Wednesday, November 24, 2010

One Day You'll Be Mine 8


8
Begitu cepat masa bergerak, sedar tak sedar sudah sebulan berlalu. Perubahan di antara aku dan Ehsan teramatlah kecil untuk diukur. Ehsan masih kekal seperti Ehsan yang aku kenal tiga bulan dahulu. Responnya sama ada ‘Suka hati kaulah’ , ‘None of your business’ atau ‘Ok’. Dan aku tahu, dia tidak pernah sekali pun cuba untuk membaiki sikapnya itu. Hanya tinggal dua bulan sahaja lagi, kemudian aku sudah tidak perlu berhadapan dengan makhluk yang satu ini lagi. Tidak sabar aku menunggu saat itu tiba.
Itu mengingatkan aku yang aku masih perlu berbincang dengan ibu dan abah. Setakat ini aku dengan jayanya dapat mengelak daripada bertemu dengan mereka, kerana aku tahu, mereka pasti tidak sabar untuk ‘memuntahkan’ kemarahan mereka kepada aku. Aku akui, aku agak takut untuk berhadapan dengan ibu serta abah. Mereka mungkin akan berkecil hati dengan aku kerana aku bakal melakukan sesuatu yang mungkin akan merosakkan nama baik keluarga. Selepas perceraian kami nanti, pelbagai cerita yang lebih banyak tokok tambah daripada kebenaran akan kedengaran. Itu yang membuatkan keadaan bertambah sukar bagi aku. Kenapalah manusia kena melakukan kerja-kerja yang tak  berfaedah dan menyusahkan seperti itu? Abang Asyraf juga kali ini mungkin tidak akan menyebelahi aku lagi. Akhirnya, aku bersendirian. Alangkah baiknya jika aku mempunyai seorang suami yang tidak pengecut seperti aku juga.
Aku juga sudah mengambil keputusan untuk tinggal sendiri sepanjang proses perceraian kami berjalan. Tidak mungkin untuk aku terus tinggal bersama ibu dan abah lagi selepas apa yang aku lakukan walaupun sebenarnya aku amat berharap ibu serta abah akan dapat memahami keadaan aku seperti mama.
“Yo.”sapa Ehsan, yang baru sahaja keluar daripada bilik itu. Dia mengelap rambutnya yang masih basah itu dengan tuala.
Ehsan meletakkan sekeping kad di hadapanku. Aku tidak mempedulikannya, berpura-pura tidak berminat. Sebaik sahaja Ehsan berlalu ke dapur, aku memanjangkan tengkuk cuba membaca perkataan yang tertulis di atas kad tersebut.
Ketenangan yang aku harapkan hanya akan kekal sebagai harapan kerana Dzul Ehsan memang cari pasal dengan aku bila dia letakkan kad tersebut di atas meja. Apa dia fikir aku teringin sangat nak duduk di dalam rumah dia yang tak seberapa ni? Ooo please...
“Kau tak nampak ke yang aku tengah berusaha untuk cari rumah sekarang ni, haa?!”suaraku sedikit tinggi, agak geram.
Ehsan menghampiriku.
“Sebab tu aku cuba tolong mudahkan keadaan. Nanti kau cakap aku tak tolong pula.”bidasnya kembali.
“Thanks, but no thanks. Sejak bila kau ambil kisah apa yang aku cakap?”
Ehsan kelihatan seperti berfikir, kemudian dia menggeleng.
“Honestly, I don’t give a damn about what you’ve said about me. Nak lagi jujur, I don’t give a damn about you. Aku sekarang ni cuba untuk berlaku baik.”dia diam sebentar, meneliti reaksi di wajahku.
Ouch! Seseorang perlu ajar lelaki ini cara untuk menjaga hati manusia yang lain. Aku tahu dia tak pernah peduli pasal aku, aku sendiri pun mempunyai perasaan yang sama. Tetapi apabila perasaan itu ditukarkan kepada pekataan, ia kedengaran sangat...sangat...MENYAKITKAN!
“Oh sorry, was I too harsh? Get over it.”
Untuk kata-katanya yang amat ‘meruntun’ jiwa itu, aku hadiahkan jelingan tajam.
If looks could kill, Dzul Ehsan would be long dead by now.
Ehsan mengjungkitkan keningnya, mencabar aku yang sekarang ini mungkin kelihatan seperti seekor semut supaya membalas kata-katanya tadi.
“Jangan risau Encik Ehsan. That feeling is mutual.”aku menjawab, enggan kalah.
Ehsan ketawa. Sesuatu yang sekarang ni sudah sering dilakukan olehnya sehingga kadang-kadang menyakitkan hati. Aku tak suka apabila dia mentertawakan aku, membuat aku merasa bodoh dengan automatiknya.
“Abaikan. Aku rasa kau patut call dia.”
“Kenapa?”aku bertanya.
“Let just say, aku kenal dia personally. Lagi pun tak rugi kalau kau cuba, kan? Nice house, good environment. Sewanya pun boleh tahan.”
Aku memandang kad di hadapan aku itu, berfikir. Harus aku katakan yang agak susah untuk mencari sebuah rumah yang menepati keinginanku. Mungkin tidak ada ruginya jika aku menerima bantuan Ehsan yang pertama ini.
“Dia boleh dipercayai?”aku meminta kepastian.
“Client aku. Kalau kau nak, aku boleh uruskan untuk kau.”
“Oh, tak apa. Aku boleh uruskan sendiri. Thanks.”pandanganku masih lagi kepada kad nama di tangan.
“Mention not.”mugnya yang masih berasap itu dicapai, dan dia berlalu ke sofa.
Dzul Ehsan, kalaulah aku boleh baca fikiran kau.
“Ehsan.”tanpa sempat aku kawal, bibir itu sudah dahulu memanggil namanya.
“Uh.”jawab Ehsan, langsung tidak memandang ke arah aku.
“Out of curiosity, kenapa kau benci sangat kat aku?”soalan yang sering sahaja bermain di fikiran aku. Kami tidak pernah kenal sebelum ini, tetapi sikapnya dengan aku sangatlah teruk. Aku pasti dia tidak bersikap sebegini dengan clientnya.
Ehsan menoleh.
“Aku tak benci kau. Malah aku tak ada apa-apa perasaan pun bila tengok kau. Sekarang kau rasa lebih baik?”
Yang mana lebih teruk, benci atau tak peduli pasal aku langsung? Ermm...
“Much better, thank you for asking.

 “Eh, Fitri pun ada sini!”suara Along mengejutkan aku yang sedang membaca jemputan daripada sekolah Aya bagi menghadiri majlis penyampaian hadiahnya.
Aya yang sedang duduk di sebelah ku itu melompat kegembiraan.
“Ikki!”jeritnya, dan ketika itu baru aku perasan yang perangai Aya ni dah macam Elisa. Aku tak pasti sama ada itu perkara yang baik atau tidak, yang aku tahu, pasti rumah ni havoc kalau tiada aku juga Ehsan.
Anak sulung Along, Aisya berlari ke arah Aya.
“Ikki, salam Mak Ngah dulu.”tegur Along.
Aku tersenyum apabila anak itu lantas mendapatkan aku.
“Abang Long tak ikut sekali?”aku bertanya apabila lelaki itu tidak kelihatan di mana-mana.
“Ada tu kat luar. Berborak dengan abah dan Ehsan. Dah lama sampai?”
Jam di dinding aku pandang sekilas lalu.
“Sejam tadi.”aku menjawab, pendek.
Perasaan aku pelbagai ketika itu, tidak dapat dijelaskan. Mama sengaja mahu Aya memberikan jemputan itu kepadaku, supaya aku merasa yang aku mempunyai tanggungjawab ke atas Aya. Agak sukar kerana sehingga sekarang aku masih menganggap Aya seperti orang luar di dalam hidup aku, bukan anak tiriku. Kejam benar aku ini. Aya hanya seorang kanak-kanak yang tidak tahu apa yang sedang berlaku di antara aku dan ayahnya. Meskipun aku tak peduli tentang Ehsan, tapi itu tak bermakna aku perlu turut berlagak cold kepada Aya. Aduh, apa yang harus aku lakukan supaya hati ini dapat menerima Aya seperti anak aku sendiri?! Menyebut perkataan ‘anak sendiri’ sahaja sudah membuat bulu roma aku meremang, apatah lagi jika aku memainkan peranan sebagai ibunya.
“Aya.”aku memanggil.
Aya yang sedang bermain UNO Stacko itu menghampiri aku dengan muka yang sangat tidak bersalah.
“Aya dah beritahu papa pasal ni?”aku menunjukkan kertas itu kepada Aya.
Aya menggeleng.
“Buat apa beritahu dia, Fitri. Dia bukan kisah pun.”sampuk Along.
Ya, saya tahu Along. Tapi dia tak bolehlah buat macam tu sebab Aya anak dia. Diulangi, anak dia!!! Kenapa semua kena tumpukan kat aku sorang je? Ikutkan hati, mahu saja aku menjerit sebegitu, biar mereka tahu perasaan yang sedang membuak-buak di dalam hati aku ini.
“Aya nak aunt...ibu datang ke?”
Sepasang mata bulat memandang aku tanpa berkedip.
“Aya nak papa datang?”
Anak itu masih lagi diam, membuatkan aku kematian akal.
“Ok, nanti ibu pergi.”akhirnya aku berkata.
Tiba-tiba, tangan kecil itu memeluk tubuhku, erat. Aku kaku sebentar. Aya sebenarnya nak aku pergi, tetapi dia takut untuk menyuarakan keinginannya itu. Mungkinkah dia dapat merasa kejanggalan yang beraja di hatiku ini?
Dalam keadaan sebegitu, satu perasaan menyelinap masuk, tapi seketika cuma. Aku dapat rasakan kegembiraan yang dirasakan oleh Aya dengan persetujuan aku tadi. Dia benar menganggap aku seperti ibunya.
“Terima kasih, ibu.”tutur Aya, melepaskan pelukannya.
Apa yang patut aku kata? Mention not? Tidak, tidak. Itu sangat ke’Ehsan’an.
“Mention not.”
 What? Itulah perkara yang paling sensible boleh aku fikirkan dalam keadaan macam ni. Wabak ‘Ehsan’ tu boleh berjangkit rupanya. Anith Fitriah, apa yang kau mengarut ni haa?
Ehsan masuk, wajahnya kelihatan bosan. Lelaki ini tidak dapat menyesuaikan diri dengan keluarganya sendiri pun. Teruk, sangat teruk.
Aku menghulurkan kertas jemputan itu kepada Ehsan sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di sofa bersebelahanku.
Berkerut dahinya, namun dia tetap menyambut huluran itu. Lima saat cuma kertas itu ditatapnya, kemudian diberikan semula kepada aku.
“Pergi?”aku bertanya.
Namun Ehsan tidak memberi sebarang jawapan.
Along memandang aku, memahami masalah komunikasi yang sedang berlaku di antara aku dan Ehsan. Apa yang perlu dilakukan kepada lelaki ini supaya perangainya terhadap orang di sekelilingnya bertambah baik? Dia seperti tidak mempunyai perasaan langsung. Beku, kosong. Mama, abah serta Along sendiri gagal membentuknya selepas dia bangun semula daripada kesakitannya itu. Kata mereka, Ehsan berubah secara total. Mesti sesuatu yang cukup besar telah berlaku kepadanya sehingga dia mencipta defence mechanism sebegitu. Tetapi apa? Aku yakin lelaki seperti Ehsan ini tidak akan melatah hanya kerana ditinggalkan seorang perempuan.
“Angah, Fitri tanya tu.”gesa Along.
Ehsan mendengus.
“Fitri my wife, kita bincang pasal ni kat rumah, please.”
Yeah, right. Macamlah itu yang akan berlaku nanti.
“Whatever.”aku lantas bangun, menuju ke dapur. Malas untuk menatap wajahnya yang...yang...Ya Allah, geramnya aku! Saat itu aku sungguh berharap Dzul Ehsan hanya sebesar semut supaya mudah untuk aku memijaknya. Melampau...Benci...Benci...
“Ada apa-apa yang boleh ditolong?”aku bertanya kepada mama serta Elisa yang sedari tadi berada di dapur itu.
“Tolong duduk diam-diam kat depan sana.”jawab mama.
Elisa ketawa, menjelirkan lidahnya kepadaku.
Oh ya! Mungkin aku patut ajak Elisa sekali ke aktiviti sekolah Aya. Tidaklah aku berasa janggal kat sana.
Aku menghampiri Elisa.
“Elisa, Isnin depan ada kelas tak?”
“Ada, petang pukul 4. Tapi ingat pagi tu nak keluar dengan kawan. Jadi, maaflah Kak Ngah, Elisa tak dapat temankan Kak Ngah ke sekolah Aya.”
Bakat terpendam keluarga ni rupanya. Dapat membaca fikiran orang.
“Elisa, please. Kak Ngah minta tolong dengan Elisa ni.”aku mengedipkan mataku berkali-kali, memohon simpati daripadanya.
“Kenapa tak ajak suami Kak Ngah yang tersayang tu? Anak sendiri punya majlis penyampaian hadiah pun tak reti nak pergi.”cebik Elisa.
Elisa masih belum tahu keadaan sebenar di antara kami berdua. Dia masih menganggap yang segalanya berjalan dengan lancar. Aku berasa tidak perlu aku terangkan perkara sebenar kepadanya, kerana apabila saat itu tiba, dia pasti akan tahu juga. Malah, aku tak rasa perceraian aku itu akan member sebarang kesan kepada Elisa. Lagipun, aku baru menjadi kakak iparnya selama tiga bulan.
“Adik, temankanlah Kak Ngah nanti.”
Hoho, yes! And the winner goes to...
Elisa memandang mama, cuba untuk membantah. Namun pandangan tajam mama itu mematikan hasratnya.
“Yalah, yalah. Elisa memang tak ada janji apa-apa pun pagi tu. Saja menipu supaya Kak Ngah dapat luangkan masa dengan Aya tanpa gangguan sesiapa pun.”
“Thank you. I owe you one.”aku mengenyit mata.
“Mention not.”
Sounds familiar?


Semalam aku menerima panggilan daripada seorang manusia yang amat aku takuti buat masa ini. Ya, tepat sekali. Ibu aku. Agak kaget apabila melihat nama ibu tertera di skrin telefon bimbitku. Waktu itu, berbagai-bagai alasan untuk menyelamatkan diri tercipta di dalam akal ini. Mujurlah ibu sekadar menelefon untuk bertanya khabar kerana aku sudah jarang pulang ke sana. Apa gunanya aku pulang kalau hanya untuk membawa berita buruk kepada mereka? Aku sedang cuba mencari masa yang sesuai untuk berterus-terang kepada ibu serta abah. Semakin lama perkara ini aku tangguh, semakin kacau fikiran ini meneka reaksi mereka. Tak lama lagi....Aku berjanji sendiri. Mungkin selepas aku menghadiri aktiviti di sekolah Aya. Mengingati tentang perkara itu dengan sendirinya membuat hati aku hangat. Ehsan tidak langsung menyentuh tentang itu apabila kami pulang, sesuatu yang sudah aku agak. Apabila aku membuka mulut untuk bercakap tentang itu, dia akan belagak seperti aku tidak wujud di hadapannya. Sepenuhnya tidak mempedulikan aku. Bodoh, menyakitkan hati betul! Ok, jangan fikir pasal dia. He’s a pain.
Oh ya, aku juga sudah berjaya mendapat sebuah rumah untuk di sewa. Fully furnished, lebih dekat dengan tempat kerja jika dibandingkan dengan rumah Ehsan, dan yang lebih penting, sewanya yang berpatutan. Aku boleh pindah masuk bila-bila sahaja aku mahu. Perkara terbaik yang berlaku kepada aku dalam masa tiga bulan ini. Ermm, nampaknya aku terhutang budi kepada Ehsan tapi itu tak penting. Dia tidak kisah pun sama ada aku berterima kasih kepadanya atau tidak. Jadi kenapa harus aku?!
Selepas ni, tak perlulah lagi Kristine menginap di hotel lagi sekiranya dia berada di Semenanjung. Kami boleh menghabiskan lebih banyak masa bersama. Baru sebulan aku sudah rindu dekat dia. Kristine sekarang kalau tidak salah aku kini berada di Cairo, meneruskan pengembaraannya. Aku mahu hidup seperti itu. Tapi sayangnya, orang cerewet seperti aku ini tidak sesuai untuk hidup sepertinya. Perkara terbaik tentang melancong hanyalah sight-seeing dan shopping. Anith Fitriah seorang yang teramat cerewet berkaitan makanan dan tempat tinggal. Abang Asyraf sendiri berkata amatlah susah untuk menjaga aku, daripada kecil sehinggalah sekarang. Haha...
Sekarang fokus, Fitri! Lelaki kat depan kau ni memang menyebalkan.
“Kau dengar tak apa aku cakap? Aku tak peduli dengan trauma kau atau apa sahajalah yang kau lalui dulu, tapi kau kena pergi juga esok!”aku melepaskan kemarahanku sepenuhnya.
“Kau tak perlu paksa diri kau.”balasnya kembali, memandang wajahku tepat.
Aku menarik nafas.
Heh, dia cakap tentang aku pula. Cuba memesongkan topik?
“Apa maksud kau?”
“Aku tahu yang kau tak dapat terima Aya dalam hidup kau. Kau anggap dia sebagai satu beban, kan? Well, good news!”dia menepuk tangannya, sengaja mahu berdrama.
“Kau tak payah paksa diri kau. Kalau kau tak suka, biarkan saja. Jangan biar kata-kata mama atau rasa kasihan mengikat diri kau kepada Aya. Aku takkan pergi esok. That’s final. Dan kau juga tak perlu pergi kalau kau tak mahu.”
Tanpa sempat aku tahan, tangan ku sudah sampai ke pipinya.
Uh oh....
“Pentingkan diri sendiri, belagak, tak bertanggungjawab. Aku sendiri tak faham macam mana boleh wujud manusia seperti kau. Merugikan sahaja. Useless and hopeless.”aku tidak perlu risau jika kata-kata itu akan melukakan hatinya kerana Dzul Ehsan di hadapan aku ini tidak punya hati perut.
“You don’t wanna go, fine! Tapi aku akan pergi sebab I’m nothing like you. Jangan kau berani samakan diri kau dengan aku, ok?”
Ehsan menggenggam tangannya, namun tidak menunjukkan tanda-tanda untuk bersuara. Dinding di belakangku di pandangnya tanpa berkedip, seolah-olah dia berharap aku adalah dinding tersebut. Marah? Welcome to the club.
“She’s just a kid. And she’s your daughter. Kau tak berhak nak salahkan dia atas apa saja yang terjadi dulu.”
“Syhh, you’re too loud.”suaranya perlahan benar sehingga agak sukar untuk aku mendengar butirnya.
“Untuk seseorang yang tak tahu apa-apa, kau sangat banyak cakap.”
Wajahnya tenang, seperti tidak terkesan langsung oleh kata-kata aku tadi. Wow, self-controlnya sangat hebat! Kalaulah aku berada di teater sekarang, sudah pasti aku akan memberikan standing ovation kepadanya. Sebentar tadi dia kelihatan seperti sudah bersedia untuk menelan aku hidup-hidup, tetapi sekarang, ketenangannya pula yang membuatkan aku mahu melapahnya.
Ehsan masuk ke dalam biliknya. Tak lama kemudian dia keluar semula dengan beg laptop serta kamera di tangan.
Lihatlah, pengecut tu mahu melarikan diri.
“Aya perlukan kau.”aku enggan mengalah.
Ehsan tidak mempedulikan aku, melangkah menuju ke pintu.
“I’m sorry but can you please move out ASAP?”dengan itu dia terus keluar, tidak memandang walau sekilas ke arahku.
Mendengar itu, aku kematian kata-kata.
Mungkin aku adalah orang yang paling dibenci oleh Ehsan saat itu, sehingga dia tidak mahu lagi aku berada di dalam rumahnya. Bukan niat aku untuk cari pasal tetapi seseorang perlu menyedarkan dia. Kalau boleh aku tak mahu kami selalu bergaduh begini, tetapi perangai Ehsan menyukarkan keadaan. Ehsan benar, aku tak tahu apa-apa dan aku langsung tidak berhak untuk masuk campur urusannya. Yang aku tahu, aku tak mahu Aya menjadi mangsa kemarahannya.
Aku memang melampaui batas. Siapalah aku untuk cuba menyelesaikan masalah keluarga mereka yang telah lama wujud sebelum aku menjadi sebahagian dariapda mereka. Minta maaf dengan dia, Fitri. Grrrr...


Sudah sepuluh minit aku tercegat di hadapan almari yang penuh dengan baju yang selama ini tidak pernah aku sedar kewujudannya. Kerja aku tidak memerlukan aku bergaya sakan, jadi t-shirt dan jeans sudah mencukupi. Sekarang tolong beritahu aku, apa baju yang sesuai aku pakai ke majlis penyampaian hadiah Aya? Satu persatu baju yang digantung aku belek. Akhirnya blaus berwarna biru muda menjadi pilihanku.
Keadaan rumah terasa benar kosongnya apabila Ehsan tiada. Nampaknya dia tidur di studio semalam. Trying to avoid an awkward morning? Sebab aku baru je tampar dia semalam. Hatiku menyumpah sendiri apabila teringatkan tentang semalam. Macam manalah aku boleh terlajak menampar dia?
Aku memandang refleksi aku di cermin untuk kali terakhirnya sebelum keluar.
Pada hari ini saya adalah seorang ibu. Hai, saya ibu Zuhul...Err, apa nama penuh Aya?
Setelah berpuas hati dengan penampilanku, aku mencapai kunci kereta lantas keluar. Perlu singgah ke rumah mama untuk menjemput Elisa. Kemudian ke rumah ibu untuk menerangkan situasi sebenar kepadanya. Duh, what a day!
Ketika aku sampai, ramai ibu bapa lain yang sudah hadir. Mujurlah Elisa bersama aku, jika tidak, pasti aku akan berfikir sama ada mahu masuk atau menyorokkan kepalaku ke dalam tanah seperti seekor burung unta.
 Rambutku yang agak kusut kerana ditiup angin itu aku sisir dengan jari.
“Ibu Fitri, dah cantiklah. Boleh kita masuk sekarang?”Elisa bercekak pinggang, berkerut dahinya menahan panas matahari pagi.
“Yalah, yalah. Trying to make sure I look presentable, that’s all.”aku berkata, dengan muka yakin.
Elisa ketawa, lucu.
“Aksi seorang ibu yang pertama kali menghadiri majlis di sekolah anaknya.”
 Mendengar kata-kata Elisa itu memberi satu macam perasaan yang aneh kepada diriku. Aku adalah seorang ibu? Aku adalah seorang ibu! Sebab tu aku kat sini kan?
Kami berdua masuk ke dalam dewan dan mengambil tempat di barisan yang keempat. Buku program yang diletakkan di atas kerusi itu aku teliti.
Menunggu ketibaan Pengerusi PIBG, nyanyian lagu Negaraku, ucapan bla bla bla...Penyampaian hadiah bagi prestasi cemerlang tahun satu. Aku membaca nama-nama yang tertulis di situ dengan penuh minat. Zuhul Danisa Alya binti Dzul Ehsan, tempat pertama dan matapelajaran terbaik. Way to go, Aya!
Setelah jarum jam bergerak ke pukul 10 pagi barulah majlis bermula. Mendengar lagu Negaraku serta ucapan membuatkan aku berasa masih di sekolah. Suatu alam yang mana sudah lama aku tinggalkan. Tetapi mendengar ucapan bukanlah kekuatan aku. Tidak sabar aku mahu melihat Aya di atas pentas itu. Menurut Elisa, kelas Aya juga akan membuat persembahan pada hari ini. Bagi menghilangkan rasa bosan serta mengantuk yang mula beraja, aku mengeluarkan telefon bimbitku dan menaip sesuatu, kemudian memadamnya kembali. Perbuatan itu aku ulangi berkali-kali.
“Very motherlike.”kata sesusuk tubuh yang tiba-tiba sahaja muncul, lalu duduk di sebelahku.
Suaranya seperti...Aku pantas menoleh. Secara automatiknya, mengantukku hilang.
Oh my...
Bukan aku sahaja yang terkejut dengan kemunculan Ehsan di situ, tetapi juga Elisa di sisiku. Ternganga kami berdua, memandangnya dengan tidak percaya.
Ehsan menggaru-garu keningnya, kelihatan agak tidak selesa.
“You two should really stop staring now.”akhirnya dia berkata.
Elisa menampar pipinya berkali-kali, cuba memastikan bahawa dia tidak bermimpi.
“Ini sangat ajaib. Angah buang tebiat ek?”
“Hahaha very funny, Adik.”
“Apa kau buat kat sini?”aku bertanya, separuh berbisik agar tidak mengganggu konsentrasi mereka yang lain.
Wah, fokusnya kakak yang duduk kat sebelah Elisa tu!
“Untuk tangkat gambar. Kerja aku, kan?”dia menunjukkan kamera yang tergantung di tengkuknya kepada ku.
“You’re not that...”
“Shut up!”potong Ehsan, melemparkan pandangannya ke hadapan.
Aku tersenyum sendiri. Dia punya hati dan perasaan sebenarnya. Aya pasti gembira jika dia tahu yang Ehsan ada di sini. Dengan kehadirannya pada hari ini, aku rasa lebih mudah untuk meminta maaf daripadanya pasal semalam. Tak kiralah apa sahaja sebabnya, yang pentng, dia ada di sini untuk majlis anaknya sendiri.
Aku memberikan buku program yang aku pegang itu kepada Ehsan.
“She’s brilliant.”aku menunjuk ke arah nama Aya yang tertulis di situ.
“Well, let’s hope she doesn’t end up being a deceptive, manipulative creature that doesn’t even have the guts to tell her husband the truth.”mendatar suara Ehsan.
Hampir ternganga aku mendengar kata-kata Ehsan yang bagi aku langsung tidak masuk akal itu. Nampaknya, masalah otak makhluk aneh ini lebih serius daripada jangkaan aku.
Haa, apa yang lelaki ni merepek?! Deceptive, manipulative creature that doesn’t even have the guts to tell her husband the truth. She’s seven years old. Husband apa ke bendanya.
Suara juruacara majlis mengumumkan penyampaian hadiah bagi tahun satu akan bermula sebentar lagi mematikan niat aku untuk berkata-kata. Ehsan yang mendengar lantas bangun ke hadapan, lagak seorang jurugambar professional.
“Hadiah prestasi cemerlang tahun satu. Tempat pertama, Zuhul Danisa Alya binti Dzul Ehsan. Pelajar ini juga cemerlang dalam matapelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Pendidikan Islam.”
Aya berjalan menaiki pentas dengan gembira, membuatkan aku yang melihat merasa teramat bangga.
“My niece is a genius.”Elisa menepuk tangan, kelihatan begitu teruja sekali.
Saat itu mahu sahaja aku jeritkan kepada semua bahawa anak yang bijak itu adalah anak aku. That brilliant girl over there is my daughter! Perasaan gembira yang aku rasakan sekarang bukan sesuatu yang plastik, ia adalah perasaan yang tumbuh secara tiba-tiba, diluar kawalan aku. Tidak pernah aku terbayang aku akan berada di kalangan ibu bapa yang lain, gembira di atas kejayaan seorang anak yang tiada kaitannya langsung dengan aku.
Snap...!
Cahaya flash ‘membutakan’ aku seketika. Aku mengalihkan pandangan ke arah Ehsan yang kini sudah berada di sisiku. Matanya tetacap fokus kepada skrin kamera. Ah, coolnya Ehsan ni! Kalaulah aku masih lagi berusia belasan tahun, memang inilah jenis lelaki yang akan buat aku tak lena tidur malam. Tetapi sekarang, jenis lelaki sepertinya buat aku tak boleh hidup senang.
“You’re blocking Elisa.”komen Ehsan.
Oh, faham! Sangat faham. Dia cuba katanya yang tadi sebenarnya dia bukan mahu mengambil gambar aku, sebaliknya Elisa.
“Maaflah, aku tak boleh control saiz kepala aku.”aku membalas.
Susah sangat ke dia nak buat baik dengan aku walaupun sehari? Perlukah dia buat remarks minta penampar seperti tadi?
Kami bertiga berada di situ untuk dua jam seterusnya. Ehsan mempunyai aura yang berbeza pada hari itu. Dia belagak seperti...seorang ayah. Tak sangka tamparan aku semalam boleh buat dia berubah begini. Aku patut cuba selalu. Berhenti bergurau, Fitri. Bermacam-macam yang dikatakan oleh orang disekelilingnya, tetapi dia langsung tidak ambil peduli. Jadi apa yang membuatkan dia berubah dalam masa satu malam?
Selepas majlis tamat, Aya berlari mendapatkan kami. Matanya bersinar-sinar apabila melihat Ehsan yang sedang berdiri di sisi Elisa itu.
“Papa datang.”katanya.
Ehsan sekadar mengangguk, membalas pandangan anak itu.
“Tapi papa tak datang masa tadika Aya buat persembahan dulu.”Aya berkata lagi.
“Ya, papa. Papa tak datang  langsung. Dua kali.”Elisa menyampuk.
“Adik, diam. “tangan Ehsan memicit hidung Elisa.
“Tapi sekarang I’m here, right?”Ehsan berkata kepada Aya.
“Tak.Boleh.Bernafas.”Elisa meronta-ronta, menampar tangan abangnya berkali-kali.
This is definitely new. Makhluk yang pentingkan diri itu sedang bergurau dengan makhluk yang lain. Ini betul boleh masuk X-Files.
Ehsan melepaskan pegangannya, membelek hadiah yang diunjukkan Aya kepadanya dengan penuh minat. Walaupun aku boleh nampak dengan jelas yang itu adalah minat yang sengaja dibuat-buat. Namun aku berpuas hati kerana sekurang-kurangnya dia sedang mencuba.
“Cepat-cepat. Family picture.”tanpa amaran, kamera di leher Ehsan ditarik Elisa manakala sebelah lagi tanganya menolak aku agar dekat dengan Angahnya.
“Elisa, jatuh kamera tu nanti.”nada bimbang yang wujud di dalam suaranya tadi memang bukan sesuatu yang plastik. Kamera itu begitu bernilai kepadanya. Boleh digunakan untuk tujuan blackmail jika perlu. Aku memasukkan fakta itu ke dalam otak.
“Angah ingat Elisa ni budak darjah tiga ke tak reti jaga barang? Tolonglah percaya sikit kat adik sendiri. Cepatlah! Aya duduk tengah-tengah dan angkat hadiah tu dengan bangga, please. Kak Ngah rapat sikit dengan Angah. Alaa, malu-malu pula.”seronok betul si Elisa ni mengarah, mengalahkan Ehsan sebagai photographer.
“Bukan malu Elisa, tapi menyampah.”perlahan ayat itu meluncur daripada mulutku tetapi cukup kuat untuk melayakkan aku menerima renungan membunuh daripada Ehsan.
Mahu tak mahu, aku bergerak sedikit rapat dengan Ehsan, manakala kedua-dua belah tangan aku letakkan di atas bahu Aya yang sudah bersedia dengan posenya.
“Says ‘Akanishi Jin’.”
“Okay, kejap. Jangan bergerak. Nak check dulu gambar best ke tak.”
Aya berjengket-jengket mendapatkan Elisa.
“Alaa, papa tengok tempat lain.”anak itu kelihatan tidak puas hati.
“Tengok jam. Belagak sibuklah konon.”cebik Elisa.
Ehsan menghampiri mereka berdua, mengambil kamera daripada tangan Elisa. Untuk seketika, aku sangat yakin bahawa lelaki itu tersenyum, tetapi apabila aku perhatikan kembali wajahnya, kosong!
“Gambar ni dah memang rosak pun kalau Angah tak tengok jam. Your sister-in-law looks so murderous there.”
Berderai tawa Elisa.
Score one untuk Encik Dzul Ehsan.
Tiba-tiba sahaja aku merasakan yang aku senang dengan keadaan sekarang. Perfect!
“Girls, kita patut balik sekarang. Kak Ngah ada tempat lain lagi nak pergi.”aku berkata, menggoncangkan kunci kereta menuntut perhatian.
 “Aya, ibu dengan papa nak dating kejap. Jom kita tinggalkan diorang.”Elisa berkata, nakal. Tangan Aya ditariknya menuju ke kereta.
Aku tidak berminat untuk membantah kata-kata Elisa. Sedikit pun tidak ada kesan ke atas aku.
Ehsan yang nampaknya sedang berfikir sesuatu yang sangat serius. Dahinya berkerut seribu, bola matanya tak lepas memerhatikan langkah Aya.
Aku berdehem.
“Terima kasih sebab datang walau apapun sebabnya. Kau nampak sendiri kan betapa seronoknya Aya bila kau ada.”
“Aku ke sini atas kehendak aku sendiri. Bukan kerana kau, bukan juga kerana Aya.”
Keras hatinya. Ehsan, kau boleh cakap apa saja yang kau nak. Tapi aku tahu, kau ada kat sini pasal kau sayangkan Aya. Mati ke kalau kau cakap perkara yang sebenar?
“Aku tahu. Dan aku rasa aku perlu minta maaf dengan kau. Pasal semalam. Aku tahu aku melampau, aku tak patut tampar kau, tak patut masuk campur hal kau...”
“I think it’s nice.”potong Ehsan. Setelah melihat wajah aku yang kebingungan itu dia menyambung.
“What you did for Aya. Aku tahu tak mudah untuk terima seseorang yang tak ada kaitan langsung dengan kita.”
Kami berdua senyap. Dapat merasa dengan jelas awkward moment yang sedang berlaku. Aku seakan kehilangan kata-kata.
“Memang tak mudah tak itu tak bermakna aku tak perlu cuba. Oklah, aku kena hantar diorang balik rumah mama. Lepas tu, aku nak ke rumah ibu pula. Wish me luck.”tanpa menunggu balasan daripadanya, aku pantas bergerak ke kereta.
Apa kena dengan aku ni? Dia buat baik sikit, dah mula nak lembut hati. Bodoh betul!
"Good luck!”katanya.

~comments are loved :) ~

Wednesday, November 17, 2010