12
Selepas aku memberitahu ibu serta abah tentang keputusan muktamadku untuk berpisah dengan Ehsan, hati aku sangat lega. Syukur kepadaNya. Sudah aku agak abah adalah orang yang akan memahami aku, meskipun perit. Sungguh aku berterima kasih kepadanya. Ibu juga seperti dapat menerima bahawa di antara aku dan Ehsan memang tidak ada jodoh namun aku tahu, dia tidak akan berhenti bercakap tentang ini sehinggalah hatinya puas. Ada juga aku bertanya kepada ibu tentang kemarahannya kepada Nik yang aku kira tidak berasas tetapi ibu hanya mendiamkan diri. Kerana tidak mahu memburukkan lagi keadaan, aku memilih untuk membiarkan sahaja perkara itu. Mungkin tidak ada yang penting tentangnya kecuali ibu berkata sebegitu kerana marahkan aku.
Ehsan...aku sangat berterima kasih kepadanya kerana sudi bersama aku walaupun dia pada awalnya enggan masuk campur. Jikalau tidak ada dia pada hari itu, mungkin masalah ini masih lagi belum selesai. Kehadirannya sedikit sebanyak memberi aku kekuatan. Oleh kerana itu, aku telah memilih untuk tidak lagi mencari pasal atau menyusahkan hidupnya selagi aku masih tinggal di rumahnya yang sekarang hanya berbaki tiga minggu sahaja lagi. Boleh dikatakan yang hubungan kami agak baik jika dibandingkan hari pertama kami bersama. Ehsan masih lagi akan meluahkan apa sahaja yang ada di fikirannya tanpa memikirkan perasaan orang lain, tetapi aku tak akan memanjangkan hal itu seperti selalunya. Bertekak dengannya membuatkan aku rasa kebudak-budakkan. Kami berdua adalah manusia yang sudah matang fikirannya, jadi tak perlulah belagak macam remaja. Tak boleh bertolak-ansur serta mengalah. Sebenarnya, Ehsan taklah seteruk yang aku sangka. Aku tak tahu apa-apa tentangnya tetapi aku tahu satu perkara, hatinya tak seteruk perangai yang ditunjukkan kepada orang disekelilingnya.
Antara perubahan lain dalam hidup aku adalah setiap kali guruh atau hujan lebat, pasti mata ini akan mengantuk secara automatiknya. Perubahan ini membawa masalah kepada aku terutamanya jika hujan turun pada sebelah petang. Aku akan tidur sehingga maghrib yang mana membuatkan aku tak boleh tidur sehingga subuh. Ehsan pula sedap berdengkur di dalam bilik, meninggalkan aku terkial-kial sendirian mengadap televisyen. Tak boleh pakai punya idea. Dan hari ni, aku akan pastikan dia menemani aku sehingga subuh sebab semua ni salah dia!
Aku keluar ke ruang tamu selepas selesai mandi dan solat. Segar badanku terasa. Mataku juga terang, tidak menunjukkan tanda-tanda untuk lelap semula dalam masa terdekat. Sudahlah esok aku bekerja, memang teruklah.
Bunyi yang datang daripada ruang dapur menarik perhatianku. Perlahan-lahan aku melangkah ke sana, agar tidak menggangu makhluk aneh yang kini mungkin sedang memasak. Kelihatan Ehsan sedang memasukkan taugeh ke dalam mee yang sudah siap digoreng. Satu lagi fakta tentang lelaki ini yang baru aku temui. Dia boleh memasak! Sebelum ini, dia hanya menjejakkan kaki ke dapur sama ada untuk mengambil air atau membasuh tangan. Hari-hari lainnya aku kira dia makan di kedai. Maklumlah, orang bujang. Lagi satu, apa dia buat kat rumah waktu-waktu macam ni? Selalunya bukan pukul 12 ke atas baru dia balik ke? Sekarang baru pukul 9.40 malam.
“Wow, Ehsan pandai masak! I’m impressed.”aku berkata secara tiba-tiba, membuatkan lelaki itu sedikit terkejut.
“Dan aku tak tahu kenapa aku selalu lupa yang aku tak bersendirian dalam rumah ni.”dia menyindir.
Aku ketawa.
“Sebulan je lagi dan lepas tu we’ll both get our life back. Cuba untuk bertahan, ya?”
“I’ll try my best.”jawabnya, acuh tidak acuh.
Tangannya cekap menyendukkan mee goreng tadi ke dalam pinggan. Baunya sangat menyelerakan. Ini tak boleh jadi. Jangan-jangan dia lagi terer masak daripada aku. Aisey...
“Kalau kau rasa nak makan mee goreng aku yang sedap ni, silalah ambil. Jangan malu-malu, okay?”dia mengenyitkan matanya kepadaku lantas berlalu ke ruang tamu.
“Thanks for the offer. But no, thanks. I’m on a diet.”aku berkata, berjalan menghampiri televisyen. Susunan DVD serta games milik Ehsan menarik perhatianku.
“Diet dengan badan yang macam tu?”Ehsan bertanya, suaranya kedengaran sedikit kagum.
“Yalah, sebab badan aku macam nilah aku kena diet.”getusku.
Death Note. Sejak bila pula Ehsan minat tengok cerita Jepun?
“Tak payah diet. Buang masa. You’re fine as you are eventhough you’re not as hot as Tamara Bleszynski.”
“Dieting is not a waste of time and who the hell is Tamara Bles-whatever?”suaraku meninggi.
Hatiku geram kerana Ehsan sekali lagi berjaya memprovok aku, seolah-olah dia mempunyai kawalan ke atas emosi aku.
Ehsan mengangkat bahu, selamba menyuapkan mee goreng ke dalam mulut.
Dia cakap aku tak hot macam Tamara Bless-My-Ski yang aku sendiri tak tahu siapa tu? Waa, suka hati dia je.
“You’re missing the key point here. Kan aku cakap, you’re fine as you are. Unless, your dead fiancé memang suka kau kurus kering macam pesakit anorexia, then go ahead. Aku tak rugi apa-apa.”
Aku memilih untuk tidak mempedulikan kata-katanya itu, meneruskan usaha menyelongkar almarinya yang bersusun dengan DVD. Bila aku cakap banyak, bayangkan BANYAK! Resident Evil, Resident Evil:Apocalypse, Resident Evil:Afterlife, A Walk to... Biar betul lelaki ini. Hahahaha muka ganas padahal jiwang rupanya. Hahahahaha....
Melihat aku yang beriya-iya ketawa, Ehsan menghampiri aku. DVD case ditangan aku ditariknya kasar.
“Apahal kau selongkar barang-barang aku haa?”wajah Ehsan kelihatan sedikit bengang.
Haha rahsia dia dah pecah memang patutlah dia bengang.
“Aku langsung tak sangka kau akan tengok cerita macam tu.”ketawaku masih bersisa.
Adoi, sakit perut aku! Bayangkanlah, lelaki yang mukanya ganas, tak ada emosi, cara cakap pun cool je, tiba-tiba layan cerita A Walk to Remember.
“Habis kau nak aku tengok cerita apa, porn?”bidas Ehsan.
Mendengar itu, tawa aku serta-merta mati. Terasa agak segan mendengar perkataan itu keluar daripada mulutnya.
“Yalah, aku dah tak gelak. Aku bosan. Kerana idea kau yang tak boleh pakai tu, aku sekarang ni dah jadi burung hantu. Tak boleh tidur malam.”
“Dah tahu tak boleh pakai, siapa suruh ikut. Lagi satu, aku kata nap. Yang kau mereluh sampai maghrib tu buat apa?”
Aku mencebik.
Dia juga nak menang. Menyampah betul. Bukannya nak bersimpati dengan aku yang tak boleh tidur sebab idea ‘genius’ dia.
“Tak kira, tak kira. Memang semua salah kau.”aku berkata, menarik muncung panjang sedepa.
“Setahu aku burung hantu tak ada muncung yang panjang sampai macam tu.”gurau Ehsan.
“Jom main game.”aku tersengih mengangkat game Soulcalibur IV dengan bangganya walaupun sebenarnya aku tidak tahu apa-apa tentang games tersebut.
Ehsan memandang aku bagai tidak percaya.
“Mengarut.”katanya.
“Betullah. Aku tak boleh tidur ni. You owe me, Ehsan. Ini semua salah kau. Malam ni kau juga tak boleh tidur.”aku berkata dengan yakin.
“Childish.”getusnya, kemudian menghidupkan televisyen.
Dia menghulurkan satu PS2 controller kepada aku dan mengambil tempat di sebelahku.
“Kalau kalah jangan nangis.”
“What am I? Three?”
Ehsan yang kini sedang santai bersila di atas sofa tersengih memandang ku. Tangannya menekan butang ‘Select’ memulakan permainan sekali lagi. Aku memegang controller itu sekuat mungkin, merapatkan diri ke skrin. Round ketiga dan berturut-turut kalah bukan sesuatu yang baik. Hebat betul Ehsan ni. Jikalau aku tidak langsung menang, bermakna aku terpaksa belagak seperti orang bisu selama seminggu. Aaa, habis kalau aku tak boleh bercakap dalam rumah sendiri, aku nak cakap kat mana? Sampai hati betul Ehsan ni.
Sekarang, Ehsan sedang bersandar di sofa memegang controller dengan begitu relax walaupun ketika itu dia sedang membelasah aku dengan teruk menggunakan berbagai-bagai kombinasi serangan yang dahsyat.
“And annihilate!”dengan bersemangat dia berkata apabila Mitsurugi menghadiahkan satu deadly blow kepada karakter pilihan aku.
Di skrin tertera ‘Mitsurugi Wins!’, membuatkan lelaki itu bertambah bangga.
Memang sungguh aku tak ada harapan tetapi aku tak akan menyerah kalah. Yang lagi menyakitkan hati, dia menang dengan hanya menggunakan satu karakter sahaja sedangkan aku sudah mengguna bermacam-macam karakter, termasuklah yang terkuat di dalam game tersebut. Otakku ligat berfikir. There must be some way to beat this game-maniac.
“Menyerah kalah, Cik Fitri?”Ehsan bertanya, senyumannya sehingga ke telinga.
He’s really enjoying himself, right.
Aku mendengus.
“Jangan harap.”
“Kau tahu aku akan menang lagi kali ni. Budak skema macam kau yang tak pernah sentuh video games seumur hidup dia memang tak ada harapanlah.”
“Don’t count your chicken before they’ve hatched, Mr. Dzul Ehsan.”satu persatu karakter yang dipaparkan di skrin aku teliti. Akhirnya aku memilih ‘Ivy’, satu-satunya karakter yang aku rasa aku dapat kawal dengan baik. Tetapi, makhluk aneh ni terer sehingga aku yakin dia boleh menang game ni dalam tidur je. So, I’m pretty much screwed anyway.
Ehsan cuba untuk belagak serius walaupun aku tahu dia memang bermati-matian nak gelakkan aku. Permainan dimulakan sekali lagi tetapi sebelum sempat aku berbuat apa-apa, Ehsan sudah dahulu menyerang, bertubi-tubi.
Nampak gayanya, dah tak ada cara lain. Aku bangun lalu turut duduk di atas sofa yang sama dengan Ehsan sengaja menghalang pandangannya. Ehsan bergerak ke belakang memberi peluang kepada aku untuk mengembalikan beberapa serangan sehingga Mitsurugi jatuh.
Yay! Rasakan kau.
Aku mengjungkitkan kening kepada Ehsan yang seperti sudah dapat membaca taktik aku.
Pedulikan tetapi aku tak akan bagi dia menang round ni.
Aku sekali lagi bergerak ke belakang merapatkan jarak di antara kami.
“Anith Fitriah!”Ehsan lantas bangun duduk di hadapan televisyen, dalam masa yang sama aku sekali lagi menghadiahkan combination blow membuatkan Ehsan merenung aku tanpa berkedip.
“Apa?”dengan muka tak bersalah aku bertanya.
Lelaki itu kembali mengadap skrin, mempertahankan Mitsurugi daripada serangan Ivy.
“Encik Dzul Ehsan sangat handsome!!!”Ehsan yang mendengar tersedak, pantas dia menoleh. Wajahnya bertukar warna.
Terima kasihlah atas keperasanan anda. Peluang itu aku gunakan sebaik-baiknya.
Aku meluruskan jari telunjukku ke arah skrin yang kini tertera dua perkataan yang sangat menyenangkan hati aku. ‘Ivy Wins’!
Controller ditangan dicampaknya ke lantai dengan muka yang cukup tak puas hati.
“Main tipu.”
“Opss, bukan salah aku kalau kau easily distracted! Dan sekarang aku dah menang. Kau kena tunaikan janji kau.”
“Malaslah aku nak kawan dengan kau. Main tipu.”
Merajuk dan Ehsan bukanlah pasangan yang sepadan.
Aku menguap.
“Whatever, Ehsan. Yang penting aku dah menang. Nanti aku beritahu kau apa yang kau kena buat untuk aku. Sekarang aku dah mengantuk. Seronok main video game dengan kau.”
“Wei, I demand another round!”
“Mainlah sorang-sorang. Bye.”aku berjalan menuju ke bilik dengan hati yang senang.
Hari ni, aku akan ingat sampai bila-bila.
“Eh, atas kereta Kak Fitri ada bunga!”kata-kata Azira membuatkan aku yang sedang rancak bersembang terdiam. Empat pasang mata memandang ke arah yang ditunjukkan Azira.
Bunga lagi. Doraemon tu masih buat kerja macam ni walaupun sudah berkali-kali aku meninggalkan pemberiannya di car park. Aku nak sangat tahu siapa doraemon bertuah ni.
“Bestnya dapat hubby macam hubby Fitri. Kat tempat kerja pun kasi bunga.”seloroh Sharon.
“Pak guard depan tu bagi pula orang masuk ke sini ye? Setahu akak kalau orang luar nak masuk, bukan main strict lagi. “Kak Lyn menyampuk.
Aku mengangguk.
“I don’t think this is from Ehsan. This is so not his style.”
“Habis tu, Kak Fitri ada peminat misteri kat sini? Bestnya. Susah betul jadi orang cantik ni kan, Kak Lyn?”mata Azira bercahaya seolah-olah sangat tertarik dengan idea mempunyai peminat misteri.
“Cantiklah sangat.”aku mengambil bunga tersebut, berura-ura untuk meletakannya di atas tar sebelum Azira memegang tanganku.
“Kak Fitri nak buat apa tu?”
“Serikan car park kita ni.”selamba aku menjawab.
“Eh, janganlah! Tak baik buat macam tu, Fitri. Kalau orang tu tengok, kecil hati dia.”kata-kata Sharon itu disokong Azira.
Aku menarik nafas.
Sebelum ni, aku memang tak pernah bawa balik setiap jambangan bunga yang aku dapat. Pemberinya pun aku tak kenal, tiba-tiba nak bawa balik. Biar benar sikit.
“Bawalah balik. Bagi kat husband Kak Fitri.”Azira memberi cadangan.
Untuk apa aku nak bagi bunga kat lelaki tu? Aku sanggup tinggal kat sini daripada bawa balik dan bagi dekat dia.
“Bawa balik dan buang kat rumah.”Kak Lyn pula berkata.
“Yalah. Bukan Kak Lyn, Sharon dengan Azira yang bagi kan?”aku memandang mereka bertiga dengan penuh curiga. Namun laju sahaja mereka menggeleng.
“Okay, Fitri balik dulu. Drive baik-baik, Azira.”aku berpesan, memerhatikan kereta mereka sehingga hilang daripada pandangan.
Anith Fitriah juga mahu pulang.
Misteri, sangat misteri. Siapa pula yang sering beri bunga dekat aku? Aku memang tak ada klu walaupun satu. Kalau betul orang yang bekerja di sini juga, takkan mereka tidak tahu yang aku ni sudah berkahwin? Dan kalau orang luar, mustahil pak guard berkaliber kat depan tu nak benarkan diorang masuk dengan mudah. Bunga tersebut aku sendiri tidak dapat meneka tujuannya. Terima kasih? Tahniah? Semua ni bermula beberapa bulan yang dulu, selepas aku berkahwin. Kenapa? Aku sungguh nak tahu siapa pengirimnya dan tujuan dia berbuat begitu sebab ini sangat menakutkan aku. Kalau nak stalk, tolonglah stalk orang yang berjuta ganda lagi cantik daripada aku. Aku hanya Anith Fitriah yang muka macam dolphin bak kata Abang Asyraf. Aku muka macam dolphin? Itu pun soranglah. Mulut tak ada insurans. Kalau dulu jika kami bergaduh, pasti Abang Asyraf akan mengejek aku dengan nama ‘Dolphin’. Walaupun aku sendiri tak tahu apa persamaan aku dan dolphin.
Ehsan bersiul nyaring apabila melihat jambangan bunga ditangan aku.
“Tolonglah beritahu aku bukan kau yang hantar semua bunga yang aku dapat sebelum ni.”
Mendengar itu, Ehsan mletakkan kedua belah tangan di jantungnya.
“Ouch! Kau menghina aku, Fitri.”
Dia dah mula dah dengan drama dia. Menyampah betul.
“Bagi bunga je dah leceh, ditambah pula bagi dekat kau. Berganda lecehnya.”
Ini kes siapa menghina siapa ni? Aku menggigit bibir.
“Kalau macam tu, aku dah tak ada idea.”
Berkerut dahi Ehsan yang mendengar.
“Maksud kau, kau tak tahu siapa yang bagi bunga ni?”dia meminta kepastian.
Aku hanya diam, memandang jambangan bunga di tangan.
“Dan kau bawa balik ke rumah?!”Ehsan membulatkan matanya, kononnya terkejut.
“Apa masalah kau?”
“Tak tahu siapa bagi, suka hati saja bawa balik rumah. Manalah tahu bunga tu ada penunggu.”
Ehsan!!!
Dengan perasaan geram, aku membaling bunga tersebut ke arahnya yang langsung tidak menjangka tindakan aku itu. Dush, tepat mengena wajahnya!
“Kau memang monyet, kan?!”marahku, berjalan laju meninggalkan Ehsan bersama bunga ‘berpenunggu’ yang kininya sudah hancur.
“Very romantic, Fitri. Tapi kau kena usaha lagi sebab cara kau tadi terlalu kasar. Thanks for the flowers anyway!”jerit Ehsan.
“Cepat siap, Ehsan. Kita ada plan hari ni.”aku berkata riang sebaik sahaja keluar daripada bilik.
Segar betul selepas mandi. I love Sunday, don’t you guys?
Ehsan berdehem, memandang aku yang ketika itu hanya memakai boy-cut short serta spaghetti strap. Ahaa, dia ingat dia sorang saja boleh pakai sesuka hati dalam rumah ni. Malang untuk kau Ehsan sebab kita mempunyai effect yang sama.
“Plan...keluar...pakai macam ni?”dia menunjuk ke arah aku dengan muka tidak percaya.
Sebagai respon, aku memusingkan badan aku beberapa kali di hadapannya lagak seorang model. Riak wajah Ehsan sangat melucukan tetapi aku cuba untuk menahan tawa tidak mahu rancangan aku gagal. Macamlah dia tak pernah tengok perempuan yang bajunya tak cukup kain sebelum ni. Konon innocentlah sangat.
“Mestilah tak. Apa kau merepek ni?”aku menocangkan rambutku, masih belagak selamba.
“K..kki..kita nak pergi mana?”Ehsan meraup wajah kemudian menyumpah sendirian kerana kehilangan kawalan ke atas dirinya sendiri.
Aku membuat keputusan untuk terus mengenakan makhluk aneh yang nampak ketara ketidakselesaannya. This is priceless! Bila lagi nak tengok mamat cool tu gagap macam ni? Siapa yang cakap ‘I don’t give a damn about you’ tempoh hari, hah?!
“Kau dah kalah hari tu, kan? And you promise to do something for me if you lose. So I’m claiming it now. Kita akan keluar shopping hari ni, darling. You, me and Aya.”
Terbeliak mata Ehsan. Terkejut benar dia nampaknya, nasib baik tak kojol dekat situ juga. Memang aku sudah lama memikirkan untuk melakukan sesuatu seperti ini. Sesuatu yang dapat membahagiakan Aya, tak kiralah walaupun hanya untuk seketika. Hari ni, aku mahu Ehsan meluangkan masanya bersama Aya. Kalau dibiarkan sahaja, Ehsan akan berterusan tidak mengendahkan satu-satu anaknya itu. Leteran tidak akan memberi sebarang kesan ke atasnya jadi kita perlulah menggunakan cara yang lain. Sedikit paksaan dan diplomasi mungkin. Entah kenapa aku cukup yakin Ehsan akan menurut permintaanku ini walaupun hatinya merobak dengan dahsyat di bahagian dalam.
“Hell no!”lelaki itu memeluk tubuh, bersandar di dinding meneliti aku daripada hujung rambut sehingga hujung kaki. Kali ini, aku pula yang tidak selesa. Now he’s back on the game, and he’s winning.
“Kau dah janji! Kau tetap kena ikut aku.Titik!”aku menghampiri.
“Make me.”cabarnya.
Aku merenung wajah yang sedang mencabar aku ketika itu. Salah satu keistimewaan kahwin paksa. Pergaduhan yang tak berkesudahan serta perangai lelaki yang teruk. Sukar untuk aku akui tetapi sejujurnya, saat kami bertegang urat adalah saat yang cukup buat aku terhibur. Plus now that I can get even with him, it’s actually double the fun. Tiga bulan pertama kami masih lagi di dalam fasa untuk menyesuaikan diri. Ehsan dengan sikap tidak bertimbang rasa serta tidak mengendahkan aku, manakala aku pula sering sahaja hangat hati dengan perangainya. Sekarang, kami berdua sudah terbiasa dengan kewujudan masing-masing. Jikalau tidak, masakan Ehsan akan peduli dengan setiap perkataan aku. Begitu cepat masa berlalu, sehingga aku tak sedar banyak antara kami yang sudah berubah sebenarnya. Sayangnya, semua ni harus berakhir. I’m gonna miss him NOT.
“Dzul Ehsan, kau dengar sini baik-baik. Unfortunately dalam dunia ni, loser tak ada hak untuk buat keputusan. So...”
Tingginya kau ni Ehsan ooi! Lenguh tengkuk aku asyik mendongak je.
“Kau tak ada pilihan lain kecuali dengar cakap aku. Sekarang, cepat siap.”aku berura-ura untuk melangkah apabila tanganku ditarik. Terdorong aku ke belakang.
Mata lelaki itu bercahaya menjadikannya satu persen lebih kacak daripada biasa. Kacak? Eeeii, kau sangatlah menggelikan, Fitri. Cuba untuk focus sekarang ni.
“So you wanna play dress up now? Two could play that game you know.”
Jantung aku berdegup pantas.
“I’ve seen you in towel, shorts, shirtless. Aku tak fikir ada lagi yang aku tertinggal.”
“Tett, wrong! You never see me…”Ehsan membiarkan ayatnya mati di situ sahaja. Sengaja mahu aku membuat andaian sendiri.
Dowh, dia lebih expert dalam mengenakan orang. Aku dapat rasakan wajahku bertukar warna kerana ketika itu aku hanya dapat memikirkan satu perkataan sahaja untuk menyelesaikan ayatnya tadi. Bawa bertenang semua orang. Jangan fikir yang bukan-bukan. Kau pun sama, Fitri! Nampaknya plan aku dah backfire.
Degupan jantung aku makin pantas sehingga aku yakin aku boleh menari samba dengan ‘dup dap dup dap’ nya.
Ehsan tersenyum apabila dapat mengesan perubahan di wajahku. Dia mendekatkan jarak di antara kami.
“You know that I was gonna say ‘in tuxedo’, right?”bisiknya di telingaku.
Spontan, aku menampar bahunya. Ehsan ketawa, suka kerana dapat mengenakan aku.
“Mestilah aku tahu. Lagipun kau dah gila ke nak pakai tuxedo dalam rumah ni? Entah apa-apa.”gumamku sambil menolaknya agar terdapat jarak di antara kami.
“Tapi itu lagi baik daripada apa yang ada kat dalam otak kau tu.”balas Ehsan.
“Apa dah jadi kepada Ehsan yang gggaagaap tadi?”aku mengajuk.
Ehsan menguap, kelihatan sangat bosan.
“Well, at first agak terkejut jugalah. Aku tak sangka pun kau ada koleksi macam ni dalam almari kau. Considering your good girl image. I was stunned for a moment back there but after that, I’m immuned. Lucky for you, I’m a man that thinks with his brain not with his …”Ehsan menggerakkan bola matanya.
Dia sekali lagi menduga aku. Cis!
“Knee, Anith Fitriah. Get you mind out of the gutter.”tambah Ehsan.
“Aku tak fikir apa-apa pun. Kau tu yang perasan. Well, it’s nice to know I have some effects on you. Sekarang tolong siap.”
Ehsan menarik muka membuatkan aku yang melihatnya ketawa.
“Jomlah, Ehsan. Celebrating our soon-to-come freedom. I’ll even let you hold my hand.”gurauku, menghulurkan tangan kananku kepadanya.
Tanpa berkata apa-apa, Ehsan berjalan ke biliknya. Menunjukkan yang rancangan aku berjalan lancar. Ya Allah, jadikanlah hari ini hari yang indah buat Aya. Tolonglah jangan kau bekukan hati manusia yang bernama Dzul Ehsan itu. Aamin…
Pancuran air itu aku biarkan terus menghujani diriku.Sekali lagi air gagal mengembalikan ketenanganku seperti yang diharapkan. Otak ini tidak henti-henti memikirkan kata-kata Aya siang tadi. Selepas menunggu sorang lagi anak dara dalam rumah ni bersiap, kami terus ke rumah mama menggunakan kereta Ehsan. Itu pun selepas hampir sepuluh minit kami bertekak. Berani betul dia cakap kereta aku macam kereta lembu! Macamlah kereta dia hebat sangat. Setakat Lancer yang bayar tak habis lagi tu tak payah belagaklah. Sengal! Sampai di rumah mama, Aya sudah sedia menunggu. Comel sungguh anak itu, perangainya pun baik. Tidak sedikit pun seperti Ehsan. Ada baiknya juga dia tidak dijaga oleh Ehsan. Mama usah diceritalah terkejutnya apabila mengetahui yang Ehsan bersetuju untuk menghabiskan masa bersama Aya. Malah orang tua itu menganggap keadaan mula baik di pihak kami. Tidak, mama. Cuma Ehsan sekarang sudah boleh dibawa berbincang sedikit. Keputusan kami tetap sama. Begitulah aku jelaskan kepada mama yang kemudiannya nampak sedikit hampa. Biarlah dia hampa sekarang daripada kemudiannya.
Selepas tersekat di dalam traffic jam selama hampir sejam dan mendengar rungutan Ehsan tanpa henti, akhirnya kami menjejakkan kaki di Mid Valley. Hanya aku dan Aya yang banyak bicara, Ehsan lebih senang mendiamkan diri. Dia kelihatan agak kekok untuk berjalan bersama kami berdua. Namun aku tidak putus asa untuk cuba membuat Ehsan selesa bersama Aya. Anak itu pula seakan memahami keengganan Ehsan untuk berada di situ kerana dia langsung tidak menghadiahkan soalan yang pelbagai kepada papanya itu. Kasihan juga aku kepada Aya.
Aktiviti pertama kami ialah menonton wayang. Kami berdua membuat keputusan untuk membiarkan Ehsan yang memilih ceritanya. Ternyata ia satu keputusan yang salah apabila lelaki itu memilih cerita yang teramatlah tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak berusia tujuh tahun. Ehsan memang tak reti nak ambil hati kanak-kanak, kan? He’s hopeless. Akhirnya, kami bertiga menonton kartun. Selepas itu, kami berjalan-jalan pusing Mid Valley membeli barang keperluan Aya. Memilih baju, kasut serta aksesori rambut untuknya dan yang paling penting, semua itu dibeli menggunakan duit Ehsan. Tiada paksaan berlaku, cuma mungkin lelaki itu merasakan memang tanggungjawabnya untuk menyediakan segala keperluan anaknya. Selepas ber ‘Baskin Robbins’, kami pulang ke rumah di mana aku mempunyai satu lagi rancangan untuk hari itu.
‘Mari Memasak Bersama Chef Ehsan’ itulah nama program yang aku kendalikan selepas maghrib tadi. Kelakar benar reaksi Ehsan apabila aku memberitahu yang kami mahu dia memasak makan malam. Pada mulanya dia membantah tetapi aku tahu, dia tetap akan melakukannya sebab Dzul Ehsan adalah manusia yang mempunyai hati serta perasaan meskipun percentage nya teramatlah kecil. Aku dan Aya turut membantu menyemakkan dapur meskipun lelaki itu berkali-kali menghalau kami ke depan. Memang benar, Ehsan seorang yang handal memasak. Tidak sampai sejam, semangkuk spaghetti bolognese sudah sedia untuk dimakan. Yay, Chef Ehsan! Berbual-bual sambil makan sehingga aku tersedar yang hari sudah lewat dan Aya masih belum pulang. Keadaan bertambah baik apabila Ehsan menyarankan supaya Aya bermalam di situ pada hari ini. Sebenarnya aku mempunyai idea yang sama tetapi aku tidak berani untuk mencadangkannya, bimbang Ehsan akan mengamuk tetapi apabila dia yang keluar dengan cadangan tersebut, hati aku benar lega. Ketika itu, aku dapat rasakan keseronokan Aya. Bermakna rancangan aku sudah berjaya.
Kalau ditanya kenapa aku sanggup melakukan semua ini, sungguh aku tak punya jawapan. Aya bukan sesiapa bagi aku. Malah aku akan meninggalkan keluarga itu tak lama lagi. Tetapi, hati ini sukar untuk difahami. Aku sendiri tidak tahu tujuan sebenarnya atau itulah yang aku fikir. Perubahannya bukan sahaja kepada diri aku, tetapi juga kepada Ehsan. Sebelum ni, sudah berbuih mulut mama serta Kak Long menasihatinya namun dia langsung tidak ambil peduli. Tetapi kenapa sekarang, dia dengan mudahnya menurut kata-kataku? Malah aku sendiri tahu yang dia akan melakukannya. Bagaimana semua itu terjadi?
‘Terima kasih untuk hari ni, ibu.’kata-kata Aya membuatkan aku sedikit hairan.
Aku bertanya kepada Aya kenapa dia berkata sebegitu dan jawapannya itulah yang membuatkan hati aku tidak senang sehingga sekarang.
‘Aya tahu, ibu terpaksa luangkan masa dengan Aya, macam papa juga, sebab nenek suruh.’
Ketika itu, aku kelu untuk berkata-kata. Dia hanya tujuh tahun, tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Tujuh tahun tapi dia sudah dapat menilai, membaca perasaan orang di sekelilingnya. Ehsan tak layak dapat anak seperti ini. Tetapi aku juga tiada kurangnya. Mungkinkah kerana persamaan kami ini, aku dapat menyakinkan Ehsan untuk melakukan semua yang kami lakukan hari ini? Aku juga masih menganggap Aya sebagai orang luar walaupun lidah ini ringan sahaja membahasakan diri ‘ibu’ tetapi hakikatnya, perkataan itu tidak membawa sebarang maksud. Hipokritkan aku?
Yang lagi teruk, saat itu aku hanya mengangguk seakan mengiyakan kata-kata Aya.
Anith Fitriah, apa sebenarnya perasaan kau terhadap anak itu?
Keluar daripada bilik, Ehsan sudah selesai menyediakan tempat tidurnya di atas sofa memandangkan Aya tidur di dalam biliknya. Itulah, siapa suruh jadikan bilik satu lagi tu stor. Kan dah merempat sekarang.
“Aku ada benda nak cakap dengan kau.”aku berkata.
Melihat riak wajahku yang serius itu, Ehsan mengangguk.
Aku mengambil tempatku di hadapannya, menarik nafas mengumpul kekuatan.
“Kau tahu apa yang Aya cakap dekat aku tadi?”
‘Manalah aku tahu. Aku bukan psikik’ itulah maksud pandangan yang dihadiahkan Ehsan kepadaku.
“Dia cakap terima kasih sebab luangkan masa dengan dia walaupun dia tahu kita berdua terpaksa sebenarnya. She’s seven, Ehsan. Zaman kanak-kanak dia sepatutnya indah. Tapi kau...maksud aku, kita. Kita dah jadikan sebaliknya untuk dia.”
Ehsan tidak memberi sebarang respon. Namun riaknya berubah dan aku tahu dia terkesan dengan apa yang didengarinya sebentar tadi.
“Seriously, aku kasihankan dia. For having you as her father, and for having me as her step-mother. Aya budak yang baik.”
“Semua yang kau lihat petang tadi adalah usaha penuh aku untuk cuba jadikan hari ni hari yang terbaik buat Aya seperti yang kau mahu. I’m sorry but it’s the best I can do.”
“Apa maksud kau tu, Ehsan? Dia anak kau!”
“Aku sangat-sangat penat sekarang. I need my beauty sleep.”Ehsan menepuk-nepuk bantalnya.
Satu lagi cubaan yang gagal. Itu yang terbaik yang dia boleh buat? You gotta be kidding me! Apa salah Aya sehingga sukar sangat Ehsan nak berlaku baik kepada anak itu?! Aku betul tak faham dan aku nak sangat faham.
“Fine but please do tell me one thing, Ehsan. Semua orang dah berjuta-juta kali marah kau supaya kau luangkan masa dengan Aya, tetapi tak sekali pun kau pakai. Kenapa sekarang, bila aku suruh, walaupun aku tahu kau tak suka, kau tetap juga ikut? Sedangkan aku adalah manusia yang kau paling tak ambil peduli dalam dunia ni.”
Seminit berlalu begitu sahaja. Ehsan tidak menunjukkan tanda-tanda untuk bersuara. Aku bangun tidak berniat untuk berada di situ walau untuk sesaat lagi. Ketegangan di antara kami boleh membunuh.
“Sebab aku boleh rasa apa yang kau rasa. Aku tahu tak mudah bagi kau untuk terima Aya yang sedikit pun tak ada kaitan dengan kau tapi kau tetap cuba. Dan aku tak mahu kalah. If you can do it, why can’t I?”
“Aku tak faham...”
“Good night. Tolong padamkan lampu nanti, ya.”Ehsan menarik selimut mentupi mukanya.
Session close.
Terlalu banyak persoalan bermain di dalam kepala aku sekarang ini. Tidur merupakan satu pilihan yang bijak. Mungkin suatu hari nanti, semua soalan aku akan terjawab. Siapa tahu, kan?
~i owed the ps2 part to MID....thanks for always beating me at soulcalibur :) ~
~thank you to all readers...~
~i love you guys~
~i love you guys~
0 comments:
Post a Comment