Thursday, November 8, 2012

Teaser: One Day You'll Be Mine 28

“Jadi kau marah dan bencikan aku? Kau benar maksudkannya bila kau cakap yang kau tak mahu tengok muka aku lagi, kan?” dan tidak sama sekali aku akan berundur.
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Lupa terus aku kepada tujuan sebenar aku ke sini pada hari ini sehingga ‘berkhemah’ di hadapan rumahnya. Aku sepatutnya memohon maaf tetapi yang aku berjaya lakukan adalah satu lagi ‘pertempuran’ kecil dengan Ehsan.
“Again, I didn’t say anything like that. Berhenti menyumbat perkataan ke dalam mulut aku sesuka hati kau. Sama ada aku maksudkannya atau pun tidak, ia takkan mengubah apa-apa. Aku tak tahu kenapa tapi aku tak boleh nak keluarkan kau daripada hidup aku. Kau seperti gula-gula getah yang melekat kat tapak kasut, tahu? Annoying.”
Oh...
Adakah aku akan memburukkan keadaan sekiranya aku menangis?  Itu satu kata-kata yang sangat, sangat, sangat dan sangat menyakitkan. Ehsan penuh dengan sesuatu yang begitu, bukan? Okay, tidak ada apa lagi yang mahu aku cakapkan. Aku sungguh tak mampu untuk menyusun kata lagi.
“Sangat menepati masa, Cik Anith Fitriah.” sela Nik sebaik sahaja aku mengambil tempat bertentangan dengannya. Kerutan di dahi lelaki itu menyatakan yang dia tidak berminat untuk memulakan perbualan kami dengan sebarang mukadimah indah.
“Walaupun saya cuti tapi itu tak bermakna saya tak sibuk.” tempelakku.
Mencerlung Nik sebaik sahaja perkataan-perkataan itu keluar daripada mulutku.
“Sibuk melayan Ehsan?”
 “Apa sebenarnya yang awak tak beritahu saya, Nik?” aku bertanya, masih kaku berdiri tanpa mempedulikan mata-mata yang dihalakan ke arah kami, menonton drama kecil itu dengan penuh minat.
Nik tunduk, kembali membisu lagak seorang pesalah.
Bagus, bukan sahaja dia sentiasa menyakiti aku seperti Ehsan, dia juga mempunyai rahsia seperti makhluk aneh itu.


*****************************************
Ya, teaser lagi :)
Sebenarnya saya cadang nak update sampai Bab 28 dulu sementara nak menunggu reply KS.
Boleh tak macam tu?

Jumpa nanti.



Share:

1 comments:

jumelia said...

slm ..
ape kate update smpai bab 30 sementara tunggu reply from KS.hehehehe