Saturday, November 3, 2012

One Day You'll Be Mine 27


“Hai Ehsan! Selamat pagi. Tidur nyenyak semalam? Aku datang ni sebenarnya nak minta maaf. Kau maafkan aku, kan? Aku betul-betul tak sengaja.”

Berjeda sebentar aku, menarik nafas sedalam mungkin. Cuba untuk menyakinkan diri akan perlunya aku berada di situ pada hari ini. ‘Skrip’ yang sudah aku karang di dalam kereta tadi aku ulangi lagi untuk kali yang entah ke berapa, bimbang kematian kata sekiranya berhadapan dengan Ehsan.

Walaupun semua yang berlaku adalah salah aku tetapi ego yang wujud ini membuatkan aku agak segan untuk meminta maaf daripadanya, apatah lagi dengan perangai Ehsan yang sebegitu. Ya, aku bersetuju seratus peratus jika mereka katakan yang ‘sorry seems to be the hardest word’. Namun apabila memikirkan kameranya yang telah aku hancurkan itu, aku gagahkan juga diri untuk memandu ke sini dan menebalkan muka untuk mengadap Your Royal High-muckety-muck, Dzul Ehsan.

Sebetulnya sesudah menghantar Aya ke sekolah, aku langsung ke studio Ehsan untuk menunggunya di sana. Hampir sejam aku menjadi guard di situ sehinggalah Farez datang dan memberitahu yang Ehsan tak akan masuk pada hari itu. Semangat aku yang sememangnya sudah tipis bertambah rapuh apabila memikirkan aku terpaksa mengadap Ehsan di kubu kuat yakni rumahnya yang sudah lama aku tinggalkan dan berazam penuh untuk tidak kembali ke sana. Rumah yang pertama kali mengenalkan aku kepada Ehsan yang menyebalkan. Rumah yang sebenarnya menyimpan pelbagai kenangan aku, sama ada indah atau buruk.
Jantung aku sudah kembali memainkan irama samba, meraikan hari buruk aku yang tak mungkin akan berakhir dengan mudah.

Aku memejam mata, menarik nafas sedalam-dalamnya. Jam di tangan aku lirik sebelum memperbetulkan penampilanku. Hampir ke pukul 10 pagi, bermakna sudah 10 minit aku berdiri seperti orang bodoh di hadapan pintu rumah Ehsan. Entah apalah tanggapan jiran-jirannya yang asyik memberikan aku pandangan mencurigakan sedari tadi.
Aku tak perlu jelaskan apa-apa kepada mereka. Tujuan utama aku ke sini adalah untuk meminta maaf daripada Ehsan dan kemudian balik ke rumah, tidur dan anggap hari ini tak pernah terjadi. Tak percaya sungguh aku mengambil cuti tahunanku yang hanya berbaki tiga hari itu untuk hal tak penting, manusia tak penting seperti Ehsan.

Tak patut semua ini berlaku kepada aku. Kenapa mesti masalah aku berkait dengan Ehsan sedangkan sepatutnya kami sudah membawa haluan yang jauh daripada diri masing-masing? Ke mana sahaja aku pergi, pasti Ehsan yang akan aku temui, pasti dia yang akan membuatkan aku kelam-kabut seperti ini.

Sangat tidak adil kepada aku!!

Aku menguatkan diri dan lantas mengetuk pintu rumahnya, mataku dipejamkan serapat mungkin.
Janganlah aku melakukan sebarang perkara bodoh di hadapan Ehsan. Cukuplah dengan apa yang sudah aku lakukan sebelum ini, hanya memberi peluang kepada Ehsan untuk mentertawakan aku.
Sekali lagi pintu itu aku ketuk setelah tidak mendapat sebarang respons daripada penghuninya.
Teringat kembali aku ketika kami masih tinggal sebumbung. Ehsan memang jarang bangun awal. Jadi tidak mustahil sekiranya dia masih tidur di waktu begini. Dasar lelaki carefree.

“Kau sleepwalking ke?” suara garau itu membuatkan aku pantas membuka mata.

Ehsan sedang berdiri di sebalik pintu yang hanya dikuak cukup untuk membenarkan aku melihat sebahagian daripada tubuhnya yang tidak berbaju itu.

Oh dia dah buka pintu rupanya!

“Hai Ehsan! Selamat pagi. Apa khabar?” aku memulakan.

“Melawat mangsa kejadian seawal pagi begini?”

Ah dia tahu tujuan aku ke sini! Lupa pula aku akan kuasa psikiknya yang satu itu. Dengan mudah dia dapat membaca fikiran aku yang sepertinya tidak lebih daripada sebuah naskhah yang terbuka luas. Satu-satunya lelaki aku kira, yang dapat membaca hampir semua jalan fikiranku tanpa perlu menjadi manusia yang memahami. Satu lagi bakat semula jadi Ehsan selain daripada mulutnya yang celupar itu.

Aku memaksa diri untuk tersenyum, menelan sindiran pahitnya itu.

Ini tak mungkin akan menjadi mudah. Bersabarlah, Anith Fitriah.

“Aku bawa sarapan.” aku mengangkat beg plastik di tanganku kepadanya, tidak tahu apa lagi yang harus aku katakan. Segala dialog yang aku susun kemas sebelum ini sudah terbang entah ke mana sebaik sahaja berhadapan dengan Ehsan. Aku merasakan diriku seakan seekor semut yang kecil, manakala Ehsan pula seeokor gajah angkuh yang mampu melumatkan aku bila-bila sahaja yang dikehendakinya.

Aura yang dimilikinya sangat dahsyat!

Great! Aku tak tahu pula rumah aku dah diwartakan sebagai kawasan perkelahan sekarang ni.” balasnya dengan wajah yang cukup selamba.

 “Untuk kau.”

Ehsan ketawa, mengejek kebodohan  aku yang semakin ketara. Senang mungkin hatinya kerana berjaya membuat aku tak ketahuan begini. Bergembiralah Encik Ehsan kerana hanya kau yang mampu buat aku rasa seperti orang bodoh. Hanya kau!

“Balik jelah, Fitri. Aku masih hidup, sihat alhamdulillah. Kata-kata kau tak ada kesan terhadap aku.”

“Aku minta maaf. Memang salah aku. Aku tak patut bertindak terburu-buru apatah lagi untuk cakap semua tu kat kau.”

“Maaf anda tak diterima. Sekarang, tolong beredar.” dia berura-ura untuk menutup pintu. Melihat itu, aku semakin kalut.

Cepat cakap sesuatu, Fitri.

“Ehsan, tolonglah jangan buat aku macam ni. Kalau kau marahkan aku, cakap jelah. Aku bersedia dengar apa saja yang kau nak hamburkan kepada aku. I totally, absolutely deserve it. Show me no mercy, please.

“Apa ni, pementasan teater? Fitri, balik je lah. Tak ada apa yang aku nak katakan kepada kau. Lagi pun tak ada orang yang mati, jadi tak payahlah kau nak berdrama sangat. Hrmm, tak ada yang mati kecuali...DSLR aku yang berharga 6k rosak dan beberapa kerja yang terpaksa ditangguhkan. Oh kau tahu apa? Mungkin aku akan menganggur selepas ni. Apa lagi yang boleh aku lakukan tanpa kamera tu? I am one useless retard. Tak ada benda lain yang aku boleh buat selain daripada berkepit dengan kamera tu.” Ehsan membuka pintu rumahnya seluas mungkin dan berdiri tegak di hadapanku.

Wajahku tiba-tiba bertukar panas. Spontan tanganku menggaru dahi sebelum melarikan pandangan ke dalam rumahnya yang aku kira masih sama seperti ketika aku berpindah keluar dahulu. Ehsan sudah semestinya tidak peduli untuk mengubah susun atur perabot rumah itu. Perasaan orang sahaja dia tidak peduli, inikan pula untuk mengubah suai rumahnya.
Dejavu. Susah sangatkah untuk pakai baju sebelum buka pintu, hrmm?

“Aku tahu. Sebab tu aku datang sini untuk minta maaf. Aku akan ganti balik kamera kau tu.”
Ehsan mendengus.

“Ganti balik? Kalau aku nak, Cik Fitri, aku sendiri boleh beli yang baru. Tak perlu tunggu belas kasihan kau tu. Kau cakap aku tak sensitif tapi sebenarnya kau pun sama atau kau sememangnya tak faham?” dia melangkah setapak ke hadapan, begitu hampir sehingga aku rasakan kepala aku mula berpusing kerana kekurangan oksigen.

Refleks membuatkan aku mengundur setapak ke belakang supaya masih ada jarak di antara kami. Berada dekat dengannya hanya meningkatkan risiko untuk aku mati kerana kesukaran bernafas, tambahan pula dengan keadaannya yang ‘seksi’ begitu.

Oh risikonya adalah dua kali ganda.

Aku memandang Ehsan, kehilangan kata-kata apabila mendengar ucapan kasarnya itu. Sepantas kilat dia mencengkam erat lenganku, membuatkan aku sedikit tersentak kerana terkejut. Untuk beberapa ketika, tidak ada di antara kami berdua yang bergerak.

Jantungku semakin laju berdenyut sehinggakan aku rasa seakan berada di awang-awangan.
Apa yang Ehsan cuba lakukan?

Meskipun Dzul Ehsan lelaki yang menyakitkan hati tetapi tidak dapat dinafikan kesan kewujudannya ke atasku. Manusia yang mengatakan Ehsan tidak kacak mungkin perlu mendapatkan nasihat pakar mata untuk preskripsi kaca mata yang sesuai. Keyakinan yang ada di dalam dirinya sejak daripada zaman remajanya tidak pernah kurang walaupun sedikit sehingga aku merasakan dia adalah manusia yang sama yang pernah aku kagumi, yang pernah aku...Opps, aku tidak patut bercakap tentang itu! Aku hanyalah remaja biasa yang dikuasai hormon ketika itu dan sudah semestinya normal bagi aku untuk mempunyai walaupun sedikit perasaan terhadap kawan abang aku itu. Dzul Ehsan adalah manusia yang sangat cool, okay? Ya Allah, tak sangka aku akan ungkit kembali kisah lama!

Lelaki itu membongkokkan sedikit badannya agar kami berada di paras yang sama. Matanya tajam memandangku.

“Sebagaimana tak ada orang yang boleh gantikan tempat Nik Afezal di dalam hidup kau, sebegitu jugalah tak ada yang boleh gantikan kamera tu. Sebagaimana bernilainya Nik Afezal kepada kau, begitu jugalah bernilainya kamera bodoh tu kepada aku. Berhenti mengambil mudah hidup orang lain kalau kau tak tahu apa-apa.” keras kata-katanya dilontarkan kepadaku.

“Bukan itu maksud aku. Jangan salah...”

“Aku tak peduli apa maksud kau. Yang aku tahu sekarang ni, aku tak mahu tengok muka kau kat sini. Oh biar aku beri kau cadangan, apa kata kau cari Nik dan ganggu hidup dia pula? I’m sure he would love that. A lot.”

BAMM!!

Lidah aku kelu untuk membantah, hanya memandang seperti orang bodoh saat dia menghempas pintu itu ke mukaku dengan wajah yang amat sukar untuk aku tafsirkan tetapi apa yang pasti, aku tidak dapat mengesan sebarang kemarahan di dalam dirinya. Bukankah itu satu perasaan yang patut wujud di dalam diri Ehsan selepas apa yang telah aku lakukan? Aneh bukan? Tetapi yang pasti, aku memang patut dapat layanan sebegitu daripadanya. Memang padan muka aku sendiri.

Tetapi kalau dia marah dan memilih untuk menyimpannya sendiri serta berpura-pura seolah-olah aku tidak wujud, bukankah itu satu masalah yang lebih besar kepada aku? Ehsan pernah melakukannya sebelum ini dan aku sedikit pun tidak meragui dia akan melakukannya sekali lagi. Belagak seperti aku tidak pernah dikenalinya, tidak pernah wujud di dalam hidupnya. Aku tahu dia akan berjaya kerana Ehsan memang seorang pakar di dalam hal sebegitu.

Bagaimana aku nak minta maaf daripada orang yang anggap aku tak wujud?

Aduhai, apakah perkataan yang lebih teruk daripada ‘teruk’?

Aku menghenyakkan diri di hadapan pintu rumahnya, mengomel-ngomel sendiri sambil otakku ligat memikirkan langkahku seterusnya.

Tak mungkin untuk aku menghabiskan hari aku di hadapan rumahnya, menunggu lagak seorang security guard yang setia hanya untuk mendapat kemaafan daripadanya. Aku sedia maklum aku tidak perlu berkorban sehingga sebegitu sekali kerana sejujurnya, aku tidak kisah jika dia memaafkan aku atau tidak. Dzul Ehsan bukan manusia yang penting kepada aku. Boleh sahaja jika aku mahu pulang ke rumah dan turut serta di dalam permainannya ini, melupakan salahku kepadanya begitu sahaja. Lagi pun, bukan aku yang berlaku sombong dengan menolak maaf ikhlas yang dihulurkan. Dia yang tidak mahu menyelesaikannya secara baik, tak mungkin bagi aku untuk memaksa bukan? Jadi, lebih baik aku pulang ke rumah daripada menghabiskan masaku berterusan mencuba.

Tidak, tidak! Hati aku bukan sekeras hatinya. Manusia jenis apa yang boleh bersenang selepas menyakiti orang lain? Mungkin aku menipu di sini apabila aku mengatakan yang aku tidak kisah sama ada Ehsan memaafkan aku atau tidak. Sudah semestinya aku peduli walaupun dia tidak penting bagi aku.

Hidup dengan rasa bersalah serta perasaan kurang senang orang terhadap diriku bukanlah rancangan aku dalam menjalani kehidupan. Apa gunanya menjadi manusia jika hanya untuk membuat orang sakit hati dan kurang senang dengan kita?

Ughh yang aku tahu, Dzul Ehsan perlu memaafkan aku.  Aku akan lakukan apa saja termasuklah berkhemah di sini kalau perlu, sekiranya itu boleh melembutkan hatinya.

Titik!




“Sayang, bangun.” berlagu sahaja perkataan itu menyapa telingaku. Namun mataku masih terlalu berat untuk dibuka. Aku mendengus kecil apabila tubuhku digoncang perlahan, seakan memaksa aku untuk kembali ke tanah realiti dengan segera.

“Sayang.” kali ini suara itu kedengaran lebih tegas, membuatkan aku membuka sedikit mataku untuk mengamati keadaan sekeliling.

Di mana aku sebenarnya?

“Kenapa sayang tidur dekat sini?”

Fikiran aku kosong, badan aku terasa ringan dan sesungguhnya aku keliru. Perlahan-lahan aku mengalihkan pandangan ke arah sumber suara tersebut.

Haa, dia ni?

Aku alihkan pula pandanganku yang masih kabur ke sekitar, cuba mencari jawapan kepada beberapa tempat kosong yang memenuhi mindaku. Dua wajah yang tidak aku kenali sedang merenung wajahku tanpa berkedip. Seorang wanita tersebut sedang tersenyum manakala seorang lagi hanya menggeleng.

Siapa pula mereka berdua ni?

Tubuh aku sekali lagi digoncang tetapi kali ini lebih kuat, sekali gus membangunkan aku yang tadinya hanya separa sedar. Aku menggosok mata sebelum mengalihkan perhatianku kepada Ehsan di sisi yang kemudiannya menarik aku agar bangun.

“Oh.” itu sahaja yang keluar daripada mulut aku apabila tubuhku yang masih belum sepenuhnya sedar terdorong ke arahnya.

“Awak buat saya risau, sayang.” dia berkata, sengaja menekan perkataan ‘sayang’ itu agar jelas dipendengaranku, atau mungkin juga untuk penonton kami berdua yang setia itu.

“Kan saya dah cakap dia tak apa-apa. Tunang saya memang macam ni. Dia boleh tidur kat mana-mana saja. Kat atas landasan kereta api pun boleh, kan Fitri?”

Masih keliru, aku hanya mampu untuk memandangnya tanpa sebarang kata sedikit pun tidak menghiraukan pegangan kemasnya di pinggangku.

“Akak risau tengok dia. Dah dua jam dia kat sini. Tak tahu sama ada pengsan ke, tidur ke. Kejutkan langsung tak bergerak.”

Ehsan ketawa.

Oh malunya!

Satu persatu kekeliruanku mula terjawab.

Huh Anith Fitriah, kau memang tak boleh harap! Kau tidur kat depan rumah Ehsan yang mana sekali gus menjadikan kau bahan ketawa yang lebih berkesan? Memalukan betul! Arghh, sepatutnya aku terus pulang ke rumah tadi! Bodoh, bodoh, bodoh.

Dan perkara pertama yang aku lakukan setelah bangun daripada kekeliruan itu ialah membebaskan diri daripada pegangan Ehsan. Maluku bukan kepalang lagi sehingga mahu saja aku lari keluar daripada situ, di saat itu juga. Tapi bukankah itu hanya akan membuatkan keadaan bertambah pelik?

“Minta maaf. Tertidur pula. Penat mungkin.” aku menundukkan kepalaku memandang lantai. Tidak mampu rasanya untuk aku mendongak menghadapi tiga pasang mata itu.

“Janganlah dibuat macam ni lagi. Mahunya dicekup masuk guni, diseludup ke negeri seberang, tak ke haru dik oii?” ujar salah seorang daripada wanita tersebut.

“Saya tunggu dia tapi dia tak buka pintu.” aku menyiku Ehsan di sisiku.

“Terima kasihlah ya akak sebab beritahu saya.”

“Biasalah hidup berjiran. Kalau macam tu akak balik dululah. Assalamualaikum.”

Hidup berjiran apa kalau bekas isteri Ehsan pun tak kenal.

“Waalaikummussalam.” Ehsan tersenyum, memerhatikan kedua wanita itu melangkah pergi sebelum mengembalikan perhatiannya kepada aku.

“Kau dah rosakkan kamera aku dan sekarang kau nak aku masuk lokap sebab mendera pula?”

Tidak tahu untuk membalas kata-katanya itu, aku hanya diam.

Anggota badanku masih lagi tidur kebanyakkannya, membuat agak sukar untuk aku berdiri tanpa terhuyung-hayang. Hati aku berdoa agar perkara ini tidak sampai ke pengetahuan Elisa. Jikalau tidak, pasti sampai bulan depan dia dan Kristine akan mentertawakan aku. Inilah apa yang orang Melayu katakan ‘sudah jatuh ditimpa tangga’.

 “Kenapa kau tak balik? Kalau orang culik kau tadi macam mana? Oh Tuhan, kau memang persisten, kan?”

“Siapa nak culik aku? Aku kan kat depan rumah kau. And I’m not being persistent, Mr. Arrogant. Aku hanya tertidur, okay?”

“Apa yang ada di dalam kepala otak dungu kau tu, hah?! Kau sepatutnya balik, bukannya berkhemah kat depan rumah aku.”

“Err itu memang rancangan aku pun.”aku menjawab, pantas.

Ehsan menjungkitkan kening, tidak memahami walaupun riak tidak senangnya masih jelas.

“Berkhemah di depan rumah kau, sampai kau maafkan aku. Kau tahu, taktik tipikal untuk memancing simpati. Tapi tak sangka pula aku akan mudah sangat tertidur. Dan itu sangat memalukan. Haha.” sebaik sahaja kata-kata itu keluar daripada mulutku, tidak ada yang lebih aku mahukan selain daripada mencekik diriku sendiri dek kerana kebodohan serta sifat tidak matang yang aku pamerkan. Di hadapan Ehsan pula tu!

Sekarang, bertambah bodohlah aku di matanya. Arggghh, Fitri!!!!

 “Pukul berapa kau tidur semalam?”

“Uh lepas subuh.”

Memang benar kerana aku tidak dapat melelapkan mata memikirkan akan hari ini. Selepas subuh barulah aku berjaya untuk memaksa sepasang mataku ini untuk pejam tetapi baru sahaja sejam, alarm clock aku sudah berbunyi, menandakan yang aku perlu bangun dan memulakan hari yang baru. Lagipun aku perlu menghantar Aya ke sekolah, jadi tidak mungkin aku dapat tidur lebih lama daripada itu.

With that much sleep you drove all the way here?” dia kedengaran tidak puas hati.

“Okay, mari kita selesaikan semua ni dengan cara orang dewasa yang normal. Aku datang sini untuk minta maaf. Aku betul-betul tak tahu tapi semuanya bukan salah aku semata. Kau yang tak mahu menjelaskan perkara sebenar kepada aku. Tapi betul, aku tak patut ‘korbankan’ kamera kau.” aku menarik nafas.

“Kamera tu penting kepada kau. Aku sangat-sangat minta maaf. Beritahu aku apa yang patut aku buat supaya keadaan lebih baik untuk kau?”

I’m not worth your time, Fitri. Kau tak perlu bazirkan masa kau dengan orang macam aku. Tak kira apa yang berlaku, aku akan tetap macam ni. Kau tak boleh buat keadaan lebih buruk atau pun bertambah baik.”

“Betul tapi...” aku mengangkat muka untuk menatap wajahnya.

Kosong, tanpa sebarang emosi. Masih lagi seperti Ehsan yang dahulu, cekap dalam menyembunyikan perasaannya.

“Kau hanya mampu buat keadaan bertambah rumit, Fitri.” kata-katanya itu tidak lebih daripada satu bisikan, namun begitu jelas di telingaku.

“Aku tak faham.” aku cuba membantah.

Ehsan menggelengkan kepalanya.

“Itulah masalahnya. Kau tak faham dan tak akan faham.”

Apabila aku kata yang aku tak faham, aku benar tak faham. Apa yang sedang cuba Ehsan katakan? Tidak tahu pula Ehsan gemar berteka-teki.

“Jadi beritahu aku supaya aku faham, weirdo.” cabarku.

“Kau terlalu bodoh untuk cuba faham apa-apa, jadi tak guna terangkan.”

“Apa...”

Namun sebelum aku sempat menghabiskan ayatku, Ehsan sudah kembali masuk ke dalam rumahnya dan menutup pintu rapat.

Sekali lagi? Ini sudah sangat melampau.

Baru sahaja aku berura-ura untuk merobohkan pintu rumahnya dengan satu ketukan yang dahsyat (Okay, aku melebih-lebih!) apabila pintu itu terkuak luas dan Ehsan yang kini sudah segak dengan baseball capnya tercegat menimbang kunci kereta di tangan.

Just kidding. Let’s go spend your money, dumb.”

Kejap, kejap. Aku rasa aku memerlukan sedikit masa untuk memproses kejadian aneh yang sedang berlaku.

“Kau ni lembablah. Dah tadi kata nak belikan aku DSLR yang baru.” Ehsan menarik kolar bajuku agar aku menuruti langkahnya.




Telefon bimbitku yang nyaring ‘bernyanyi’ itu pantas aku keluarkan daripada tas tangan sebelum mematikannya.

“Dah tahu orang tak nak angkat, janganlah telefon lagi.” omelku.

Ini dah masuk kali ke empat dan telinga aku sudah bingit mendengar bunyinya. Mungkin kalau pada hari yang lain deringan itu merupakan deringan yang sentiasa aku nanti-nantikan tetapi tidak hari ini dan untuk beberapa hari yang seterusnya. Hati aku masih sakit dan marah dengan apa yang telah dilakukannya. Dengan keadaan yang begini, nampaknya proses pembelaan diri Encik Nik Afezal perlu ditangguhkan untuk seketika atau otakku aku mungkin tak akan berfungsi dengan baik untuk membuat sebarang penilaian.

Pastinya  dia tahu aktiviti ‘istimewa’ aku pada hari ini melalui spy setianya dan mahu menyuarakan ketidakpuasan hatinya kepadaku. Oh pemilihan waktu yang salah kerana hari ini, aku tidak berminat untuk melayani api cemburunya itu. Tidak, bukan sahaja untuk hari ini kerana aku dah penat dengan semua ni! Sentiasa diawasi seakan pesalah yang berat jenayahnya. Aku juga punya kehidupan dan dia tidak mempunyai sebarang hak untuk mengawalnya.

“Kau tahukan yang telefon bimbit ni ada fungsi ‘Silent’? Atau itu pun kau tak tahu juga?” tanya Ehsan yang sedari tadi hanya menjadi pendengar setia kepada setiap dengusanku apabila telefon bimbitku berdering.

“Terlalu banyak kerja, switch off lebih mudah. Lagipun, aku suka kalau pemanggil aku berkawan rapat dengan operator voicemail aku.” aku menjawab dengan selamba.

Mataku meliar memandang sekeliling, cuba mencari ssesuatu yang menarik. Sudah hampir sejam kami berlegar-legar di pusat membeli-belah ini tanpa arah tujuan. Hanya menuruti setiap langkah Ehsan kerana aku sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang dicarinya. Satu persatu kedai yang menjual gajet-gajet canggih termasuklah DSLR kami lewati namun tidak ada satu pun yang berjaya menghentikan langkah Ehsan.

Entah kamera bagaimana yang dicarinya aku pun tidak tahu.

“Gila.” getus Ehsan, bola matanya senyap mengekori langkah seorang perempuan muda yang hanya bermini skirt dan tank top hijau muda yang sedang berjalan di hadapan kami. Lenggak-lenggoknya begitu memikat sehingga bukan sahaja Ehsan yang tidak mampu mengalihkan pandangannya, malah lelaki lain yang melintasinya juga pasti akan menoleh untuk kali kedua.
Jadi kebanyakan lelaki suka wanita begitu?  Tipikal lelaki gatal! Pantang lihat perempuan seksi, pasti akan terjojol biji mata tu. Siapa sangka Ehsan yang tak punya sebarang emosi itu juga tergolong di dalam golongan tersebut? Ah, kalau lelaki tu, memang lelaki juga!

“Kali pertama rezeki, kali kedua dah jadi dosa.” ujarku.

“Haa?” terlongo lelaki itu, tidak mengerti.

Aku berpaling mengadap wajahnya dengan senyuman yang paling manis boleh aku ukirkan. Ehsan terdiam untuk seketika sebelum kembali melangkah, meninggalkan aku beberapa tapak di belakangnya.

“Macam aku tak nampak kau asyik tengok perempuan seksi tadi tu. Cantik menarik tertarik?”

Ehsan ketawa, menggelengkan kepalanya.

“Oh itu! Bukan apa, aku tertanya-tanya je macam mana dia boleh muat ke dalam skirt sekecil tu. Her skirt is no bigger than a freaking lamp post.”

Giliran aku pula untuk terlongo.

Dia memang lelaki yang pelik. Itu yang difikirkannya? Haha mengarut betul.

“Tapi dia adalah pemandangan yang indah, kan? Come on, aku tahu lelaki suka bila perempuan pakai macam tu.” usikku.

Ehsan diam, kelihatan seperti sedang memikirkan sesuatu.

Yeah, we love it but it doesn’t mean we approve of it. Plus, aku tak suka berkongsi sesuatu milik aku dengan orang lain.”

Dan ia berlaku lagi. Perkongsian perasaan yang hanya akan membawa kepada saat-saat janggal seperti ini. Kalau ini berterusan, kami tidak mungkin dapat membina satu persahabatan yang baik kerana persahabatan selalunya bermula dengan perkongsian rasa. Ehsan bukan jenis yang mudah membuka cerita dan apabila dia melakukannya, aku pula akan kehilangan kata, tidak tahu untuk bereaksi.

Kenapa itu berlaku? Adakah kerana aku sedar dia mengucapkannya berdasarkan pengalaman hidupnya yang pedih itu?

“Lupakan.” Ehsan berkata, cuba mengeluarkan kami daripada detik itu.

 “Wise thinking. Err Encik Dzul Ehsan, dah hampir sejam kita kat sini. Boleh tak kau beritahu aku apa sebenarnya yang kau cari?”

Kami berdua perlu melakukan sesuatu untuk mengubah semua ini. Aku mahu menjadi sahabat Ehsan, seseorang yang boleh membuatkan dia kembali berharap jika itu mungkin. Tetapi apabila dia membuka cerita dan aku hanya akan membatu seperti orang bodoh, tak ada apa-apa yang akan berubah. Selamanya keadaan akan menjadi janggal di antara kami.

Dia makhluk yang aneh tetapi aku masih juga mahu menjadi sahabatnya, tidakkah itu menjadikan aku lebih aneh? Sepatutnya dia tidak penting kepada aku dan sepatutnya dia tidak wujud di dalam sebarang perancangan aku, apatah lagi hidup aku. Bila keinginan ini mula tumbuh aku sendiri kurang pasti.

“Aku tak cari apa-apa. Sekadar memuaskan hati kau.” jawapannya itu membuatkan dahiku berkerut.

Dia sedang mempermainkan aku sekali lagi.

“Hey, apa maksudnya tu?”

“Kan aku dah cakap sebelum ni yang DSLR aku tu irreplaceable? Aku tak ada rancangan pun nak beli DSLR yang baru. I’ll have it fix and it will be as good as new. At least, itu yang aku harapkan. ”

“Oh kamera tu masih boleh diselamatkan?”

Dia ketawa.

 “Kelakar. Kau bercakap seolah-olah kamera tu sesuatu yang bernyawa.”

“Jadi apa yang kita buat kat sini?” aku memandangnya dengan tidak percaya.

 “Buang masa aku dan memuaskan hati kau.”

Pheww, betul-betul menguji kesabaran aku lelaki ini. Cekik karang!

“Buang masa?! Kau memang tak normal. Adakah ini bermakna kau dah maafkan aku?”

“Dalam pertimbangan. Sekarang boleh kita balik, sebelum lebih banyak masa berharga aku yang terbuang?”

Aku mencebik.

Macamlah aku yang heret dia ke sini. Sengaja mahu mencari pasal dengan aku. Lelaki yang sengal!



*************************************************************
ODYBM 27, updated! 
Subjeknya masih lagi sama - Ehsan. *pheww*
 
Macam biasa, kritikan dan komen semua sangat saya hargai.
Tak pernah gagal buat saya happy heee~ ^^

Terima kasih untuk sokongan dan kata-kata perangsang. *terharu* 
Selamat membaca dan jumpa lagi nanti.
    
Share:

15 comments:

asnierin said...

hik hik hik,i like the subjek very much!!..tq writer,luv u muah2..

mizz acu said...

Mr Dzul Ehsan yg weirdo.. Sgtlahh misteri!
Xsabo nak tau apa sebenarnya yg jd dlm idup dia...
Sila post lg ya cik penuulis ;)

Anonymous said...

suka sgt n3 nie....penuh citer pasal Ehsan....even sgt menyakitkan hati,menyampah dan memeningkan kepala still miss him so much...

apapun simpati ngan Fitri bila kena bambu akibat tertidur kat depan rumah Ehsan....sikitpun Ehsan tak kesian kat dia....haihlah nasib kenal someone really weird.

-ezz an-

Anonymous said...

Thank you cik writer suka sgt2 for this n3 se mmg nya Dzul Ehsan weird and unpredictable kekadang kesian juga dgn Anith walaupun kekadang tu geram juga

Anonymous said...

i also loike the subjek,hermm..love u ehsan..hikhik..gatai..thanx 4 d n3...more n3 pls.)

















Anonymous said...

Ehsan ni TERsgtlah mysterious.... tapi rasanya dia overdose sukakan Fitri tapi sukar utk meluahkan the inner emotion... Maklumlah photographer, luahan hatinya lebih jelas melalui foto2 yg diambilnya....

Anonymous said...

Ehsan weirdo but weirdo yg sgt comel....cane nk cairkan hati batu c weirdo neh??? Hmmm fitri g goda2 c ehsan ni je la....agak2 menjadi x? Lol.... Nex n3 yer ms author... X sabar.....gud job.......

Anonymous said...

owh....miss writer..i'm verrrrryyyy love this entry..actually ai penah ada pengalaman yg agak lebih kurang dengan fitri...sangatlah serba salah and memang tk boleh tidoq sampai berhari2....

amirahzainal said...

n3 yang sangat best!!
update laju2 lagi ya..
cant wait for more.

Yong said...

have you got the answer from publisher? apakata klo nti dorg mtk edit ke bm. u edit it. tp pastikan ada kod tertentu tuk setiap buku,tuk reader read the original script. cz nti grenti weird klo dah translate ke bm. wat cm novel inggeris-ada special present -blh baca yg original kat blog rahsia or post kepada reader yg beli buku tu?

Inawza.Yusof said...

@Macam Yong: belum lagi...sebab baru minggu lepas hantar ^^
selalunya berapa lama baru dapat tahu ya?

Anonymous said...

Love this story so much! I guess Ehsan loves Fitri, right?

Unknown said...

yeah, i like this n3.. all about mr. weirdo..ahahahhah(gelak gatal cket!) heeeeeee

Anonymous said...

tak sabarnya nak tunggu bila ehsan nak confess pada Anith...feel like love is in the air

Aida Sherry said...

rasanya.... ehsan dah jatuh cinta pada fitri cuma fitri je lambat pick up..... masih anggap dia masih cintakan nik.... padahal dia dah mula jatuh hati pada ehsan.... jika tidak dia takkan gelisah selagi ehsan tidak memafkannya.... plz fitri.... open your eyes..... jgn sampai terlambat utk menyedarinya.....
cik writer, moga karya anda diterima penerbit dan cepat dpt diterbitkan.....