Friday, December 24, 2010

One Day You'll Be Mine 14

One Day You'll Be Mine 14 is up!!! c:

Sabtu dan seawal 8 pagi aku sudah memulakan aktiviti mengemas serta membersihkan rumah. Sarapan sudah aku sediakan untuk Aya yang masih lagi belum bangun. Buku-buku anak itu yang bersepah di hadapan televisyen aku susun lalu memasukkan ke dalam beg sekolahnya. Aku sudah semakin dapat membiasakan diri dengan kewujudan Aya dalam hidup aku. Jelas dia memerlukan aku untuk bersamanya sebagai seorang ibu. Cuma aku berharap pintu Ehsan juga akan terbuka untuknya. Sebenarnya kehadiran Aya sedikit sebanyak mengubah aku. Cara aku berfikir, cara aku melakukan sesuatu. Sebolehnya aku mahu menjadi teladan yang baik kepada anak itu. Aku juga sedar, hidup aku sekarang bukan lagi hanya berkisar tentang aku sahaja, tetapi juga Aya. Kerana itu aku perlu berfikir banyak kali sebelum membuat keputusan. Selepas habis kerja pada hari Jumaat, aku pasti akan menjemput Aya kecualilah jika aku terpaksa kerja lebih masa. Maka, hari Sabtu pagi barulah aku akan ke rumah mama.
Telefon bimbit aku yang berbunyi itu aku capai. Elisa?
“Selamat pagi, Kak Ngah.”suara ceria Elisa menyapa di hujung talian.
“Pagi Kak Ngah dah tak selamat bila Elisa call. So tell me, what can I do for you miss?”aku mengepit telefon di antara telinga dan bahuku. Sebelah tanganku memegang penyapu, manakala sebelah lagi dustpan.
“Bosan! Keluar jom.”
“Apa pula ajak Kak Ngah? Ajaklah boyfriend Elisa. Hari ni Kak Ngah off.”
“Alaa, sampai hati! Elisa mana ada boyfriend. Elisa tunggu Akanishi Jin je.”
Huh, fanatiknya adik ipar aku ni! Sampai begitu sekali gilanya dekat Akanishi Jin tu. Nak kata handsome sangat tu, tak juga. Aku tengok biasa je. Apa nak jadi dengan remaja zaman sekarang? Ish ish ish.
“Elisa tunggu jin? Manusia ramai lagi, apahallah nak tunggu jin.”aku menyakat.
“Kak Ngah, bergurau pula dia. Jomlah, Elisa bosan sangat ni. Please.”
Errmm, macam mana ya? Sebenarnya, aku sangatlah malas nak keluar ke mana-mana. Aku fikir hari ini aku hanya mahu berehat sahaja di rumah tetapi tak mungkin kan aku menolak permintaan Elisa? Nanti dia tarik muncung todak dengan aku pula.
“Yalah, yalah. Tengah hari nanti Kak Ngah ambil Elisa. Sekarang Aya tidur lagi.”
“Yay! Thanks, Kak Ngah. Love you. Jaa ne.”
Pening kepala aku dengan Elisa ni. Ada sahaja karenahnya, mengalahkan Aya pula. Ahli keluarga Ehsan memang punya karakter. Kak Long, sentiasa serius sahaja wajahnya sehingga aku tak tahu bagaimana rupanya jika ketawa. Ehsan memang tak perlu dicakap lagilah. Perangai yang pelik serta menyakitkan jiwa. Adik bongsu mereka pula tidak tahu diam, ceria memanjang dan gila-gila. Dengan adanya mereka ni, aku pasti hidup aku tak akan sunyi.
Baru sahaja aku mahu meletakkan telefon bimbit itu kembali ke atas meja apabila ia sekali lagi berdering. Setahu aku, hari Sabtu sepatutnya aku cuti. Dan bila aku cakap cuti, maksud aku cuti! Sekarang Abang Asyraf pula. Apa dia nak pagi-pagi macam ni?
“Anith Fitriah to Anith Asyraf, how can I help you?”
“Fitri sibuk tak hari ni?”Abang Asyraf lantas bertanya.
Aku mengesan satu lagi manusia yang memerlukan aku untuk menyelamat atau menceriakan hidup mereka. So much for a peaceful Saturday.
“Tak sibuk. Kenapa?”aku bertanya kembali
“Supposedly abang kena temankan Kak Rini beli barang hari ni but something came up. Jadi, abang nak minta Fitri temankan dia boleh tak?”
Haa, kan dah cakap.
 “Pagi, tengah hari, petang. Bila-bila saja tapi hari ni. Please.”suara Abang Asyraf memang benar berharap aku dapat menolongnya.
Kalau aku satu-satunya adik dia tak dapat nak tolong, siapa lagi yang boleh si Asyraf ni nak harapkan? Dulu, aku memang benar-benar inginkan seorang adik tetapi nampaknya tak ada rezeki. Hanya aku dan Abang Asyraf sahaja. Family planning pula ibu dengan abah. Seronok aku tengok kawan-kawan aku yang punya keluarga besar. Meriah sahaja apabila hari raya tiba. Ehsan juga tidak mempunyai adik beradik yang ramai. Ehsan lagi. Haish...
“Okay, nanti petang Fitri pergi rumah abang sebab tengah hari ni dah janji dengan Elisa nak keluar dengan dia.”
“Cantik! Abang bagitahu dia.”
Kerja je Abang Asyraf ni. Bini dah sarat pun sibuk lagi nak bekerja. Aku tahulah dia asyik tengok machine je hari-hari kat tempat kerja, tapi takkan sampai otak pun dah jadi machine kot?
“Thanks, sis. Bye.”
“Mention not.”aku menarik nafas dalam-dalam.
So, who’s next?

“Kita nak pergi mana ni?”aku bertanya kepada Elisa untuk kali yang ketiganya. Panas tengah hari sedikit sebanyak mencabar kesabaran aku yang sudah sememangnya tipis. Selepas kami bertiga makan tengah hari bersama tadi, Elisa mula mengambil tugas sebagai pemandu pelancong tak bertauliah. Belok kiri, terus, belok kanan, macam-macam lagilah. Tapi sikit pun dia tak rasa nak beritahu aku ke mana kami sedang menuju sekarang. Karang aku berhentikan kereta tengah-tengah jalan ni karang, haa kan dah menyusahkan semua orang.
“Dah nak sampai. Nampak simpang kat depan tu, belok kiri.”Elisa tidak mempedulikan soalan aku itu seperti yang dilakukannya sebelum ini. Bertuah sungguh.
“Aya, kita nak ke mana ni?”aku mengalihkan tumpuanku ke rear mirror, memandang Aya yang laju menggeleng.
“Sekarang silalah parking kereta anda. Kita dah sampai.”
Mataku meliar memandang sekeliling, mencari sesuatu yang boleh menjawab soalan aku.
“Cepatlah sikit.”gesa Elisa yang sudah jauh berjalan meninggalkan aku dan Aya. Kerutan di dahiku semakin tebal apabila kami mendaki tangga untuk ke suatu tempat yang pada pemikiran aku adalah sebuah pejabat. Ke manalah si Elisa ni nak bawa aku? Kalau inilah idea dia untuk berjalan-jalan, ingatkan aku untuk tak lagi keluar bersama dia. I don’t like suprises!
Tulisan di atas pintu kaca tersebut menjawab kesemua persoalan aku.
“Aya, Kak Ngah, welcome to Dzul Ehsan’s studio.”Elisa tersenyum bangga. Seronok dia melihat aku yang terlopong macam katak masuk angin. Studio Ehsan? Patutlah dia tak mahu bagitahu aku sebab kalau aku tahu, memang gerenti aku membantah. Apa aku nak buat dekat studio makluk aneh ni? Kami sudah tidak punya sebarang hubungan lagi dan aku tak rasa aku nak tengok tempat lelaki ini berkerja kerana sejujurnya, aku tak peduli! Nanti Ehsan akan perasan aku rindukan dia pula. Aku menjegilkan mataku kepada Elisa yang sudah menekan door buzzer. Tak lama kemudian, seorang anak muda yang aku kira sebaya dengan Elisa muncul, memandang kami dengan hairan sebelum membenarkan kami masuk. Elisa menolak pintu dan kemudian menjerit ‘Angah’ sekuat hatinya. Aduh, malunya aku! Siapa budak yang menjerit tadi tu? Aku tak kenal dia. Tiba-tiba je heret aku ke sini.
Aku masih teragak-agak untuk masuk ketika Aya menarik tanganku ke dalam.
Patutlah dia lebih senang menghabiskan masa kat sini, sehingga hari minggu pun selalu lesap. His studio is much better than his house, hah! Terdapat sebuah sofa, coffee table yang bersusun dengan majalah serta reception table yang hanya terdapat sebuah telefon dan kmputer. Kemas serta teratur.
“Err...Abang Ehsan ada dekat dalam.”anak muda itu memberitahu tetapi matanya hanya tertacap kepada Elisa di hadapannya, membuatkan anak gadis itu sedikit segan.
Segan? Menjerit sampai satu Bangladesh dengar tadi dia tak segan pula.
Automatik aku dapat mengesan electricity yang sedang mengalir di antara dua ‘konduktor’ bernyawa di hadapanku ini. Oh my God, jangan beritahu aku lagu Hindustan dah berkumandang! Kalaulah si Elisa dan budak ni merupakan watak di dalam sebuah filem Hindustan, aku pasti mereka sekarang sudah menari-nari di dalam taman bunga, berguling-guling di atas rumput, menyorok di belakang pokok. Yalah, seperti yang selalu terjadi apabila hero jatuh cinta kepada heroin. Aku rasa aku nak termuntah sekarang. Betul.
“Please stop that, I think I’m gonna puke.”suara yang cukup aku kenali berkata, membuat semua mata tertumpu kepadanya.
Untuk itu kita sependapat, Ehsan. And you look great as usual.
“Angah!”sapa Elisa.
“Buat apa kat sini?”dia menjungkitkan keningnya, berjalan menghampiri kami.
Aya mendapatkan papanya dan tangan lelaki itu disalam seperti kebiasaannya.
“Bawa Kak Ngah dan Aya melawat studio Angah yang gempak ni. Tak tahu pula Angah ada assistant sekarang. Dahlah muka macam Kame.”
“Diorang berdua ni sangat pelik. Jangan jadi macam diorang.”Ehsan membongkokkan tubuhnya hampir sama dengan ketinggian Aya. Aya ketawa.
“Kame? Awak tak maksudkan Kamenashi Kazuya, kan?”tiba-tiba sahaja anak muda yang sedari tadi diam bersuara.
Mata Elisa bersinar apabila mendengar kata-kata itu. Pantas dia mengangguk.
“Tahu Kamenashi Kazuya?! Wah, jarang jumpa lelaki yang tahu dia!”
“Dia ‘K’ dalam KAT-TUN, kan?”
“Yes dan dia sangat comel walaupun tak secomel Akanishi.”
“Ah, Akanishi. Dia memang ramai peminat perempuan tapi saya tak minat KAT-TUN sangat.”
Aku dan Ehsan hanya memerhatikan mereka dengan perasaan takjub.
Apa benda diorang cakap ni? Dah macam bahasa alien. Uh oh...this could be a problem. Sekarang, mendengar perbualan mereka, aku sangat takut. Jauh berbeza dengan zaman aku. Perkenalan yang selalunya bermula atas dasar ingin berkawan bukan kerana minat yang sama. Jikalau pun kerana minat yang sama, aku pasti bukan terhadap mana-mana artis Jepun seperti mereka berdua ni.
“Baik korang berdua buka fanclub or something.”Ehsan berkata dengan begitu selamba membuatkan aku yang sedari tadi cuba untuk berlaku serius tersenyum juga.
“Saya Elisa, adik kepada lelaki sengal kat belakang awak tu.”Elisa menghulurkan tangannya tetapi sebelum sempat disambut oleh seorang lagi peminat artis Jepun itu, tangan Ehsan sudah dahulu sampai.
“Dan saya Dzul Ehsan, abang kepada budak pelik daripada Marikh ni.”genggaman kuat Ehsan membuatkan Elisa membulatkan matanya. Mereka berdua bertukar pandangan, seakan sedang berbual menggunakan kuasa telepati. Adik-beradik yang pelik.
“Penyibuk!”getus Elisa.
“Budak kecik!”balas Ehsan pula melepaskan genggamannya.
Aku menarik Aya kepada aku.
“Sekarang beritahu ibu, siapa yang pelik?”bisik aku kepada anak itu.
“Papa dengan Mak Cu.”jawab Aya.
“I heard that!”serentak Ehsan dan Elisa berkata.
Definitely weird sehingga anak muda itu juga kelihatan hairan melihat Ehsan serta Elisa. Ehsan dah berubah sedikit, kan? Dia masih lagi cold, cuma tahap coldnessnya sudah berkurangan. Kalau tidak, masakan tadi dan sekarang dia bergurau dengan budak berdua ni. Sedikit senang hati aku melihat perubahannya meskipun tidak terlalu ketara di penglihatan orang lain.
“Saya Farez. Not really into J-pop boyband although I do listen to them sometimes. I’m more to anime. Well you know, Bleach, Inuyasha bla bla bla.”
Satu lagi manusia pelik sudah ditemui! Hooray kepada Elisa kerana sudah berjumpa geng yang sesuai dan yippie kepada diri aku sendiri kerana mungkin selepas ni aku dah tak perlu dengar dia membebel tentang Akanishi Jin lagi.
“Dan kakak ni.”pandangan Farez beralih kepada aku pula.
“Anith Fitriah. Elisa’s sister-in law.”
Aku masih boleh dikira kakak ipar dia kan? Walaupun secara teknikalnya aku dah bercerai dengan abangnya. Habis tu, aku patut kenalkan diri sebagai ex-sister-in-law dia?
Farez kelihatan sedikit terkejut, menunjukkan yang Ehsan tidak pernah bercakap tentang aku kepadanya.
“Maksudnya, kakak ni isteri...”dia menunjuk ke arah Ehsan.
“We’re divorced.”aku memotong, memandang sekilas lalu ke arah Ehsan yang memang sengaja membiarkan aku menjelaskan keadaan sebenar kepada Farez.
“Wow, saya tak tahu pun Abang Ehsan dah kahwin dan dah bercerai! Dia tak pernah cakap apa-apa pun pasal Kak Anith Fitriah.”
Adoi! Memang aku tak penting dalam hidup Ehsan. Jelas dan amat ketara sekali. Fakta itu agak menyakitkan sebenarnya. Bayangkanlah, enam bulan kami tinggal bersama di bawah satu bumbung, tetapi dia masih tidak dapat menganggap aku sebagai kawannya. Teruk sangatkah aku sebagai seorang manusia di mata makhluk aneh itu sehingga tidak layak untuk menjadi sahabatnya? Ehsan, aku tak tahu kenapa kau selalu sahaja berjaya buat hati aku ni sakit, and we’re not even together.
“Panggil Fitri pun dah cukup. Oh, kami memang tak bercakap tentang satu sama lain. He’s a dull subject anyway.”aku berkata. Ehsan tidak memberi sebarang reaksi kepada kata-kataku yang satu itu.
“Dan ini mesti Aya. Hello.”Farez menghulurkan tangannya kepada Aya.
“Macam mana awak kenal Aya?”Elisa kelihatan hairan.
“Abang Ehsan ada gambar Aya.”
“Well, that’s new.”nada aku kedengaran sedikit sinis.
“Habis, gambar siapa yang aku patut simpan, gambar kau?”bidas Ehsan.
Sebelum kami berdua mula bertekak kat sini, mungkin aku patut beredar sekarang. Lagipun aku ada janji dengan Kak Rini pula lepas ni.
“Ermm, we should go now. Kak Ngah ada janji dengan orang lain.”
Elisa kelihatan agak berat untuk bergerak keluar.
“Elisa, pergi balik sekarang.”Ehsan mengarah, wajahnya serius.
Aku pasti dia juga dapat merasa dengan jelas ‘magnetic force’ yang wujud ketika itu. Tetapi kenapa Ehsan kelihatan tidak senang?
“Farez, bukan tadi ada kerja ke?”
Tak sangka Ehsan ni protective rupanya.
“Bersabar je la dengan orang tua tu. Nanti kita jumpa lagi. Jaa ne.”Elisa mengenyitkan matanya.
“Bye.”lambai Farez, hanya membuatkan wajah Ehsan bertambah tegang. Satu pandangan berbisa dihadiahkan kepada Elisa namun tidak sedikit pun dipedulikan anak gadis itu.
“Oh my God, Kak Ngah! I think I like that guy.”Elisa berkata kepadaku sambil menarik pintu. Daringnya si Elisa ni. Kami tak sempat keluar daripada situ atau dia sebenarnya terlupa akan kewujudan Ehsan serta Farez?
Ehsan berdehem.
“We’re not deaf, you know.”
Wajah Elisa bertukar warna, sama seperti Farez yang mendengar. Pantas Elisa menarik tanganku keluar daripada situ.
Hahahaha kantoi! Sangat menyeronokkan sampai aku tak boleh berhenti ketawa sehinggalah kami sampai ke rumah mama. At least dia berlaku jujur kepada perasaannya sendiri. Permulaan yang baik. Selepas ini, Elisa mungkin akan punya teman untuk berbual tentang Akanishi Jin. Maka terselamatlah aku.

Hebat benar Kak Rini. Sudah hampir sejam kami berjalan tanpa henti, dan dia masih punya tenaga yang banyak dalam keadaannya yang sarat begitu. Aku sendiri pun dah hampir nak terjelepok jatuh, kepenatan. Seharian hari ni kerja aku berjalan sahaja. Tuan-tuan dan puan-puan, hari ini adalah hari mari bersiar-siar bersama Anith Fitriah.
“Kak Rini shopping sakan.”aku mengusik.
“Ini last minute shopping namanya. Nak keluar awal-awal hari tu, bukan Fitri tak tahu abang Fitri tu. Banyak je alasan dia. Nantilah, esok, lusa, minggu depan, penat, kerja. Tak larat Kak Rini nak listkan.”bebel Kak Rini dengan wajah yang cukup ekspresinya. Aku ketawa.
Bukan aku tak tahu perangai Abang Asyraf. Suka buat kerja last minute tetapi nak resulnya perfect. Yang peliknya, Abang Asyraf boleh melakukannya. Zaman universitinya, lusa nak exam, baru hari ni sibuk nak pergi study kat library. Tetapi, pointer abang aku tu tak pernah kurang daripada 3.0. Gila ah, otak apa dia pakai?! Kami selalu bergurau dulu bahawa hanya engineering student yang tahu kenikmatan belajar dua hari sebelum exam. Tapi tak sangka pula lepas kahwin pun dia masih nak mengaplikasikan teknik yang sama.
“Fitri tak ada benda nak beli ke? Seganlah Kak Rini macam ni. Menyusahkan Fitri je.”
“Eh, taklah! Mana ada menyusahkan. Fitri tak kisah pun.”
Wuarghh mengantuknya!
“Lagi satu tempat je. Lepas tu kita balik.”
Aku melajukan langkahku agar seiring dengan Kak Rini yang bukan main laju. Daripada manalah dia dapat stamina begini? Malu pula aku rasa. Buat kerja sikit dah penat mengalahkan orang yang pregnant pula.
“Fitri, kalau Kak Rini tanya, Fitri jangan marah tau.”Kak Rini bersuara sambil membelek barangan bayi di hadapannya.
“Tanya apa?”dahiku berkerut.
Jeng jeng jeng...Janganlah tanya benda yang bukan-bukan. Jenuh aku nak menjawab nanti.
“Fitri memang tak ada perasaan langsung kat Ehsan?”mendengar itu, aku menarik nafas lega.
Itu je soalannya? Sambil tidur pun aku boleh jawab.
“Laa ingatkan nak tanya apa tadi. Bunyi serius benar.”
Kak Rini mengalihkan pandangannya kepada aku.
“A ah! Lagi pun hari tu Fitri kahwin dengan dia sebab ibu suruh.”jujur aku memberi jawapan.
“Fitri tunggu siapa sebenarnya?”
Orang yang Fitri tunggu tu memang sampai bila-bila pun tak akan muncul, Kak Rini. Tetapi hati ni degil, tetap juga mahu terus menunggu.
“Nik Afezal.”sepatah aku menjawab tetapi cukup untuk membuatkan Kak Rini menarik nafas panjang, kesal mungkin.
“Orang tu kan dah tak ada. Tak baik, Fitri.”
Aku sekadar tersenyum.
Bila agaknya mereka akan berputusa asa daripada cuba menyakinkan aku untuk melupakan Nik? Telinga aku ni dah penat mendengar ayat yang sama berulang-ulang kali.
“Tak apalah, Kak Rini. Salah Fitri, biar Fitri sendiri yang tanggung.”aku bergerak ke rak yang mempamerkan botol susu bermacam-macam bentuk.  Hahaha yang satu itu berbentuk gajah. Comelnya.
“Takdir, bukan salah Fitri atau sesiapa.”
“Hari tu, kalau bukan Fitri yang...”telefon bimbit Kak Rini berbunyi, sekaligus mematikan hasratku untuk berbicara.
Biarlah mereka dengan fikiran mereka. Tak perlu aku jelaskan apa-apa lagi. Aku tahu apa yang aku lakukan. Penat aku asyik-asyik bercakap tentang perkara yang sama. Orang pun patutnya dah meluat dengar.
Aku memeriksa beg tanganku, memastikan segalanya ada kerana entah kenapa aku merasa seperti tertinggal sesuatu. Telefon bimbit, dompet, segala mak nenek jenis kunci. Hrmm, semua ada. Tak ada apa-apa tu. Mungkin mainan perasaan.
“Abang Asyraf call. Okaylah, jom.”Kak Rini menghampiriku.
Kami berjalan menuju ke kaunter.
Dan tiba-tiba, aku teringat sesuatu.
“Ya Allah, Fitri tinggal Aya kat studio Ehsan!!!”


            Ish, teruk benar aku ni! Macam manalah Aya yang sikit punya besar tu pun aku boleh lupa. Nasib baik aku tertinggal dia dekat studio Ehsan, kalau aku tertinggal kat kedai makan, lagi haru. Yang si Aya pula, tak bersuara langsung tengok aku dengan Elisa berjalan meninggalkannya di situ. Kerana kekalutan yang dicipta oleh Elisa dengan pengakuan berani matinya, aku lupa terus dengan keadaan sekeliling. Semuanya sebab aku begitu sibuk menggelakkan Elisa. Tidak boleh dimaafkan betul perangai aku. Memang tak layak bergelar seorang ibu. Si Ehsan pun, dah sedar Aya ada kat situ, takkanlah dia tak boleh call aku atau apa-apa sajalah padahal aku rasa time tu aku masih lagi tak sampai ke kereta. Bolehlah pula kan dua-dua bertukar bisu. Si Elisa memang tak  akan ingatlah sebab dalam kepala otak dia ada si Farez tu je. Bayangkan, daripada studio Ehsan sehingga ke rumah mama, pasal Farez je yang dia asyik cakap.
Semalam apabila Ehsan menghantar Aya ke rumahku, kami tidak banyak berbicara. Marah dengan aku? Yalah, siapa yang tak marah apabila anak sendiri di lupa kan walaupun itu satu kebiasaan bagi Aya. Dilupakan oleh papa dan sekarang ibunya pula. Aaaa, kesian benar dekat dia.
“Aya kenapa tak panggil ibu time tu?”aku bertanya sebaik sahaja anak itu melangkah masuk ke dalam rumah.
“Ingatkan ibu akan pusing balik nanti. Tapi bila ibu tak datang juga, papa kata nanti dia hantar.”
Seharian aku tak berhenti memarahi diri aku sendiri kerana kecuaian aku itu. Dan seharian juga perkataan maaf berada di bibir aku. Maafkan ibu, Aya!
Namun Aya kelihatan tidak kisah kerana sebelum pulang ke rumah, Ehsan telah membawanya ke McDonald dahulu. Sampai sahaja Aya sudah tersengih-sengih menghulurkan beg kertas berisi fries dan burger kepada aku. Mujurlah Ehsan tahu nak mengambil hati Aya, kalau tak, aku pasti Aya akan sedih. Betul, ibu tak sengaja. Aku akan jadikan peristiwa ini sebagai satu pengajaran buatku. Ibu pula, bila aku telefon menceritakan tentang peristiwa ini, hanya ketawa. Lucu bagi mereka tetapi memalukan bagi aku kerana ia seakan menunjukkan kelemahan aku sebagai seorang ibu. Jelas menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab aku. Tak apa, aku perlu berlatih lagi.
Zara sudah mula menelefonku, meminta confirmation kehadiranku ke reunion tersebut sehingga Abang Asyraf menggelarkannya sebagai ‘reunion from hell’. Sengsara benar hidup aku rasakan selagi tidak melepasi hari tersebut. Apa yang best sangat tentang reunion tu selain daripada makanan yang sedap, kawan-kawan yang sama ada sudah buncit, mengandung, bertunang atau pun masih mencari? Mereka pasti akan bertanya tentang suamiku dan aku pula tidak berminat untuk membuka cerita tentang kisah hidupku enam bulan dulu. Enam bulan dahulu hanya sebuah jenaka, tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Jenaka yang gagal.
Dua minggu sebelum tahun baru dan aku masih tidak punya sebarang perancangan, hanya mahu membiarkan masa yang menentukan arah perjalanan aku. Kristine menyarankan aku supaya mula menulis sebuah buku bagi menghabiskan hari-hariku yang kosong. Idea yang bagus sebenarnya. Manalah tahu Anith Fitriah boleh menjadi seorang penulis yang tersohor suatu hari nanti. Di bahagian biodata penulisnya pula akan tertulis sesuatu seperti: Penulis tinggal berseorangan di sebuah rumah sewa yang sama sejak sepuluh tahun yang lalu bersama dengan seorang anak tiri serta adik ipar.
Well sepuluh tahun lagi Aya dah 17 tahun dan Elisa pula dah 31 tahun, mana mungkin diorang nak tinggal dengan aku. Masing-masing dah punya kehidupan sendiri. Apa yang aku cuba katakan sekarang ialah, di mana kita semua sepuluh tahun daripada sekarang? Bahagiakah dengan semua yang telah kita bina dalam masa sepuluh tahun tersebut? Jadi manusia biar berguna adalah kata-kata yang selama ini dipegang oleh abah. Masalahnya sekarang, aku rasa diri aku tidak berguna. Terlalu banyak perkara dalam hidup ini yang aku gagal atau tak mampu lakukan. Aku lemah, pengecut dan mungkin juga bodoh. Sekarang pun aku masih tidak tahu di mana tahapku kerana hidup aku tak banyak yang berubah.
Sekiranya aku memilih untuk bahagia, apakah mungkin sepuluh tahun lagi keadaan akan menjadi berbeza buat aku?
Sejak 15 minit yang lalu, aku hanya menjadi pendengar terpaksa kepada rungutan-rungutan yang keluar daripada mulut Dahlia Elisa. Ahad yang diharapkan tenang hanya tinggal harapan semata-mata. Terkejut juga aku apabila Elisa tiba-tiba sahaja terpacak di hadapan pintu rumahku dengan muka jeruk seawal jam 10 pagi.
“Angah teruk.”bantal di atas sofa itu ditumbuknya berkali-kali, sepenuh hatinya. Menggambarkan betapa geramnya manusia bernama Elisa kepada makhluk aneh merangkap abangnya sendiri. Puncanya?
“Dia tak bagi Elisa dengan Farez berkawan. Memang betul kata Kak Ngah, makkluk aneh tu memang menyakitkan hati.”
Err...bila masa pula aku terlepas cakap ni?
“Hanya Kak Ngah boleh panggil Ehsan dengan panggilan ‘makhluk aneh’. You as her sister are not allowed to do so. Alaa, Ehsan tu abang. Mestilah dia protective. Takkan dia nak biar adik dia kawan senang-senang dengan lelaki yang entah apa-apa.”aku cuba untuk mengembalikan kewarasan Elisa.
Elisa mencebik, tidak bersetuju sedikit pun dengan kata-kata aku tadi.
“Dia tu dengki. Hanya sebab dia tak bahagia, dia nak hidup orang lain pun sama macam dia.”marah benar Elisa ni sehingga sanggup berkata sebegitu kepada abangnya sendiri.
Rupanya pantun ‘Nasi lemak buah bidara, sayang selasih hamba lurutkan, buang emak buang saudara, kerana kasih hamba turutkan’ itu punya kebenaran. Elisa sudah mula mempertahankan seorang lelaki yang dia baru kenali tidak sampai seminggu.
“Elisa bukan kenal sangat pun si Farez tu. Takkan kerana dia minat artis Jepun sama macam Lis, terus Lis nak kutuk Angah sendiri.”
“Kerana perangai Angah lah sampai sekarang Elisa masih lagi solo, tau?! And Farez, I like that guy.”
Kita sedang bercakap tentang seorang anak gadis yang pada fikiran aku kini sudah jatuh cinta pandang pertama. Aku tidak tahu sama ada itu adalah attraction atau benar cinta. Mereka hanya berjumpa sekali, berbual tak sampai sejam dan kini Elisa sudah mengeluarkan kenyataan bahawa dia menyukai anak muda tersebut. Aku tidak tahu apa respon yang perlu aku beri kepada Elisa kerana aku sendiri kurang pengalaman di dalam hal sebegini. Memberi nasihat kepada manusia lain bukanlah kekuatanku.
Tidak pula aku ketahui bahawa sifat Ehsan begitu, menghalang Elisa berkawan dengan mana-mana lelaki. Aku fikir, dia tidak peduli tentang sesiapa pun kecuali dirinya sendiri. Sukar benar untuk aku memahami lelaki itu. Peribadinya sukar untuk aku baca, membuatkan aku kadang-kadang keliru. Ada ketikanya dia bersikap baik tehadap orang di sekilingnya, tetapi ada ketikanya dia langsung pun tidak ambil kisah. Sedikit kecewa apabila memikirkan hakikat yang aku tak akan pernah dapat memahaminya.
“Kenapa Elisa berminat sangat dengan Farez tu? Entah-entah dia dah jadi buah hati orang. Baru jumpa sekali dah berangan.”aku sengaja berkata begitu, cuba untuk mematahkan sedikit harapannya terhadap anak muda bernama yang bernama Farez.
Elisa terdiam, seakan-akan berfikir sesuatu. Kemudian dia menggeleng.
“I don’t think so. Lagi pun, Elisa nak kawan je dengan dia. He knew Kamenashi Kazuya!!”suaranya kedengaran begitu teruja.
“Dia tak kenal Kame-whatever-his-name-is.”
“Kamenashi Kazuya. Kame.”wajah Elisa serius.
Menakutkan! Ingatkan aku untuk tak mempermainkan nama idol kesayangan dia lagi.
“Okay, Kame. Si Farez tu tak kenal Kame. He just happen to know who Kame is. Semua orang yang minat Japanese artist memang gerentilah akan kenal. Habis tu, takkan Elisa nak suka semua manusia dalam dunia ni hanya kerana dia kenal siapa itu Kame and why am I having this conversation with you?”
Bercakap tentang Kamenashi-apa-entah membuatkan aku rasa sedikit bodoh tanpa sebab yang pasti. Seolah-olah aku kembali semula ke zaman remajaku. Siapa yang akan bercakap tentang artis Jepun pada usia 26 tahun? Anith Fitriah, kau memang terencat. Agak sukar sebenarnya jika mempunyai adik ipar yang masih lagi berada di tahap remaja. Menjadi anak bongsu membuatkan aku kadang-kadang kehilangan akal untuk melayan karenah seorang adik seperti Elisa dan anak seperti Aya. Jadi boleh dikatakan hidup aku sedikit kalut jika mereka berdua mewujudkan konflik yang memerlukan aku sebagai seorang kakak dan ibu. Dua tanggungjawab berat yang perlu aku pikul, manakala Ehsan, dengan mudah lepas tangan. Untungnya jadi manusia tak punya perasaan macam dia.
“Are you even listening?”Elisa menarik muncung panjang, marah melihat aku seakan hanyut dalam fikiran sendiri.
Apa yang dia cakap tadi? Aduh, memang aku tak dengar satu apa pun.
“Tengah berfikir. Elisa muda lagi. Tak payah nak kusutkan otak dengan perkara tak penting. Belajar dulu sampai habis, kemudian baru fikir pasal semua benda alah ni. Ehsan tu walaupun nampak bengong sikit, tapi sebenarnya dia bijak. Dia tahu apa yang dia buat.”mudah-mudahan. Ehsan, aku tak tahu kenapa aku kena backing kau tapi aku benar harap kau ada sebab yang kukuh halang Elisa ni daripada berkawan. Alamak, aku sekali lagi mengutuk Ehsan depan Elisa! Nasib baik Aya tak ada.
“Ehsan nampak bengong? Siapa yang bercakap tentang menjadi teladan yang baik hari tu?”Elisa mengjungkitkan keningnya.
“Aya dalam bilik.”
Kami berdua senyap, menumpukan sepenuh perhatian kepada televisyen.
“Too bad, I really wanna go out with him.”terdengar Elisa berkata, tetapi aku memilih untuk tidak melayan kegilaannya itu.
 Zaman dulu-dulu, kalau anak dara bercakap macam ni, dah memang kena cili mulut. Anak dara kena ada sifat malu, tak boleh daring sangat, baru tinggi harga. Kononnyalah. Tetapi mendengar Elisa bercerita seolah-olah berkenalan dan jatuh cinta itu adalah satu perkara yang kecil. Tidak sedikit pun dia menyelindungkan perasaannya. Berbeza benar dulu dan sekarang. Agaknya, bagaimana keadaan sepuluh tahun akan datang? Masih wujudkah perasaan malu, kemanusiaan serta sopan-santun dalam diri setiap manusia?
Eh, kejap! Itu Keanu Reeves ke? Handsomenya dia.
“Haa, Elisa ada idea!”Elisa lantas bangun, memandang tepat ke arah aku.
Aku seperti dapat melihat sebuah mentol menyala di atas kepalanya, menunjukkan yang dia baru mendapat satu idea bag...Oh, itu tanduk ke? Bermakna dia baru sahaja mendapat satu idea yang tak berapa nak bagus. Persoalannya sekarang, senakal manakah ideanya yang mempunyai seratus peratus kepastian melibatkan aku?
“Kak Ngah boleh tolong Elisa.”
Ya Allah, selamatkanlah aku daripada cabaranMu ini! Yang paling penting, selamatkan aku daripada monster incorporated ni.

Salam yang aku beri sebentar tadi dijawab oleh abah yang sedang berehat di ruang tamu. Santai sekali nampaknya. Ibu pula tidak kelihatan di mana-mana tetapi aku boleh mendengar suaranya daripada ruang dapur, berbicara dengan anak kecil buah hatinya, Melati. Tangan abah aku salami lantas duduk bersebelahan dengannya.
“Dari rumah?”abah bertanya.
Aku menggeleng.
“Dari rumah mama. Hantar Aya dengan Elisa.”
“Betul ke hantar diorang? Dah check dalam boot kereta, manalah tahu tertinggal salah sorang kat dalam tu.”gurau abah.
Ala, kenakan aku lagi! Kalau boleh, aku tak mahu ingat langsung pasal peristiwa semalam. Aisey, malu betul dengan abah. Muda-muda lagi dah ada penyakit lupa. Abah pun memori dia lagi bagus daripada aku.
“Abah ni, mana ada tertinggal. Yang semalam tu kesilapan teknikal.”aku menggosok hidungku.
Aku sendiri tidak tahu tujuan sebenar aku ke sini. Tahu-tahu aku sudah memandu menghala ke rumah ibu. Mungkin aku rindukan mereka. Masih tidak terbiasa sebenarnya aku tinggal bersendirian tanpa ibu dan abah. Hidup aku yang sebelum ni kosong, makin terasa kekosongannya.
Ibu memimpin Mel keluar daripada ruang dapur.
“Mel.”panggilku.
“Orang sibuk kat dapur, dia pun sibuk juga.”bebel ibu.
Aku menarik Mel lalu meletakkannya di atas ribaanku. Pipi lembut anak itu aku cubit.
“Mel dah mandi ke belum ni? Busuk ah.”kali ini aku mencium pula pipi anak itu, langsung tidak menyedari kelakuan aku itu menarik perhatian ibu dan juga abah.
Apabila aku mengangkat muka, ibu sedang memandang ke arah aku tanpa berkedip. Aku tidak tahu sama ada itu bermakna aku dalam masalah besar atau sungguh dia merasakan kelakuan aku tadi pelik.
“Kenapa?”aku bertanya.
“Orang bagi kahwin, nak bercerai. Kalau tak, dah boleh ada anak sendiri.”balas ibu.
Err...mendengar itu, aku kematian kata.
Sudah aku agak ibu tidak akan melupakan perkara yang berlaku dengan mudah. Ibu tidak seperti abah. Jika hatinya tidak senang dengan sesuatu perkara yang terjadi, dia akan terus bercakap tentang itu. Dan aku sendiri tidak tahu bila dia akan berhenti.
“Nak ada anak apanya, karang ditinggal kat kedai pula.”abah bersuara, masih lagi mahu mengenakan aku.
Aku ketawa namun wajah ibu serius, membuatkan aku tertanya-tanya apa yang ada difikirannya ketika itu. Aku rasa aku sudah tersilap timing. Kali ni angin ibu tak baiklah pula, aku baru sampai je dah kena sembur.
“Bagus sangatlah keputusan dia nak hidup sorang-sorang sampai ke tua. Setia tak bertempat, tak kena orang pula tu.”
Terkedu aku mendengar kata-kata tajam ibu.
Ibu masih marah rupanya. Tidak sedikit pun menunjuk tanda-tanda berkurangan. Dia berhak untuk marah kepada aku tetapi yang aku tak faham, kenapa perlu dia mengheret Nik di dalam hal ini?
“Ibu, tak baik ibu cakap macam tu. Nik kan dah tak ada...”
“Habis tu, buat apa difikir lagi pasal dia? Buang masa.”potong ibu.
Abah berdehem.
“Mel tengok nenek dah mula merepek.”kata abah, menggosok-gosok kepala Mel yang sememangnya tidak tahu apa-apa itu.
“Fitri tak fahamlah dengan ibu. Tak habis-habis nak marahkan Nik? Apa yang dia dah buat sampai ibu marahkan dia sangat?”aku menuntut penjelasan.
“Keluarga dia dengan dia sama je. Diorang ingat diorang boleh senang dengan buat orang sengsara.”
Aku keliru, tidak memahami kata-kata ibu. Siapa yang buat siapa sengsara? Bukankah semua yang terjadi merupakan salah aku? Jadi kenapa ibu harus meletakkan kesalahan itu ke atas Nik dan keluarganya? Benar, aku tak tahu untuk apa yang sedang ibu katakan.
“Abah, apa yang ibu cakap ni?”aku bersuara lemah.
“Tak payah dengar cakap ibu tu. Dia memang suka cakap yang bukan-bukan kalau sakit hati. Cakap ikut sedap mulut je.”abah menjeling ke arah ibu.
“Saya ni dah tak sampai hati nak tengok Fitri macam ni tau tak?! Kalau dia tahu lagi baik, taklah dia fikirkan sangat pasal budak tu.”suara ibu sebak.
Tanpa sempat aku berkata-kata, ibu sudah bergerak meninggalkan kami di ruang tamu, meninggalkan aku tertanya-tanya sendiri.
Aku bingung. Teka-teki apa yang sedang ibu dan abah mainkan sekarang ini? Ibu kelihatan sangat bersedia untuk memberitahu aku sesuatu tetapi abah, kenapa dia seperti tidak membenarkan ibu untuk membuka cerita?
Kalau ia adalah sesuatu yang berkaitan dengan aku, bukankah aku berhak tahu? Sekali lagi ibu meninggalkan sebuah tanda soal yang besar di dalam diriku dengan kata-katanya. Mungkinkah sesuatu telah berlaku dan aku langsung tidak tahu tentangnya? Sesuatu yang berkaitan dengan Nik.  Kalau diteliti reaksi ibu tadi, memang ternyata ibu sangat tidak suka kepada Nik. Ah, tidak suka bukanlah perkataan yang sesuai. Benci, ya, kelihatan jelas ibu sangat benci kepada lelaki yang pernah bergelar tunangan aku itu.
Niat aku ke sini kerana rindukan mereka, tak sangka pula ibu akan menyambut kedatangan aku dengan sebuah teka-teki yang cukup besar.
“Abah, apa sebenarnya maksud ibu tu?”aku bertanya kepada abah.
“Kan abah cakap tadi jangan peduli sangat dengan kata-kata ibu tu. Orang kemaruk nak bermenantu memang macam tu.”gurau abah.
Aku ketawa walaupun jawapan abah langsung tidak menyenangkan hati aku. Sahlah, ada sesuatu yang mereka sorokkan daripada aku.
“Betul ke Ehsan tu dah pilihan hati sendiri? Fitri pernah jumpa?”abah dengan jayanya memesongkan topik sehingga aku sendiri tidak punya pilihan lain kecuali menurut sahaja.
“Mungkin. Ehsan tak pernah cerita dekat Fitri pasal kehidupan peribadi dia. Sebenarnya, kami jarang bercakap kat rumah.”
Berbual tu memang taklah, sebab kami lebih suka bertekak.
“Boleh dikatakan kami menghadapi masalah komunikasi.”aku menambah lagi membuatkan abah ketawa.
“Ehsan tu unik sikit, kan? Tapi tak tahu kenapa, bila abah tengok dia, abah rasa senang. Abah boleh nampak kesungguhan dan kecekalan dia.”
Abah pujilah si Ehsan tu macam mana pun, pandangan aku kepadanya tetap tak akan berubah. Enam bulan aku duduk serumah dengannya, aku tahu persis Ehsan itu bagaimana. Tak punya hati, sombong, pentingkan diri sendiri, gila, dan lain-lain lagi. Haha...
“Abah nampak semua tu dengan hanya tengok dia?”
Abah mengangguk.
“Itu dan juga lepas dengar cerita daripada bekas bapa mertua Fitri. Marah sungguh dia dengan Ehsan. Tak tahulah tapi katanya Ehsan memang tak sependapat dengan ayahnya sejak pulang daripada US dulu lagi. Haji Amiruddin tu tak suka Ehsan kahwin tanpa persetujuaan diorang.”
“Oh.”hanya itu respon aku walaupun sebenarnya aku sangat berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Ehsan.
“Muda, darah panas. Biasalah kalau buat keputusan ikut kepala sendiri. Bukan nak dengar cakap mak bapak lagi, ya tak Fitri?”
Aku mengjungkitkan kening, tahu abah sengaja mahu menyamakan aku dengan Ehsan.
“Sebelum abah mula nak kenakan Fitri lagi, Fitri nak balik. Esok kerja.”aku bangun, begitu juga abah.
“Betullah apa abah cakap. Tapi sungguh, sayang sebab abah pasti Ehsan boleh jadi seorang suami yang baik.”
Tersedak aku mendengar.
Suami yang baik, biar benar abah ni. Dia dah lupa ke yang Ehsan tu dah pernah jadi suami aku? Dan aku tak rasa begitu.
“Ya, mungkin boleh tetapi kepada perempuan lainlah. Not me.”aku membalas, tersengih.
“Anith Fitriah, belajar untuk menilai orang daripada berbagai sudut sebab kadang-kadang kita tengok tetapi kita tak nampak sebenarnya. Manusia lebih cenderung untuk melihat apa yang mereka nak sahaja. Perhatikan Ehsan, dan siapa tahu suatu hari nanti Fitri akan nampak seorang lelaki yang abah nampak sekarang. Apa tu orang kata? Errmm...there’s more to him than meets the eye?”
“Ahaa, right!”
Tak mungkin itu akan berlaku, abah. Lagi pun buat apa aku nak buang masa perhatikan makhluk aneh tu?
“Kami berdua dah punya hidup sendiri sekarang ni. Karang kalau Fitri perhatikan dia, jatuh cinta pula. Lagi haru.”aku bergurau.
“Degil.”komen abah.
“Fitri nak pergi cari ibu dan kemudian nak balik.”
Aku fikir kata-kata abah tadi aku boleh abaikan begitu sahaja tetapi nampaknya tak kerana tanpa henti ia bermain-main di dalam kepalaku.
Sometimes you look, but you don’t actually see. There’s more to him than meets the eye. Ehsan seumpama sebuah lukisan abstrak yang sering kali gagal untuk aku tafsirkan makna atau cerita di sebaliknya sehingga aku memilih untuk melihatnya tak lebih daripada sebuah lukisan yang dihias dengan warna-warna pelbagai oleh manusia yang kebosanan. Apa yang sepatutnya aku nampak di dalam diri Dzul Ehsan? Jikalau aku berjaya melihatnya daripada sudut pandangan abah, apakah kebarangkalian perasaanku untuknya berubah? Bagaimana kalau dia terus kekal sebagai lelaki yang ada di pandangan aku ketika ini?
Jangan bazirkan masa kau untuk lelaki itu, Anith Fitriah.
Akhirnya aku mengambil keputusan untuk membiarkan sahaja semua soalan itu tergantung tanpa sebarang penyelesaian kerana aku tak punya masa untuk menganalisa manusia tak penting sepertinya.

~only now i have time for ODYBM and that if 10mins considered long enough...sob sob sob~
~i will update chapter 15 as soon as i settle every single thing that has been messing with my brain (due date of the last assignment is 13 jan)~
~omo omo im a bad writer.. i hate this chapter @_@~
~do ODYBM still have a reader? hope so T_T~

Saturday, December 18, 2010

One Day You'll Be Mine 13



13
Rutin harian yang sama kadang-kadang menyebabkan kita kehilangan jejak waktu. Tanpa disedari sejam, sehari, setahun atau sepuluh tahun sudah meninggalkan kita. Begitulah yang aku rasakan sekarang. Perasaan itu aneh, seakan-akan seseorang telah mem’fast-forward’ kan hidup aku.
Seminit lagi berlalu dan kami berdua masih berada di dalam posisi yang sama sejak lima minit yang lalu. Tidak tahu apa yang harus dikatakan, masing-masing hanya mendiamkan diri. Ehsan kelihatan santai dengan kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket jeans, wajahnya gagal memberitahu aku apa yang bermain di fikirannya ketika itu. Aku menggigit bibir, tunduk memandang lantai. Sedar aku perlu berkata sesuatu, cuma masalahnya, aku tidak tahu apa yang perlu aku katakan. Memang keadaan sekarang jauh berbeza daripada yang aku bayangkan sebelum ni. Terasa benar kejanggalan di antara kami saat itu. Walaupun sejujurnya, aku gembira kerana hari ini akhirnya tiba. Aku yakin, Ehsan juga mempunyai perasaan yang sama. Hanya kami mengalami masalah untuk menukarkan rasa gembira itu kepada lisan.
“Semua barang dah ambil?”akhirnya Ehsan bersuara.
Aku menghalakan pandangan ke dalam rumah, menganalisa setiap ceruk yang berada di dalam sudut pengelihatanku dengan teliti. Bilik aku sudah kosong tadi, almari aku juga.
“Rasanya dah.”aku menjawab.
Hari ini adalah hari terakhir aku di rumah ini. Rumah yang telah mengenalkan aku kepada seorang lelaki yang bernama Dzul Ehsan bin Haji Amiruddin. Borang Permohonan Cerai sudah dihantar, dan kes cerai kami juga sudah didaftarkan. Sekarang kami hanya menunggu masa untuk hadir ke mahkamah. Selepas itu, sahlah perceraian di antara kami. Jadi, aku sudah tidak punya hak untuk berada di sini lagi. Semuanya berjalan seperti yang dirancangkan. Hidup kami akan kembali kepada permulaannya.
“Tahniah kepada kita berdua kerana berjaya sampai ke tahap ni tanpa berlaku sebarang pembunuhan.”gurau Ehsan.
“Betul. Kau mesti gembira, kan?”
“Biasa saja. Aku tak ada apa-apa perasaan pun sekarang. Tapi mungkin aku senang sebab aku akan dapat hidup aku dan rumah aku balik.”
Aku ketawa.
Ehsan memang tak ada perasaan, tetapi kalau ada manusia yang teramat gembira ketika ini, manusia itu adalah aku. Siapa sangka berada di dalam sebuah perkahwinan dengan seseorang yang langsung tidak kita cintai boleh menjadi begitu memenatkan?
“So much for love after marriage, huh?”giliran aku pula bergurau.
“You watch too much dramas, Fitri.”balas Ehsan, selamba.
Tak mungkin perkara itu berlaku jika terangan hati kami berdua tidak berada bersama kami. Aku tidak tahu di mana hati Ehsan berada tapi aku tahu persis di mana hati aku. Kalaulah benar hidup ini semudah drama, mungkin kami berdua sudah jatuh cinta selepas lima bulan tinggal serumah. Namun, ini adalah dunia realiti. Dunia di mana tidak semua benda bergerak sebagaimana yang kita rancang atau impikan. Selama lima bulan, hidup aku hanya berkisar kepada lelaki ini tetapi sayangnya, dalam lima bulan itu, aku masih gagal untuk mengenali Ehsan yang sebenarnya. Dia kekal misteri bagi aku.
Ehsan menarik dan menolak grill rumahnya tanpa sebab. Tidak tahu apa yang harus dilakukan atau bosan? Musykil juga aku apabila kami tidak mempunyai banyak untuk dibicarakan, sedangkan aku rasa kami patut menjerit kegembiraan dengan kebebasannya yang akhirnya milik menjadi milik kami berdua.
“We’re not like those couples, you know. Dipaksa kahwin, jatuh cinta, dan kemudian hidup bahagia sehingga ke anak cucu. Bagi aku semua tu dongeng. Perkahwinan itu sendirinya tak patut terjadi kerana paksaan. Kita buat pilihan kita sendiri, Fitri.”
Ah, benar sekali lagi! Kau sangat bernas hari ini, Ehsan. Perkahwinan itu sendiri satu ibadat. Jadi, tak seharusnya ia terjadi kerana paksaan.
Telefon bimbitku berbunyi dan tertera nama Elisa di skrin. Lupa pula aku bahawa Elisa dan Aya sudah berada di bawah, menunggu aku di kereta. Mereka berdua ke sini untuk membantu aku mengemas barang-barang aku yang masih bersisa. Barangku yang lainnya sudah aku pindahkan kelmarin.
“Ya, kejap. Nanti Kak Ngah turun.”aku berkata, lalu mematikan talian.
Elisa...Apabila aku khabarkan tentang perceraian aku dan Angahnya, gadis itu kelihatan terkejut sekali. Katanya, dia sedikit pun tidak menyangka sesuatu seperti itu boleh terjadi. Mujurlah dia menerima berita itu dengan mudah meskipun mulutnya tak habis-habis menyumpah Ehsan yang pada pandangannya bersalah di dalam hal ini. Mungkin dia fikir kami berpisah kerana perangai Ehsan yang teruk itu. Biarlah, kerana mustahil bagi aku untuk memberitahu sebab sebenarnya adalah kakak iparnya ini mencintai seseorang yang sudah lagi tiada. Hubungan di antara kami baik, dan aku nak terus kekalkan sebegitu. Ayah Ehsan pula...ermm...kesal dengan keputusan kami tetapi lebih kesal dengan sikap Ehsan. Namun, Ehsan tidak membenarkan aku masuk campur kerana katanya, masalah adalah di antara dia dan ayahnya. Aku kagum dengan Ehsan. Bagaimana dia menanggung semua kemarahan orang disekelilingnya atau masalah yang datang serentak dengan begitu tenang?
“Okaylah, Ehsan. Aku bergerak dulu. Nanti bising Elisa. Kau patutnya melompat-lompat kegembiraan sekarang ni sebab aku dah tak ada dalam hidup kau.”
Ehsan menggeleng, tersenyum.
“I wouldn’t count on it too much. Selagi kau wujud dalam hidup Elisa dan Aya, kau akan selalu ada dalam hidup aku, menyusahkan aku yang pastinya.”
Lihat, perkara masih sama. Gurauanya masih boleh buat hati aku menjerit ‘Ouch!’. Lelaki ini memang memerlukan kelas untuk mengajarnya cara bergurau yang betul.
“Malang bagi kau. So, sekarang ni kita benar kawan atau aku hanya satu lagi manusia yang kau akan lupakan sebaik sahaja aku melangkah daripada sini?”aku menduga, mahu melihat respon lelaki itu.
“Kita tengok macam mana nanti.”balas Ehsan.
Jawapan yang selamat aku kira. Tetapi hanya itu sahaja responnya? Tidak ada ‘Kita akan tetap kawan’ atau ‘Perceraian tu tak bermakna kita bukan lagi kawan’. Come on, Ehsan. Takkanlah kau tak reti nak berbahasa walaupun sedikit? Erm, aku rasa A Walk to Remember tu tak berjaya memperangaruhi Ehsan atau menjadikannya normal. Lelaki yang sedang berdiri di hadapan aku, dengan keyakinan yang tak pernah kurang, ketenangan yang jarang terusik, benar-benar dingin. Siapakah kau wahai wanita yang berjaya menukarkan seorang lelaki sehingga sebegini?
“Kalau macam tu, jumpa kau nanti.”aku berkata.
Ehsan mengangguk.
“See you and enjoy your freedom.”
Aku melangkah, meninggalkan rumah dan lelaki itu. Hati aku tak henti-henti mengucapkan syukur kerana akhirnya, aku dah dapat semula hidup aku. Kepada semua perasaan yang terluka kerana keputusan aku, aku minta maaf. Hanya ketahuilah bahawa kita tak boleh menentukan hidup seseorang, kemudian berharap ia berjalan mengikut kehendak kita. Ibu, abah, mama...doakan kebahagian Ehsan dan Fitri. Mungkin keputusan kami salah, tetapi sekurang-kurangnya kami gembira.
Hidup aku juga sudah bertambah warnanya dengan kehadiran Elisa serta Aya. Selepas apa yang Aya katakan kepada aku tempoh hari, aku berusaha keras untuk menjadikannya sebahagian daripada aku. Semakin banyak masa aku luangkan untuknya. Bukan kerana mama, tetapi atas kehendakku sendiri. Masih wujud kejanggalan di dalam sesetengah perkara. Yalah, aku sedar tak mungkin aku dapat menukarkan keadaan dengan sekelip mata. Dan Ehsan, di dalam kategori apa aku perlu masukkan dia? Kami jauh untuk digelar sahabat tetapi dekat untuk digelar orang asing. Tidak pernah aku nyatakannya kepadanya, tetapi benar aku berharap suatu hari nanti, pintu hatinya akan terbuka untuk menerima Aya dan perempuan lain di dalam hidupnya. Kerana aku mahu dia mempunyai sesuatu yang aku pasti aku tak akan dapat kembali. Kisah kami hampir sama, yang berbeza hanya jalan ceritanya.
Aku menyusun satu persatu pakaianku ke dalam almari. Elisa pula sudah terbongkang di atas lantai yang belum beralas. Kepenatan setelah seharian membantu aku mengemas rumah. Sukar juga sebenarnya nak tukarkan ‘tempat habuk berkumpul’ kepada sebuah rumah yang sesuai untuk didiami manusia. Hanya Aya yang masih setia membantu aku, mengelap meja solekku untuk yang ke-entah berapa kalinya. Seronok katanya. Haha, budak-budak.
“Bilik Aya dah kemas ke belum?”aku sengaja bertanya, membuatkan mata anak itu bercahaya.
“Aya ada bilik kat sini?”dia lantas mendapatkanku.
Aku tersenyum, mengangguk.
Lama sudah aku membuat keputusan untuk membawa Aya tinggal bersama aku. Lagipun, rumah ni agak besar untuk aku seorang diri.
“Every weekend, Aya boleh tinggal sini. Sebab hari lain, ibu kerja. Nanti tak ada orang nak jaga Aya. Tapi Aya nak ke tinggal dengan ibu?”
“Nak, nak! Terima kasih ibu. Bilik Aya yang mana?”riang benar suaranya.
“Aya pilih saja yang mana Aya nak. Bilik lagi satu, kalau kawan ibu, Auntie Kristine datang, bolehlah dia tinggal dengan kita. The more the merrier.”
Tangan kecil itu memelukku. Sesuatu yang sering dilakukannya jikalau gembira. Senang hati ini apabila memikirkan aku boleh membahagiakan seseorang di dunia ini.
Namun, tiba-tiba sahaja wajah Aya muram. Membuat aku tertanya-tannya sendiri.
“What’s wrong? Ibu ingat Aya gembira.”
“Memang Aya gembira tapi ibu tak gembira, kan? Sebab sekarang ibu dah tak tinggal dengan papa.”
“Mestilah ibu gembira sebab dah tak perlu duduk dengan...”aku terhenti.
Hish, Fitri! Takkan itu yang kau nak cakap dekat Aya. Tolong berlaku matang di sini! Kau dah jadi mak orang sekarang.
“Ibu gembira, papa pun gembira. Jadi tak ada sebab untuk Aya tak gembira.”
“Aya tak suka papa. He’s such an idiot.”
Berkerut dahiku mendengar ayat itu keluar daripada mulut Aya. He’s such an idiot? Err bukankah itu agak...ekstrem bagi kanak-kanak seusianya? Aku tak rasa ‘idiot’ patut wujud dalam vocabulary kanak-kanak berusia tujuh tahun. Sangat tidak sopan apatah lagi jika digunakan kepada ayah sendiri. Cerita zaman sekarang memang sangat menduka citakan. Lebih banyak mengarut daripada pengajaran. Wah, aku dah berleter macam ibu-ibu prihatin! Satu kemajuan.
“Aya, daripada mana Aya belajar cakap macam tu? Tak baik tau. Ibu tak mahu dengar Aya cakap macam tu lagi dekat papa atau sesiapa sajalah.”wajahku serius, mahu anak itu tahu bahawa kata-katanya tadi tidak elok.
“Mak Cu cakap macam tu. Dia kata, papa’s such an idiot, that’s why you left him.”
Elisa!!! Aku mengetap bibir. Sekarang, aku dan ‘kipas susah mati’ Akanishi Jin tu memang perlu bercakap tentang cara untuk menjadi teladan yang baik. Dia ajar anak sedara dia yang bukan-bukan pula. Hish!
“Nope, nope! Mak Cu dengan Aya salah. Bukan itu sebab ibu tinggalkan papa Aya. The real reason biar ibu sahaja yang tahu, okay? Aya jangan peningkan kepala. Ingat, ibu tak mahu Aya cakap macam tu lagi. Kalau ada sesiapa yang cakap macam tu, Aya tutup mulut dia. Lebih-lebih lagi kalau orang tu Mak Cu. Janji?”
Role model, role model, role model.
Aku menyimpan perkataan itu ke dalam otak agar aku sendiri nanti tidak terlepas cakap di hadapan anak ini.
Laju Aya mengangguk.
Settle pasal tu. Tak adil kan buat Ehsan? Semua orang menyalahkannya dalam hal ini dan dia sendiri terang-terangan meletakkan semua kesalahan ke atas dirinya sendiri. Sesuatu yang dia lakukan ketika berbincang dengan keluarga aku dahulu. Sukar untuk aku menebak jalan fikirannya. Kami berdua yang membuat keputusan, tetapi salah hanya di pihaknya. Menurut Ehsan, satu lagi persepsi buruk terhadapnya tidak akan mengubah apa-apa kerana sebelum ini dia memang sudah dilabel sebagai ‘black sheep of the family’ kerana berkahwin tanpa persetujuan keluarga. Kasihan, kan?  Tetapi itu telah menjadikan dia tabah daripada manusia lain yang aku kenal. Seperti kata Friedrich Nietzsche, what doesn’t kill us makes us stronger.
Arah tuju hidupku selepas ini perlu aku fikirkan. Bukan senang nak habiskan seluruh hidup aku seorang diri. Ia memerlukan banyak perancangan. Bodoh, bodoh, bodoh! Untuk apa aku lakukan semua ini demi lelaki yang sudah tiada? Hanya menyeksakan diri sahaja. Terima kasih, aku tahu semua tu. Tetapi ia sebenarnya lebih rumit daripada apa dapat dibayangkan. Hrmm, yang aku tahu, hidup aku pasti bosan kerana sudah tidak dapat bertekak melatih vocal cord ku dengan Ehsan.
Aku bergerak ke hadapan. Menyedari kehadiranku, Elisa membuka mata lantas bangun.
“Penatnya, Kak Ngah. Rasa macam tak nak pergi kelas je esok.”dia meletupkan jari-jermarinya satu persatu.
“Alasan. Cakap jelah malas.”
“Itu juga tapi seriously, penat. Aya mana?”matanya meliar mencari kelibat Aya.
“Tengok bilik dia.”aku menjawab.
“Baguslah dia tinggal dekat sini. At least ada juga orang yang peduli dekat dia. Unlike some people I know.”
“Ahaa, tentang tu. Elisa, you should really watch your language in front of Aya. Dia ikut semua yang kita cakap, okay? Elisa tahu apa yang dia cakap kat Kak Ngah tadi? She said her father is such an idiot. Sounds familiar?”aku menjegilkan mataku.
Elisa tersengih, menggaru-garu dahinya yang tidak gatal.
“Oppss?”
“Opps indeed. Look, semua orang patut berhenti salahkan Ehsan dalam hal ni. Kalau dia bersalah, Kak Ngah juga bersalah. Sekarang, jom kita keluar makan.”
“Aye aye, captain.”Elisa memberi aku tabik dan kemudian terus menuju ke bilik mendapatkan Aya.
I feel better already.

Berita tentang perceraianku cepat sahaja tersebar di tempat kerja sedangkan tak sampai sebulan sebenarnya sejak kami hadir ke mahkamah tempoh hari. Aku tidak tahu daripada ia bermula kerana sememangnya aku tak pernah menceritakan tentang perkara tersebut kepada mana-mana manusia di sini. Tidak pernah kepada Azira, Kak Lyn atau pun Sharon. Ermm, jadi siapa yang mulakan ‘api’ ni? Mereka tak habis-habis bersimpati dan menyuruh aku banyak bersabar. Aku pula hanya dapat mengangguk, menerima simpati ikhlas mereka itu dengan muka tidak bersalah. Apa lagi yang mampu aku lakukan? Jika pada pandangan mereka perceraian ini satu tamparan yang hebat buat aku, biarkanlah. Aku tidak rugi apa-apa cuma aku tahu mereka sendiri tertanya-tanya sebab sebenar perceraian itu berlaku. Yalah, baru enam bulan kami berkahwin, tup tup bercerai. Memang gila, kan? Tapi dunia sekarang tak ada yang mustahil. Enam bulan itu boleh dikira lama sebab aku pernah terbaca di dalam akhbar. Baru kahwin seminggu, dah bercerai. Okay, okay Anith Fitriah. Stop justifying your act!
Benar, sekarang aku sudah bebas. Dengan talak satu, maka sahlah daripada segi undang-undang perceraian kami. Mujurlah prosesnya tidak terlalu rumit memandangkan perceraian ini berlaku berdasarkan persetujuan kami berdua. Perasaan? Selain daripada lega...aku tak rasa ada perasaan lain. Mama, ibu, serta abah pula yang seakan bersedih bagi pihak kami berdua. Mungkin sayang bagi mereka kerana melepaskan sebuah perkahwinan dengan mudah tetapi apa gunanya mempertahankan sesuatu yang tiada nilainya bagi kami? Sudahlah, yang penting semua sudah selesai. Lagi tiga minggu sahaja sebelum tahun baru, dan aku berazam untuk memulakannya dengan semangat baru.
Tahun baru bermakna aku perlu melalui hari itu sekali lagi. Hari di mana aku kehilangan Nik. Aduh, selama tiga tahun berturut-turut aku merasai kesakitan yang sama apabila hari itu tiba! Yang paling menyedihkan aku, tiga tahun tetapi aku masih belum menjejakkan kaki ke kubur Nik. Sama ada kerana kekuatan itu tak pernah wujud atau kerana aku sendiri tidak tahu di mana kuburnya. Semasa Nik dikebumikan, aku masih lagi belum sedarkan diri di hospital. Selepas itu, pertama kali aku bertanya tentangnya, kedua ibu bapaku enggan memberitahuku apa-apa.  Kali kedua aku bertanya, ibu merayu kepada aku untuk tidak bertanya lagi tentang Nik. Kemudian, aku sendiri rasa aku tidak cukup kuat untuk menziarahi pusaranya. Tidak tahu bagaimana aku akan bereaksi apabila menjejakkan kaki ke sana. Mungkin kerana itu kesakitan itu tak pernah berkurangan.
Peristiwa itu berlaku kerana kecuaian aku. Pada hari itu...
“Haa, berangan lagi!”sergah Azira yang muncul dengan sepinggan nasi di tangan sekali gus mematikan lamunanku.
“Mana ada berangan. Kak Fitri ni dah tak ada angan-angan tau.”balasku, menyudukan teh ais ke dalam mulut.
“Tak makan?”Lia bertanya, mengambil tempat di sebelahku.
“Pagi tadi dah breakfast. Sekarang kenyang lagi.”
“Hebat! Sebab tu orang slim ya, Kak Lia? Makan sehari sekali je.”gurau Azira.
“Mana ada slim. Tengok betul-betul. Macam dugong dah.”aku berkata, membuatkan mereka berdua ketawa.
Lia memandangku.
“Zira cerita, setiap hari Fitri dapat bunga daripada pengirim misteri. Betul ke?”
Aku menarik nafas.
Ya, misteri yang hanya boleh diselesaikan oleh Detective Conan. Aku benar perlu mengelakkan diri daripada terus dipengaruhi Elisa. Macam-macam cerita Jepun dia dah ajak aku tengok. Daripada anime sehingga ke konsert artis-artisnya. Parah, parah. Seperti kata Ehsan, sepatutnya aku yang mempengaruhi Elisa, bukan sebaliknya. Maklumlah zaman aku dulu, tak ada pula Akanishi semua tu. Yang ada hanya Westlife, Backstreet Boys, Nsync. Itu pun aku tak layan.
“Misterilah sangat. Entahnya, Lia. Fitri pun tak tahu apa tujuan sebenarnya bunga tu. Yang Fitri tahu, setiap kali Fitri balik kerja, mesti benda tu ada kat atas hood kereta Fitri. Menakutkan dan geram.”
“Kadang-kadang Zira pun kesian dekat mak cik cleaner tu. Setiap hari kena kutip bunga yang Kak Fitri ni tinggal kat carpark. Dah bergunung apa.”
Aku menyiku Azira.
“Yalah, yalah. Nanti Kak Fitri buang dalam tong sampah sendiri.”
Kepada siapa harus aku katakan supaya menghentikan kerja tak berfaedah itu? Pak guard yang ada pun tak boleh harap. Aku suruh dia tolong tengok-tengokkan kereta aku, tetapi memang taklah kan. Jaga gate tu pun asyik tidur je.
“Fitri, maaflah kalau tanya. Tapi hubungan Fitri dengan bekas suami sekarang ni macam mana ya?”Lia bertanya.
Okay, sifat ingin tahu itu memang bagus. Digalakkan untuk kanak-kanak tetapi perlu dikurangkan bagi orang dewasa kerana ia mungkin boleh membawa kepada perkataan lain iaitu ‘busybody’ bukan lagi ‘curiosity’. Penting sangatkah informasi itu kepada mereka? Kalau aku cakap hubungan aku dengan Ehsan tidak baik, apa yang boleh mereka lakukan? Jadi pasukan pendamai?
“Err...we’re on good terms.”aku membalas.
“Dia ada anak, kan?”Lia bertanya lagi.
Aaa, tolonglah!
“Ya, sorang. Tujuh tahun. Sekarang pukul berapa Zira?”aku cuba mengalih topik perbualan.
“Awal lagilah. Relaxlah Kak Fitri. Borak-borak dulu.”
Sangat membantu, Azira. Korang tak faham ke yang aku tak mahu ceritakan hal peribadi aku kepada sesiapa pun?!
“Ada orang cerita dekat Lia, Ehsan tu jenis yang tak pedulikan orang lain. Sampai anaknya pun dia tak ambil kisah. Agaknya sebab tu dia dengan anaknya tak duduk sekali ya, Fitri?”
That’s it! No more digging into my personal life. Ikutkan hati mahu sahaja aku menjerit di ketika itu. Biar mereka semua tahu yang aku tak suka hal peribadi aku di ganggu. Kalau aku artis, mungkin aku boleh menjadikan ‘No comment’ sebagai jawapan tetapi masalahnya, aku bukan artis. Jadi aku perlu mencari jalan keluar yang lain seperti...
“Fitri nak ke surau dulu. Jumpa nanti. Bye.”dengan itu, aku mencapai telefon bimbitku dan bergerak pantas ke surau.
Oh, geramnya aku! Aku fikir, kalau aku tak ambil kisah tentang sesiapa, mereka juga akan melakukan perkara yang sama. Tetapi ternyata sangkaan aku meleset. Jika itu semua tandanya mereka prihatin terhadap aku, terima kasih tetapi aku tak rasa aku perlukan keprihatinan yang sebegitu. Yang lagi penting, daripada siapa diorang dengar tentang Ehsan serta perangainya? Tepat mengena sasaran pula tu.
Aku pasti, mereka dapat menjadi wartawan hiburan yang baik selain daripada penjual kuih raya. Namun apa sahaja cerita yang tersebar tentang aku ketika itu sedikit pun tidak memberi kesan kepada aku atau pun kerja aku. Aku pasti terdapat pelbagai versi cerita cuma mereka tidak berani untuk membuka mulut bertanya. Biarlah, aku senang begitu kerana tidak ada apa yang perlu diceritakan. Tumpuan aku pada hari itu adalah menyiapkan segala kerja, tidak mahu membuang masa walau seminit. Pada pandangan orang lain, mungkin aku hanya berpura-pura menyibukkan diri dengan kerja untuk menghilangkan rasa sedih atas perceraianku. Aku tahu itu kerana ada yang berpesan supaya aku tak terlalu taksub dengan kerja hanya untuk menghilangkan kesedihan. Haha, kelakar.
Jam sudah hampir pukul 11 malam ketika aku berkemas untuk pulang. Masih seperti dahulu, yang berbeza hanyalah kepulangan aku tak akan disambut oleh perangai Ehsan yang pelbagai. Aku tak tahu sama ada aku perlu bersyukur atau sedih untuk itu. Sampai sahaja di rumah, aku terus mandi dan kemudian memanjat katil bersama laptop peneman kesunyianku.
Bosankan hidup aku? Pergi kerja, balik, mandi, tidur. Keesokannya rutin yang sama. Sudahlah aku sorang-sorang kat rumah. Hanya hari minggu sahaja aku berpeluang melakukan sesuatu yang berbeza bersama Elisa dan Aya. Kristine pula langsung tidak menghubungi aku. Entah ke mana dia merantu pula kali ini. Mudah jadi manusia yang tidak terikat dengan sebarang komitmen. Kalau aku berada di rumah ibu, sekurang-kurangnya keesokan pagi aku boleh berbual dengan abah serta ibu. Sekarang, aku nak berbual dengan siapa, refleksi ku di cermin? Kalau aku masih di rumah Ehsan pula, mungkin sekarang kami sedang bertekak. Aku rindukan Ehsan? Taklah, kebosanan membuatkan aku teringatkan dia.
Aku seperti biasa akan memeriksa inbox ku jika terdapat email daripada Kristine. Satu persatu persatu barisan email itu aku teliti sehinggalah mataku terhenti kepada satu email bersubjek “Let’s Get Together Guys”. Uh oh...Jariku tiba-tiba sahaja lemah sehinggakan aku terpaksa menekan touchpad berkali-kali untuk membuka email tersebut. Pengirim emailnya tidak lain tidak bukan, sudah semestinya Zara. Siapa lagi yang begitu bersemangat mencipta sebuah blog khusus untuk kelas kami? Dan siapa lagi yang sangat suka mengendalikan reunion kelas? Kalaulah aku tidak memberi email atau nombor telefon ku kepadanya sewaktu kami berjumpa secara tidak tersengaja dahulu, mungkin aku akan terselamat. Aku bukan manusia yang anti-sosial, tetapi berjumpa kawan-kawan sekolah menengah aku bukanlah sesuatu yang aku tunggu-tunggu setiap tahun. Lagi pun, aku sendiri jarang berhubung dengan mereka kecuali Zakiy dan Helmi. Itu kerana kebetulan kami memilih untuk melanjutkan pelajaran ke universiti yang sama.
Selama lima tahun berturut-turut aku gagal mencari alasan yang bernas untuk mengelakkan diri daripada perlu menghadiri aktiviti muhibah itu. Namun kemudiannya aku sudah punya Nik. Dia menemani aku selama tiga tahun ke reunion tersebut, menjadikan ianya sesuatu yang dapat ditanggung. Selepas ketiadaan Nik, perasaan untuk pergi itu tambah berkurangan sehingga mungkin mencecah tahap negatif 99%. Soalan yang sama, muka yang sama, cerita yang sama. Kali ni jika mereka tahu aku sudah kembali single, pasti lebih banyak soalan. Apa yang harus aku lakukan sekarang? Berpura-pura email jemputan ini termasuk ke spam box? Brilliant and useless idea. Zara pasti akan menelefon aku setiap hari sehinggalah aku memberi persetujuan. Katanya, hanya setahun sekali kita boleh berjumpa jadi tolonglah hadir. Tarikh majlis adalah tiga minggu daripada sekarang bermakna aku masih punya banyak masa untuk memikirkan alasan lain yang lebih genius.
Zaman persekolahanku bukanlah satu zaman yang teruk. Tak pernah didenda, tak pernah mengalami sebarang masalah. Rekod aku bersih. Hehe. Aku punya ramai kawan kerana sememangnya aku mudah bergaul cuma apabila usia aku semakin meningkat, aku lebih suka bersendirian. Sewaktu di universiti dulu pun, aku telah mengurangkan aktiviti-aktiviti sosial aku. Tidak lagi menghadiri sebarang program atau melibatkan diri dalam mana-mana kelab. Tumpuan aku hanya kepada pelajaran yang sangat menyakitkan otak. Sudahlah aku ni tak bijak, midterm fail memanjang. Final pun harap coursework saja. Kiranya hidup aku dulu dan kini tak banyak beza. Kalau dulu sibuk dengan pelajaran, sekarang sibuk bekerja pula.
Nik Afezal aku kenali melalui program yang dianjurkan SRM atau Sekreteriat Rakan Muda. Dia merupakan salah seorang ahli aktif SRM menurut Kristine. Dan Kristine jugalah yang bertanggungjawab memaksa aku untuk turut serta dalam program tersebut. Pertama kali aku melihat Nik, aku merasakan lelaki itu sangat sempurna. Bijak, baik dan mudah bergaul. Bak kata ibu-ibu, sejuk mata memandang. Sepanjang program itu berjalan, kami tidak langsung bertegur sapa. Kiranya aku kenal dia tetapi dia sedikit pun tidak menyedari akan kewujudanku. Yang anehnya, kami mula berkenalan setelah aku tidak lagi menyertai sebarang program yang dikendalikan SRM. Aku tersenyum sendiri apabila mengenangkan saat itu kembali. Kenangan lama yang indah dan menyakitkan pada masa yang sama.
Ketukan di pintu secara tiba-tiba membuat jantung aku terhenti. Mataku diarahkan kepada jam di deskstop. Dah nak dekat pukul 2 pagi. Siapa pula yang datang ni? Aku dapat rasakan wajahku ketika itu kalau ditoreh pun, tidak akan berdarah. Takutnya....Ketukan tadi senyap begitu sahaja. Aku tak bermimpi, kan? Perlahan-lahan aku menapak ke arah pintu, menunggu pintu itu diketuk sekali lagi. Aku menekapkan telinga ke pintu pada masa yang sama pintu itu diketuk, membuatkan aku terjerit. Perlahan-perlahan aku membuka pintu. Ini tak sepatutnya jadi cerita hantu...hati aku menangis.
“Kau?!”aku bercekak pinggang.
“Habis kau fikir siapa? Sundel bolong?”balasnya, sinis.
Mulut tak ada insurans. Sundel bolong? Dahlah aku duduk sorang-sorang kat rumah ni.
“Apa kau buat kat sini? Siapa yang cakap ‘I don’t give a damn about you’ dulu?”aku menjungkitkan kening.
“Huh? Aku dah suruh kau check barang-barang kau, kan? Habis ini apa?”kotak ditangannya dilepaskan begitu sahaja. Bulat mataku melihat kotak itu mencium lantai. Ehsan!!!
“Kau datang sini sebab nak bagi ini je? It’s 2 in the morning, are you nuts?”
“You don’t hear me complaining. Lagipun, aku tak suka barang kau menyemak kat rumah aku. Okaylah, adios. Berhati-hati sikit, orang cakap rumah ni ada penunggu.”dia tersenyum berjalan perlahan-lahan meninggalkan ku.
Penun...???!!!
“Ehsan, kau ni sakit jiwa ek?”cepat-cepat aku membuka grill, mengambil kotak tersebut dan kemudian berlari masuk ke dalam bilik.
Bodoh punya Ehsan. Tak habis-habis nak menyakat aku. Benci betul!
Anugerah Lelaki Tersengal jatuh kepada Dzul Ehsan bin Haji Amiruddin.  

 
~finally...we've reached one of the checkpoint in ODYBM...sooner than i expected...but that's okay (i think)...~
~yup...they're divorced! (to kak ita,mid:please dont kill me!)~
~actually i wasnt planning for the whole 'kahwin paksa' thingy to happen...i know its too typical and all but i cant find any other way to make the two stubborn creatures exist in each other's life...well considering perangai diorang...normal encounter wouldn't work because they'll probably ignore one another without much thought...hence, the marriage!however...they were never meant to stay married forever *ngee* ~
~zara,zakiy and helmi belong to my lovely reader, azalia~
~thanks for reading and commenting...it really made my day...~