juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan sesuatu produk. Mereka membantu jurutera untuk memperhaluskan lagi product designs bagi memastikan ia berfungsi dengan efisien. Walaupun begitu, entah mengapa aku tak rasakan kerja aku berkurangan. Hampir setiap minggu aku perlu berkerja lebih masa. But somehow, I love my job, more than anything.
Ibu sememangnya menentang kerjaya pilihan aku ini. Katanya, kerja ini sangat tidak sesuai bagi seorang wanita. Ya, itulah persepsi masyarakat terhadap kerjaya jurutera. Jurutera bukan untuk wanita, ia adalah kerja bagi lelaki. Sewaktu aku masih lagi di peringkat foundation, boleh dikira dengan jari berapa orang perempuan yang mengambil kursus kejuruteraan. Kemudian, setelah melangkah ke degree, walaupun kursus itu masih lagi didominasi oleh lelaki, namun bilangan penuntut wanita boleh tahan ramainya. Persepsi masyarakat bahawa engineering hanya untuk lelaki perlu ditukar. Abah seorang engineer, begitu juga Abang Asyraf, jadi aku rasa aku tak punya banyak pilihan kecuali mengikut jejak langkah mereka. Pengaruh mereka dalam kehidupan aku sebenarnya agak kuat.
Jari jemari yang lenguh aku letupkan satu persatu. Kemudian aku mencapai semula pen, bersedia untuk memulakan kerja semula. Alangkah bagusnya kalau aku boleh tuang kerja, kemudian tidur di surau. Haha, sesuatu yang Abang Asyraf kata sering dilakukan olehnya. Namun mujur jugalah aku bekerja syif normal, bermakna masuk pukul 8 pagi dan pulang pukul 8 malam. Lima hari seminggu, dua belas jam sehari. Aku amat berharap aku adalah sebuah robot yang tak kenal erti penat dan MALAS.
Semalam, punyalah sedap tidur waktu hujan, hingga pagi baru aku terjaga. Bangun pula, rumah itu sudah kosong. Bermakna Ehsan keluar awal daripada biasa hari ini. Sesuatu yang selalu dilakukannya jika dia ada freelance di tempat yang agak jauh. Ehsan memang sangat pelik, lebih-lebih lagi semalam. Sejak kami tinggal serumah tiga bulan dulu, dia sangat cold terhadap aku. Wajahnya tiada ekspresi dan sukar ditafsir. Nak tengok dia ketawa dulu pun susah. Sekarang, tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba je perangai dia dengan aku berubah walaupun bukan keseluruhannya. Ehsan yang dahulu tak akan ketawa dengan aku, tak kira apa jugalah perkara bodoh yang aku buat. Dia juga tak akan melakukan perkara sengal seperti semalam. Ehsan yang dahulu akan berpura-pura seperti aku tidak wujud di dalam rumahnya. Kenapa dia baik dengan aku sedangkan hari tu dia suruh aku cepat-cepat keluar daripada rumahnya? Oh, Dzul Ehsan adalah lelaki yang sangat aneh pernah aku jumpa!
Jam di tangan sudah menunjukkan hampir pukul 12 pagi ketika aku melangkah ke tempat parkir kereta. Keadaan sekeliling yang sunyi itu walaupun agak menakutkan, tidak aku ambil peduli. Aku berura-ura untuk masuk ke dalam kereta apabila sesuatu yang diletakkan di hadapan kereta mencuri perhatianku.
“Bunga siapa pula ni?”sejambak bunga yang diikat kemas dengan riben itu aku capai.
Tahula dapat bunga, tapi tak payahla nak menunjuk sangat sampai perlu letak atas kereta orang. Hatiku menggumam sendiri.
Bunga itu aku ambil dan letakkan di atas jalan tar, tidak berfikir dua kali tentangnya. Maaflah tuan punya bunga ya kalau esok datang kerja tengok bunga awak atas tar.
~comments are loved people :)~\
~draggy and cheesy much?~
1 comments:
oh ehsan~ ure so sweet in ur own way~ :D
Post a Comment