Lily Nadira
merenung kosong ke arah cermin meja solek di hadapan. Refleksinya memantulkan
kembali debat perasaan yang maha hebat di dalam hati yang kini mula mengganggu
rasionalnya untuk berfikir.
Kesakitan yang
menghimpit bersama jutaan perasaan lain membuatkan dia terlupa sebentar kepada
sepasang mata yang sedari tadi memerhati dan menanti untuk dia memberi respons.
Tapi bukankah sudah
terlambat? Apa saja kata-katanya selepas ini takkan mampu mengubah semua yang
sudah berlaku.
“Kak Ngah dah cuba halang dia daripada buat
kerja gila ni tapi…” satu keluhan berat keluar daripada bibir wanita yang lima
tahun lebih tua daripadanya itu. Risau dengan kekalutan yang bakal tercipta
apabila berita ini sampai ke pengetahuan semua.
Sungguh kalut, bakal
berantakan segalanya.
Wajah
Maira Athira juga nampak kusut, sesak dengan masalah yang baru bertandang
“Bukan Lily tak kenal
dia macam mana.” tambah Athira sambil memicit pangkal lehernya. Kelihatan cukup
kesal dengan apa yang telah berlaku.
Lily sekali lagi
membatu.
Memang dia kenal lelaki
itu, terlalu kenal sebenarnya. Sudah ramai menjadi bahan mainannya dan
sekarang, dia juga merupakan salah seorang daripada mereka.
Sayangnya, lelaki itu
tak dapat memilih masa yang lebih baik lagi untuk menamatkan permainan.
Tiga
hari sebelum pernikahan mereka? Ah, kau memang hebat! Lily
mengetap bibir.
Marah, geram, malu, dan
kecewa, semuanya bergabung membentuk sebuah perasaan yang terlalu menyakitkan.
“Kak Ngah ikut dia
sampai ke lapangan terbang dan…”
“Kenapa?” pintas Lily.
Suaranya mendatar cuma.
Athira memandang wajah
kosong milik gadis berusia 20 tahun itu, sedikit bingung dengan ketenangan yang
dipamerkannya.
Untuk seseorang yang
baru saja ditinggalkan beberapa hari sebelum hari bahagianya, Lily terlalu
tenang atau lebih tepat lagi, terlalu handal menyembunyikan perasaannya.
“Apa penjelasan dia?”
soal Lily kembali, kali ini setiap patah perkataan ditekannya.
“Err… dia cakap ini
jalan yang terbaik. He said that both of you wasn’t ready for this kind of
commitment, that it was all too hasty. Something about being too perfectly
corrupted for one another. Entahlah, apa yang dia cakap tak masuk akal.”
Lily mengangguk.
Jadi, apa saja yang
lelaki itu beritahu dia selama ni tak benar.
Ah, sepatutnya Lily lebih tahu!
Menyeru kekuatan yang
masih bersisa, Lily memaksa diri untuk bangun.
“Lily nak pergi mana?
Kita kena fikirkan cara untuk selesaikan masalah ni.” suara Athira sedikit
kalut. Tangannya pantas mencapai lengan Lily.
“Kalau itu yang dia
fikir, mungkin kita patut hormati keputusan dia. Don’t worry, no judgement.
Semua orang kenal dia macam mana.” Dia
memang tak guna. Tambah Lily di dalam hati.
“Lily…”
Menarik lengannya
daripada pegangan Athira, dia memaksa satu senyuman.
“Excuse me, I have a
wedding to stop.”
*******************************************************
Hello, good day! ^^
Lama tak jumpa heee~
Jadi, ni salah satu 'pet project' saya selepas lama ber'hiatus'.
Hrmm, what to expect from this one?
- expect it to be cheesy, real cheesy :)
- less complicated (as compared to One Day You'll Be Mine)
- 3rd POV
- gaya penulisan yang masih 'skema' dan tak sempoi hehe
- lots amount of sweetness in a not-so-romantic possible way
Mengambil nasihat salah seorang kawan, untuk biar imaginasi saya terbang bebas. Dan inilah hasilnya - sesuatu yang kurang 'serius' dan lebih santai (hopefully). Kita tengok macam mana nanti ^^
Macam biasa, sokongan, komen dan pandangan anda, anda semua sangat dihargai.
Terima kasih daun keladi, jumpa lagi nanti~
2 comments:
welcome back cik author
looking forward to read new entry
the title looks spicy and sure this gonna turn out awesome
i love u writer!! really hee . since one day you'll be mine . hardly can wait for next novel perhaps ? goodluckkkk!
Post a Comment