1
Melangkah keluar dari balai ketibaan, jantungnya
tiba-tiba terasa beberapa degup lebih pantas. Bahang yang mula membakar segenap
ruang tubuh seolah tidak dapat disejukkan oleh penghawa dingin lapangan terbang
antarabangsa tersebut.
Dia menghela nafas,
menarik bersama bagasi di tangan dan mula mengatur langkah.
Gementarkah
aku?
Hampir pecah ketawanya
apabila akalan itu singgah. Lucu dan sungguh mengarut.
Mustahil perasaan nan
satu ini gementar. Tak pernah ada tempat di dalam hidupnya untuk perasaan kecil
yang menjatuhkan sebegitu kerana dia takkan pernah mungkin membenarkan walau
sedikit pun ruang untuk kelemahan seperti itu menetap.
Dia berjeda seketika,
membenarkan diri untuk mengamati sejenak panorama yang menghiasi pandangan.
Udara yang dulu selalu mendodoi tidur malamnya dihirup dalam-dalam seolah
melepaskan rindu yang terlalu lama ditanggung.
Sentimental atau
dirinya sengaja membuang masa untuk berlama-lama di sini daripada berjumpa
dengan mereka yang tak pernah hilang walau seminit pun daripada ingatan?
Memikirkan itu
membuatkan dia kembali mempersoalkan tujuan sebenar kepulangannya. Soalan yang
seperti tak punya jawapan yang benar kerana dia sendiri tak tahu.
Cuma yang pasti, dia
tak mahu menghabiskan seluruh hidupnya seorang diri di negara asing. Terlalu
‘kosong’ walaupun untuk seseorang yang tak pernah peduli akan apa-apa
sepertinya.
Cermin mata hitam aviator-nya ditanggalkan lalu disangkut
ke kolar jaket yang dipakai.
Ah, lagi pun sudah
terlalu lama dia berada di sana! Kalau dia benar mahu membina kehidupan yang
baru, dia perlu memulakannya daripada tempat segala kisah tercipta.
Meskipun jika itu
bermaksud dia terpaksa berhadapan dengan manusia-manusia yang pasti sudah lebih
daripada bersedia untuk melapah dirinya hidup-hidup.
Dan untuk itu, dia tahu
persis siapa yang perlu dicari dan destinasi pertama yang perlu dituju.
Bibirnya mengukir
senyum.
“Tak ada rancangan
untuk hari ni?” sapa Masyitah kepada anak daranya yang baru menjejakkan kaki ke
ruang tamu setelah sedari pagi mengurung diri di dalam ofis kecil miliknya
bersama kerja-kerja yang seakan tak pernah selesai.
Lily mengambil tempat
di sisi ibunya, mengjungkitkan kening berpura-pura tak memahami.
“Tak keluar dengan buah
hati ke?” Masyitah bertanya lagi, mahu menyakat.
Lily ketawa. Lantas
terbayang wajah encik tunangan yang kini sudah hampir tiga hari berada di
rantauan atas urusan kerja. Ibu pula bukan tak tahu akan hal tersebut tapi
tetap juga mahu mengusik.
“Ibu bercakap tentang
buah hati yang mana ni? Sebab kalau tak salah Lily, buah hati Lily satu-satunya
sekarang ada kat Philippines. Lagi pun, bukan ke hari tu ibu pesan dengan Lily
supaya jangan kerap sangat keluar dengan dia?” duga Lily kembali.
“Tapi, itu tak
bermaksud Lily kena duduk dalam ofis tu 24 jam sepanjang hari minggu.” komen
Masyitah.
Agaknya anak dara zaman
sekarang lebih selesa bekerja sampai turut dibawa kerja-kerja tersebut pulang
ke rumah dijadikan peneman siang malam. Haish, dia yang tengok pun
kadang-kadang naik pening!
Lily menggaru-garu
kening, tak tahu apa yang harus dikatakan untuk membalas komen ibunya yang
tepat mengena sasaran itu. Harus diakui, memang hujung minggu kebelakangan ni
dia lebih banyak menghabiskan masa dengan bekerja, tambahan pula dengan
ketiadaan tunangan tersayang.
Alah, ibu serta ayah
sendiri pun bukan selalu ada di rumah. Jadi, daripada dia tercongok kebosanan
seorang diri, baik dia tumpukan sepenuh perhatian dan tenaga kepada kerja. Lagi
pula, susah nak puaskan hati klien yang satu ni.
“Okay, tak kisahlah
kalau itu buat Lily bahagia tapi kesihatan kena jaga juga tau.” Masyitah
meletakkan kembali majalah di dalam pegangan ke atas meja lalu bangun. Dia
membetulkan baju kurung moden berwarna biru muda yang dipakainya lalu mencapai
tas tangan di atas sofa.
“Jadi ke pergi rumah
pak ngah malam ni?” soal Lily, meneliti ibunya yang rapi berdandan.
“Ayah dah tukar
rancangan. Esok pula katanya ke rumah pak ngah. But I’m meeting your dad for
dinner tonight at Marriot. Nak ikut sekali?”
Lily laju menggeleng.
“Habis tu nak buat apa
saja hari ni? Lily Nadira, jangan beritahu ibu yang Lily nak sambung buat kerja
balik.” mata ibunya membuntang bulat seakan tak percaya.
“Hrmm, not sure yet but I do feel like reading.
Maybe I’ll try to read one of those romance novels that I so absent-mindedly
bought three hundred years ago.”
Mendengar itu, Masyitah
ketawa.
Kalau dengan Lily,
memang banyak karenah. Ada saja kata-kata selamba yang lucu keluar daripada
mulut anak gadis itu.
Mereka berdua bergerak
ke pintu.
“Kalau macam tu,
selamat membaca. Ibu gerak dulu. Jumpa malam nanti.”
“Okay, kirim salam kat
ayah. Toodles.” pipi ibunya itu dicium.
Lily melambai,
memerhatikan sehingga kereta milik ibunya keluar daripada perkarangan rumah
lalu hilang daripada pandangan sebelum kembali menutup pintu.
Kekosongan mula
menghuni segenap penjuru rumah. Walaupun dia memang tak punya sebarang
keinginan untuk keluar pada hari ni, tapi kesunyian yang wujud sungguh buat dia
rasa tak selesa.
Mengingatkan dia kepada
perasaan itu. Perasaan yang takkan pernah pergi tak kira berapa lama waktu
berjalan. Perasaan ditinggalkan, kehilangan.
Cukup memalukan untuk
diingatkan kembali tetapi terlalu menyakitkan untuk dilupakan begitu saja.
Lily tersentak,
memarahi diri sendiri kerana sekali lagi membenarkan rasa itu mengambil alih.
Hrmm, kerana itulah dia
lebih suka membebankan diri dengan kerja daripada membiarkan waktu terbuang
begitu saja. Kerana dia tahu, satu saat tanpa melakukan apa-apa, fikirannya
pasti akan melayang jauh mengingatkan perkara yang tak perlu.
Namun tentu saja ibu
tak perlu tahu tentang hal ini atau pasti orang tua itu akan bertambah risau.
Bukan mudah untuk menyakinkan mereka semua yang dia sudah benar-benar bergerak
ke hadapan walaupun hakikatnya, kesakitan itu masih menjadi sebahagian dirinya.
Cukup perit, terlalu
pahit.
Lupakan
semuanya, Lily. It’s not worth it. Hatinya memujuk.
Sekadar mencapai sebuah
buku daripada rak dan bersama secawan milo di tangan, Lily bergerak ke patio.
Dengan dekorasi ringkas yang tak pernah gagal membangkitkan ketenangan, ianya
merupakan tempat kegemaran Lily untuk berehat.
Dia membaringkan diri
di atas hammock dan menghabiskan
beberapa minit kemudiannya membelek setiap perincian buku tersebut sebelum mula
menyelak helaian pertama.
Baris demi baris
dibacanya, disulami dengan kuapan yang cukup mengganggu konsentrasi. Sama ada
keadaan yang terlalu selesa membuatkan dia mengantuk atau otaknya memang tak
mampu menampung pembacaan sebegini.
“Aku rasa kau dah hidup sorang lama
sangat sampai kau dah lupa cara untuk hidup dengan manusia normal macam aku
ni.” jerit aku dan segera melangkah ke bilik.
“Dan kau pula kena belajar hidup
dengan manusia, bukannya kenangan silam.” kata-kata itu menyapa telinga ku
bagaikan halilintar.
Sekali lagi tangannya
menekup mulut menahan kuapan, memaksa diri untuk terus membaca.
Dia takkan pernah gagal menyakitkan
hati aku!
Sebaris ayat penutup dan
akhirnya Lily menyerah kalah, membenarkan matanya untuk terus terpejam diulit
damai angin petang.
2
Lelaki itu tersenyum sendiri, senang melihat gelagat tuan puteri yang baru
terjaga daripada lena yang sungguh nyenyak. Sedikit pun tidak menyedari
kehadiran manusia lain bersamanya yang sedang merenung dengan penuh minat
tatkala wanita itu mengomel memarahi diri kerana tertidur sehingga ke lewat
petang begini.
Rambutnya yang melepasi
bahu itu ditocang meskipun ikatannya tidak kemas, membenarkan beberapa juraian
jatuh mengelus pipi.
Perutnya sekali lagi melonjak gementar seperti tadi apabila
dia menghampiri perkarangan rumah milik Lily Nadira. Terasa seolah berada di
zaman remaja semula dan walaupun dia tak suka mengakuinya tapi Ermeelia benar.
Perasaan itu masih
wujud.
Aduh! Kalau dengan
orang lain dia sedikit pun takkan terkesan tapi tidak dengan wanita ini. Namun
tiada yang menghairankan kerana Lily Nadira sentiasa berbeza daripada yang
lain, cukup unik kepada dirinya.
“You’ll make a great Sleeping
Beauty but we both know that being a princess is not really your cup of tea.”
sapaannya membuatkan wanita itu terjerit kecil. Hampir terlompat sebelum laju
saja dia menoleh. Kedua belah tangan mulusnya digenggam erat, bersedia untuk
mempertahankan diri daripada apa juga jenis serangan.
Namun, segala gerakan
si gadis terhenti sebaik saja pandangannya mendarat kepada sumber suara tadi.
Sepasang mata bulatnya merenung tanpa berkedip, seolah tak percaya pula dengan
kewujudannya di situ.
Untuk beberapa
ketika, pandangan mereka menjadi satu.
Segala kenangan serta
kisah yang pernah wujud di antara mereka berputar kembali bagaikan rakaman yang
tak pernah luput. Masih jelas dan segar di ingatan seolah masa tak pernah
berlalu walau sesaat pun dan mereka masih di zaman remaja yang tak
membanggakan. Penuh dengan akalan tak matang yang hanya membawa masalah.
Lelaki itu bangun
daripada duduknya dan mula mengatur langkah dengan rentak yang cukup perlahan.
Rentak yang sengaja diambil untuk mendera perasaannya dan mungkin juga perasaan
Lily yang masih membatu tanpa sebarang kata.
Terkejut benar
nampaknya.
“Lily.” meluncur laju
nama itu daripada bibirnya, tetap tenang walhal kekalutan yang beraja di dalam
hati, hanya Tuhan saja yang tahu.
Lily menelan liur yang
tersekat di kerongkong. Nafasnya terasa sesak kerana tak kiralah apa juga yang
telah berlaku, tak ada satu pun yang pernah menyediakannya untuk saat-saat
begini.
Bertentang empat mata
dengan manusia yang bernama Kuzer Harmy, mengadap keangkuhan menggunung
ditambah pula dengan ketenangannya yang tak tercarik. Argh, percaturan yang
terlalu kejam!
Berbagai-bagai perasaan
menghimpit sehingga untuk berdiri begitu saja sudah terlalu menyakitkan.
Empat tahun dan
sekarang dia tiba-tiba muncul. Nampaknya kegilaan Kuzer Harmy tak pernah
berkurangan walaupun satu darjah.
Ughh,
memang tak guna! Namun yang pasti, Lily Nadira tak mahu
kelihatan lemah berhadapan dengan lawan seperti Jay.
“Well, well, well, if it isn’t the runaway groom.” membasahkan
bibir, Lily berkata sinis. Matanya mencerlung merenung tatkala ketawa lelaki
itu meletus, membingitkan telinganya.
“Glad you could still remember me. Apa
khabar?” tidak mempedulikan sindiran Lily, dia mengambil beberapa lagi tapak ke
hadapan supaya kali ini dia terus berdiri tepat di hadapan wanita itu.
“Selepas apa yang kau
dah buat, ‘lupa’ tu perkataan yang cukup besar. Kau nak apa, Jay? Siapa yang
benarkan kau masuk?” sela Lily, pantas. Tidak mahu membuang masa barang seminit
pun untuk mukadimah yang tak punya nilai.
Dia bukan bodoh dan
Kuzer Harmy bukan orang asing kepadanya. Segala lakonan serta helah raksasa ni
sudah ada di dalam tangan.
“Aku kan kawan lama
kau, tentulah pembantu rumah kau benarkan aku masuk. And as for why I am here,
isn’t it obvious? I miss you, Lily.” memang sengaja Jay memilih respons
sebegitu. Terlalu lama menghabiskan masa bersama sehingga dia tahu jelas
‘butang’ mana yang perlu ditekan untuk menaikkan darah wanita itu. Dan tidak
ada yang lebih menyeronokkan daripada melihat Lily cuba menahan marahnya
daripada meletus seperti gunung berapi aktif.
Lily mencebik seraya
mengambil beberapa tapak ke belakang, mencipta kembali jarak di antara mereka.
Berterusan berada terlalu hampir dengan Jay hanya tambah membuatkan kepalanya
berserabut dan Lily sendiri yakin, Jay tahu jelas akan hal tersebut. Lelaki ini terlalu mahir mempergunakan
kelebihan yang wujud. Cis!
Dia mendongak dan
pandangan mereka sekali lagi bertaut.
Empat tahun berlalu dan
tak ada perbezaan ketara di antara Jay yang dikenalinya dulu dengan yang sedang
berdiri di hadapannya kini. Tentu saja, mereka dua manusia sama yang telah
menghancurkan hatinya.
Lelaki itu masih dengan
jaket, t-shirt serta jeans pudar. Rambutnya yang kini mencecah kolar baju
disisir kemas, mewujudkan keranggian tersendiri. Di tambah pula dengan
kompleksi sawo matang yang menunjukkan dia masih lagi gemar bersukan, sepasang
mata yang tajam merenung serta tulang pipi yang merupakan salah satu aset
termahalnya, Kuzer Harmy merupakan bukti kukuh sebuah kematangan dan gabungan
genetik yang baik.
“See anything you
like?” usikan Jay membuatkan muka lantas Lily bertukar panas.
Terasa kerdil dan bodoh
kerana memberi peluang kepada Jay untuk mengenakannya. Entah apa pula kerjanya
dia meneliti rupa makhluk yang satu ni. Hish!!
“Tak ada apa tentang
diri kau yang menarik. In fact, you disgust me! Hampir setengah dekad dan baru
sekarang kau nak tunjuk muka? Oh please, Jay. Apa pun permainan gila kau,
simpan saja. Aku tak berminat. Now get out of my house!” suara Lily meninggi,
membenarkan marah mengambil tempat. Marah yang lebih ditujukan kepada diri
sendiri kerana terlalu mudah berasa selesa dengan kewujudan Jay di situ.
Apa yang sepatutnya dia
lakukan ialah mencakar ketenangan yang menghuni wajah itu, bukan mengagumi
kelebihan yang dimilikinya. Haish, Lily Nadira!
Jay diam dan untuk
seketika, Lily pasti dia dapat melihat rasa bersalah singgah ke wajah tenang
itu.
“Aku
tahu apa yang aku buat dulu tak…”
“No, you don’t know
anything, Jay. Tak apa, biar aku jelaskan supaya kau lebih faham. You’ve
completely humiliated my family, humiliated me!! Kau buat aku rasa tak ada
nilai langsung. ”
“Come on, it can’t be
that bad.”
Spontan, tangan Lily
mencapai mug berisi milo daripada atas meja lalu dicurah isinya ke muka lelaki
itu. Bibirnya diketap geram, hatinya membakar dengan amarah.
“Kalau kau fikir
tindakan kau dulu takkan beri sebarang kesan, nampaknya kau lagi gila daripada
apa yang aku sangka.”
Jay meraup wajahnya
yang mula melekit akibat ‘serangan’ kecil Lily sebentar tadi.
Memang dia layak
menerima apa saja bentuk kemarahan wanita itu dan dengan kelancangan
kata-katanya tadi, dia layak mendapat balasan yang lebih teruk lagi sebenarnya.
“We were a mess back
then. Marriage won’t make things better. We were so young and selfish and… and
corrupted. Aku… aku…” dia menghela nafas, kehilangan kata untuk menjelaskan.
“Whatever, Jay. Kalau
kau nak jadi pengecut, jangan heret aku sekali. You’re incapable of loving
anyone else but yourself. I should have known better.” bidas Lily.
Berdesing telinga Jay.
Sememangnya dia tahu kebolehan wanita itu untuk menyakitkan hatinya dan dia
sepatutnya lebih bersabar tapi kata-kata Lily itu terlalu pedih. Orang lain
boleh memikirkan apa pun tentangnya, mencipta berbagai-bagai fakta sendiri tapi
Lily Nadira tak ada hak itu.
Bertahun-tahun bersama
dan itu pandangan Lily terhadap dirinya selama ni? Yang dia tak mampu untuk menyayangi orang
lain?! Jadi, selama ini hatinya itu diberikan kepada siapa, huh?!
“Keputusan tu untuk
kita berdua. Kalau kau berkeras tak nak faham, itu hak kau. And for your
information, I did meet someone that I really care about after I left.”
Lily terdiam.
Jantungnya terasa
seperti mahu meletup, wajahnya mula membahang.
Apa mungkin untuk
kesakitan itu berganda? Dia yakin sudah tak ada perasaan lain untuk raksasa
bernama Kuzer Harmy ini selain daripada kebencian, jadi mana mungkin untuk dia
berasa cemburu.
Cemburu kerana bukan
dia orang yang mampu membuka pintu hati Jay untuk belajar menyayangi? Haish
Lily, berhenti buat perkara lebih rumit!
“Baguslah. The beast
has finally learned to actually care about someone. Err …” Lily berdehem.
“Aku masuk dulu. Perlu
bersiap untuk keluar makan dengan tunang tersayang.” ujarnya lagi dengan
senang.
Jay mendengus.
“Nampaknya tak ada
apa-apa yang berubah. You’re still a good liar I must say. Tunang, Lily?
Seriously?”
Laju saja Lily
menggeleng. Matanya tiba-tiba bersinar kerana kali ini, dia sudah punya jalan
untuk menunjukkan kepada Jay si bongkak yang dirinya sudah tak ada apa-apa
makna kepada Lily Nadira. Hanya sebuah kisah silam yang perlu dilupakan.
“Opps, kau memang kenal
aku, Jay. Aku memang menipu. Apa boleh aku cakap, bad habits die hard. Tapi
satu-satunya yang aku tipu adalah tentang keluar makan tu. Yang lain semua
benar. I’m engaged… to be married.” tangannya diangkat supaya Jay dapat melihat
sendiri cincin yang kini sudah dua tahun menghiasi jari manisnya.
Dahi lelaki itu
berkerut dengan riak tidak senang.
Satu markah kepada Lily
Nadira. Tahniah!
“I’ve moved on, Jay.
And you’re nothing more than my old highschool memory.”
Beberapa saat berlalu
pergi, diisi sebuah kesunyian yang sarat dengan kedinginan serta kesakitan
tersendiri. Masing-masing kehilangan kata, seolah mengakui yang mereka berdua
masih mempunyai kesan ke atas satu sama lain dan empat tahun bukan satu
tempoh masa yang mampu untuk membunuh
perasaan yang sudah berakar lebih lama daripada itu.
“Siapa?” Jay memaksa
diri bertanya.
Dia tak layak untuk
berasa kecewa sebenarnya. Normal bagi Lily untuk bergerak ke hadapan walaupun
dia tak senang mendengarnya. Tambahan pula apabila dia begitu yakin wanita itu
takkan mengambil langkah terburu-buru seperti memulakan sebuah perhubungan yang
baru setelah apa yang terjadi.
Ah, bodohlah dia kalau
dia fikir Lily akan terus menunggunya selepas apa yang dia dah buat! Tak
kiralah macam mana sekali pun Jay berusaha untuk membenarkan keputusannya dulu,
menghilang hanya beberapa hari sebelum mereka bergelar suami isteri, namun
harus diakui, tindakannya itu salah.
Lily mungkin benar,
semua tu sekadar alasan semata. Tipikal Jay, melarikan diri seperti seorang
pengecut apabila dia mula merasakan tanggungjawab itu terlalu berat buatnya.
“Jay.”
“Uh ya, bukan masalah
aku. Anyway, congratulations. Err kau rasa Ed ada kat rumah tak? Aku ingat nak
buat kejutan. Dan ya, sebab aku perlukan
tempat untuk tidur malam ni.”
“Keluarga kau tak tahu
kau balik?”
Jay menggeleng.
“Aku perlukan masa. You
know, before they chop me into tiny pieces, a punishment that I so totally
deserve.”
“Yup, you deserve to be
chopped into pieces.” balas Lily.
“Oh aku kira ‘mandi’kan
aku dengan milo tadi tu hanya pengenalan untuk hukuman lain yang lebih
dahsyat?” gurauan Jay yang akhirnya
berjaya membuatkan Lily tersenyum lantas mewujudkan suatu perasaan yang tak
dapat digambar. Terlalu sukar dirasakan untuk mengalihkan pandangan daripada terus berlabuh
di wajah Lily yang kini sedang tunduk merenung flip flops merah jambu yang
dipakainya.
Mereka berdua senyap,
membuatkan keadaan kembali janggal.
Janggal… Perkataan yang
tak sepatutnya wujud di antara mereka. Pada dasarnya seolah tak ada apa yang
berubah. Lily masih seperti Lily, manis dan berani, dua kombinasi membentuk
seorang wanita yang sering menghiasi ruang fikirannya.
Namun kenyataannya, tak
ada lagi yang sama. Perit untuk diakui, tapi mereka kini sudah menjadi dua
orang asing yang pernah berkongsi sebuah kisah sebelum membawa haluan
masing-masing. Terima kasih kepada perbuatan gila dan bodoh manusia bernama
Kuzer Harmy yang sememangnya pakar dalam menghancurkan segala macam perkara,
terutama sekali hidupnya sendiri.
“Lily,
aku minta maaf. Sungguh. Aku tahu aku tak boleh ubah apa-apa tapi…”
“Ughh, aku masuk dulu.
Dah lewat ni. Kau tahu jalan keluar, kan?” pintas Lily.
Sebarang penjelasan daripada
Jay
hanya akan membuatkan mereka lebih lama di sini. Melihat lelaki itu saja sudah
membuatkan hatinya sakit, apatah lagi mendengar karangan ayat serta alasan
membela diri terbaik yang entah sejak bila lagi disusun.
Terlalu banyak yang
mereka lalui bersama dan untuk terus berpura-pura seakan semua itu tak punya
sebarang makna memerlukan sepenuh kekuatan. Kekuatan yang pada ketika ini
terlalu rapuh dan goyah.
“Bye, Lily.”
“Toodles. And Jay…”
Langkah Jay mati dan
dia menoleh, mengjungkitkan keningnya.
“Welcome home.”
**************************************************
Hello and good morning ^^
Chapter 1.
Pengenalan kepada beberapa watak.
More characters to come, more stories to be revealed, more dark secrets to delve into.
Komen dan kritikan amat dihargai.
Terima kasih daun keladi, jumpa lagi nanti~
0 comments:
Post a Comment