Saturday, January 26, 2013

Details & Sinopsis: One Day You'll Be Mine

Tajuk: One Day You'll Be Mine
Penulis: Inawza Yusof
Penerbit : Karyaseni
ISBN: 978-967-0246-40-6
Harga: RM33 (Semenanjung) // RM36 (Sabah & Sarawak)
ONE DAY YOU’LL BE MINE – Inawza Yusof

Secebis kenangan, sebuah kesetiaan untuk sesuatu bernama… cinta

Dia seorang gadis yang hidup bukan hanya memikirkan tentang dirinya sendiri. Atas kesilapan masa lampau, dia mengambil keputusan untuk menjadikan dirinya sebagai seorang pesalah dan menghukum dirinya agar tidak berasa bahagia. Baginya, hilangnya kasih sayang daripada seorang lelaki bernama Nik Afezal, bererti hidupnya sudah tidak bermakna! 

Bagi Anith Fitriah, keluarganya bersalah kerana merahsiakan hal besar itu daripada pengetahuannya. Dengan alasan, ia dapat mengurangkan kesakitan yang dialaminya. Tetapi hakikatnya, tindakan mereka telah menyebabkan Anith Fitriah berasa menyesal atas keputusan yang dibuatnya. Kalaulah dia tahu yang selama ini dia melakukan sesuatu yang sia-sia, pasti dia takkan meninggalkan Dzul Ehsan kemudian meneruskan kehidupan yang telah diaturkan oleh kedua-dua belah keluarga mereka. 

“Kau pekak ek?”

“Aku boleh dengar kau bercakap. So, no, I’m not deaf. Thank you for asking.”

“Jadi boleh tolong jelaskan kat aku kenapa kau kuatkan volume TV ni sampai orang kat Afrika sana pun boleh dengar?”

“Okay, but stay away from my stuff and get your own TV.” 

Dzul Ehsan dan Nik Afezal. Bagi perspektif Anith Fitriah, kedua-dua lelaki itu memiliki perangai yang sangat berbeza. Sejak dulu lagi, lelaki yang paling indah di matanya hanyalah Nik Afezal. Dan lelaki yang paling tidak bertanggungjawab dan suka membuat muka selambanya… ialah Dzul Ehsan. Uh, sangat menyakitkan hati bila bercerita tentang lelaki itu! 

“Jangan cari pasal dengan aku awal pagi macam ni, boleh tak?”

“Jadi aku patut tunggu tengah hari atau malam sebelum cari pasal dengan kau? Is that what you’re suggesting?”

“Pergi mampus.”

“Terima kasih, I love you too.”

Arghhh!!! Dia memang sengaja mahu menyakitkan hati aku. 

Tapi kenapa banyak perkara yang berlaku dalam hidup Anith Fitriah, nama lelaki itu juga yang meniti di bibirnya. Dzul Ehsan juga yang pasti akan hadir melindunginya.

Adakah itu tandanya… Dzul Ehsan yang berjaya menarik perhatiannya sekali gus berjaya memiliki hatinya? Tapi bagaimana nekadnya untuk hidup bersama dengan lelaki yang pernah disayanginya, iaitu Nik Afezal?

Oh, sesungguhnya dia harus bijak memilih! Dan pilihannya pada kali ini tentulah pilihan yang terakhir. 

“Kenapa kau nak kahwin dengan orang yang menyusahkan?”

“Mudah… sebab aku sayang kau.” 

********************************************************
Haa menurut sumber-sumber, Isnin Selasa ni dah  boleh mula order Encik Dzul Ehsan. Tapi, kalau ada apa-apa perubahan nanti saya roger lain.  
Untuk yang free hari Sabtu (2hb Februari 2013) ni, mehlah kita serbu PWTC dan menge-date bersama. Teringin sungguh nak jumpa anda, anda, anda, anda dan anda semua ni. 
Masa: 11am-1pm.
  
Share:

7 comments:

Syarp said...

Boleh tau tak ,stakat yg kuar kat blog is it quarter@half@ more than half dari the whole story of ODUBM?

Inawza.Yusof said...

Hai Syarp ^^
ODYBM ada 60 bab...dan yang dah update kat blog ni dah separuh sebenarnya.
Boleh dikatakan nak dekat sampai part yang penting jugak lah hehe

Anonymous said...

Tak sbr nk beli :-)

Inawza.Yusof said...

anon tersayang beli beli jangan tak beli :)

those little moments ...... said...

congrats inawza!! gonna get this soon!!

Inawza.Yusof said...

@those little moments ......

Terima kasih. Saya sungguh-sungguh harap ODYBM takkan mengecewakan ^^

Anonymous said...

Miss Inawza

Bought ODYBM yesterday at 5.30pm. started reading it 1 hour later. finished reqding it at 10.00 pm today. rally!! :-)

First time reading ur art of work. Love it! love it! love it!

Fitri..the character reminds me of Bella Swan specifically in New Moon. Your story telling... it makes me feel Fitri's pain, hole in her heart, shes a magnet for troubles and how small n awkward she behaves around people. and i can feel how fragile she is.

kudos!

yasmeen