Wednesday, January 30, 2013

Last Teaser: One Day You'll Be Mine 31


 “Insecure but that’s not the point. Kita bukan kat sini untuk bercakap atau mempersoalkan kewarasan aku tapi untuk minta maaf. I know verbal assault is your syle of solving things but assaulting my girlfriend? Geez Firasha, that’s the worse.” marah Nik.
Melihat mereka berdua bertekak begitu membuatkan aku lebih tertanya-tanya hubungan sebenar mereka. Siapakah Nik kepada Firasha dan siapa pula Firasha kepada Nik?
 “Kalaulah awak tahu apa yang saya dah buat.” bunga ketawanya hambar tanpa sebarang warna.
“Saya fikir apabila saya dah ada dengan awak, keadaan akan menjadi lebih baik. Nampaknya saya salah. I keep on hurting you without even meaning to. Rasa bersalah tu adalah hukuman seumur hidup yang berat, kan?”
“Apa yang awak cakap ni?” berjaya juga akhirnya aku untuk membuka mulut dan berkata-kata.
“Angah!”jerit Elisa pula, menuruti langkah Kristine.
Farez juga seperti aku, hanya kaku di situ seperti orang bodoh.  Nafas aku tersekat di dada apabila mataku mendarat kepada sumber kekalutan yang tercipta itu. 

*****

Assalamualaikum dan selamat tengah hari~
Taraa presenting the last teaser, pengubat rindu kepada Encik Dzul Ehsan, Encik Nik Afezal dan Cik Anith Fitriah. 

Kepada yang sudi baca ODYBM daripada Bab 1 sampailah sekarang ni, menunggu dua tahun lamanya, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih. ODYBM takkan ada tanpa pembaca seperti anda, anda, anda dan dan anda semua yang comel belaka.

Dan saya memohon maaf terlebih dahulu andai kiranya ODYBM tidak memenuhi harapan hati, mengecewakan atau pun yang sewaktu dengannya. *nervous mode*

Semoga terhibur dan silalah dapatkan ONE DAY YOU'LL BE MINE kalau berkenan :P 

Menge-date bersama di PB1M Sabtu nanti? 

Share:

5 comments:

Unknown said...

Salam, saya dah order online dari Karyaseni, Pesta Buku tak dapat nak pergi. Apa pun tahniah dah jadi buku tak sabar nak menatapnya.

Inawza.Yusof said...

@Seri Ayu: terima kasih dan sungguh saya nervous. harap2 tak mengecewakan nanti :) selamat membaca ya~

blog-tips-kurus said...

Rase mcm nak ulang bace. Percaya tak?

Inawza.Yusof said...

@blog-tips-kurus haha sila sila la mengulang baca :)

Unknown said...

love your writing... good job... dan dah ulang baca part yang ada Ehsan and Fitri... love them!! all the best!! dah ada next book on the way?