Saturday, January 29, 2011

Friday, January 14, 2011

One Day You'll Be Mine 16

La la la la la...the new chapter is up...!!!
16
Aku membuka mata di suatu tempat yang aku rasakan cukup tidak asing bagiku. Tetapi aku tak ingat di mana. Otakku enggan berfungsi, menyebabkan aku hanya memandang sekeliling tanpa sebarang perasaan. Perlahan-lahan aku bangun daripada katil, melangkah keluar daripada bilik yang bertutup rapat.
 “Oh hey there sleeping beauty!”sapa Elisa.
Ah, rumah mama! Ehsan hantar aku ke rumah mama.
“Elisa.”
“Rasa lebih baik? Bump kat sini pun dah berkurangan daripada semalam.”Elisa menunjuk ke arah dahinya.
“Kak Ngah tak sedar pun bila Kak Ngah sampai sini.”kepalaku mula berdenyut.
“Semalam Angah bawa Kak Ngah datang sini. You were sound asleep like a baby when he brought you in and put you to bed. So sweet considering Angah was never this sweet. Dan dia dah beritahu kami apa yang berlaku semalam. Tapi jangan risau, not a word to your parents.”Elisa tersenyum. Pandangannya seolah-olah bersimpati dengan aku.
Ehsan. Bayangnya tidak kelihatan di mana-mana, begitu juga mama. Aku rasa sangat penat sekarang.
“Ehsan dengan mama mana?”
“Angah macam biasalah, kat studio. Dia pergi lepas hantar Kak Ngah ke sini. Mama keluar beli barang sekejap. Kak Ngah patut berehat. You don’t look good.”
“I don’t feel good too.”aku berjalan menghala ke bilik semula.
Mungkin aku patut baring. Seluruh badanku terasa bagai dicubit-cubit, kepalaku rasa nak meletup. Mujurlah aku mendapat MC untuk hari ini dan esok. Today is gonna be a very long day.
“Dan Angah cakap petang nanti dia ambil Kak Ngah.”
Aku sekadar mengangguk.
“Tolong kejutkan Kak Ngah nanti, ya.”
Aku menghempaskan badan ke atas katil, berharap agar badan aku akan berderai pecah supaya segala kesakitan yang aku rasakan sekarang ini akan hilang. Semalam bukan mimpi, begitu juga tiga tahun dahulu. Bersusah-payah aku kumpulkan kekuatan untuk meneruskan hidup tetapi dalam sekelip mata sahaja kekuatan itu diragut daripada aku, sedikit pun tidak bersisa. Sebolehnya aku mahu memejamkan mata, tidak mahu kembali ke dunia realiti. Mereka tidak akan faham perasaan aku, kesakitan aku. Melalui setiap hari yang tiba dengan perasaan bersalah dan menyesal terlalu memenatkan namun aku tak boleh lari. Ia seumpama bayang-bayang yang sentiasa bersama aku walau ke mana aku pergi. Bohonglah jika aku kata aku tak pernah cuba untuk melupakannya tetapi sentiasa gagal sehingga akhirnya aku memilih untuk berputus asa. Kerana aku segalanya berlaku.
Keluarga Nik tidak pernah menghubungi aku selepas kejadian tersebut, bayangkanlah betapa marahnya mereka kepada aku. Bukan salah aku? Aku yang menyerabutkan fikirannya pada hari itu, aku yang memandu dan aku juga yang gagal mengawal kereta. Bagaimana orang sanggup berbohong secara terang dengan mengatakan semua yang berlaku bukan salah aku? Ada juga yang mengatakan aku drama queen, berpura-pura menyeksa diri supaya aku tak dipersalahkan. Aku tak pernah membela diri dan tak ada sebab untuk aku berpura-pura menyeksa diri semata-mata untuk mendapat simpati. Itu lebih bodoh daripada yang sedang aku lakukan sekarang.
Tak patut mereka buat aku begini. Abah, ibu serta Abang Asyraf. Berapa kali aku bertanya kepada mereka tentang keadaan sebenar Nik tetapi tidak ada seorang pun yang mahu membuka mulut. Yang mereka tahu, menyuruh aku bersabar dan bertenang. Teruk sangatkah keadaan dia sampai tidak ada yang sanggup memberitahu aku? Aku tak ingat, segalanya kabur. Hanya wajahnya menahan kesakitan sahaja yang sempat aku rakamkan ke dalam ingatan. Tetapi berdasarkan keadaan kereta, aku dapat agak yang keadaan sebenar Nik.
Aku mahu semua ini berhenti agar aku dapat hidup tenang kerana sesungguhnya aku letih.

“Risau betul mama tengok Fitri semalam. Sikit pun tak bergerak waktu Ehsan bawa masuk.”mama berkata dan benar, dia kedengaran sangat risau.
Sup ayam serta nasi di hadapan aku itu aku pandang tanpa selera. Mungkin perutku sudah masuk angin setelah hampir seharian aku tidak menjamah makanan. Menghabiskan masa menjalani terapi berkonsepkan tidur dengan nyenyak.
“Tak sangka pula mama, Fitri akan percayakan Ehsan dalam keadaan macam tu.”
Aku memilih untuk tidak memberi sebarang respon. Berkali-kali aku sudah menjelaskan perasaan sebenar aku dan hari ni aku tidak mahu mengulanginya lagi. Semalam aku memerlukan bantuan. Tak mungkin untuk aku menelefon abah atau Abang Asyraf kerana tahap kerisauan mereka kadang-kadang agak melampau. Selain daripada dua lelaki tersebut, aku tak punya pilihan lain.
“Masih ada waktu untuk betulkan semua ni. Rujuk balik dan mulakan hidup baru.”
“Teruskanlah bercakap macam tu dan mungkin ini akan jadi kali terakhir dia jejakkan kaki ke rumah ni.”aku dapat merasakan pandangan Ehsan yang baru sampai itu ke arahku tetapi sedikit pun aku tidak menoleh.
Betapa bodohnya aku semalam di hadapan Ehsan! Meluahkan perasaan kepadanya adalah perkara terakhir yang mahu aku lakukan. Sekarang, aku rasa sangat vulnerable. Keadaan aku yang menangis tanpa henti, lemah dan cengeng. Susah untuk memandang ke wajahnya tanpa sebarang perasaan malu. Dia tak patut tahu tentang kisah hidup aku, tentang Nik tetapi kenapa mulut ni ringan sahaja untuk memberitahu semuanya. Bagaimana sekarang?
“Fitri bukan macam Angah.”bidas mama.
“Syukur untuk itu.”bijak Ehsan membalas sehingga aku teringin sangat nak tahu dari mana dia belajar ‘seni mempertahankan diri’ sebegitu. Setiap patah perkataan yang keluar daripada mulutnya boleh membuatkan orang terdiam dalam sekelip mata. Namun, semalam...Ehsan semalam bukan Ehsan bermulut lancang yang sedang berdiri di belakang aku sekarang ini. Seolah-olah wujud dua Ehsan yang berbeza. Mengingati tentang itu sahaja makin menambahkan perasaan tidak senang aku. Kami tidak pernah rapat untuk aku menceritakan seluruh sakitku kepadanya, untuk dia melayani aku seperti semalam. Bagus, sekarang aku dua kali ganda rasa lebih teruk.
“Aya mana?”tanya Ehsan, masih tidak berganjak dari tempat dia mula-mula berdiri tadi.
“Main games kat atas dengan Elisa.”
Terima kasih kepada Elisa dan mama yang memahami keadaan aku. Mereka langsung tidak membiarkan Aya bersendirian dengan aku, bimbang dia akan menghadiahkan bergunung-gunung soalan melihat keadaan aku. Benjol di dahi kiri, bibir yang bengkak kerana terhantuk ke stering tetapi hanya itu kecederaanku. Seatbelt menghalang sebarang kecederaan serius, jadi sila pasangkan seatbelt anda sebelum memandu.
“Dah makan?”mama bertanya kepada Ehsan.
“On diet, thank you.”
Aku tak tahu sama ada Ehsan memang serius atau dia sengaja mahu mengenakan aku. Namun sedaya-upaya aku menghalang diri aku daripada menjeling ke arahnya. Untuk hari ini dah seterusnya, aku tak akan pandang dia walaupun sesaat!
Mug berisi milo suam itu aku angkat dan meneguk perlahan-lahan.
“Kalau otak kau masih lagi tak berjalan dengan betul lepas terhantuk semalam, tujuan aku datang ni nak ambil kau. Jadi boleh tak kau tak buang masa aku dan cepat siap sekarang?”nadanya mendatar tetapi cukup untuk membuatkan mama menjegilkan matanya.
“Tak boleh ke cakap baik-baik sikit?”
Ehsan menghela nafas.
“Aku tunggu dekat kereta. Assalamualaikum, mama.”dia berlalu keluar.
Mendengar itu, aku bangun berura-ura untuk mengangkat mangkuk serta pinggan yang tidak terusik walau sedikit isinya ke dapur tetapi mama menghalang.
“Tinggal je kat sini. Nanti mama kemas. Minta maaf pasal perangai Ehsan tadi. Tahulahkan dia memang tak bertimbang rasa.”
“Jangan risau pasal tu, mama. Fitri dah biasa dengan dia.”aku cuba untuk mengukir senyuman.
“Kalaulah perangai dia lebih baik, pasti Fitri takkan teragak-agak untuk teima dia balik, kan?”
Mama, tolonglah berhenti memaksa. Aku tak akan boleh terima sesiapa pun dalam hidup aku. Ehsan terutamanya!!!
“Fitri naik atas dulu.”cara terbaik adalah melarikan diri.
Aku hanya sempat mengjenguk Aya sekejap sahaja selepas mengambil barang kerana aku tak mahu Ehsan bising nanti. Susah benar apabila terpaksa bergantung kepadanya. Aya memandang aku dengan hairan, mengusap dahiku dengan jari lembutnya.
‘Kenapa ibu?’soalannya itu aku jawab dengan ciuman di pipinya.
Semakin hari, Aya semakin dekat di dalam hati ini. Ehsan, aku harap dia bukan sebahagian daripada kau.
“Maaf lambat.”aku berkata sebaik sahaja wajah deadpan Ehsan menyapaku. Namun secepat mungkin aku mengalihkan pandangan ke kereta. Kereta aku?! Walaupun keadaannya masih lagi mendukacitakan remuk. Ehsan memang tak punya sedikit hati perut pun untuk membantu aku membaikinya. Percayakan dia konon. Tak boleh diharapkan adalah.
“Don’t worry, for you, I could wait forever.”dia membuka pintu kereta lantas masuk.
Apalah masalah kau dan kenapa kau memandu kereta aku?
“Mati ke kalau kau tak sakitkan hati aku sehari?”
“Mati ke kalau kau pandang muka aku?”
Aku benci Dzul Ehsan! Benci yang teramat.
Sepuluh minit di dalam kereta yang sama dan kami hanya membatu. Pandangannya ke arah jalan rasa manakala aku pula lebih selesa memandang keluar tingkap. Perjalanan hari ini tiba-tiba sahaja menjadi lama. Aku tidak betah untuk bersamanya walau hanya untuk seminit lagi. Tapi kemudian baru aku tersedar bahawa jalan yang kami lalui sekarang bukan jalan menuju ke rumahku!
“Kita nak ke mana?”pantas aku bertanya tetapi tetap mataku tetap bukan kepada wajahnya.
Ehsan diam membatu.
Aku mengetap bibir cuba sedayanya untuk bersabar dengan perangai Ehsan. Letih benar aku dengan sikapnya yang begini.
“Ehsan, please. Aku tanya kau elok-elok. Kita nak ke mana?”
“Aku takkan jawab sebarang soalan kau selagi kau tak pandang muka aku.”
Ah, itu!
Mengalah, aku terus mengalihkan kedudukanku agar sepenuh tumpuanku kepadanya.
“That’s better. Kita akan ke tempat kerja kau. We’re gonna find out who’s the psycho is.”wajahnya kelihatan yakin.
“Err bagaimana?”
“Trust me.”sekali lagi perkataan magic tersebut. Trust me.
Cari pemberi bunga tu? Wow, aku tak sangka perkara begini akan berlaku! Dan Ehsan sedia untuk membantu aku. Patutlah dia menggunakan kereta aku sebab tanpa kereta ni, tak mungkin kami dapat mengetahui siapa pemberi bunga tersebut. Kebijaksanaan kau mengejutkan aku kadang-kadang wahai ex-husband ku.
Kematian kata-kata membuatkan keadaan kami kembali seperti tadi, mengembalikan ketidakselesaan aku. Mengarut sungguh! Tak mungkin kami boleh terus belagak seperti orang bisu selama-lamanya. Masalahnya sekarang, aku sudah tak punya muka untuk bercakap dengannya selepas semalam.
“Ehsan, pasal semalam...”
“Oh itu ke sebabnya kau tak mahu tengok muka aku langsung? Aku tak sangka kau ni bodoh.”dia menggelengkan kepalanya seakan benar-benar kecewa dengan kelakuan aku.
“Semalam bukan hari yang baik untuk aku. I rammed into someone, ended up with bump and cuts, but you know what’s worse? I spilled my entire life story to a foul-mouthed, irresponsible jerk like you!!”aku separuh menjerit.
Terluah juga perasaan yang sedari tadi membuak-buak di dalam dada sebaik sahaja mata ini memandangnya. Mungkin kedengaran agak kasar daripada yang aku inginkan tetapi aku tahu Ehsan tak akan kisah. Kata-kata aku tak adakan dapat melukakannya, apatah lagi membunuhnya.
“Jangan risau, kau dan cerita kau tak penting bagi aku walau sebesar hama pun. Semalam, aku tak dengar apa-apa tapi kalau ada yang aku terdengar, semuanya dah hilang sebaik sahaja aku bangun tidur pagi tadi. Sekarang kau puas hati, Anith Fitriah? Gosh, you’re wasting my time.”suaranya perlahan tetapi begitu keras nadanya. 
Kan aku dah cakap tak ada sesiapa pun yang mampu membuatkan Dzul Ehsan sakit hati. Dia seakan immune dengan orang-orang disekelilingnya tetapi aku tidak! Meskipun aku juga baru sahaja berkasar dengannya tetapi kata-katanya lebih menyakitkan. Atau mungkin juga kepenatan membuatkan emosi mudah menguasai diri ini. Cuba untuk tidak sekali lagi kelihatan lemah, wajahnya aku renung dengan berani.
“Terima kasih!”
Selepas itu, tiada siapa lagi di antara kami yang membuka mulut untuk bersuara.sehinggalah sampai ke destinasi yang dituju. Dan aku mengambil kesempatan itu untuk terus menghidupkan kembali masa lalu, berterusan menghukum diri. Sedikit pun tidak memikirkan tentang lelaki di sebelah aku yang semakin bertambah keras dan menakutkan wajahnya. Aura gelap menyelubunginya menambahkan lagi misteri yang sebelum ini sudah berputar-putar tanpa henti di sekelilingnya.
Sebaik sahaja sampai di hadapan post guard, tanpa sebarang soalan, kami terus dibenarkan masuk. Sama ada kerana sticker di hadapan kereta aku atau dia mengenali Ehsan kerana pak guard tersebut siap angkat tangan lagi kepadanya seolah-olah mereka merupakan teman. Sejak bila Ehsan ada bakat beramah-mesra dengan manusia lain ni?
Aku mengecilkan mataku, memandangnya dengan perasaan curiga.
“Sejak bila kau kawan baik dengan guard kat tempat kerja aku ni haa?”
Ehsan sekadar diam, tidak mempedulikan aku yang berada di sisinya. Sekarang dia pula mengambil keputusan untuk mendiamkan diri untuk siapa tahu berapa lama. Kalau dia rasa aku menyusahkan dan membuang masanya, tak perlulah dia paksa dirinya melakukan semua ni. Aku tak rasa aku memerlukan pertolongannya. Kau ni manusia yang pelik dan aku tak pasti berapa lama lagi aku dapat bertahan dengan kau!! Benar kata Ehsan dulu, meskipun kami berdua sudah sah bercerai tetapi ada sahaja keadaan yang memaksa kami untuk terus wujud di dalam hidup masing-masing. Seolah-olah aku tak akan berjaya membuangnya daripada hidup aku untuk selamanya walaupun itulah yang aku mahukan. Mungkin mustahil kerana terutama sekarang apabila aku sudah terikat dengan Elisa dan Aya yang juga merupakan sebahagian daripada Ehsan. Jadi mahu tak mahu, aku perlu terus menerima hakikat bahawa Dzul Ehsan juga sudah adalah sebahagian diriku, bahagian yang teruk tentunya. Tetapi mungkin kalau salah seorang daripada kami bersama dengan orang lain, keadaan akan menjadi lebih baik. Dzul Ehsan, please fall in love again!
Memarkirkan kereta, Ehsan lantas keluar dan menghilangkan diri. Tinggallah aku terkial-kial sendiri, tidak tahu apa yang harus dilakukan. Hari ni adalah hari cuti aku, hari untuk aku berehat menenangkan fikiran selepas melalui hari yang teruk semalam, jadi apa yang aku buat kat sini? Sepatutnya aku kat rumah, tidur. Sudahlah begitu, orang yang bertanggungjawab membawa aku ke sini lesap entah ke mana. Benar kau buat aku kagum, Ehsan. Tak pernah aku jumpa lelaki seperti kau dalam hidup aku. Biadap, pentingkan diri sendiri, tak bertanggungjawab, keras hati, kacak, bodoh, menakutkan. Satu pakej yang lengkap. Mesti mama bangga dapat seorang anak macam ni.
Tanpa sebarang amaran, Ehsan membuka pintu, mematikan enjin dan mengarahkan aku keluar. Yang lagi indah, semuanya tanpa sebarang suara. Kau marah ke dengan kata-kata aku tadi? Tolonglah ya Allah, bantu aku untuk memahami Dzul Ehsan bin Haji Amiruddin ini walaupun sedikit kerana aku tak tahu apa-apa tentangnya. Perasaannya, jalan fikirannya. Aku perlu memahaminya agar aku tahu bagaimana harus aku bereaksi ketika bersama dengan dirinya.
Jam tanganku hampir ke pukul 7.20 malam. Memandang wajahnya, aku mengangkat kening bertanya rancangan seterusnya menggunakan kuasa telepati yang baru sahaja wujud di antara kami berdua.
“Solat dulu.”wah, dia faham! Dan aku sangka telepati itu hanya sekadar rekaan mereka yang mahu diri lebih istimewa daripada yang lainnya.
Mengangguk faham, aku berjalan ke arah surau, meninggalkannya sorang-sorang di carpark. Ehsan boleh menjaga dirinya sendiri kerana dia nampak sangat yakin, seolah-olah dia pernah menjejakkan kaki ke situ. Aku tak perlu risau, sama ada dia nak kena halau dengan guard, dituduh menceroboh atau apa sahajalah. Sebagaimana dia tak pedulikan aku walau sebesar hama, begitulah juga aku. Yang aku tahu, dia tak patut berada di sini menyibuk hal aku. Peduli apa dia siapa pemberi bunga tersebut, bukan ada kaitan dengan dirinya. Belagak baik nak tolong pula. Kalau betul-betul nak tolong, baik dia tolong hantar kereta aku ke workshop. Dah macam tin sardin kemik aku tengok.
Sebenarnya, aku sangat berdebar-debar. Apa akan jadi sekiranya aku sudah menemui pemberi bunga tersebut? Apa yang harus aku katakan? Apa yang perlu aku lakukan? Ucap terima kasih mungkin dan minta maaf kerana sering sahaja mendermakan bunga pemberiannya ke tanah dan tong sampah. Yang ingin aku tahu adalah sebab di sebalik pemberiannya itu tapi tolonglah bukan atas sebab-sebab yang pelik. Tengok-tengok semua ini tak lebih daripada kesalahan informasi. Dia ingat aku orang lain. Jadi sia-sia sahajalah aku perasan aku ada peminat misteri selama ini.
Sengaja aku mengambil masa yang lama di surau dan sekali gus cuba berhati-hati agar tidak terserempak dengan mereka yang mungkin aku kenali. Keadaan aku sekarang akan menyebabkan lebih banyak gossip merebak. Wah, macam artis gitu you! Semestinya mereka akan bertanya tentang keadaan aku yang sekarang ini kelihatan seperti baru selesai pertandingan tinju atau tomoi.
Setelah hampir 20 minit aku berehat di situ barulah aku bergerak menuju ke kereta semula. Ehsan kelihatan sedang bersandar santai di pagar, agak jauh daripada keretaku tetapi matanya tetap menghala ke arah sana. Perlahan-lahan aku menghampirinya.
“Dapat apa-apa, Holmes?”aku bertanya sinis membuatkan Ehsan menjeling tajam.
Bagaimana lelaki ni boleh berada di kawasan tempat kerja aku tanpa dituduh menceroboh sedangkan dia tak bekerja di sini? Apa hubungan dia dengan guard tadi? Oh jangan-jangan dia...
“Kau rasuah pak guard tadi ek?!”tuduhku.
“Bising! Untuk apa aku rasuah orang yang dapat gaji buta tanpa perlu buat sebarang kerja? Aku mungkin a foul-mouthed, irresponsible jerk tapi aku masih kenal dosa dan pahala. Do me a favour and shut up would you?”
“Kalau kau tak mahu dengar aku bercakap, jauhi diri daripada aku.”
“Idea yang bagus. Itulah yang aku cuba lakukan sehingga kau jejakkan kaki ke studio aku hari tu dan telefon aku tengah malam semalam. Kau buat aku sangat menyesal ikut cakap mama dan teruskan perkahwinan tu.”Ehsan memeluk tubuh kemudian mengalihkan semula pandangannya ke arah keretaku.
Aku benci akan hakikat aku terpaksa mendongak untuk memandang wajah deadpan bodoh Ehsan. Kenapalah dia harus menjadi lebih tinggi daripada aku, hanya membuatkan dia berasa lebih superior daripada aku. Baru sahaja aku membuka mulut untuk membalas kata-katanya apabila Ehsan berlalu meninggalkan aku, berjalan ke arah kereta. Mataku terarah ke sana dan sesuatu di dalam perut aku membuat somersault. Lelaki! Dan bunga! Nampaknya dia tak tahu bahawa aku bercuti pada hari ini. Kaku sebentar aku di situ sebelum melangkah pantas ke sana dan apabila aku sampai, Ehsan dan lelaki itu sudah bertukar beberapa ayat. Wajah lelaki tersebut kelihatan seperti sedang cuba untuk keluar daripada rasa terkejut yang amat, seolah-olah dia baru sahaja ditangkap melakukan kesalahan besar.
Daripada hujung kepala sehingga ke hujung kaki aku meneliti lelaki itu dan ya, aku memang tak kenal siapa dia. Muda lagi kelihatannya. Dalam pertengahan 20-an mungkin.
“Uh, hi there!”aku melambai, tidak tahu apa yang harus aku lakukan.
“Fitri, I want you to meet Khairil. And Khairil this is Fitri.”terdapat nada lucu di dalam nada suara Ehsan walaupun aku tidak dapat menangkap sebarang perkara yang kelakar di situ.
“Untuk saya?”aku menunjuk ke arah bunga di tangan Khairil.
Lambat-lambat dia mengangguk. Kemudian bunga tersebut bertukar tangan. Aku tidak tahu apa yang harus aku katakan lagi kerana seperti biasa, aku sering sahaja kehilangan kata-kata apabila berada di dalam keadaan begini. Ehsan tidak kelihatan seperti mahu membantu, sebaliknya dia hanya menatap bunga di tangan aku. Aku menghela nafas.
“Terima kasih untuk bunga ni tapi...”
“Bukan daripada saya.”pantas Khairil berkata membuatkan aku terlongo.
 “Haa?”
“Ia daripada seorang perempuan. Cantik orangnya. Dia suruh saya letakkan bunga yang dia bagi dekat saya setiap hari atas kereta awak. Tapi saya tak kenal awak sebab yang saya ada hanyalah nombor plat kereta sahaja.”
Perempuan?! Ini dah terlalu pelik untuk difikirkan.
“Siapa perempuan tu?”
Khairil mengangkat bahu, membuatkan aku sedikit kecewa.
“Tak pernah tanya sebab saya hanya pernah jumpa dia beberapa kali sahaja kerana selalunya driver dia or someone else yang akan datang sini dan berikan bunga untuk saya letakkan kat atas kereta ni.”
“Dah berapa bulan awak tolong dia buat kerja bodoh ni tapi sikit pun awak tak tanya nama dia? Tahu tak apa yang awak dah buat?! Awak buat hidup saya separuh gila kerana takut dan geram.”marahku.
Khairil tunduk .
“Saya minta maaf tapi dia kata awak tak akan kisah. Untuk kawan lama, katanya. Err tadi baru saja saya jumpa dia untuk ambil bunga ni.”
Bagus, hanya menambahkan lagi geram di hati aku! Perempuan mana pula yang murah hati nak bagi bunga kat aku. Betapa berserabutnya kepala aku memikirkan segala kemungkinan. Persoalan mengapa dan siapa berlegar di dalam akalku tanpa henti.
Khairil menilik jam tangannya.
“Minta maaf atas semua kesusahan yang awak terpaksa lalui kerana hal ni. Saya janji ini kali terakhir. Maaflah tetapi saya perlu masuk kerja pukul 8. Minta diri dulu.”dia berjabat tangan dengan Ehsan dan kemudian terus melangkah pergi meninggalkan aku dengan berduyun-duyun soalan yang tiada jawapan.
Kali ini juga bunga tersebut disertai dengan sekeping kad. Perlahan-lahan aku menarik kad tersebut.
Sorry.Wait.Soon.
Kali ini bukan sahaja perkataannya membuatkan bulu romaku meremang, tetapi juga tulisannya. Aku kenal tulisan tangan tersebut tetapi mustahil! Terdapat manusia lain yang mempunyai tulisan yang sama mungkin. Tanpa berkata apa-apa, kad tersebut aku selitkan kembali ke jambangan tersebut. Ehsan yang sedari tadi menjadi pemerhati setia ketawa.
“Freak magnet!”komennya.
“Tepilah, aku nak balik.”aku menolaknya daripada kereta.
Pintu kereta bahagian memandu aku buka, tekad untuk meninggalkannya di situ. Padan muka!
“And how do you intend to do that without the key?”Ehsan menggoyangkan kunci kereta di hadapan wajahku. Senyuman yang terukir cantik di bibirnya sekadar menambahkan lagi kemarahanku.
“Aku hantar kau balik, lepas tu aku akan hantar besi buruk ni ke workshop. Esok pun kau cuti lagi, kan? Tapi in case kereta ni tak dapat siap sebelum lusa...”dia menelan liurnya.
“Tolong naik teksi.”
Bodohlah aku jika aku ingat dia nak menawarkan diri untuk menghantar aku ke tempat kerja meskipun sedikit aku tidak berharap sebenarnya. Tetapi manalah tahu tiba-tiba dia sekali lagi mahu berlaku baik kepadaku.
“Ehsan, mana kau tahu dia letak bunga waktu macam ni?”aku bertanya, mahu menyelesaikan salah satu soalan yang bermain di fikiranku.
“Sebab bunga yang kau bawa balik hari tu nampak segar.”
“Oh aku tak terfikir pula.”
“Banyak benda yang kau tak terfikir.”

Thursday, January 6, 2011

One Day You'll Be Mine 15

New chapter is up!!!

15
            Sebahagian daripada aku sebenarnya merindui enam bulan yang lalu. Mekipun semua perkara yang berlaku dahulu tidak lebih daripada sebuah masalah tetapi harus aku akui, aku lebih gembira berbanding tiga tahun dulu. Setiap kali aku bangun pagi, otak aku sudah ligat berkerja memikirkan pergaduhan apa lagi yang bakal tercetus pagi itu. Ketika di tempat kerja pula, aku sentiasa meneka sama ada lelaki itu sudah pulang atau bermalam di studionya. Sayangnya, enam bulan tidak dapat mengubah apa-apa di antara kami. Tidak dapat mengubah sebarang perasaan yang bermukim di hati nan satu ini.
20 Jun 2007 merupakan tarikh kami diijabkabulkan. Pertama kali aku melihat lelaki bernama Dzul Ehsan bin Haji Amiruddin. Wajahnya tidak menunjukkan sebarang emosi, dan dia juga tidak banyak cakap. Berubah langsung daripada Ehsan yang aku pernah kenali beberapa tahun dahulu. Dengan sekali lafaz sahaja, sah aku menjadi isterinya. Perasaan aku ketika itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata tetapi yang pasti, gembira bukan salah satu daripadanya. Perkahwinan sepatutnya menjadi sebuah hari yang istimewa buat aku. Sesuatu yang aku idam-idamkan dengan dia yang aku sayangi. Bukan dengan manusia batu tidak berperasaan seperti Ehsan. Hari itu juga aku diperkenalkan kepada Aya, menghancurkan lagi hati yang sebelum ini sudah menjadi serpihan. Tidak bersedia menjadi seorang ibu serta isteri. Aku tidak mahu hidup bersama mereka, bersama Ehsan, bersama Aya apatah lagi. Mereka tidak lebih daripada sebuah figura asing bagiku.
Marah sebenarnya aku kepada Ehsan kerana membenarkan perkahwinan ini terjadi tetapi lama-kelamaan aku sedar bahawa dia juga tidak punya sebarang pilihan. Cabaran terbesar aku adalah menerima seseorang yang tiada kaitan denganku sebagai anak sendiri. Jujur aku kata, sangat sukar. Sudahlah aku benci dengan perkahwinan ini, sekarang aku terikat kepada sebuah tanggungjawab yang membebankan, atau itulah yang aku fikir dahulu. Siapa yang mahu mejadi ibu kepada anak seorang lelaki yang langsung tidak dicintai, bersama dengan wanita lain? Bagi aku dahulu, Aya adalah sebuah pakej lengkap untuk menambah kekusutan ke dalam hidup aku. Begitulah betapa susah aku untuk menerimanya. Memakan masa untuk membuka sedikit ruang kepada Aya, namun mujurlah berjaya. Anak itu kini adalah sebahagian daripada aku, tiada ragu lagi. Sekejam dan sejahat aku, tidak mungkin aku untuk terus membuang Aya. Dia memerlukan aku.
Cepat masa berlalu sehingga aku kehilangan jejak. Sempat juga sebenarnya kami menghabiskan ramadhan serta hari raya bersama. Lucu apabila dikenang semula saat itu. Sepanjang bulan puasa, aku selalunya berbuka di luar bersama kawan-kawan kecualilah hari minggu. Ehsan juga sama tetapi boleh dikatakan sebulan berpuasa, dia jarang ada di rumah. Masanya lebih banyak dihabiskan di studio. Mungkin dia cuba mengelakkan diri daripada bertekak dengan aku di bulan mulia tersebut. Kerana pada hari pertama berpuasa, kami sudah bergaduh teruk di pagi sahur. Sebabnya kecil sahaja; aku terlupa menutup api dapur selepas menjerang air. Tetapi hanya berapa minit sahaja sebelum lelaki itu melangkah ke dapur. Tidak ada sebarang perkara buruk yang berlaku, jadi tidak perlulah dia nak mengamuk sangat. Sudahnya, tidak bersahur aku pada hari itu kerana terlalu marah kepadanya dan ya...merajuk. Okay, mungkin memang aku bersalah dalam hal tersebut namun tak ada orang yang suka kena marah, kan? Daripada cara dia bercakap, memarahi aku, seolah-olah aku telah melakukan sebuah kesalahan yang hukuman setimpalnya hanyalah tali gantung. Selepas itu, sebelum tidur aku pasti akan mengisi air panas ke dalam termos supaya keesokan paginya aku tidak perlu menyentuh dapur lelaki tersebut. Kemudiannya, Ehsan terus tidak pulang sehinggalah sehari sebelum raya, itu pun selepas subuh.
Ketika pasangan lain sibuk berbincang untuk balik kampung, kami berdua hanya relax. Maklumlah kedua orang tua kami tinggal tidak jauh. Lagi pun aku sendiri tidak kisah jika dia mahu beraya bersama keluarganya. Sama seperti dia tidak peduli di rumah siapa aku akan berhari raya tahun itu. Tidak wujud sebarang perasaan yang mampu menghubungkan kami. Masing-masing memilih untuk tidak mempedulikan satu sama lain. Sedangkan ketika itu kami hanya punya sedikit masa sahaja lagi untuk saling mengenali sebelum tempoh tiga bulan yang diletakkan mama tamat. Kesudahannya, Ehsan menghabiskan tak sampai dua jam di rumah mama, sejam di rumah ibu sebelum menghilangkan diri untuk tiga hari seterusnya.
Makhluk yang bernama Dzul Ehsan kasar orangnya. Tidak mudah untuk meneka perkara yang bermain di fikirannya. Dia juga seorang yang bertindak berdasarkan pertimbangannya sendiri. Jika dia rasakan sesuatu itu baik untuknya dan orang lain tetapi tidak mendapat persetujuan, dia tetap akan melakukannya. Kemudian membiarkan kita tertanya-tanya sendiri sebab serta tujuan perbuatannya itu. Sikap tidak peduli dan mulut lancangnya sahaja kini yang boleh menyebabkan manusia lain tidak sukakannya. Walaupun begitu, aku tahu dia mempunyai hati yang baik cuma aku masih belum menjumpai contoh yang jelas untuk dinyatakan.
“Kak Ngah jangan lupa weekend ni. Kita ada secret mission untuk dijayakan.”Elisa dihujung talian kedengaran begitu teruja.
Aku menutup mulut, menahan keluhan yang hampir sahaja keluar.
“Elisa, kenapa Kak Ngah kena buat semua ni? This is your problem. Jadi Elisa kenalah cari jalan untuk selesaikan sendiri.”
“As a matter of fact, Elisa dah cari penyelesaian cuma masalahnya it needs your help. Kak Ngah dah janji.”
Mataku tertacap kepada jambangan bunga yang sekali lagi berjaya membangkitkan rasa marahku.
“Yalah, yalah. Weekend nanti. Tolong ingatkan, Kak Ngah. Manalah tahu tiba-tiba Kak Ngah ada date hari tu.”selamba aku berkata.
“Oh yeah, you’re not allowed to date anyone except my stupid, annoying Angah. Haha, joking! I know you hate him. Okaylah, bye. Thanks. I less than three you, Kak Ngah!”talian dimatikan.
Elisa sangat memeningkan kepala aku. Percakapannya kadang-kadang sukar untuk aku tangkap maksudnya seperti less than three? Aku ni dah tua, manalah tahu bahasa-bahasa remaja zaman sekarang. Tua? Aku dah tua? Ehemm, tiba-tiba sahaja aku rasa aku faham maksud less than three.
Telefon bimbit tersebut aku masukkan semula ke dalam beg tangan.
Aku melangkah pantas ke arah kereta dan seperti biasa, Madonna Lilies, Sunflowers, Song of Jamaica serta Yellow Statice yang dihias cantik dalam jambangan berwarna kuning setia menungguku. Sebenarnya jambangan ini membawa maksud yang besar kepada aku dan kerana itulah aku mampu mengingat setiap nama bunganya.
This is getting more  and more tiring. Aku dah bosan, sabar aku sudah sampai ke tahap maksima.
Jambangan bunga tersebut aku capai dengan kasar. Mataku meliar memandang sekeliling.
“Tolonglah berhenti buat kerja tak berfaedah ni! If this is a joke, I’m sorry but I don’t find it funny. So please, stop!!”jeritku, tidak mempedulikan mereka lain yang juga berada di situ.
Bunga itu aku baling ke tanah, kasar.
“I’m starting to lose my patience now. So before I choose to do something stupid like walking to work, tolong berhenti!”
Mungkin itu boleh menyelesaikan masalah. Dia selalu meletakkan bunga tersebut di atas hood keretaku, jadi jikalau aku tidak memandu, mungkin semua ini akan berhenti. Lagipun, dia terlalu penakut untuk memberikannya kepada aku secara berhadapan.
Err... mungkin berjalan ke tempat kerja bukanlah idea yang bijak. Tapi aku boleh naik teksi. Takkan dia nak bagi bunga tu dekat driver teksi pula, kan?
Bosan! Jika hidup aku sebuah novel, pasti ia akan menjadi sangat membosankan, berupaya mendodoi entah berapa ribu orang yang membacanya.
Aku berura-ura untuk masuk ke dalam kereta ketika mataku terpandang sekeping kad yang di selitkan di jambangan tersebut.
Kad? Taktik permainan nampaknya sudah bertukar.
Perlahan-lahan aku menunduk, menarik kad itu. Jantung aku usah dikiralah lajunya.
I’m here
Aku dapat rasakan bulu roma aku berdiri tegak sebaik sahaja kad bertulisan tangan itu aku baca. Tulisan tangan yang tidak aku kenali, bermakna aku tidak mengenali pengirimnya? Ah, berapa kali sangat aku membelek tulisan tangan orang lain selain daripada mereka yang terdekat dengan aku. Cepat-cepat aku masuk ke dalam kereta, meletakkan kad itu di atas dashboard.
Ya Allah, takutnya aku. Tangan aku menggigil, menyukarkan aku untuk memasukkan kunci kereta. Sekali aku cuba, kunci tersebut jatuh ke lantai kereta. Kali kedua, masih juga sama. Aku menarik nafas dalam-dalam, cuba untuk menghilangkan ketakutan yang dengan mudah menguasai diriku.
I’m here? Apa maksudnya tu?
Sudahlah aku tidak mengenali pengirimnya, sekarang aku mendapat sekeping kad yang berbunyi sangat menakutkan. Aku tidak peduli jika dia berada di sini atau tidak, jadi kenapa dia kena beritahu aku yang dia berada di sini? Tapi di sini tu di mana?!
Pintu cerminku diketuk secara tiba-tiba. Hampir sahaja aku pengsan di situ, di ketika itu.
Ah, mak guard!
Aku mengurut dada lantas menurunkan cermin kereta.
“Tadi adik ke yang menjerit dekat parking ni?”dia bertanya.
Wajahnya memandang aku dengan hairan.
“Err...ya.”
“Pucatnya muka. Okay ke, dik?”
Lambat-lambat aku menggeleng. Tanganku yang masih menggigil aku genggam.
“Kakak ada nampak siapa-siapa tak yang mungkin letak bunga tu dekat atas kereta saya?”aku menunjuk ke arah bunga yang aku baling tadi.
Sepintas lalu mak guard itu memandang ke arah bunga tersebut sebelum kembali memandang aku.
“Akak round sejam sekali. Mana nampak. Kenapa dengan bunga tu?”
“Oh, setiap hari ada orang letak bunga tu atas kereta saya tetapi saya tak tahu daripada siapa. Jadi agak menakutkanlah juga.”aku mengambil keputusan untuk tidak menyebut tentang kad kerana aku pasti, dia juga tidak dapat membantu.
“Orang yang kerja sini jugalah tu. Sebab orang luar tak boleh masuk.”
Terima kasih. Statement anda itu telah mengecilkan skop pencarian saya. Aku tahulah orang yang kerja kat sini tapi masalahnya siapa? Lagipun, orang yang kerja kat sini bukannya tiga orang, ramai. Buat lawak pula mak guard ni. Dahlah aku tengah takut.
“Tak apalah. Akak ingat tadi menjerit kenapa.”dengan itu dia berjalan meninggalkan aku.
Lima minit kemudian, aku masih membatu di dalam kereta. Berusaha untuk menenangkan diri. Tolonglah, aku nak balik. Namun aku rasa cukup mustahil bagi aku untuk memandu dalam keadaan fikiran yang sebegini kacau.
Aku menghidupkan enjin, memasukkan gear tapi entah kenapa kereta tersebut tetap enggan bergerak. Sekali lagi aku mencuba sehinggalah akhirnya aku menyedari bahawa aku tidak menurunkan handbrake.
Memang aku tak boleh memandu. Jam di dashboard sudah hampir ke pukul 11 malam. Siapalah yang boleh aku minta tolong waktu-waktu begini?
Abah, Abang Asyraf?
Tidak, aku tak akan menangis. Anith Fitriah bukan seorang yang lemah, cuma penakut je.
Tiga kali aku menelefon abah tetapi tidak satu pun yang berjawab. Abang Asyraf pula telah menyerah tugas kepada Cik Operator untuk menerima panggilanku dan kemudiannya menghantar ke voice message. Aduh...
Aku menggagahkan diri untuk mencuba sekali lagi. Bertenang, satu persatu Anith Fitriah.
Hidupkan enjin, tarik handbrake, dan masukkan gear.
Aku patut simpan duit dan bertukar kepada kereta automatic. Khusus untuk keadaan sebegini.
Okay, sekarang pandu dengan perlahan dan berhati-hati. Mungkin aku boleh sampai rumah dengan selamat.

“Fitri.”dia memanggil.
Aku mengangkat muka, memandang wajah cemasnya yang gagal ditutup. Air mataku yang bertakung aku sapu.
“Kau okay?”dia bertanya lagi.
Aku tidak mempunyai sebarang kekuatan lagi untuk berbicara. Peristiwa yang berlaku tadi sudah mengambil semua kekuatanku yang masih bersisa. Takut, sangat takut. Kejadian tiga tahun dahulu bermain semula di dalam kepalaku berulang-ulang kali sehingga aku rasa seperti mahu hilang akal.
“Hey, say something.”
Hanya Ehsan yang ada dalam fikiran aku tadi dan aku sendiri tidak tahu kenapa. Tangan aku ringan sahaja mendail nombornya yang selama ini padaku tidak penting. Mujurlah dia tidak banyak soal atau merungut. ‘I’ll be there’, itu sahaja kata-katanya namun kesannya kepada aku amat besar.
“I almost kill someone again.”aku bersuara.
“You almost kill yourself, that’s what happen!”suara Ehsan sedikit tinggi sehingga menyebabkan orang yang berada di klinik tersebut memandang kami, berbisik sesama sendiri.
Air mata aku mengalir laju, tidak aku tahan lagi.
Selepas menerima kad yang membuatkan hidup aku kelam-kabut itu, aku terus memaksa diri untuk memandu pulang. Sepatutnya aku tahu ia adalah satu idea yang sangat bodoh. Sepanjang perjalanan, fikiran aku terus menerawang jauh memikirkan perkara-perkara yang tidak enak. Benar, aku teramat takut tadi tetapi tidak dapat dibandingkan dengan ketakutan yang aku rasakan sekarang.
Memang salah aku semua ini berlaku seperti juga dahulu. Entah bagaimana aku boleh tak perasan traffic light bertukar merah dan perkara terakhir yang aku sedar ialah...BANGG!!!
Ketika itu, aku rasakan seluruh dunia aku terhenti.
Nik awak okay??!!
Wajahnya menahan kesakitan jelas bermain-main di mataku tanpa henti. Hanya itu yang ada dalam fikiranku sehingga aku terlupa terus kepada kereta yang aku hentam tadi. Aku terlalu terkejut untuk berfikir, berkata apa-apa atau pun bergerak sehingga pemandu kereta itu pula yang membawa aku ke klinik berhampiran, bukan sebaliknya. Mujurlah tidak ada kecederaan serius selain daripada kereta yang remuk dan juga cermin yang pecah. Tidak aku peduli apa lagi yang bakal berlaku kepada aku. Samanlah aku, tarik balik lesen aku, aku dah tak kisah. Aku tak mahu lalui lagi perkara yang sama aku lalui tiga tahun dulu. Kerana kecuaian aku, aku telah kehilangan satu-satunya lelaki yang aku sayangi. Membuatkan keluarganya meninggalkan Malaysia kerana tidak mampu untuk menerima hakikat akan kehilangan anak lelaki tunggal mereka. Aku dah hancurkan segalanya.
Ehsan menarik kedua-dua belah tangan aku, menyelak helaian rambut yang menutup sebahagian mukaku seperti sedang mencari sesuatu.
“No serious injuries?”tanyanya.
Aku menggeleng.
“Driver yang satu lagi?”
“Minor sratch. Dia masih lagi kat dalam.”suaraku bergetar.
“Aku akan cakap dengan dia lepas ni.”
“It’s my fault! My fault, my fault, my fault.”aku menumbuk-numbuk pahaku.
“Fitri, syhh.”dia menarik aku agar memandangnya.
Keadaan itu hanya membuatkan air mata aku bertambah laju. Sejak bila kau boleh menjadi sebaik ini, Ehsan?
“Syhh. Kau bertenang dulu. Aku akan uruskan semuanya.”ujarnya lembut lalu duduk di sebelahku tanpa sebarang suara. Membuatkan aku tidak pasti jika benar dia berada di samping aku di saat begini.
“Ehsan...”aku berpaling ke arahnya.
“Aku kat sini.”
Kemudian kami berdua senyap kembali. Namun aku mula tenang kerana dia ada di sisiku.
“Dia dah keluar. Aku nak bercakap dengan dia sekejap. Just wait here, okay?”dia memandang aku selama beberapa saat sebelum berjalan ke arah seorang lelaki yang sudah bersih lukanya. Darah di t-shirt yang dipakainya membuatkan aku bertambah cuak.
Mereka yang berada di klinik itu masih lagi memandang ke arah aku dengan hairan. Mungkin kerana keadaan aku yang sangat teruk ketika itu. Rambut yang tidak terurus, air mata yang mengalir tanpa henti. Oh, what a view...
Nik, awak okay?!!
Soalan terakhir yang aku ajukan kepadanya sebelum aku pengsan dan bangun keesokannya hanya untuk diberitahu bahawa dia sudah tak ada.
Namun apa yang berlaku sekarang tidak seteruk tiga tahun dahulu. Hampir tiga hari aku terlantar di hospital, setiap saat hanya mengingatkan aku akan hakikat bahawa aku telah membunuh Nik. Tidak ada seorang pun yang mahu memberitahu aku keadaan sebenar Nik Afezal. I should have tried to stay awake that day, so that I wouldn’t have to miss anything. So that I could be by his side.
Sudahlah sebelum kejadian itu berlaku kami sedang bergaduh. Bergaduh kerana dia tidak memberitahu aku yang dia sudah mempunyai teman sebelum bersama dengan aku. Aku ingat lagi betapa marahnya aku apabila mendapat tahu daripada salah seorang rakanku yang Nik meninggalkan Suraya Athirah, nama yang masih terpahat kukuh di ingatan, kerana aku! Kalau aku tahu, memang aku tak akan memilih untuk bersamanya. Patutlah ramai yang tidak puas hati dengan dengan hubungan aku dan Nik. Tidak sangka aku dia akan menyimpan perkara sebesar itu daripada pengetahuan aku. Dia fikir bergelar perampas itu sesuatu yang enak? Tapi aku tak patut membesarkan perkara tersebut. Entah kata-kata apa yang aku lontarkan kepadanya pada hari itu. Teruk benar kami bergaduh. Kalau diberi peluang, aku nak betulkan segala yang berlaku dulu.
“Selesai! Jom.”Ehsan menghampiriku.
“Ke mana?”soalan bodoh itu aku lontarkan kepadanya.
“Balik.”
“Tapi driver tu...”
Ehsan menarik tangan aku agar bangun sebelah lagi tangannya memegang paket ubatku. Tiada ubat yang mampu menyembuhkan kesakitan, keperitan yang aku rasakan ketika ini. Aku pernah bergantung kepada masa tetapi nampaknya, masa juga tidak berjaya untuk mengubah apa-apa.
“He’s fine. Sehingga dia cakap kau yang nampak lagi teruk daripada dia. Perkara baik sebenarnya sebab dia bersetuju untuk selesaikan semua ni tanpa buat laporan polis. Well, as long as  I pay for the car repair and his medicine bill.”panjang lebar lelaki itu berkata-kata, tidak macam selalunya.
“That easy?”entah kenapa aku rasa Ehsan sedang berbohong kepada aku.
Dia memandang aku, kemudian membuka pintu keretanya untukku. Berbalah sendiri sama ada mahu memberitahu aku perkara sebenar atau tidak.
“I’ll settle everything.”akhirnya dia berkata.
“Kereta aku?”
“Fitri, trust me. Aku akan uruskan semuanya.”
Sepanjang perjalanan, peristiwa tiga tahun dahulu terus menghantui aku. Kejadian tadi hanya membuatkan keadaan bertambah buruk. Meragut segala kekuatan yang aku cuba bina selama ini. Hampir sahaja mengorbankan satu lagi nyawa. Aku tak peduli betapa kecilnya kemalangan tadi kerana bagi aku, ia tetap sesuatu yang mampu meninggalkan kesan.  Melaluinya untuk kali yang kedua bukan sesuatu yang aku inginkan. Cukuplah sekali yang selamanya membuat hidup aku sengsara.
Ehsan juga tidak cuba untuk menyakitkan hati aku dengan sebarang kenyataan berbisa, sebaliknya menumpukan perhatian penuh ke jalan raya.
Dia bukan dirinya sendiri pada hari ni. Jika dia adalah Ehsan yang aku kenali enam bulan dahulu, pasti aku akan makan sindirian serta kata-kata sinisnya. Tidak aku sangka dia akan menjadi salah seorang yang boleh aku harapkan di dalam keadaan sebegini sedangkan dialah orang terakhir yang selalunya wujud di dalam fikiran aku.
“Aku yang bunuh dia, kau tahu tak? Nik Afezal. Aku yang memandu pada hari itu.”aku bersuara perlahan.
Ehsan tidak memberi sebarang respon yang  menyatakan bahawa dia mendengar apa yang aku katakan sebentar tadi.
“Kami bergaduh teruk sebab aku rasa dia tak berlaku jujur kepada aku. Aku tak sangka aku dah menyebabkan hubungan orang lain putus. Aku cakap dia penipu, pentingkan diri sendiri...”aku menelan liur yang tersekat di kerongkong.
Ya, aku cakap semua tu kepada Nik. Aku memang manusia yang tak guna, kan?
“Berkali-kali dia beritahu aku yang dia sayangkan aku tetapi aku tak ambil peduli.”
“Fitri, kau tak perlu buat diri kau macam ni.”Ehsan berkata, cuba mematikan apa sahaja yang sedang bermain di benakku.
Namun aku tidak mempedulikan kata-katanya itu, meneruskan juga. Aku hanya mahu meluahkan semua yang terbuku di dalam hati aku. Sakitku, sedihku, marahku, kesalku. Segalanya.
“Dalam kereta, dia masih cuba untuk pujuk aku. It was raining that day and we were still arguing when suddenly a lorry came out of nowhere. Aku hilang kawalan dan...”aku memejamkan mata apabila secara tiba-tiba peristiwa itu seakan-akan berlaku di hadapan aku.
Keadaan yang kalut, kesakitan yang mencucuk-cucuk, kepalaku yang berpusing. Nik...
‘Tak ada sesiapa sebelum awak. Kenapalah awak perlu percaya orang lebih daripada saya?!’
‘Saya sayang awak sorang saja.’
“Dia cakap dia sayang aku sorang saja.”pedihnya kenangan itu.
“ Broken glasses, blood, Nik, semuanya bercampur di dalam otak ni. Itulah kali terakhir aku lihat dia.”
Aku memeluk tubuh, menghalang kesejukan yang menyerang.
Mungkin kerana itu aku tak dapat lupakan dia. Sudahlah aku tak percayakan dirinya, aku hadiahkan pula kata-kata yang tidak indah kepadanya dan kemudian aku bunuh dia. Bunuh adalah satu perkataan yang cukup besar, tetapi aku rasa, itulah yang aku lakukan. Sangat tidak adil jika aku melupakan dirinya dengan begitu mudah dan memulakan sebuah lembaran yang baru. Kerana itu aku kata, aku tak layak untuk hidup bahagia. Tidak selepas aku hancurkan hidup mereka.
“Kau...”Ehsan menarik nafas.
“Kau tidur dulu. Nanti dah sampai, aku kejutkan.”dia menyambung.
“Boleh tak kau jangan beritahu ibu dan abah pasal ni? Aku tak nak diorang risau.”aku membetulkan dudukku agar lebih selesa.
Ehsan mengangguk.
“Bodoh sebab perkara hari ni berlaku hanya kerana sekeping kad dan sebuah jambangan bunga.”
Mendengar itu, Ehsan lantas berpaling ke arahku tapi sebentar cuma.
“Kau masih dapat bunga tu?”
“Tapi hari ni ada kad. It says ‘I’m here’. Siapalah yang tak freak out bila dapat sesuatu macam tu daripada manusia yang tak dikenali?”
“I’m here? What the hell does that mean?”Ehsan mula kedengaran serius.
“Aku tak tahu.”
Mataku mula terasa berat.
“Kau rehat tetapi sebelum balik, aku ada satu tempat nak pergi dulu.”
Akur, aku menutup mata.

Antara sedar tidak sedar, aku rasa kereta sudah berhenti tetapi Ehsan tiada di tempat pemandu. Namun aku terlalu penat untuk membuka mata. Sebentar kemudian aku terdengar pintu kereta di buka.
“Stupid, fat, useless guard!! Membuta je kerjanya.”marah Ehsan.
Guard?
“Kita kat mana?”aku bertanya, separuh sedar.
“Uh sorry. Nowhere, go back to sleep.”arahnya.