Saturday, November 22, 2008

Cerpen: Cinta Tudung Botol 1

Setelah selesai menyiapkan kerja-kerja yang perlu, Farezul Adha duduk kelegaan di meja belajarnya. Dia memandang kosong kepada jadual kelasnya yang akan bermula esok. Bermulalah kembali kehidupannya sebagai seorang penuntut di universiti itu, membosankan dan…ya, membosankan!

Jam sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi tetapi entah kenapa matanya sukar sekali untuk lelap. Adik-adiknya juga sudah tidur, begitu juga dengan ibunya. Farezul akhirnya mengalah untuk terus memaksa matanya untuk tidur, lantas berlalu ke ruang tamu dan menghidupkan televisyen.

****************

Azyatti Danisha merenung siling biliknya, begitu berdebar-debar apabila memikirkan esok adalah hari pertamanya di universiti. Memikirkan itu sahaja sudah membuatkan dia tidak dapat tidur. Mungkin benar kata abangnya, she always think too much!!

Relax, Yatt! Bertambah risau apabila memikirkan yang dia masih tidak mempunyai kawan untuk menapak ke kelas esok.

Err...baik aku tidur. Esok kalau bangun lewat, matilaa aku. Dah lah aku tak tahu kelas kat mana esok. Adoi!!!

****************

Azyatti terkoncoh-koncoh bangun dan terus berlalu ke tandas.

Alamak, macam mana boleh tak dengar alarm aku bunyi ni? Eh, wait a minute! Aku tak set alarm laa, aisey!!! Si Tia tu pun sampai hati tak kejutkan aku. Ish, ish!!

Setengah jam kemudian, Azyatti sudah terkejar-kejar ke kelasnya.

"CR 2046? Aduh, kat mana aku nak cari ni?"Azyatti berjalan perlahan-lahan bersama dengan penuntut yang lain, yang nampaknya sudah arif benar dengan keadaan di universiti. Azyatti menilik jam tangannya. Jam tangan sudah menunjukkan pukul 10.15 pagi, bermakna sudah lima belas minit kelasnya bermula.

Baik aku tanya sesiapa kat sini.

****************
 

Farezul mempercepatkan langkahnya. Entah bagaimana dia boleh terlajak tidur  pagi tadi. Aduh, kalau tak kerana ibunya, sudah tentu dia akan terlepas kelas pada pagi itu!

Azyatti memberanikan diri untuk bertanya mereka yang lalu-lalang di situ.

"Err...sorry. Where is CR2046?"Azyatti bertanya kepada beberapa orang penuntut yang lalu-lalang.

"CR2046? Ehmm, I think it’s at the FOE building."jawab salah seorang daripada mereka sambil jarinya diluruskan ke arah sebuah bangunan berwarna biru.

Azyatti mengangguk, mengucapkan terima kasih dia terus berjalan ke arah bangunan tersebut. Ketika itu, telefon bimbitnya berbunyi. Agak kalut mencari telefon bimbit yang diletakkan di dalam begnya itu.

Dia masih mencari dan...bump!!


ADOI!!


Ish, manusia mana yang buta sangat ni?! Sampai aku yang sikit punya besar ni pun tak nampak? Haizz, tengok. Dah berselerak tutorial yang dengan penuh susah-payah aku print semalam ni. Ingat senang ke nak susun cantik-cantik macam ni? Bebel Farezul, agak sebal apabila terpaksa mengutip kembali tutorialnya yang berselerak di atas jalan itu.

Azyatti turut membantu lelaki tersebut sambil mulutnya tak henti-henti menuturkan maaf. Farezul mendengus, tidak langsung memandang muka gadis di hadapannya itu.

"Err...minta maaf, ya?"tutur Azyatti lagi. Mereka berdua bangun serentak.


Tanpa berkata apa-apa, Farezul lantas berlalu daripada situ. Meninggalkan Azyatti yang mula hangat hati dengan sikap lelaki tersebut.

Ek eleh, gila kerek mamat tu!


****************


Seminggu berada di situ, Azyatti sudah mula dapat membiasakan diri dengan persekitaran. Dan boleh dikatakan dia sudah mulai selesa di situ.

"Yatt, kami naik bilik dulu, okay? Tak solat lagi ni. Kejap lagi kami turun balik."kata Miza, salah seorang daripada kawannya.

Azyatti mengangguk. Dia berlalu ke kedai, mahu membeli sebotol air mineral untuk membasahkan tekaknya yang kering itu.Selepas membayar harga air mineralnya, Azyatti segera duduk di salah satu meja. Sambil membelek notanya, Azyatti cuba membuka tudung botol tersebut.

Ish, ketatlah pulak! Ni nak kasi orang minum ke tak ni?

Azyatti mencuba lagi dan lagi, sehingga akhirnya dia mengalah. Ternyata tudung botong itu terlalu ketat untuk dibukanya.

Ketat ke aku yang tak ada tulang nak buka air ni? Ish!

Azyatti menelan liurnya, cuba membasahkan tekaknya yang menjerit-jerit meminta air secepat mungkin. Azyatti memandang sekeliling, cuba mencari muka yang dikenalinya. Namun hampa, apabila semua di sekelilingnya adalah pelajar asing yang leka berbual dengan kumpulan mereka sendiri.

Tiba-tiba matanya tertacap kepada salah seorang penuntut melayu yang sedang leka membaca suratkhabar itu.

Macam kenal je? Nak minta tolong ke tidak ni? Ish, seganlah pulak. Sendiri nak minum, menyusahkan orang pulak. Tapi...

Azyatti memberanikan diri untuk menghampiri lelaki tersebut.

"Err...assalamualaikum...hi!"Azyatti membuka mulut.

Farezul yang sedang tekun membaca itu mengangkat wajah.

Ni pehal pulak perempuan ni?

Azyatti mula segan.

Apa tenung-tenung ni? Aku nak minta tolong je kot, bukan nak merompak. Dahlaa salam aku pun tak jawab.

"Err...boleh tolong bukakan air saya ni tak? Saya dah cuba tadi tapi tak boleh. Ketat sangat."Azyatti mempamerkan muka kasihan.

Farezul yang mendengar itu hampir sahaja tersedak.

Biar benar perempuan ni? Suruh aku tolong bukakan air mineral. Serius ke?

Apabila melihat Azyatti menghulurkan air mineral itu kepadanya, Farezul membuat keputusan bahawa perempuan itu tidak bergurau. Dia menyambut huluran itu, dan dengan mudahnya penutup tersebut dibukanya. Azyatti yang melihat itu hampir terjojol biji matanya.

Mak aiii, senangnya dia buka.

Farezul menghulurkan kembali botol itu kepada Azyatti, namun gadis itu seakan terpaku. Farezul berdehem, membawa gadis itu kembali ke dunia nyata. Azyatti cepat-cepat mengambil botol air mineral tersebut daripada tangan Farezul.

"Terima kasih tau."ucap Azyatti, namun langsung tidak dipedulikan Farezul.

Dengan sikap Farezul yang sebegitu, Azyatti lantas teringat kepada mamat kerek yang dijumpanya ketika hari pertamanya di situ.

Tadi tu, bukan mamat kerek tu ke?

Azyatti mencuri pandang ke arah lelaki di sebelahnya itu.

Sah, memang dia!

****************

Azyatti sedang berjalan pulang daripada kelas ketika seseorang menyapanya. Azyatti tersenyum.

"Eh, Kak Nad! Baru habis kelas ke?"tanya Azyatti.

"A ah. Yatt?"

"Sama laa."

Ketika itu seorang lelaki melintasi mereka, kelihatan agak kalut.

"Farez!!"panggil Nadhiyah.

Terhenti langkah lelaki itu, seraya menoleh menghadap mereka.

"Awak dah siap tutorial?"tanya Nadhiyah.

Azyatti pula berdiri di situ, tidak pasti sama ada mahu berjalan dahulu meninggalkan Kak Nad berbual dengan kawannya itu atau menunggu.

Farezul yang berdiri di hadapan mereka itu memandang Azyatti sekali imbas sebelum menumpukan perhatian kepada Nadhiyah.
Farezul mengangguk.

Wait a minute...itukan mamat hari tu. Ooo, namanya Farez.

"Saya nak pinjam boleh tak? Soalan nombor 7 tak dapat jawablah."kata Nadhiyah.

Farezul mengangguk lagi, menimbulkan sedikit rasa tidak puas hati kepada Azyatti.

Lelaki ni tak ada mulut ke? Dari tadi lagi mengangguk macam burung belatuk.

Farezul mengeluarkan tutorial daripada begnya dan memberikannya kepada Nadhiyah.

"Thanks, Farez."

"No problem. Sorry, but I've got to go."balas Farezul dan kembali berjalan, tidak langsung menunggu butir bicara selanjutnya daripada Nadhiyah.

"Jom!"ajak Nadhiyah apabila Azyatti masih terpacak di situ.
Nadhiyah membelek tutorial Farezul yang kemas itu.

"Rajin sungguh budak Farez tu. Yatt kenal dia?"

Azyatti menggeleng.

"Dia tu budak bijak kat sini. Budak YTM. Pointer dia tak sahlah kalau tak dapat 3.75 ke atas. Tapi sayang, dia tak banyak cakap. Diam saja. Ramai yang minat, tapi bila tengok perangai dia yang macam tu, semua tak berani rapat. Dia tak layan perempuan sangat. Kalau dalam kelas pun, dia diam saja. Fokus."terang Nadhiyah panjang lebar kerana baginya, Farezul itu seorang yang teramat unik.

Azyatti yang mendengar itu tidak memberi sebarang respon.


****************

Farezul yang baru sahaja sampai di hadapan pintu pagar itu agak kalut apabila terdengar bunyi kecoh daripada ruang tamunya.Dia segera masuk dan kelihatan ayahnya sedang memukul ibunya. Manakala adik-adiknya sedang menangis di suatu sudut, tidak dapat berbuat apa untuk membantu ibu mereka. Menyedari kehadiran abang mereka, mereka berlari ke arah Farezul, meminta Farezul menghentikan ayah mereka. Lantas Farezul bergerak ke hadapan dan menolak tubuh ayahnya, kuat, dengan wajah yang tegang.

"Kau jangan masuk campur. Ini urusan aku dengan perempuan ni."tengking ayahnya.

Namun sedikit pun Farezul tidak gentar. Dia sudah terbiasa dengan herdikan sebegitu sehingga sedikit pun dia tak ambil kisah.

Ayahnya cuba untuk memukul ibunya sekali lagi tetapi Farezul menghalang.

"Pukullah, pukul! Cuba pukul! Ayah sentuh ibu sekali lagi, Farez tak akan teragak-agak untuk buat perkara yang tak sepatutnya."dadanya berombak, menahan kemarahan yang menggunung. Dia cuba menyabarkan hati, mengingatkan dirinya bahawa lelaki yang sedang berdiri di hadapannya itu adalah ayahnya. Cuba mempertahankan rasa hormatnya terhadap lelaki itu yang semakin tipis.

Ayahnya mencerlung, agak takut dengan dengan keberanian Farezul itu.

"Keluar sajalah, ayah. Tak balik langsung pun tak apa. Tak ada gunanya ayah kat sini kalau hanya nak menyusahkan. Kami kat sini tak perlukan seorang ayah yang macam ni."kata Farezul, membalas kembali pandangan ayahnya.

"Farez, apa cakap macam tu dengan ayah. Berdosa!"bantah ibunya, tidak senang dengan sikap kurang ajar Farezul itu.
Farezul tidak berkata apa-apa sebaliknya mendapatkan adik-adiknya. Dia menatap wajah si kembar itu dengan penuh kasih-sayang.

"Zara, bawak Fifi dengan Fiti mandi ye? Abang masuk salin baju dulu, nanti abang masak."Farezul memberi arah kepada adiknya yang berusia 16 tahun itu. Zara hanya mengangguk, mengheret tangan Fifi dan Fiti ke bilik mandi.

"Ibu, ibu bagi dia masuk lagi buat apa? Tengok, apa dia dah buat?"soal Farezul tidak puas hati.

"Dia masih lagi suami ibu. Masih lagi ayah kamu semua."balas ibunya.

"Baguslah! Kalau macam tu, nanti biar dia masuk lagi. Biar dia mengamuk lagi dalam rumah ni."geram dengan sikap ibunya,
Farezul segera berlalu ke bilik.

Kerana itulah dia perlu berjaya. Dia perlu membawa keluarganya keluar daripada kesusahan ini, jauh daripada lelaki itu.

Dia dapat rasakan sabarnya terhadap ayahnya sendiri semakin berkurangan. Kerana itu jugalah dia perlu berusaha menjauhkan diri daripada lelaki itu. Tidak mahu melakukan sesuatu yang gila, dan diluar batas keperimanusiaan. Namun, entah kenapa, dia dapat rasakan fokusnya sejak kebelakangan ini semakin longgar.

Apa dah jadi? Farezul memejam matanya, cuba untuk bertenang. Wajah itu muncul lagi, hatinya berdebar-debar. Cepat-cepat
Farezul membuka matanya apabila kedengaran suara Zara memarahi Fifi dan Fiti. Dia segera mendapatkan adik-adiknya.

*************

"Maaf, tak ada duit kecillah. Cuba tukar dekat kedai tu."kata peniaga kedai runcit itu dalam loghat indonesianya. Azyatti mengeluh. Dia memandang sekeliling sehinggalah pandangannya jatuh kepada Farezul yang sedang beratur di belakangnya itu.

"Hello!"sapa Azyatti, ramah.

Farezul terpana.

Belum pernah lagi orang menegurnya sebegitu. Semua orang mungkin sudah bosan dengan perangainya yang suka bersendirian itu.

"Pinjam RM 1.20 boleh? Saya tak ada duit kecillah. Nanti saya bayar balik."Azyatti tersenyum walaupun dalam hatinya hanya
Allah yang tahu betapa malunya dia. Biarlah, daripada aku terpaksa tukar duit kat kedai tu. Lagi dahsyat!!!! Oooo tidak!!!

Dahi Farezul berkerut.

Pulak...hari tu minta suruh bukakan air mineral. Biar benar!

Farezul mengangguk.

"Kira sekali dengan dia punya air."beritahu Farezul kepada peniaga kedai runcit itu.

Azyatti mengambil botol air nya sambil tersenyum.

Mereka berdua berjalan keluar daripada kedai.

"Terima kasih tau. Nanti saya bayar balik. Saya kirim duit tu dekat Kak Nad, okay?"

Farezul mengjungkitkan kening, dan mula beredar daripada situ.

Kenapa dia tak banyak cakap ek?

Dan...alamak!!!!!!!

"Eh, eh, Farez...ul."Azyatti mengejar Farezul tetapi apabila Farezul tiba-tiba sahaja terhenti dengan wajah yang berkerut seribu,

Azyatti terhenti.

Apa kena lagi dengan perempuan ni? Banyak songeh betulla!

"Tolong bukakan air saya boleh?"Azyatti tersengih.

"Awak ni tak ada kudrat sendiri ke?"


******************

"Kau untung, Farez. Diam macam ni pun ada orang suka, sayangkan kau."kata Pian yang baru sahaja melabuhkan punggung di hadapan Farezul itu.

Dahi Farezul berkerut seakan tidak faham dengan apa yang dikatakan Pian itu.

Pian menjuihkan bibirnya ke suatu arah, membuatkan Farezul menoleh. Kelihatan Azyatti sedang berjalan ke arah mereka.

Dia lagi! Apa yang dia nak? Haizz.

Gumam Farezul. Entahlah, dia sendiri pun tak tahu kenapa
Azyatti tak henti-henti menggangunya. Dia hanya mahu dibiarkan sendirian. Itu saja.

Sebelum sempat Azyatti menghampiri mereka, Farezul mengemas buku-bukunya dan segera berlalu, tidak menoleh walau sedikitpun ke arah Azyatti. Gadis itu terhenti sebentar langkahnya melihat kelaku Farezul itu.

Kenapa lelaki itu perlu bersikap sebegitu? Bukannya aku meminta apa-apa daripadanya. Aku hanya inginkan persahabatan. Susah benarkah?

Pulang ke rumah, Farezul menggelengkan kepala melihat keadaan rumahnya yang seperti baru sahaja dilanda tornado itu. Ibunya tidak kelihatan di mana-mana. Begitu juga dengan si kembar itu.

Zara?

Farezul menilik jam di dinding. Baru pukul 5 petang. Mungkin masih di sekolah. Meletakkan beg di dalam biliknya, Farezul terus menuju ke dapur. Hampir pitam dia di situ apabila melihat ibunya terbaring kaku di dapur.

"Ya Allah, ibu!"Farezul mendapatkan ibunya, memangku wanita itu.

"Ibu, apa dah jadi ni?"kedengaran panik dalam suara Farezul.

Namun wanita itu tetap tidak sedarkan diri. Farezul bangun dan mendapatkan segelas air, lalu merenjis air itu ke wajah ibunya. Tak lama kemudian, wanita itu membuka matanya, perlahan-lahan begitu lemah sekali.

"Ibu..."

Ibunya cuba bangun, namun gagal. Farezul memapah ibunya ke katil.

"Apa dah jadi ibu?"tanya Farezul.

"Tak ada apa-apa. Ibu terjatuh tadi."

Terdengar suara orang memberi salam daripada luar. Farezul bingkas menuju ke pintu. Kelihatan jirannya, Cik Ma bersama dengan Fifi dan Fiti.

"Fifi, Fiti?"Farezul kehairanan.

"Mak kamu okay? Tadi, ayah kamu balik. Jadi, dia hantar Fifi dengan Fiti ni dekat mak cik. Mungkin takut ayah kamu apa-apakan diorang. Lepas tu, riuh-rendah diorang bergaduh. Mak cik ni nak menolong, tapi mak cik takutkan ayah kamu tu. Mak kamu tak apa-apa, kan?"

Mendengar itu, Farezul mengetap bibir, menggenggam penumbuk.

Ini dah melampau!!

"Err...ibu okay. Terima kasih ya mak cik."

"Dah makan?"tanya Farezul kepada si kembar. Kedua-dua mereka menggeleng serentak.

"Jom, abang buatkan makanan."

Selesai dengan si kembar itu Farezul berlalu ke bilik ibunya.

"Ibu nak pertahankan lagi lelaki tu? Dia buat ibu sampai ibu pengsan macam tu, masih lagi nak menangkan dia?"tinggi suara Farezul.

Ibunya yang sedang berehat itu agak terkejut.

"Farez, jangan cakap macam tu. Dia tu ayah."

"Habis kalau dia ayah, ketua keluarga, dia boleh buat semua orang dalam rumah ni macam hamba?"

PANGGG...!!!

Farezul terkedu.

"Bagus, baguslah, ibu!"dengan itu, Farezul segera berlalu.

"Farez...!!Farez...!!"

Panggilan ibunya itu langsung tidak dipedulikannya.


****************

Pandangan Farezul tertacap kepada sesusuk tubuh yang cukup dikenalinya, sedaya sedang cuba membuka penutup air mineralnya. Farezul senyum sendiri. Lupa sekejap kepada masalah yang sedang melanda dirinya.

Tolong atau tak pedulikan dia? Tolong atau tak pedulikan dia?

Ah, jangan pedulikan dia!

Namun, agak terlambat baginya untuk beredar apabila gadis itu sudah pun nampak kewujudannya di situ. Yang menghairankan, Azyatti tidak langsung memanggilnya, malah belagak seakan mereka tidak mengenali antara satu sama lain.

Hairan Farezul dengan sikapnya itu. Azyatti meletakkan botol air mineralnya di sisi, sudah berputus asa kerana gagal membukanya. Kenapa laa dia ni lembik sangat? Buka penutup air pun tak boleh. Dah satu-satunya harapannya adalah meminta bantuan mamat ‘beku’ itu.

NO WAY!! Nanti dia fikir aku ni tergila-gilakan dia pulak. Ceh!

Azyatti akhirnya bangun, mahu segera pulang ke universitinya, memandangkan hari sudah beransur petang. Tatkala melintasi Farezul, langkahnya terhenti apabila botol air mineralnya di tarik. Namun, sedikit pun Azyatti tidak melepaskan pegangannya. Farezul menarik lagi.

Tidak ingin drama hindustan itu terus berlanjutan, Azyatti melepaskan pegangannya. Tapi kali ini, Farezul hanya melonggarkan sahaja penutup botol tersebut, tidak membukanya. Azyatti memandang Farezul, benar-benar hairan dengan sikap lelaki itu.

Wajah Farezul tanpa riak, selamba sahaja.

"Kalau perlukan bantuan mintak saja. Jangan nak belagak."itu sahaja yang dilafazkan oleh Farezul sebelum bergerak meninggalkan Azyatti.

Apa? Dia kata aku belagak? What...siapa yang belagak sebenarnya ni?

Dengan tidak puas hati, Azyatti mengekori langkah Farezul.

"Siapa yang belagak? Awak atau saya?"tanya Azyatti, sinis.

Farezul mengangkat muka agak terganggu dengan kehadiran Azyatti. Sudahlah kepalanya pusing dengan masalah keluarganya yang tak habis-habis, sekarang perempuan ni mahu bermain Q&A session bersamanya. Pipi aku ni, baru saja ditampar oleh ibu aku sendiri, kerana lelaki yang memang tak layak dipertahankan. Menyesal pulak kerana membantu Azyatti tadi.
Patutnya dia biarkan sahaja perempuan itu.

Farezul diam, betul-betul tidak berminat untuk menjawab.

"Tengok!!! Sekarang siapa yang belagak? Orang nak berkawan, buat bodoh saja. Saya pun dah malas nak layan orang macam awak ni. Belagak yang entah apa-apa."

"Saya belagak? Apa yang awak tahu tentang saya untuk cakap saya macam tu? Awak tak tahu apa-apa tentang saya! Jadi, jangan nak buat kesimpulan terhadap sesuatu yang awak tak tahu."Farezul membalas, keras nada suaranya.

"Kenapa agaknya orang tak kenal awak? Oh,  let's see. Mungkin kerana awak tolak semua orang yang nak jadi kawan awak, jauh-jauh daripada hidup awak. Awak tahu, patutnya awak hidup dalam gua saja. Jauh daripada manusia."

"Yang awak hangat hati dengan perangai saya ni kenapa? Saya tak ganggu orang, dan saya tak perlukan persahabatan atau apa sajalah yang mengarut daripada awak atau sesiapa sahaja."
Bagai tidak percaya kata-kata itu keluar daripada mulut Farezul.

Angkuh benar lelaki itu.

"Fine! Saya pun tak terhegeh-hegeh nak kawan dengan awak. Manusia macam awak ni memang tak boleh dibuat kawan. Dan saya tak perlukan pertolongan awak tadi untuk buka botol ni."

"Really?!"Farezul merentap botol itu daripada tangan Azyatti, dan memulaskan tudung botol tersebut sekuat mungkin, kemudian menghulurkan kembali kepada Azyatti.

Azyatti dengan geram, terus menepis botol tersebut.

"Ego!"bentak Azyatti.

"Fine!"tengking Farezul.

"Jangan kacau saya lagi lepas ni!!! I dont give a damn about you or you stupid mineral water. I dont care! Hidup saya dah cukup berserabut sekarang ni dan saya tak nak awak tambah menyerabutkannya lagi."Farezul terus berlalu.

Great, Farez!!! What have you done?


******************

Sebulan setelah pertengkaran mereka, mereka berdua begitu asing. Farezul tambahnya. Azyatti tidak langsung menegurnya, malah berpura-pura tidak mengenalinya jika mereka terserempak di mana-mana. Dan yang paling menyakitkan hati, gadis itu kini sudah berteman. Selalu saja kelihatan Azyatti bersama lelaki itu. Makan, ke library, ke kelas...Lelaki itu pulak yang selalu menolong Azyatti membuka penutup botol minumannya.

Ah...apa aku kisah? Aku yang nak dia jauhkan diri daripada
aku, so, that’s what she’s doing now. Pedulikan dia.

Farezul sedang duduk di foyer ketika Azyatti dan lelaki itu duduk di meja sebelah dengannya. Azyatti yang menyedari kehadiran Farezul itu cuba untuk belagak biasa, berpura-pura tidak mengenali lelaki itu. Begitu juga Farezul, berpura-pura menatap kertas tutorial di hadapannya dengan fokus namun hampa apabila dia dapat rasakan tumpuannya lebih kepada mencuri dengar perbualan di antara Azyatti dan lelaki itu.

"Malam ni you pergi mana-mana tak?"soal Nikhmal Hakim.

"Nak pergi mana? Balik bilik je lah. You?"balas Azyatti.

"Budak-budak tu ajak I pergi clubbing. You nak ikut?"

"Clubbing?"berkerut dahi Azyatti.

Farezul yang mendengar itu dapat merasakan jantungnya berdegup pantas.

Please say ‘No’...Please...!!!

Nikhmal mengangguk.

"Jom lah. Temankan I."pujuk Nikfriz.

Jangan setuju, Azy.

"I kenal ke kawan-kawan you tu?"

"Alaa, Izwan, Mika...you know them."Nikhmal mengangkat tangan ke arah Maya yang baru sahaja melewatinya.

Azyatti sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh terlibat dengan lelaki seperti Nikfriz. Anak orang kaya yang spoilt dan cukup bebas pergaulannya.

Farezul bertambah tidak senang duduknya. Hatinya kacau selagi Azyatti tidak menolak ajakan jahanam itu.

"Err...I tak pernah pergi clubbing, Nik."Azyatti cuba menolak ajakan itu.

"Tak pernah, kenalah bagi pernah. Kita pergi sekejap je, kalau you tak suka kita baliklah. Tak nak bagi diorang tu kecik hati je."

"Nik..."

"Yatt, please...You tak kesiankan I ke? Kejap je, okay? I janji, kalau you tak suka, kita balik, okay?"

Azyatti mengeluh.

Lama dia dia, seperti serius memikirkan perkara itu, meskipun dia tahu, jawapannya hanya satu dan tak akan berubah.

"Okay, tapi sekejap je. Esok I ada kelas pagi."

Farezul yang mendengar itu tersedak, membuatkan Nikfriz dan
Azyatti memandangnya.

"Are you okay, bro?"soal Nikhmal.

Farezul menggeleng.

Fikirannya sudah mula kacau.

I cant let her do that!

"I nak pergi kat Firul kejap. Nanti bila I datang, kita pergi, okay?"

Azyatti hanya mengangguk, melihat Nikfriz melangkah meninggalkannya ke arah sekumpulan budak-budak FCM yang sedang rancak berborak itu.

Azyatti mula berasa cuak berada di sisi Farezul. Dia membuang perasaan itu jauh-jauh dan menatap nota yang ada di hadapannya.

Sejam berlalu begitu sahaja dan masing-masing berperang dengan perasaan sendiri.

"Jom!"Nikhmal mengetuk-ngetuk meja di hadapan Azyatti.

"Oh, okay."Azyatti mengemas alat tulisnya.

Farezul bertambah kalut.

Jangan pergi...Jangan pergi...sayang!!

Azyatti mula melangkah pergi.

Farezul mengetap bibirnya dan tanpa berfikir dua kali, Farezul bangun dan berlari mendapatkan Azyatti.

"Azy..."panggilnya, menghentikan langkah Azyatti dan Nikfriz.

Azyatti memandangnya tanpa emosi.

"Don’t go...with him!"lancar lidah Farezul menuturkan ayat itu.

"Woo, what is your problem, man? Mind your own business, okay!"Nikhmal menolak bahu Farezul. Laju tangan Farezul menepis.

"Jangan pergi tempat macam tu dengan dia. Come on, we both know how he is."

"Tak puas hati apa dengan aku, nerd?"Nikhmal mula berang.

"Nik, let me handle this okay? You tunggu I dekat kereta."

Lama sebelum Nikfriz mengangguk.

"Awak nak apa lagi, haa? Jangan sibuk hal orang boleh tak?"

"I cant let you ruin your life. Kita berdua tahu Nik tu orang yang jenis macam mana."

Azyatti mengangguk.

"Ya, saya tahu. Dia jenis yang tahu bersosial, berkawan, kenal dengan orang. He’s nothing like you. Dia tak pernah tolak orang yang nak rapat dengan dia. Unlike you!"

Tergamam Farezul.

"Look, awak tak tahu apa yang saya lalui. Hidup saya complicated..."

"Jadi, teruskanlah hidup dalam hidup awak yang complicated tu. I dont give a damn abaout you and your complicated life."

"Just jangan pergi, Azy."Farezul lantas berlalu, hatinya sudah terlalu remuk untuk berlama-lama di situ.


******************

'Hidup saya terlalu rumit untuk saya kongsikan dengan seseorang Azy. Itulah yang saya rasa selama ini sehinggalah saya jumpa awak. Awak mengubah cara saya melihat sesuatu, cara saya memikirkan sesuatu. Malangnya, keegoan saya menghalang daripada mengakuinya. Apabila awak mula menjauh daripada saya, barulah saya sedar, awak sebenarnya sudah menjadi sebahagian daripada saya. I’m attached to you. Beri saya peluang untuk jelasan semuanya. Saya tunggu awak kat Cyberpark petang esok, pukul 5.'

Azyatti membaca surat itu untuk yang kesekian kalinya.
Farezul Adha...lelaki angkuh itu?

Pergi atau tak?


******************

Farezul menunggu dengan berdebar-debar. Sudah berkali-kali dia menilik jamnya. Daripada pukul 5, sudah berganjak ke pukul 5.30 petang. Bayang Azyatti masih tidak kelihatan.

Dia tak datangkah?

Kemudian, Farezul teringat siang tadi dia bertembung dengan Azyatti dan Nikhmal di car park. Mungkinkah dia mengikut lelaki itu dan tak akan datang? Ego Farezul mula meninggi. Dirasakan kesungguhannya dipermain-mainkan, diperlekeh-lekehkan oleh gadis itu. Farezul cuba bertenang, memujuk dirinya sendiri dengan mengatakan Azyatti akan datang sekejap lagi.

Gadis itu tidak kejam, dia tahu akan itu.

Pukul 8 malam, Farezul pulang ke rumah dengan muka yang amat cemberut. Tak guna! Dia tak datang. Hatinya benar-benar sakit kerana dipermain-mainkan sebegitu. Terasa bodoh dirinya kerana menunggu gadis itu.

"Abang, abang!"riuh suara si kembar memanggilnya.

Farezul tidak menyahut.

"Abang penat lah. Jangan kacau abang."suaranya keras, menimbulkan tanda-tanya dalam diri ibu dan Zara. Namun tidak ada seorang pun yang berani bersuara.

Keesokannya, Farezul melangkah ke kelas dengan hati yang masih berbekas. Marah, sakit...segalanya bercampur. Melihat wajahnya yang cukup cemberut itu sahaja sudah membuatkan orang tidak berani untuk menegurnya.

"Farez, aku nak beritahu kau sesuatu."Pian separuh berbisik.

Farezul tidak mempedulikannya.

"’Dengar tak ni?"desak Pian.

"Apa?!!!"suara Farezul agak meninggi.

"Pasal Azy..."

"Aku tak berminat nak dengar. Maaf."potong Farezul.

"Dengarlah dulu."

"Kau paham tak? Aku kata aku tak mahu dengar."tengking Farezul mengambil bukunya dan lantas keluar daripada kelas.

Farezul menarik nafas, cuba untuk bertenang. Fikirannya kacau hanya kerana seorang perempuan! Inilah sebabnya mengapa dia tidak mahu melibatkan seseorang ke dalam hidupnya. Inilah sebabnya mengapa dia menahan dirinya daripada menyayangi seseorang selain daripada keluarganya. Farezul melabuhkan punggungnya di kerusi HB3.

"Kau dah pergi tengok Yatt?"terdengar penghuni meja di belakangnya berkata.

"Belum. Tapi dengar katanya keadaan dia parah. Koma."
Farezul mengangkat kepalanya, berderap darahnya. Jantungnya berdegup makin laju. Dia lantas menoleh.

"Yatt? Siapa? Azyatti?"soalnya pantas.

Tiga orang gadis tersebut yang kehairanan hanya mengangguk.

"FOE Beta student. Azyatti Danisha? What happen to her?"

"Dia accident semalam."

"Sekarang dia kat mana?!"

Azy...


************

"Sayang, awak perlu bangun. Tolonglah. Saya tak boleh hidup tanpa awak."Farezul mengesat air matanya, memandang wajah lesu Azyatti yang terbaring kaku itu. Sejak seminggu yang lalu Farezul merupakan pelawat terkerap di hospital itu.
Setiap hari, dia tidak akan gagal untuk menemani Azyatti.

"Kalau awak nak tahu, saya dah mula sukakan awak sejak awak suruh saya tolong bukakan tudung botol air mineral awak tu dengan muka tak bersalah awak tu. Tapi, saya tak rasa saya sesuai untuk awak, Azy. Lagi pun saya banyak tanggungjawab untuk memikirkan tentang perasaan saya sendiri. Hidup saya, macam saya kata, amat rumit. Saya perlu ambil tugas seorang bapa, Azy. Adik-adik , ibu saya, mereka semua mengharapkan saya. Saya pula kerap berperang dengan perasaan marah saya terhadap ayah saya. Perasaan marah itu makin lama makin menebal sehingga saya kadang-kadang terlupa, bagaimana caranya untuk menyayangi orang disekeliling saya. Semua itu, sehinggalah saya jumpa awak."

"Awak dah jadi macam sebahagian daripada saya. Dan buka tudung botol air mineral untuk awak tu dah jadi macam rutin saya. Kelakar, kan?"Farezul ketawa, namun tiada bunga dalam ketawanya.

Ketawa Farezul mati.

"Kalau awak tak bangun, saya nak tolong bukakan air mineral siapa nanti? Azyatti, tolonglah bangun. Jangan buat saya macam ni. Awak kata saya ni ego, ya, mungkin! Tapi, awak sentiasa di hati saya. Hati saya sakit bila awak tak datang hari tu. Dan tengok, sekarang apa yang awak buat?
Azy...sayang..."


Farezul bangun daripada kerusinya. Tidak tertahan lagi dengan kebisuan Azy. Farezul berura-ura untuk keluar sebelum akhirnya dia berpatah balik dan menuju ke arah Azyatti.


"Sayang, awak perlu bangun. Kerana saya nak selama-lamanya menjadi orang yang akan membuka tudung botol air awak untuk awak...Ingat tu."Farezul membisikkan kata-kata tersebut kepada Azy.


"Saya sayang awak." 







***********************************************************
To Irmeelia Khairunnisa with lots of love~

 
http://penulisan2u.blogspot.com/2008/11/cerpen-cinta-tudung-botol.html
Share:

0 comments: