Nizarif menutup lampu biliknya. Bersedia untuk pulang ke rumah, menghabiskan masa bersama dua ekor kucingnya dan mungkin juga menyiapkan lukisan CAD bagi ruang dapur vila Datin Hana sebelum melangkah ke katil. Kerjanya kali ini sedikit ringan dengan pembahagian tugas kepada beberapa orang junior termasuk Lily dan rakan kongsinya, Kenneth yang menguruskan pelan elektrikal untuk residensi tersebut.
Sling bag dicapai dan
setelah memastikan pintu ofisnya dikunci rapat baru dia bergerak ke ruang kerja
DesignHouse yang menempatkan dua orang intern, empat orang junior, seorang
akauntan dan seorang penyambut tetamu. Nani, seorang pereka bebas yang sudah
hampir tiga tahun bersama mereka pula lebih selesa bekerja daripada rumah.
Hanya apabila punya urusan dengan pelanggan baru ibu beranak dua itu singgah ke
ofis.
Sewaktu dia dan Kenneth
mula membangunkan DesignHouse, mereka berdua terpaksa bertungkus-lumus untuk
mencari klien. Bermula dengan projek kecil-kecilan, sekarang DesignHouse sudah
mempunyai ruang pameran sendiri. Ruangan kerjaya sebegini memerlukan kesabaran
dan kenalan yang ramai. Bukan mudah untuk memenangi kepercayaan orang tambahan
pula DesignHouse ketika itu masih baru.
Bunyi keluhan berat
seseorang membuatkan langkah Nizarif terhenti, lantas jam tangannya ditilik.
Sudah hampir ke pukul 10 malam dan setahunya, di waktu-waktu begini hanya dia
sorang saja yang berada di pejabat.
“Encik Nizarif dah nak
balik ke?”
Tersentak Nizarif,
hampir saja beg di tangannya terbang dan hinggap kepada siapa juga pemilik
suara tersebut. Sepantas kilat dia menoleh.
Beberapa saat kemudian
degupan jantungnya kembali normal. Wajah polos milik si gadis direnungnya,
antara geram dan lega.
“Apa awak buat dalam
gelap ni? Bukan tadi awak dah balik ke?” soal Nizarif dengan riak yang sengaja
diseriuskan.
Kus semangat, hilang
habis kekacakannya. Nasib baik tak menjerit, kalau tak lagilah bertambah tak
kacak. Punah kewibawaannya depan junior seperti Lily Nadira.
Lily mengangguk.
“Tertinggal barang kat
pejabat. Lepas tu saya tengok Encik Nizarif ada kat dalam ofis, saya pun
siapkanlah kerja sikit.”
“Awak ada kat ofis ni
sejak petang tadi lagi? Cari nahas betul. Nak kita berdua kena tangkap basah ke
apa?!” walaupun dia sengaja mahu menakutkan Lily tapi Nizarif sendiri cuak
apabila memikirkan kemungkinan itu. Semakin lama mereka berdua berada di sini,
semakin tak selamat pula dirasakan. Bukan cara yang baik untuk menamatkan zaman
bujangnya.
Wanita itu terdiam,
seolah baru terfikir tentang perkara tersebut. Wajah Lily terus berubah, nampak
jelas kegugupannya.
“Okay, bad judgement on
my part. Saya pergi ambil beg saya, kemudian kita boleh keluar.” dengan pantas,
dia berlalu ke meja.
Nizarif mengangguk.
Perhatiannya ditumpukan kepada Blackberry di tangan kerana jikalau tak, pasti
dia akan leka meneliti pergerakan wanita itu.
Kecil genit tapi
berbisa, Kenneth pernah bergurau. Mungkin kerana peribadi Lily yang berani dan
sedikit garang apabila diprovok.
Dia mengambil Lily
bekerja atas rekomendasi ibunya yang merupakan teman kepada Puan Masyitah, ibu
Lily. Pertama kali mereka berjumpa adalah di majlis perkahwinan kakak Nizarif
dan ibu wanita itu merupakan katerer serta wedding
planner yang bertugas menguruskan majlis tersebut.
Perkataan pertama yang
‘dihadiahkan’ Lily kepadanya ialah ‘snobbish’ yang mana Nizarif akui,
mempengaruhi keputusannya untuk mengambil wanita itu menyertai DesignHouse.
Sungguhpun dia tak memerlukan seseorang yang keras kepala dan tak berpengalaman
di dalam pasukannya tapi Nizarif teringin benar nak tengok sejauh mana
keberanian Lily boleh pergi.
Bayangkanlah betapa
terkejutnya wanita itu ketika dia memperkenalkan diri sebagai pemilik
DesignHouse. Saat yang sangat berharga sehingga dia terpaksa memanggil sepenuh
kekuatan untuk tidak ketawa.
“Okay, selesai. Jom.”
ujar Lily, sudah bersedia dengan beg dan fail ditangan.
Mengisyaratkan
kepadanya supaya keluar dulu, Nizarif berlalu ke pantri lalu mematikan lampu
terakhir yang menerangi ruang kerja tersebut. Dia berjeda sejenak memerhatikan
kawasan sekitar ofis yang lengang. Setelah berpuas hati baru dia melangkah ke
pintu.
Kelihatan Lily masih
terpacak di luar, sedang leka meneliti hujung kasutnya seakan objek itu begitu
menarik perhatian.
Mengenangkan hubungan
mereka yang tak pernah rapat, amat janggal bagi Nizarif apabila Lily masih di
situ. Jika sebelum ni, apa saja peluang yang wujud akan digunakan Lily untuk
menjauhkan diri daripadanya.
“Kenapa ni? Nak minta
naik gaji ke?”
Lily berpaling bersama
segaris senyuman yang hanya bertahan sesaat cuma tapi tidak menjawab.
“Bila awak berkelakuan
pelik macam ni, saya ragu-ragu sama ada awak benar Lily Nadira atau pun jelmaan
makhluk lain. Kalau awak tak nak saya tinggalkan awak sorang-sorang kat sini,
baik awak cakap sesuatu.” Nizarif cuba bergurau.
“Oh tak ada apa. Saya cuma rasa selesa dengan
dunia saya kat sini.” jawab Lily.
Benar, di sini satu-satunya tempat dia dibiarkan hidup dengan dunianya sendiri. Tanpa gangguan sesiapa walaupun sekali-sekala fikiran tentang seseorang tak penting dan menyakitkan hati singgah.
Benar, di sini satu-satunya tempat dia dibiarkan hidup dengan dunianya sendiri. Tanpa gangguan sesiapa walaupun sekali-sekala fikiran tentang seseorang tak penting dan menyakitkan hati singgah.
Di sini, dia boleh
melakukan sesuatu yang sangat disukainya walaupun di bawah tekanan seorang
ketua perasan bagus seperti Nizarif.
Nizarif mengangguk.
Mereka berjalan
beriringan menuju ke parkir kereta. Masing-masing senyap kembali, kematian idea
untuk meneruskan bicara kerana momen ini sememangnya tak pernah wujud di antara
Nizarif serta Lily.
Perbualan mereka
sebelum ni terhad kepada hal berkaitan kerja yang mana melibatkan dia
mengintimidasi wanita itu dengan kemarahan yang sengaja dibuat-buat dan Lily
memberikan berjenis-jenis jawapan logik dan bernas.
“Awak sedang melarikan diri daripada sesuatu.
Sebab seingat saya, Lily Nadira gambarkan DesignHouse ni sebagai dunia orang
bajet bagus yang tak bertimbang rasa.”
Jemari kanan Lily
menekup mulut, matanya membulat kerana terkejut besar. Tak sangka perbualannya
di dalam tandas bersama Sally tempoh hari sampai ke telinga Nizarif.
Opssiee!
Nizarif sekadar
tersenyum.
“Pencerobohan privasi.”
tutur wanita itu.
“A little birdie told
me. Hrmm, awak sedang larikan diri daripada siapa?”
Lily menghela nafas.
“There’s no one answer
to that question. The beast, the truth, the past.”
Kebuntuan sudah
memikirkan langkah seterusnya sehingga dirasakan mengelakkan diri daripada
berdepan dengan realiti lebih mudah. Namun, sampai bila dia harus melarikan
diri?
Lily yakin ibu serta
ayah masih lagi belum tahu tentang kepulangan lelaki itu. Kalau tak, pasti
mereka juga akan risaukannya. Risau jika hatinya akan kembali remuk sedangkan
mereka tak tahu, luka itu tak pernah sembuh.
Banyak hati yang perlu
dijaga, terutamanya hati tunangan yang sentiasa sabar dan memahami. Jadi,
kenapa harus perasaan Jay juga yang dibimbangkannya?
Nizarif menghentikan
langkah.
“This is my stop.”
ujarnya, menunjuk ke arah kereta Ford Fiesta biru metalik miliknya.
“Oh, okay. Jumpa esok.”
balas Lily, acuh tak acuh.
Dia meneruskan langkah
menuju ke keretanya yang hanya selang tiga petak daripada kereta bosnya itu.
“Lily Nadira.” panggil
Nizarif.
Lily menoleh.
“Face the beast, tell
the truth and the past doesn’t matter.”
Satu kata-kata yang
membuat kekuatan Lily Nadira kembali bercambah. Tersenyum, dia mengangguk.
Tangannya mengeluarkan
telefon bimbit daripada tas tangan dan mula menaip.
:hai
J
I’m ready, let’s tell him
**************************************
Face the beast, tell the truth, and the past doesn't matter.
Ada seseorang berikan saya nasihat tu dan dia benar.
Untuk itu, terima kasih.
Nah, sudah diabadikan di sini, biar kekal selamanya~
Updated! Finally. Terima kasih nurulrezzan kerana mengingatkan hehe
Dan juga kepada Cik Soleh kesayangan yang selalu tinggalkan jejak di Disqus box kat bawah tu.
Okay, komen dan kritikan amat dihargai.
Terima kasih daun keladi, jumpa lagi nanti!
0 comments:
Post a Comment