Thursday, December 9, 2010

One Day You'll Be Mine 10, 11

New Chapter of One Day You'll Be Mine is UP...!!! :P

10
“Ehsan.”aku memanggilnya yang sedang tekun mengedit gambar perkahwinan pelanggannya mengggunakan Photoshop.
Ehsan mengangkat muka.
“Kau boleh berhenti panggil nama aku macam tu tak? Seram.”
Dahiku berkerut, kurang faham dengan apa yang cuba dikatakannya.
“Panggil macam mana?”
“Macam tadi.”
“Itu namanya nada ceria. Ada pula menakutkan. Kalau ada manusia yang menakutkan kat dalam rumah ni, manusia tu adalah kau.”
“Tetap seram bagi aku.”tumpuannya ke laptop semula.
Kerusi di sebelahnya aku tarik lalu duduk, tidak mempedulikan Ehsan yang mungkin tertanya-tanya tujuan aku berada di situ kerana sebelum ini tidak pernah sekali pun aku berminat untuk melihat dia bekerja.
Lima belas minit berlalu, kami masih tidak bersuara.
Kagum aku melihat hasil kerja Ehsan walaupun aku sedikit pun tidak tahu tentang seni fotografi. Bagi aku, semua gambar yang ditangkap, kelihatan sama sahaja. Memang buta senilah aku ni.
Bosan betul. Dia dengan jayanya berpura-pura seakan aku tidak tercenguk di sebelahnya.
“Selalu banyak tak client?”aku bertanya.
“It depends. Freelance ni kadang-kadang banyak job, kadang-kadang sikit, kadang-kadang tak ada langsung.”agak lama barulah dia menjawab soalan aku.
“Dari mana kau dapat client kau?”
Fitri, kau memang sangat jahat.
Kepala yang tidak gatal itu digarunya cuba untuk terus focus kepada kerjanya. Soalan aku itu dibiarkan tidak berjawab.
Hati aku bersorak riang sedar bahawa sabarnya kerana sudah dihujung-hujung.
“Selalu client kau orang yang macam mana?”
“Okay, that’s it!”Ehsan mengangkat kedua belah tangannya.
Aku memandangnya dengan muka tidak bersalah.
“Aku tak boleh buat kerja kalau kau asyik bising kat sebelah aku. Kalau tak ada kerja lain, baik kau pergi tidur.”suaranya kedengaran sedikit geram.
Satu kemajuan. Anith Fitriah kini sudah dapat membuat Dzul Ehsan geram.
“Trying to make a conversation, that’s all.”
“Damn, patutnya aku siapkan kerja kat studio tadi.”dia menyumpah sendiri, mengemas barang-barangnya dengan pantas.
“Yalah, yalah. Aku tak kacau kau. Sebenarnya aku nak tanya, gambar Aya dah siap?”
“Belum edit lagi. Kalau kau nak yang raw, ada dalam CF.”acuh tak acuh sahaja jawapannya.
“Kata professional tapi buat kerja lambat.”komenku, sengaja mahu menguji kesabarannya. Lagipun, aku tak tahu apa kebendanya CF tu.
Ehsan menarik nafas dalam.
“Aku tak tahu pula hari ni hari untuk annoy Ehsan.”
Melihat wajahnya yang berkerut-kerut menahan geram teramat itu menimbulkan rasa lucu di dalam hati aku.
“Sekarang kau tahu perasaan aku. Welcome to the club.”aku mengenyitkan mataku kepadanya, berjalan menuju ke bilik.
Hatiku melakukan victory dance, merai kejayaan yang tak seberapa itu. Ini mungkin boleh jadi entertainment yang baru bagi aku. Sebelum ni tak terfikir pula aku untuk mengacaunya, kerana dulu, aku langsung tidak punya kesan kepadanya. Sekarang, dia dah tak immune lagi. Berita baik sebenarnya.
Sebaik sahaja masuk ke bilik, aku melompat ke atas katil.
Ya Allah, indahnya!
Aku berbaring mengadap siling, menganalisa kehidupan sendiri yang teramatlah mengarut ketika ini. Perkahwinan dibuat main-main, suami yang berperangai pelik, serta masalah dengan ibu yang masih belum selesai. Ketika aku bersetuju dengan tempoh mama iaitu tiga bulan, tidak langsung aku menyangka tiga bulan itu akan menjadi seperti tiga tahun. Benarlah kata orang, if you have the right company, ten years seems like 10 days but if you have the wrong ones, even ten seconds feel like eternity. Nampaknya ibu sudah tersalah pilih teman untuk aku. Sekali lagi, ibu yang bersalah dalam hal ini.
Kalendar di meja sebelah katil aku capai.
Aku masih perlu melalui sebulan dua puluh dua hari lagi dengan Ehsan. Masalah aku sekarang ini adalah aku masih belum berterus-terang dengan keluarga aku. Ya, penakut tu masih wujud dalam diri aku. Sungguh aku tak sangka bahawa diri aku ini merupakan seorang penakut sebenarnya. Meskipun ibu dan abah tidak pernah memarahi apatah lagi memukul aku, namun perasaan itu sudah tertanam dengan sendirinya di dalam diri. Takut mengecewakan mereka, takut mereka sedih. Namun aku tak punya pilihan lain. It has to happen whether I like it or not. Sukar benar kehidupan ini, kan?
Selepas perceraian kami, apa yang akan terjadi kepada hidup aku? Kembali seperti biasa aku kira. Cuma mungkin kali ni lebih kebebasan untuk buat keputusan sendiri, sebab aku gerenti keluarga aku akan serik untuk cuba mengambil alih kehidupan aku lagi selepas apa yang terjadi. Itu aku boleh klasifikasikan sebagai sesuatu yang baik. Selain daripada kebebasan, apa lagi? Ermm...ermm...ermm...eh kejap! Kenapa aku kena fikir semua ni? Cukuplah kalau aku kata hidup aku akan kembali seperti dulu. Aku bahagia dulu, dan aku yakin aku akan bahagia nantinya.
Sampai bila kebahagian hidup sorang-sorang tu berkekalan? Weh, apa ni?! Ini kes diri sendiri belot diri sendiri ni. Arghh! Aku tak mahu fikir apa-apa lagi, bikin serabut lagi adalah.
Good night everyone!

       Aku sedang menuang air masak ke dalam botol minuman ketika Ehsan masuk dengan hanya bertuala. Tersedak aku, sehingga air yang dituang tumpah ke lantai.
Uh oh, kan dah jadi banyak kerja pula pagi-pagi ni.
Ehsan berpura-pura tidak faham bahawa kekalutan aku di pagi yang nyaman ini adalah berpunca daripadanya.
“Apa kau buat kat dapur pagi-pagi macam ni?”aku bertanya seperti orang tidak puas hati.
Ehsan diam, tidak berminat untuk menjawab soalan aku itu.
Air yang tumpah itu aku lap dengan perasaan bengang, Bukan dia tidak tahu yang aku masih lagi di rumah waktu begini. Jadi kenapa dia tak boleh pakai sesuatu yang appropriate?
Aku segera berlalu ke ruang tamu. Malas lagi untuk berlama-lama di dapur.
Esok merupakan hari Sabtu, hari cuti yang dinanti-nantikan setiap minggu. Sabtu dan Ahad. Apa program yang aku boleh buat cuti ni selain daripada tidur balik lepas Subuh? Hahaha...
Tiba-tiba aku terasa seperti mahu meluangkan masa bersama Aya. Sudah lama anak itu tidak aku jenguk kerana terlalu sibuk menguruskan kehidupan sendiri. Itu satu idea yang baik. Bawa Aya jalan-jalan, dan mungkin Elisa juga kalau dia nak ikut. Aku juga mahu meluangkan masa bersama ibu serta abah di rumah. Siapa tahu nanti akan timbul keberanian setelah dua hari bersama mereka.
“Ehsan...err malam ni dengan malam esok aku nak tidur rumah ibu.”entah kenapa aku terasa seperti aku perlu memberitahunya.
Langkah Ehsan terhenti separuh jalan, kemudian dia berpaling mengadap aku.
“Oh look, the coward finally has the courage to tell her parents the truth!”dia mengejek.
“Jangan cari pasal dengan aku awal pagi macam ni boleh tak?”
“Jadi aku patut tunggu tengah hari atau malam sebelum cari pasal dengan kau? Is that what you’re suggesting?”
“Macam nilah Ehsan, kalau kau tak ada benda baik nak cakap, lebih elok kalau kau diam.”
Ehsan mengangguk.
“Sebab tu aku lebih suka buat tak dengar kalau kau cakap apa-apa.”dia menambah, berjalan menuju ke sofa hanya untuk berhenti kembali kemudiannya.
“Bila kau cadang nak beritahu semuanya kepada parents kau?”
Sepuluh tahun lagi?
“Malam ni, esok, Ahad. Entahlah, bila aku dah bersedia.”acuh tak acuh sahaja aku menjawab.
“Tak payah tangguh lagi, Fitri. Lambat-laun diorang akan tahu juga.”
Mudah sahaja segalanya di pandangan Ehsan. Dia tidak risau jika dia akan melukakan hati sesiapa dengan kata-kata atau perbuatannya. Yang dia tahu, sekiranya perkara itu baik untuk dirinya, maka itulah keputusannya walau apapun kata orang. Dengan sikapnya yang sebegini, hairan juga aku bagaimana dia boleh terjebak juga dalam perkahwinan ini. Dzul Ehsan adalah seseorang yang mempunyai kuasa veto ke atas hidupnya sendiri, jadi kenapa dia tidak membantah perkahwinan ini pada mulanya? Ah, aku baru terfikir pasal ni! Ingatkan aku untuk tanya dia bila aku ada mood untuk merosakkan mood dia. Sekarang aku perlu bertolak ke tempat kerja atau tersekat dalam traffic jam.
“Ya, ya, thanks for the useless piece of advice. Bye.”aku beredar meninggalkannya.



 “Kak Fitri curi tulang ek?”tegur Azira yang baru melangkah masuk ke dalam surau itu.
Aku sekadar tersenyum, kembali menatap buku di tangan.
Hari ni hari Jumaat, jadi waktu lunch setengah jam lebih lama jika dibandingkan dengan hari-hari bekerja lain. Selepas makan tengah hari, selalunya aku akan melepas di surau, dan membaca buku-buku atau majalah yang ditinggalkan di dalam surau.
“Dah solat?”tanya Azira.
Soalannya kali ini juga aku jawab tanpa membuka mulut, sekadar mengangguk.
Azira bersandar di dinding, memejamkan matanya.
Itulah kerja si Azira ni kalau masuk ke surau. Membuta je. Patutlah dekat line selalu saja tak ada.
Tapi itu tidak penting. Apa yang penting sekarang ialah isi kandungan buku ini.

Allah telah menentukan sesuatu yang terjadi ke atas hambaNya.Tapi jikalau apa yang ditentukanNya itu bukanlah sesuatu yang kita dikehendaki, maka janganlah kita bersedih serta berdukacita. Meskipun kita kehilangan sesuatu yang amat bernilai kepada kita, janganlah berdendam kepada Allah. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui. Cuba kita ukur, banyak mana yang diambil daripada kita jika dibandingkan dengan apa yang diberikanNya. Apabila sesuatu musibah menimpa, mengapa harus kita berdukacita? Allah mengambil sesuatu daripada kita untuk memberikan sesuatu lain yang lebih baik lagi. Kadang-kadang manusia merasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak. Masalah keluarga, masalah anak, masalah kerja dan sebagainya. Selagi seseorang manusia itu hidup di bumi Allah, selagi itulah dia akan diuji dengan masalah. Jika seseorang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidak layak untuk hidup di dunia ini. Masalah yang kita lalui akan mematangkan akal serta memantapkan peribadi kita.
Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah.

Aku menghela nafas.
Teruk benar aku sebagai seorang hambaNya. Hati aku penuh dengan kemarahan suatu ketika dulu. Soalan ‘Kenapa mesti aku?’ selalu sahaja bermain di benakku selepas aku kehilangan Nik. Dunia sangat tidak adil kerana sanggup mengambil dia yang amat aku sayangi. Saat itu aku rasakan hidup ini sudah tidak bernilai lagi. Tidak ada apa-apa lagi yang ada di sini yang dapat membuatkan aku bahagia. Aku hanya mahu Nik kembali dalam hidup aku!
Tetapi sebenarnya ketika itu aku lupa bahawa ramai lagi yang menyayangi aku. Sepatutnya aku patut bersyukur kerana ibu, abah, Abang Asyraf masih lagi berada di samping aku. Bodoh benar aku ni. Bukan bodoh kecil, tapi bodoh besar!
Sekarang, perasaan sedih serta kesal masih lagi wujud. Aku sendiri tidak tahu kenapa aku tak boleh terima bahawa lelaki itu sudah tiada dan memulakan kehidupan baru. Macam mana kita boleh sayangkan seseorang sehingga begitu sekali?
Dengkuran kecil di sebelahku mengembalikan aku ke realiti.
Wah, senangnya tidur!
Aku menyiku Azira di sisi, mengejutkannya yang mungkin sedang enak bermimpi. Azira memandang aku dengan hairan.
“Kilang terbakar, cepat lari.”aku berkata cuba mengekalkan muka selamba. Sesuatu yang aku pelajari daripada Ehsan.
“Bestnya, tak payah kerja. Agaknya diorang bayar juga tak gaji kita untuk bulan ni?”soal Azira.
“Mata duitan rupanya Azira ni. Awak ni dah solat ke belum? Sekarang dah pukul dua, dik.”
“Ooo, ya ke? Belum lagi. Maaflah Puan Fitri. Saya pergi solat dulu.”terkoncoh-koncoh dia bangun meninggalkan aku.
I’m curious. Bagaimana agaknya kehidupan aku sekarang ini kalau Nik masih ada dengan aku?
Aku sanggup berikan apa sahaja untuk dia wujud semula dalam hidup aku. Tapi aku tahu semua itu tak mungkin dan mengarut. Anith Fitriah, you have to let him go.
Ya Allah, aku mohon bantuan Mu.
Selepas habis kerja, aku terus pulang ke rumah ibu. Ketika aku sampai, sudah hampir pukul 12 jadi semua orang sudah tidur. Aku masuk menggunakan kunciku sendiri, kemudian terus ke bilik yang sangat, sangat, sangat aku rindui. 26 and childish, scary right? But I just can’t help it.  Aku kan anak bongsu ibu dan abah.
Oh ya, tadi ketika aku keluar, sejambak bunga yang sama seperti sebelumnya diletakkan di hadapan kereta aku. Pada mulanya aku tidak kisah, tetapi apabila aku lihat kawasan parkir yang sunyi itu, timbul rasa takut. Doraemon manalah yang letak bunga tu atas kereta aku? Salah orang mungkin tapi dah dua kali.
Jadi aku mengambil keputusan untuk memberhentikan kereta di hadapan post guard dan bertanya. Namun hampa apabila jawapan yang diberikan oleh pak guard handsome tu ialah ‘Tidak tahu’. Encik guard tidur ek, sebab tu tak nampak. Untuk menyedapkan hati aku sendiri, aku mengandaikan bahawa itu cuma mainan manusia yang tidak ada kerja, atau mungkin kebetulan kereta aku sama seperti kereta kekasih hatinya. Kalau itulah ceritanya, lelaki atau perempuan itu serius perlu mencari kekasih yang baru. Yalah, kekasih jenis apa yang tak ingat nombor plat pendaftaraan buah hatinya sendiri. Dan kalaulah benar bunga tu untuk aku, tinggallah kad atau apa sahaja yang membuktikan ianya daripada manusia. Gentleman lah sikit. Tapi maaflah, saya dah jadi isteri orang.
Isteri orang?
Dahiku berkerut seribu apabila dua perkataan itu melintas di fikiran. Sejak bila pula aku mengaku yang aku ni adalah isteri makhluk aneh tu? Okay, biar aku tukar ayat.
Tapi maaflah, I belong to someone. And by someone I meant Nik Afezal, bukan Dzul Ehsan. Sambil mengelap rambutku yang basah, telefon bimbitku di dalam beg aku keluarkan.
Satu mesej daripada nombor yang tidak aku kenali.
-BGTAU PARENTS KAU ESOK.
Oh, suami kesayangan aku rupanya! Sudah empat bulan kami bersama, baru sekarang aku sedar yang aku tidak ada nombor telefonnya. Aku tidak memerlukan nombornya. Cukuplah di rumah sahaja kami bertekak.
Button ‘Reply’ aku tekan dan menaip beberapa patah perkataan sebelum memadamkannya kembali. Telefon bimbit tersebut aku letak di atas almari solek. Mesejnya tak penting, dia tak penting dan aku tak suka buat perkara yang tak berfaedah.
Lelaki itu sungguh tidak sabar untuk menyelesaikan semua ini, kan?

    Pagi keesokannya, selepas menyegarkan diri aku segera turun ke bawah. Kedengaran suara ibu dan abah rancak berbual. Hairan benar aku. Sudah 29 tahun usia perkahwinan mereka, namun sehingga kini, mereka tak pernah kehabisan idea untuk berbual. Ada sahaja yang mahu mereka kongsikan bersama. Sehingga kadang-kadang, aku pun naik cemburu.  
“Good morning everyone.”aku menyapa ceria ibu.
Aku mengambil tempat di sisi ibu, lalu mencapai sebiji cawan yang diletakkan di tengah meja.
“Pukul berapa sampai semalam?”tanya abah.
“Nak dekat pukul 12 dah. Air apa ni ibu?”aku menunjuk ke arah jug di hadapanku itu.
“Nescafe.”ibu menjawab, tersenyum apabila melihat reaksi aku.
Nescafe? Sampai hati ibu. Bukannya dia tak tahu yang aku tak minum Nescafe, kopi dan yang seumpama dengannya. Minuman yang boleh diterima tekak ni hanyalah milo dan teh.
“Dalam jug yang satu lagi tu milo. Tolong hulurkan kejap abahnya.”
“Hehe terima kasih ibu.”jug yang dihulurkan abah itu aku sambut.
Aku menelan liur.
Perlu ke aku beritahu mereka sekarang, di meja sarapan?
Ketika aku masih lagi sibuk memikirkan sama ada sekarang adalah waktu yang tepat atau tidak, abah terlebih dahulu membuat keputusan untuk aku apabila dia menghirup Nescafe nya untuk yang terakhir kali dan terus bangun.
“It’s Saturday. Where are you going?”aku bertanya, kehairanan.
“Ada kerja sikit. Tengah hari nanti abah balik.”
Aku mengangguk-angguk faham walaupun aku tak tahu kerja apa yang perlu diuruskan oleh abah. Abah adalah jenis manusia yang tak boleh duduk diam dan gemar berbisnes. Bisnes catering, pastry serta stesen minyak yang diusahakan abah kini adalah hasil titik peluhnya sendiri. Di usia 53 tahun, abah boleh berpuas hati dengan pencapaiannya sebagai seorang professional engineer dan juga businessman. Sangat berbeza dengan anak-anaknya yang teramatlah malas.
“See you at lunch then.”aku berkata.
Perasaan tu dah datang balik. Kacau, kacau. Aku tak sampai hati nak beritahu mereka. Macam mana ni? Tapi kalau aku tak beritahu, nanti mereka akan lebih marah sebab aku membelakangkan mereka.
Mee goreng di dalam pinggan aku kuis-kuis tanpa minat, langsung tidak menyedari perbuatan aku itu diperhatikan oleh ibu.
“Bila Fitri balik sini je, mesti macam orang ada masalah besar. Ada benda nak beritahu ibu?”
“Yes and no. No, Fitri tak ada masalah besar. Well, masalah tu hanya besar sikit je daripada Fitri. And yes, there’s something I wanna tell you but let’s just wait till dad gets home, okay?”
Ibu kelihatan seperti tidak yakin dengan kata-kata aku itu. Mungkin dia bimbang aku akan terus menyembunyikan sesuatu daripadanya. Gerak hati seorang ibu tak pernah salah, kan? Tak pernah sekali pun aku dan Abang Asyraf berjaya menyorokkan sesuatu daripada pengetahuan ibu.
“Berkaitan dengan perkahwinan Fitri?”ibu bertanya lagi.
Lambat-lambat aku mengangguk.
Ibu menghela nafas.
“Kalau macam tu, Fitri betul. Kita tunggu abah balik tengah hari nanti.”aku dapat menangkap perubahan dalam nada suara ibu.
Pandanganku halakan ke arah ibu cuba untuk membaca rasa hatinya, tetapi cepat sahaja ibu bangun, berpura-pura sibuk mengemas meja. Sekarang, aku benar tak yakin aku mampu bersuara nantinya apabila abah ada.
Kenapa aku punya keberanian untuk berdepan dengan mama tetapi tidak dengan ibu? Aku tidak boleh terus membiarkan perasaan takut aku ini menang lagi. I’ve had enough!
Aku akan beritahu mereka hari ini, pasti!

Suara abah berbual dengan sesorang di ruang tamu menimbulkan tanda tanya kepada aku dan ibu yang sedang sibuk menyiapkan makanan untuk tengah hari itu.
“Kita ada tetamu ke hari ni?”aku memperlahankan api dapur.
Ibu menggeleng.
Siapa pula yang datang bertandang ni? Hari ni sepatutnya menjadi hari aku, ibu dan abah. Kacau betul. Tetapi, ada sesuatu tentang suara di luar sana yang kedengaran begitu familiar di telinga itu. He’s here, right? That carefree-irresponsible jerk is here. Tanpa berkata apa-apa kepada ibu, aku lantas berlalu ke ruang tamu.
Benarlah tekaanku. Kelihatan Ehsan sedang berbual dengan abah. Tidak sedikit pun menyedari kehadiran aku di situ.
Ehsan aku hampiri dengan hati berbara.
“Haa, tu pun Fitri.”kedengaran abah berkata.
Ehsan sekadar mengangguk. Tidak peduli untuk memandang ke arah aku.
“Duduklah kejap. Abah nak naik atas tukar baju. Nanti bolehlah kita makan sama-sama.”
Kami berdua memerhatikan setiap langkah abah sehinggalah orang tua itu hilang daripada pandangan.
“Apa kau buat kat sini?”aku separuh berbisik.
“Eh, suka hati akulah!”
Mendengar jawapannya yang satu itu, tanganku spontan mencubit lengannya sekuat mungkin. Semua perasaan yang aku rasa aku salurkan ke dalam cubitan itu. Marah, geram, bengang. Aku gerenti lengannya akan lebam. Padan muka, siapa suruh dia cari pasal dengan aku?
Ehsan memejam mata, menyerengai menahan kesakitan.
“Saaa...kittttlaah.”dia menarik tanganku yang kini sudah berumah di lengannya.
“Perlu ke cubit aku sampai macam tu sekali?”
“Orang macam kau, layak kena lebih daripada ni.”gumamku.
Ehsan menggosok-gosok lengannya.
“Penakut, kau dah beritahu diorang?”
“Itu urusan aku. Kau tak payah masuk campur. Aku tahulah apa yang aku nak buat. Baik kau balik.”
“Kita akan beritahu diorang sama-sama.”nada suaranya yakin.
Tidak mahu aku membantah lagi keputusan yang dibuatnya tanpa berbincang dengan aku. Aku tak mahu dia ada di sini. Ini antara aku, ibu serta abah. Ehsan berupaya menjadikan tengah hari ini yang panas ini bertambah panas dalam sekelip mata.
“Tak faham bahasa ke? Aku tak mahu kau dekat sini.”
“Tolonglah diam.”
Sekali lagi tangan aku angkat, kali ini untuk menampar bahunya tetapi cepat sahaja tanganku ditangkap.
“I’m sure you’ll find it hard to believe but I do have my good side. Trust me.”dia meletakkan tanganku di atas pangkuanku.
“Ehsan rupanya. Ibu ingatkan siapa tadi.”ibu tersenyum, berjalan menuju ke arah kami.
“Trust me.”bisik Ehsan sebelum bangun menyalam tangan ibu.
Percayakan dia? Sesuatu yang aku tak pernah lakukan sebelum ni dan aku tak pasti jika aku nak mula sekarang. Perasaan aku bertambah kalut. Debaran di hati ini, hanya Tuhan sahaja yang tahu apabila memikirkan masa untuk ‘menghidang’kan kedua ibu bapaku dengan kebenaran semakin hampir. Ketika itu, aku rasakan yang aku perlu bernafas menggunakan tangki oksigen. Begitulah teruknya keadaan.
Abah turun tak lama kemudian dengan t-shirt dan kain pelikat.
“Dah siap masak?”abah bertanya kepada ibu.
“Sudah. Tapi budak berdua ni ada benda nak cakap dengan kita.”
Ya Allah, tolonglah berikan aku kekuatan.
“Duduk sini kejap, abah.”aku memberanikan diri berkata.
Abah yang kelihatan hairan itu hanya menurut.
Dup dap dup dap....
Aku makin tidak senang duduk manakala Ehsan kelihatan begitu tenang tetapi aku dapat mengesan keseriusannya. Mudah-mudahan kami berdua tidak sama-sama menambah burukkan lagi keadaan.
“Abah, ibu, sebenarnya kami berdua ada benda nak beritahu.”Ehsan memulakan, lembut sahaja nadanya.
“Apa benda tu?”abah membetulkan duduknya.
Masa untuk memberikan jawapan kepada soalan itu, Fitri.
“Sebenarnya...Fitri...Ehsan...kami...err...kami...”
 “Kami berdua tak akan menipu diri sendiri lagi. Jadi, kami buat keputusan untuk tak meneruskan lagi perkahwinan ni.”
Tengok, keadaan yang sama berulang kembali. Kenapa jadi macam ni? Mujurlah ada Ehsan. Kalau tidak, mungkin aku akan menangis sekarang juga.
Abah masih kelihatan tenang, seolah-olah sudah menyangka perkara ini akan berlaku. Ibu, ya, ibu. Aku mengalihkan pandangan ke arah ibu. Wajah lembut itu kini suram, matanya berair. Itulah yang aku cuba elakkan daripada terjadi. Anak yang teruk aku ni. Anak yang teruk!
“Betul Fitri?”abah bertanya.
Liurku dirasakan begitu pahit sehingga tidak terdaya aku telan.
“Ya, abah, ibu. Maafkan Fitri sebab kecewakan abah, rosakkan nama keluarga.”air mata aku akhirnya mengalir jua, sebak benar rasa hati melihat kekecewaan yang jelas terpancar di wajah mereka berdua. Manusia yang telah membesarkan aku dengan penuh susah payah dengan harapan aku boleh menjadi seorang anak yang dapat menyejukkan hati mereka. Balasan aku kepada mereka?
“Perkahwinan ni terjadi pun atas kehendak keluarga. Saya dah ada pilihan saya sendiri dan saya tak yakin jika saya dapat memberikan Fitri kebahagian yang dia patut dapat.”
Kejap, kejap, apa yang Ehsan cakap ni? Sama ada itu memang satu kebenaran atau dia cuba untuk meletakkan kesalahan di atas dirinya sekali lagi. Ingatkan aku untuk tanya dia pasal ni nanti.
“Kenapa dulu Ehsan tak menolak?” ibu pula bersuara.
“Pasal mama tetapi sekarang mama pun dah benarkan kami berdua untuk buat keputusan sendiri. Maafkan kami.”ayat lelaki itu tersusun, menunjukkan bahagian dirinya yang aku tak pernah sangka wujud.
“Tetapi ini memang keputusan Fitri dengan Ehsan, bu. Fitri bahagia dengan kehidupan Fitri sebelum ni. Tolonglah faham keadaan Fitri. Fitri tak minta banyak, cuma tolonglah faham.”semakin banyak yang aku katakan, semakin laju air mataku mengalir.
“Fitri nak habiskan seluruh hidup Fitri ingatkan pasal budak tu, haa?”suara ibu meninggi, sedikit mengejutkan aku.
Adakah ‘budak’ yang ibu maksudkan tu Nik? Tak mungkin.
“Lupakanlah dia, Fitri. Dia tak patut wujud pun dalam hidup Fitri.”
Sah, ibu sedang bercakap tentang Nik. Dan dia kedengaran sangat marah. Tetapi kenapa?
Aku keliru.
“Apa ibu cakap ni? Fitri sayangkan Nik. Tak baik ibu cakap pasal tu tentang orang yang dah tak ada.”
“Selama ni ibu biarkan saja Fitri rosakkan hidup Fitri pasal budak tu. Ibu rasa lebih baik ibu beritahu Fitri perkara sebenar.”
“Asmah.”suara abah mendatar tetapi wajahnya ketika itu sangat menakutkan.
“Biarlah dia tahu. Sakit hati saya tengok dia agung-agungkan sangat...”
 “Sudah. Tak payah panjangkan cerita. Diorang ni nak bercerita pasal masalah diorang. Janganlah kita buka cerita baru.”abah berkata tegas.
Tidak sedikit pun aku memahami apa yang sedang berlaku. Pening kepala aku. Apa sudah terjadi kepada ibu sehingga dia sanggup berkata sebegitu kepada Nik? Dan kenapa abah sangat marah apabila ibu menyebut ada sesuatu yang aku perlu tahu? Sesungguhnya, aku tak punya kekuatan lagi. Otakku berserabut.
Ehsan memandangku dengan muka kasihan. Dia juga nampak betapa teruknya keadaan aku ketika itu.
Kemudian, tiada siapa lagi bersuara. Hanya esakan ibu yang kedengaran. Aku memang sudah tidak punya kekuatan lagi untuk melakukan apa-apa. Sudah aku hancurkan dua hati pada hari ini hanya dengan kata-kata. Hanya kepada Dia aku memohon petunjuk.
Keputusan yang aku ambil telah menjadikan aku seorang anak yang sangat teruk, tidak bertimbang rasa serta pentingkan diri sendiri.
“Ehsan, Fitri, abah terima semua keputusan yang kamu berdua buat. Perkara dah jadi macam ni. Apa nak buat kan? Maafkanlah abah dengan ibu sekiranya kami berdua dah menyusahkan hidup Ehsan dan pilihan hidup Ehsan tu dengan menerima lamaran Haji Amiruddin. Cuma, abah harap, selesaikanlah semua ni baik-baik.”
Dan dia adalah abah aku. Lelaki yang sangat aku hormati di dalam dunia ini. Tidak dapat aku gambarkan perasaan aku apabila mendengar ayat yang keluar daripada mulut abah itu.
“Terima kasih, abah.”aku menghampiri abah, mencium tangannya.
“Abah dengan ibu tak bersalah sikit pun. Kami berdua yang buat keadaan jadi macam ni. Kami yang patut minta maaf.”Ehsan berkata kembali.
“Maafkan Fitri, ibu.”aku memeluk ibu yang sedari tadi hanya membatu.
“Berbahagialah, Fitri. Untuk ibu dengan abah.”suara abah tenang, menyejukkan hati aku.
Ibu pula masih tidak berkata apa-apa, hanya air matanya sahaja yang masih mengalir.
Ampunkan Fitri, ibu.

~anything wrong?let me know :)~
~oh ya pardon my english...i know its bad...im trying my best to improve here...~ :P
Share:

0 comments: