"Sir Nik tu
handsome, kan?"ujar Zara sambil memperbetulkan lipatan tudungnya agar
lebih kemas.
Aku hanya mendiamkan
diri, tidak berminat untuk memberi respon terhadap kata-katanya itu. Aku kira,
semua lelaki handsome di mata Zara. Siapa yang tak kenal Zara? Pelajar bermulut
murai yang kepoh dan amat peramah. Terlalu peramah sebenarnya. Aku sendiri
tidak faham bagaimana kami boleh berkawan. Personaliti dia dan aku berbeza
sekali. Aku, Ariyana seorang yang tak banyak bercakap dan lebih suka mendengar.
"Aku dengar dia tu
bujang lagi."kata Sara, masih berkisarkan tentang Sir Nik.
Entah bagaimana dia
mendapat maklumat itu tetapi harus aku katakan yang aku kagum akan kepantasan
dia mendapatkan maklumat. Ini kerana, Sir Nik, guru bahasa Inggeris sementara itu
baru sahaja mendaftar masuk ke sekolah kami seminggu yang lalu. Kebetulan pula
dia ditugaskan mengajar kelas 5 Sains. Orangnya boleh aku katakan good looking, tidak sesuai sekali
bergelar seorang guru. Ah, tak kisahlah walaupun cuma guru sementara kerana hakikatnya,
dia tetap guru aku. Masakan aku boleh memandangnya lebih daripada itu.
*****************
Tepukan di bahuku membawa aku
kembali berpijak di alam realiti. Alam yang penuh dengan masalah. Jauh benar
aku mengelamun, mengingat kembali zaman persekolahan, di waktu pertama kali
berjumpa dengan dia, punca kepada masalah yang menyesak fikiran aku sekarang.
"Anak dara tak
baik berangan." tegur mak su.
Aku mengangkat muka,
menghadiahkan satu senyuman hambar kepadanya. Aku tinggal di Kedah bersama mak
su aku. Kedua ibu bapaku menetap di Melaka, jauh daripada aku. Mak Su duduk di
sisiku. Melihatkan seperti ada sesuatu yang mahu diucapkannya, aku lantas
mematikan televisyen.
"Riya dah fikir?
Ibu kamu dah berkali-kali telefon, suruh Mak Su desak kamu." ujar Mak Su. Wajahnya
serius sekali.
Aku menghela nafas.
Tak suka hidup aku di atur-atur.
Aku bukannya budak kecil lagi!
"Cincinnya dah
diterima." mak su menambah, seperti memberitahu sudah tiada jalan lain
lagi dan aku terpaksa menerima lamaran itu.
"Siapa suruh ibu
terima? Riya tak bagi keputusan apa pun lagi." aku membantah, sedaya-upaya
menahan marahku yang dirasakan sudah sampai ke kepala.
"Mak su faham
perasaan ibu kamu tu, Riya. Antara kamu empat beradik, kamu sorang ja yang
masih belum berkahwin. Adik kamu tu, dah nak masuk dua orang anak."
Alasan yang tak boleh
pakai! Aku akan kahwin, bila tiba masanya dan sudah semestinya dengan orang
yang aku sayang, bukan dengan cikgu aku sendiri. Lagi pun, aku muda lagi, 26 tahun.
Tak payahlah kecoh sangat.
"Riya muda lagi,
mak su. Suruh ibu pulangkan balik cincin tu. Muktamad!"bentakku, lalu
terus meninggalkan mak su terkebil-kebil di ruang tamu sendirian.
*****************
Aku meneliti satu persatu syampu yang tersusun rapi di raknya. Fikiranku sebetulnya masih bercelaru, langsung tidak berjumpa jalan keluar yang terbaik.
"Riya."tegur
seseorang, membuatkan aku tersentak. Peganganku longgar dan botol syampu itu
jatuh mencium lantai. Teragak-agak sebentar sebelum aku menunduk dan mengambil
semula botol syampu tersebut.
"Err…sir."lidahku
kelu.
Sir Nik kelihatan
santai dengan jeans dan t-shirt. Tiada lagi kemeja dan slack seperti yang
selalu aku lihat ketika sekolah dahulu. Ini adalah kali pertama kami berjumpa
setelah aku meninggalkan sekolah dan selepas dia melamar aku melalui ibu aku yang
kebetulan amat menyukainya.
"Err..buat apa kat
sini?"aku bertanya, tanpa menyedari betapa bodohnya soalan itu. Cuba menghalau
kejanggalan yang terlalu tebal di antara kami berdua.
Dia berdehem dan berjalan menghampiri aku.
"Kalau saya kata
saya datang sini nak beli barang, mungkin Riya takkan percaya. Jadi, lebih baik
saya berterus-terang. Saya ikut Riya sebenarnya."jawabnya tenang.
Ketenangan yang merobek
hati aku dan aku benci ketenangan itu.
"Ikut saya?
Kenapa?"satu lagi soalan bodoh aku lontarkan kepadanya.
"Kita bincang
lepas Riya siap beli barang."ujarnya, menunjukkan sifat tolak-ansurnya.
Dan untuk lima belas
minit kemudiannya, dia hanya menuruti langkahku. Tanpa banyak cakap dan sabar
sekali.
Sekarang, kami
bertentang empat mata, berbincang tanpa gangguan sesiapa, atau mungkin seorang
pelayan yang menghantar minuman kami, selain daripada itu, bebas daripada
gangguan.
"Maafkan saya,
sir. Tapi saya harap sangat sir tarik balik lamaran tu."pintaku, penuh
pengharapan.
"Riya dah ada
orang lain?" soalnya, lembut.
Orang lain? Setelah
hati aku dihancurkan dulu, aku tak pernah lagi berfikir lagi soal cinta. Buang
masa!
"Ini bukan masalah
orang lain. Ini masalah saya. Sir, semua ni tak masuk dek akal."
"Apa yang tak
masuk dek akal?"soalnya lagi, membuatkan aku terpempam.
Bagaimana dia boleh
tanya begitu? Aku rasa semuanya dah jelas.
"Semuanyalah."jawabku.
Sejujurnya, aku tak
tahu apa lelaki ini buat di sini. Dia tak sepatutnya berada di sini. Bukankah
dia ada kelas untuk diajar? Ooo, hari ni hari Sabtu, cuti. Tapi, apa yang dia
buat di Kedah?
"Kenapa?"
"Sir Nik, sir
adalah guru saya. Takkan ada hubungan yang akan terjalin lebih daripada ini.
Sir fikir saya boleh terima orang yang menyemak karangan bahasa Inggeris saya
yang bodoh tu? Tak boleh!"
Dia tidak memberi
reaksi seperti yang aku harapkan. Tetap tenang. Beginilah cara dia menangani
kelas kami dulu walaupun budak lelaki kelas aku agak nakal.
"First of all, karangan bahasa Inggeris
Riya tak bodoh. Malah, ia lebih baik daripada kawan-kawan Riya yang lain. Second, tak ada hukum yang menyatakan
seorang guru tidak boleh berkahwin dengan bekas pelajarnya."
Aku membeliakkan mata.
"Saya tak peduli.
Saya tak percaya yang sir tak sependapat dengan saya. Sir setuju dengan lamaran
tu?"
Lambat-lambat dia
mengangguk. Aku membuka mulut untuk berkata sesuatu tapi terhenti apabila
telefon bimbitku berdering. Pantas aku menjawabnya.
"Apa?!"
*****************
Tanpa rela, cincin pertunangan itu disarungkan ke jari manisku. Semuanya kerana
ibu. Dia diserang sakit jantung sebaik sahaja mak su memberitahu yang aku
menolak lamaran itu. Tak sangka, sebegitu besar impaknya terhadap ibu.
Akhirnya, aku terpaksa menerima. Tempoh pertunangan kami adalah satu tahun,
supaya aku dan Sir Nik dapat mengenali hati budi masing-masing dengan lebih
mendalam.
Dan hari ni,
pertunangan kami telah mencecah dua minggu. Aku melayan lelaki itu mahu tak
mahu saja. Marah kerana dia langsung tidak membantah pertunangan itu. Tapi, dia
langsung tak ambil hati, tetap melayan aku dengan baik.
"Perkara pertama
yang perlu kita lakukan ialah menghentikan panggilan ‘sir’ daripada mulut Riya.
I’m not your teacher and you’re not my
student anymore."ujar Sir Nik, serius.
"Tapi, sir pernah
jadi cikgu saya. Sembilan tahun dulu, saya adalah salah seorang yang
mengucapkan ‘Good morning, sir’
setiap kali sir masuk. Fakta tu takkan berubah sampai bila-bila. Sebetulnya,
saya tak percaya sir setuju dengan semua ni."sinis sekali aku berkata.
"Lebih baik Riya
daripada perempuan lain. Mak saya, seperti mak Riya juga, risau kerana saya
masih bujang dalam usia yang sebegini. Jadi, bila saya nampak Riya dekat
Megamall hari tu, saya terus cadangkan kepada mak supaya meminang
Riya."dia menjelaskan.
Aku hampir menyemburkan air milo yang aku sedut itu ke mukanya kerana terkejut.
"What?! Sir yang cadangkan saya? Sir ni
waras atau tak? I’m your student!"aku
menekankan perkataan ‘student’ itu agar lebih jelas di pendengarannya.
"Ex-student."dengan
selamba dia memperbetulkan.
"Saya tak nampak
apa-apa masalah pun lainlah kalau perbezaan umur yang menjadi masalah. Ermm, 37
tolak 26 berapa ya?" soalnya, sedikit tidak serius.
Aku menggigit bibir,
mahu saja rasanya aku membaling tas tangan di atas ribaan ke mukanya. Geram
dengan sikap selamba yang dipamerkannya.
"Saya tak boleh
berkahwin dengan orang yang terlibat dengan zaman bodoh saya."
Sir Nik ketawa mendengar
itu, tapi kembali serius.
"Saya sebenarnya tak
sangka dapat jumpa Riya balik. Riya jalan dekat Megamall sorang-sorang. Ingat
nak tegur, tapi lepas tu Riya hilang."Sir Nik menarik nafas, mungkin lega
kerana sudah dapat melafazkan apa yang tersirat. Yang tak leganya aku.
Setelah lama mendiamkan
diri, aku akhirnya bersuara.
"Saya hargai toleransi
sir terhadap saya tapi maaf. Saya takkan dapat lihat sir lebih daripada seorang
guru. Cincin ini lebih layak berada di jari orang yang mencintai sir. Bukan
saya. Saya hanya pelajar sir." aku melucutkan cincin di jariku lalu
diletakkan di hadapannya yang nampak terkejut itu.
"Tentang ibu, biar
saya uruskan. Maafkan saya, sir." dengan itu, aku terus berlalu.
Sebulan aku tidak mendengar khabar daripadanya dan selama sebulan juga aku mengarang ayat untuk diucapkan kepada ibu. Sir Nik juga belum memberitahu ibunya aku kira. Kalau tak, keadaan mungkin sudah menjadi kelam-kabut sekarang. Leteran ibu, pandangan tajam abah…aku masih selamat daripada semua itu, buat masa ini. Yang menghairankan, kata-kata Sir Nik hari itu sentiasa terngiang-ngiang di telinga. Riak wajahnya yang tulus itu juga membuai perasaan.
Sebulan aku tidak mendengar khabar daripadanya dan selama sebulan juga aku mengarang ayat untuk diucapkan kepada ibu. Sir Nik juga belum memberitahu ibunya aku kira. Kalau tak, keadaan mungkin sudah menjadi kelam-kabut sekarang. Leteran ibu, pandangan tajam abah…aku masih selamat daripada semua itu, buat masa ini. Yang menghairankan, kata-kata Sir Nik hari itu sentiasa terngiang-ngiang di telinga. Riak wajahnya yang tulus itu juga membuai perasaan.
Apa yang aku fikir ni?
Aku memarahi diriku sendiri. Dan entah kenapa, walaupun setelah memutuskan
pertunangan itu, hati aku masih tidak senang.
"Riya, you have to be careful with your grammar."
itulah kata-kata Sir Nik kepada aku dahulu, sewaktu dia menyemak karangan
bahasa Inggeris aku.
Aku tersenyum sendiri.
Agaknya apa akan jadi
sekiranya kami bergelar suami isteri?
‘Riya, have you done your homework? Five essays and
I want it on my table by this Wednesday.’
Gila aku ni!
*****************
Aku merenung milo ais di hadapan aku itu tanpa minat. Memerhatikan ais-ais itu
cair. Aku akan pulang ke Melaka esok, menjelaskan segala-galanya. Hal ini tidak
boleh ditangguh lagi. Nanti mereka akan fikir semuanya berjalan dengan baik.
Sedikit tersentak aku apabila kerusi di hadapan aku ditarik.
Aku mendongak.
Sir Nik! Tenang seperti
biasa.
"Air tu kalau
ditenung lama-lama, jadi panas pulak nanti."katanya, selamba.
Hati aku, tidak aku
fahami, riang sekali melihat wajahnya.
"How are
you?"soalnya.
"Great."bohongku.
"But you don’t look great. What
happen? Miss me?"gurau Sir Nik.
Aku tersenyum tawar.
"Esok nak balik Melaka."aku
memberitahu.
Pandai-pandailah dia tafsirkan
sendiri maksud aku itu.
"Emm…pasal
tu…"dia berdehem.\
Aku menatapnya, penuh
minat.
"Hina rasanya diri
saya ni. Riya tak bagi saya satu peluang pun tapi terus reject saya. Tak adil
tu."kata-kata itu dilafazkan dengan selamba tapi dalam maksudnya.
"Saya fikir sir
dah setuju. Sir menghilang…"
"Pembetulan. Saya
tak menghilang. Malah saya ada kat sini, setiap hari, memerhatikan Riya. Saya
cuma beri masa untuk Riya berfikir. Kalau sebulan tak cukup, saya boleh tambah
lagi. Cakaplah berapa lama? Setahun, dua tahun?"
Aku terpana.
Tersentuh dengan kesungguhannya.
“Tapi tolonglah, cincin
ni hanya nampak cantik di jari Riya."dia mengeluarkan cincin yang aku
serahkan kembali kepadanya dahulu daripada poket seluar jeansnya dengan penuh
susah payah. Lalu tangan aku ditariknya dan cincin tersebut diletakkan di atas
tapak tanganku.
"Tolonglah,
berikan saya, Nik Alfian, satu saja peluang. Saya meminta bukan sebagai seorang
yang pernah bergelar guru Riya tapi sebagai seorang lelaki yang benar-benar
menyayangi Riya."
“Err kalau boleh
dilupakan tentang fakta yang satu tu pun, lagi bagus. Terima saya sebagai Nik
Alfian, bukan Sir Nik.”
Aku mendiamkan diri, menggengam
erat cincin tersebut.
Belum pernah seorang
lelaki mengucapkan sebegitu kepada aku, hatta bekas kekasihku Nazriel pun.
"Sir Nik Alfian,
tak sangka yang sir ni jiwang jugak ya?"lantas ketawaku meletus.
*****************
"What do you think,
sayang?"lelaki itu memaut bahuku, mesra sekali.
"I think it’s lovely."balasku.
"Yup, as lovely as you."
Aku lantas mencubitnya
apabila kata-katanya itu membuatkan seorang wanita yang turut sama membelek baju
bayi di sisiku mengangkat kening.
"Be careful with your words, Nik Alfian. Or you gonna make people fall for you."ujarku,
sekadar bergurau.
Dia ketawa dan
menggeleng.
"You can’t blame them if they fall for me.
You know how good looking your husband is."
Aku membeliakkan mata
dan satu lagi cubitan aku hadiahkan.
"It’s not your looks that mesmerized me, but
your words."aku berkata.
"Dan semua tu
hanya untuk awak, my beloved wife."dia
memandang aku dengan pandangan yang sukar aku tafsirkan.
"And of course, our baby."tambahnya.
Aku tersenyum senang.
Tidak sangka guru sementara
bahasa Inggerisku dulu akan bergelar suamiku.
Anehnya cinta!!!!
***************************************************
http://penulisan2u.blogspot.com/2008/11/cerpen-anehnya-cinta.html
***************************************************
http://penulisan2u.blogspot.com/2008/11/cerpen-anehnya-cinta.html
0 comments:
Post a Comment