“Awal kau bangun hari ni?”tegur
Kristine sebaik sahaja dia melangkah ke dapur.
Aku mengerut dahi.
Bukan tiap-tiap hari aku memang
bangun awal ke?
“Kau tu yang bangun awal. Selalunya
selagi matahari tak terpacak atas kepala, jangan harap nak nampak batang
hidung.”balasku, memasukkan tupperware berisi mee goreng ke dalam beg.
“Oh, selalu aku ke yang bangun
lewat?”wanita itu ketawa, membuka peti ais lalu mengeluarkan sekarton susu.
Entah dah gosok gigi ke belum tu,
bangun-bangun je dah terus cari makanan. Perangai macam mat salleh. Nak kata
suhu kat Malaysia sekarang macam kat London, tak juga.
Aku mengerling ke arah jam. Sudah
hampir ke pukul 9 pagi dan pukul 10 nanti Aya sudah perlu berada di sekolahnya
untuk latihan choral speaking sempena Mesyuarat Agung PIBG yang akan diadakan
tak lama lagi. Adakah Ehsan akan menghadiri mesyuarat tersebut atau mama lagi
yang perlu menganggantikan tempatnya? Atau mungkinkah aku pula yang terpaksa
pergi? Oh, tidak! Sangat berbahaya kerana aku mungkin tertidur di sana nanti.
Anith Fitriah dan tabiat suka tidurnya yang amat mendukacitakan.
“Hari ni aku kena hantar Aya ke
latihan choral speaking kat sekolah dia. Itulah sebab aku siapkan semua ni.
Kalau kau nak makan, mee goreng ada lagi kat dalam kuali tu.”aku berkata.
“Kenapa asyik kau je yang kena
pedulikan budak tu? Habis ayah dia buat apa, jaga kamera buruk dia tu je? Tak
bertanggungjawab langsung. Anak sendiri nak suruh orang lain pula yang
jaga.”marah Kristine dengan wajah yang cukup garang, berupaya untuk menakutkan
sesiapa sahaja yang melihatnya.
“Aya tu bukan anak kau, Fitri. Kau
tak perlu bebankan diri kau dengan komitmen yang tak patut.”
Tidakkah Kristine Radhya tahu erti
penat kerana masuk kali ini sudah berpuluh-puluh kali dia berbahas soal yang
sama? Anith Fitriah tahu erti penat dan
boleh dikatakan yang dia sudah penat untuk mendengar perkara yang sama
berulang-ulang kali. Apa salahnya aku berbuat baik kepada Aya? Kalau Ehsan tak
mahu ambil peduli, itu hal dia. Dah kita tahu apa yang Ehsan buat tu salah,
janganlah kita juga ikut buat perangai yang sama. Perkara yang tak baik, buat
apa nak diikut?
“Aku tak rasa jaga Aya tu satu
bebanan. Miss Kristine, did you get up on the wrong side of the bed? Pagi-pagi
lagi dah nak mengamuk. Oh wait, let me guess. Ini mesti ada kena mengena dengan
Hezry? Apa yang dia dah buat, batalkan satu lagi date korang di saat-saat
terakhir?”aku bercekak pinggang memandang Kristine dengan wajah yang cukup
selamba, seolah-olah kata-kata aku sebentar tadi bukan sesuatu yang besar. Tapi
melihat daripada riak wajah Kristine, aku tahu sudah berjaya untuk
mendiamkannya.
Opps?! Sebenarnya aku sedikit pun
tidak berniat untuk melukakan hatinya, apatah lagi dia merupakan kawan baik
aku. Dan kerana dia merupakan kawan baik
akulah, aku sangat mengambil berat tentang dirinya. Aku tahu Kristine sekarang
sedang makan hati dengan perangai Hezry. Bukan baru sehari dua dia begini,
tetapi boleh dikatakan hampir setiap minggu. Mencuka sahaja mukanya 24 jam.
Sudahnya, dia melepaskan kemarahannya kepada orang di sekelilingnya,
terutamanya kepada aku. Ada sahaja perkara yang orang buat tidak kena di
matanya. Abah pun ada berkata yang mata dan hati ni saling berhubung. Jadi
sekiranya hati tidak senang, semua yang dlihat oleh mata akan menjadi buruk
belaka. Kerana itulah kita perlu membersihkan hati agar mata kita tidak hanya
dapat melihat keburukan serta kekurangan sesuatu perkara tetapi juga
kebaikannya.
“Tak kelakar, Fitri.”gumam Krisitine,
bertambah cemberut.
“Opss maaf! This is not the first time and you’ve been
venting your anger on other people since then. Kau cakap Nik adalah salah untuk
aku tapi kau tahu apa? Hezry juga salah untuk kau!”
“Hezry dan Nik tak sama.”balas
Kristine sedikit kasar, mungkin kerana anak panah aku kena tepat di sasarannya.
Aku tidak akan berhenti di sini
sahaja. Kalau dia boleh sesuka hati meluahkan rasa hatinya kepada aku, aku juga
akan melakukan perkara yang sama pada hari ini. Sudah lama aku memendam rasa,
sekadar melihat hidup Kristine berubah warnanya. Bagi aku, Hezry terlalu
melampau dan sikapnya itu jelas menunjukkan yang dia tidak serius dalam
perhubungan mereka. Mungkin tidak elok jika aku berkata begini tetapi aku tidak
menyukai Hezry sejak kali pertama kami bertemu lagi. Sikapnya, cara dia
bercakap...ah, segalanya! Sekiranya dibandingkan Ehsan dan Hezry, Ehsan berjuta
kali ganda lebih baik di mata aku daripada si Hezry. Aku sendiri tidak tahu apa
yang membuatkan Kristine terpikat kepadanya sehingga sanggup makan hati setiap
minggu.
“Apa yang tak sama? Nik pernah
tinggalkan aku, Hezry pula kerap abaikan kau. Sama je bagi aku.”
“Apa point kau sekarang ni?”
“Aku kawan kau, Kristine. Kalau kau
ambil berat tentang aku, aku pun macam tu juga. Terus-terang aku cakap yang aku
tak sukakan Hezry, perangai dia, cara dia layan kau. Semuanya, seolah-olah kau
tak penting untuk dia. Why can’t you see that?”mahu sahaja aku menggoncang
tubuh wanita itu semahu aku, agar dia sedar dan dapat melihat dengan jelas
kebenaran yang terpampang di hadapan matanya.
“Some people have a life, Fitri. Aku
tak boleh harapkan dia memanjang bersama aku.”bidas Kristine, matanya tidak
lepas daripada memandang aku.
“Hidup apa? Last time I checked, he’s
unemployed.”aku menjungkitkan keningku, menunggu Kristine membalas kata-kataku.
Sekarang Kristine berada di dalam denial state yang mana dia cuba menutup
kebenaran yang dirasainya dengan beribu penafian. Apa sahaja asalkan dia tidak
perlu menerima hakikat bahawa Hezry, lelaki pertama yang dicintainya, tidak
begitu mengambil berat tentang dirinya, tidak menganggap dirinya penting.
“Kita bercakap tentang kau tadi.
Kenapa sekarang topik beralih kepada aku pula?”soal Kristine, membuatkan aku
spontan mengeluh.
Ah, sepatutnya aku sedar yang aku tak
akan punya peluang untuk menang perbahasan ini sekiranya pihak lawan aku adalah
Kristine Radhya! Aku menggelengkan kepala, lalu mencapai beg berisi bekalan
untuk Aya.
“Mungkin sebab aku dah bosan asyik
bercakap tentang aku, hrmm?”dengan itu aku berlalu ke ruang tamu, meninggalkan
Kristine untuk memikirkan kata-kata aku itu.
Aku tidak mahu keadaan menjadi tegang
di antara kami berdua. Tambahan pula di atas sebab yang cukup kecil. Kristine
perlu berhenti melepaskan perasaannya terhadap orang lain dan cuba untuk
menyelesaikannya dengan cara yang baik dengan Hezry. Aku mahu melihat Kristine
bahagia kerana sudah hampir terlalu lama dia bersendirian. Jikalau Hezry yang
boleh membuat dia bahagia (walaupun sebahagian besar aku meraguinya), aku tidak
punya hak untuk menghalang malah aku perlu menyokong hubungan mereka. Jangan
sesekali biarkan seorang lelaki tak gu...ehem...seorang lelaki merosakkan
sebuah persahabatan, Fitri. Ini akan jadi kali terakhir aku bersyarah tentang
masalah cinta kepada Kristine atau sesiapa sahajalah. Lagi pun, mana ada orang
nak dengar cakap aku. Diri sendiri pun berserabut dengan masalah, ada hati nak
nasihatkan orang. Tak sedar diri betul aku ni.
Hari ini boleh dikatakan jadual aku
penuh. Selepas menghantar Aya ke sekolah, aku mahu keluar memberi beberapa
barang termasuklah buah tangan untuk Kak Rini. Kemudian, sebelah petangnya pula
aku mahu melawat Kak Rini dan anak saudara baru aku di hospital. Malamnya, aku
mahu keluar bersama Farez dan Elisa kerana kononnya mereka berdua rindu untuk
meluangkan masa bersama aku. Boleh percaya ke? Bukannya aku tidak tahu akal
genius mereka yang sentiasa penuh dengan muslihat itu.
Memarkirkan
keretaku di perkarangan rumah mama, kelihatan Aya sedang memakai kasut di
hadapan pintu. Dia tersenyum sebaik sahaja aku menghampirinya.
“Nenek, ibu dah sampai!”jeritnya.
“Apa jerit-jerit ni? Tak baik jerit
kat nenek macam tu.”aku turut tersenyum, menghulurkan tangan kepadanya seperti
biasa.
“Sorry ibu lambat. Ada debat perdana
tadi.”
Sepatutnya pada hari ini, Ehsan yang
menghantar Aya ke sekolah tetapi aku sengaja tidak mahu memberitahu Kristine.
Kalau tidak, makin bertambah panjanglah bebelannya. Menurut mama, sudah hampir
dua hari Ehsan tidak dapat dihubungi menerusi telefon bimbitnya. Usahanya untuk
melarikan diri daripada tanggungjawab atau manusia sekeliling? Elisa juga
memberitahu aku yang Angahnya itu kini semakin jarang berada di studio, lebih
gemar bekerja di luar. Kadang-kadang, tidak masuk ke studio langsung dan itu
menjadikan Farez bertambah sibuk. Kuliahnya yang memerlukan perhatian dan kini,
studio Dzul Ehsan pula. Apa sudah jadi kepada Ehsan? Sengaja menyibukkan
dirinya atau sekarang dia memang benar gilakan kerjanya?
“Debat perdana?”Aya bertanya,
kehairanan.
“Nothing important, sweetheart.”aku
menjawab ringkas, tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut terhadap anak yang
sememangnya tidak tahu apa-apa itu.
“Fitri.”tegur mama, menyedarkan aku
akan kehadirannya di situ.
Aku mencium tangan mama.
“Lambat sikit, ada hal tadi.”beritahuku.
“Ibu kata ada debat perdana.”tambah
Aya, membuatkan dahi mama berkerut.
“Bergaduh dengan Nik, pasal
Aya?”tanya mama, pantas.
Dia memandang aku, kelihatan sedikit
kecewa. Reaksi yang normal untuk mama aku kira. Yalah, mama merupakan orang
yang paling mahu melihat Aya rapat dengan aku, mahu aku menjadi ibu kepada
cucunya itu meskipun tidak ada sebarang pertalian yang dapat mengikat aku
kepada anak itu kini.
“Kalau itu penyebabnya, mama minta
maaf sangat-sangat. Tak ada maksud pun nak beri masalah kepada hubungan Fitri
dengan Nik. Kalau Nik tak suka, tak apalah. Mama faham.”tambah mama lagi,
menyedarkan yang aku perlu berkata sesuatu agar orang tua itu tidak berterusan
dengan andaiannya sendiri.
“Eh, tak ,tak! Bukan dengan Nik. Dia
tak kisah pun. Janganlah cakap macam tu depan Aya, mama.”
Aya memandang aku dan mama bersilih
ganti, kelihatan sedikit bingung. Sudah semestinya dia tidak memahami apa yang
sedang dibicarakan oleh kami berdua walaupun hal itu mengenai dirinya.
“Betul dia tak kisah?”mama meminta
kepastian.
Aku mengangkat bahu.
“Selepas balik daripada sini hari tu,
dia tak ada cakap apa-apa pun. InsyaAllah dia okay je mama.”
Aku dan Nik tidak berbual secara
serius tentang Aya, meskipun selepas pulang daripada rumah mama semalam. Benar
seperti yang aku katakan kepada mama tadi. Nik tidak menunjukkan sebarang tanda
yang menyatakan bahawa dia tidak suka aku melayani anak itu, menghabiskan masa
bersamanya. Kalau pun Nik tidak senang, dia sangat bijak menyembunyikan
perasaannya itu tidak seperti seseorang yang aku kenal. Namun sebolehnya aku
mahu Nik menerima Aya. Menerima hakikat bahawa anak itu adalah sebahagian
daripada aku, dan mungkin juga sebahagian daripada hidup kami nanti. Jika Nik
Afezal yang kini bersama dengan aku adalah Nik Afezal yang sama seperti tiga
tahun dahulu, aku pasti dia juga akan mempunyai jalan fikiran yang sama.
Bolehkah sekiranya aku mahu mengambil
Aya daripada Ehsan sepenuhnya?
“Isteri Asyraf bersalin bila
ya?”tanya mama.
“Hari ni dah admitted. Kalau tak ada
aral, mungkin hari ini. Itu yang Fitri nak cakap kat mama, mungkin Fitri tak
boleh ambil Aya nanti. Tak apa ke?”aku menggaru-garu hidungku yang tidak gatal,
merasa sedikit bersalah.
“Nanti mama beritahu Ehsan. Biar dia
yang ambil Aya.”
Boleh diharapkan ke?
Hampir sahaja kata-kata itu meluncur
keluar daripada mulut aku tetapi mujurlah sempat aku tahan. Nampaknya perangai
bercakap tanpa berfikir dah menjadi seakan tabiat kepada aku sekarang. Tidak
baik untuk kesihatan fizikal dan mental, Fitri.
“Jom Aya, nanti kita lambat. Salam
nenek.”
“Bawa kereta tu elok-elok.”pesan
mama.
“Oh, kalau mama tak boleh call Ehsan
atau Ehsan tak boleh ambil Aya, cepat-cepat beritahu Fitri.”
Mama sekadar mengangguk, pandangannya
mengekori langkah aku dan Aya sehingga ke kereta tanpa berkedip. Kelihatannya
mama sedang memikirkan sesuatu yang serius. Tentang aku, Nik, Ehsan dan Aya
kah? Aneh kerana aku kira sudah tidak punya perkara untuk difikirkan lagi
tentang kami.
“Ibu nak keluar dengan uncle semalam lagi ke
hari ni?”tanya Aya sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di seat kereta,
seakan-akan dia sudah lama menantikan peluang untuk bertanya hal itu. Sepasang
mata bulatnya memandang aku, menanti jawapan yang aku kira penting kepadanya.
Adakah minatnya untuk tahu itu
merupakan satu pentunjuk yang baik?
“Pakai seatbelt.”arahku, cuba
melengahkan diriku daripada menjawab soalannya itu.
Aku tidak lagi memberitahu keadaan
sebenar kepada Aya kerana aku sendiri tidak pasti perasaan anak itu kepada
Nik. Kemungkinannya hanya dua dan cukup
mendebarkan aku. Apa yang harus aku lakukan jika Aya juga tidak sukakan Nik
seperti mereka yang lainnya? Aku tak rasa aku bersedia untuk menghadapi seorang
lagi daripada golongan anti-Nik. Ibu, Abang Asyraf, Kristine, Elisa dan
sekarang mungkin juga Aya?
Semalam selepas pulang daripada makan
malam di rumah kedua orang tuaku, Nik tidak banyak cakap. Aku tidak tahu sama
itu kerana dia berkecil hati dengan keluarga aku atau kerana SMS yang
diterimanya malam itu. SMS yang aku kira berkaitan dengan kerjanya pada hari
ini. Sebuah lagi misteri untuk aku selesaikan? Harap-harapnya tak ada yang
penting dan berkaitan dengan hubungan kami atau mungkin aku terpaksa
mendapatkan rawatan psychiatrist selepas ini kerana terlalu banyak tekanan.
“Kenapa, Aya nak ikut?”gurauku.
Aya ketawa, menggeleng laju.
“Itu boyfriend ibu ke? Mak Cu cakap
itu boyfriend ibu.”
Elisa dan mulut tanpa filternya!
“Kawan universiti ibu. He’s nice,
isn’t he? Do you like him?”aku memberanikan diri untuk bertanya.
Come on, Fitri! Dia hanya seorang
anak kecil. Kalau pun dia tak sukakan Nik, kau punya banyak masa untuk memenangi hatinya.
Misi aku untuk dua bulan seterusnya :
Menguatkan pengaruh Nik Afezal. Dan percayalah bila aku katakan yang ia takkan
menjadi semudah British mengambil Tanah Melayu daripada Belanda melalui
Anglo-Dutch Treaty.
Adakah aku melampau sekarang ini
kerana tiba-tiba sahaja aku rasakan yang Abang Asyaf benar. Aku terlalu
menyebelahi Nik, mengasihaninya sehingga ke tahap yang tidak patut. Fokus aku
kebelakangan ini juga tentangnya seolah-olah Nik Afezal merupakan subjek teras
kehidupan aku. Sejak bila aku bertukar menjadi remaja belasan tahun yang baru
belajar mengenal cinta? Niat sebenarku hanyalah mahu Nik merasa kepulangannya
semula ke sini dihargai.
“Dia baik sikit daripada papa.
Kelakar.”balas Aya, tidak memberikan jawapan yang tepat kepada soalan aku itu.
Ah, sejak bila anak ini pandai
berteka-teki dengan aku?!
“Ibu dah tak sayang papa ke?”
Gulp! Air liurku serta-merta bertukar
menjadi pahit.
Bagaimana harus aku terangkan
kepadanya bahawa cinta itu tak pernah wujud sedangkan dia tidak tahu erti cinta
itu yang sebenarnya? Bagi Aya, segalanya teramat mudah. Oleh kerana aku
merupakan ibunya, jadi sudah semestinya aku mencintai papanya. Apa yang dia
tidak faham ialah, cinta itu tidak semestinya wujud seiring dengan perkahwinan.
Menjadi ibunya tidak bermakna aku perlu mencintai Ehsan. Aduh Fitri, dia masih
terlalu kecil untuk kau ceritakan perkara sebegini kepadanya!
“Kalau papa kat tempat ibu sekarang ni, Aya
akan tanya soalan yang sama juga ke?”
“Aya dah tanya.”
“What?!”suara aku yang tinggi itu
membuatkan Aya tersentak. Dia memandang aku tanpa berkedip, kehairanan dan
sedikit takut dengan reaksi melampau aku itu.
“Maafkan ibu.”aku berdehem.
“Apa yang papa cakap?”tanyaku, cuba
untuk tidak kelihatan begitu berminat.
“Hampir sama dengan ibu. Papa suruh
Aya tanya ibu soalan yang sama dan kemudian beritahu jawapannya kepada papa.
Sadly, Aya tak dapat jawapan daripada sesiapa pun. Ibu dengan papa dah berjanji
nak kenakan Aya, ya? Alaa, Aya nak tahu walaupun sebenarnya Mak Cu yang suruh
Aya tanya macam tu.”Aya memeluk tubuh, menarik muka masam.
Sekali lagi dalangnya adalah Elisa.
Sengaja mahu membuatkan aku hangat hati dengan usikan secara tidak langsungnya,
sengaja mahu melihat aku terkial-kial cuba menerangkan situasi yang sebenar
kepada Aya. Tetapi aneh bukan? Kami berdua cuba lari daripada menjawab soalan
mudah Aya sedangkan masing-masing mempunyai sebuah jawapan yang cukup konkrit.
Namun berdasarkan perangai Ehsan yang sangat molek itu, aku tahu Ehsan sengaja
mahu menyeksa aku seperti yang dilakukannya di reunion tersebut. Membiarkan aku
menjelaskan setiap butiran kepada puterinya ini.
Aku mengerling ke arah Aya yang
sedang sibuk membaca skrip choral speakingnya.
“Selfish is ‘jual ikan’, teacher.”
Ehsan, apa akan jadi kalau aku
biarkan kau pula yang bercerita kali ini?
Baru sahaja aku mahu
membuka mulut untuk berkata sesuatu apabila telefon bimbit Nik yang diletakkan
di atas meja sekali lagi bergetar, membuatkan hati aku automatik bertukar
panas. Ternyata Nik memang betul-betul ‘sibuk’ pada hari ini sehingga aku kira
untuk bercakap dengannya pun perlu menunggu giliran. Sekarang baru aku tahu apa
perasaan lelaki itu ketika aku tidak begitu mempedulikannya tempoh hari.
Dengusan kecilku
membuatkan dia menjeling ke arahku dan Nik bukannya tuli untuk tidak menyedari
rasa tidak senang yang sudah berlabuh di hati aku hampir dua jam yang lalu.
Ketika menemani aku membeli-belah tadi pun dia sudah begini, tidak berenggang
walau seminit dengan telefon bimbitnya. Kalau itu sahaja aku tidak kisah sangat
tetapi apabila dia tiba-tiba sahaja berubah menjadi moody untuk sebab yang
tidak aku ketahui, memang hati aku semakin berbara. Yalah, walau apa pun urusan
Nik dengan si pemanggil, tak sepatutnya dia melampiaskan marahnya kepada aku!
Sebelum ni Kristine dan sekarang Nik pula? Bagus! Mungkin salah satu tujuan aku
hidup adalah untuk menjadi tempat manusia yang aku sayangi meredakan
kemarahannya dengan ‘menghentam’ aku.
Kesannya, aku berjalan-jalan di
shopping mall tersebut dengan muka yang cemberut sehingga seorang salesgirl
yang terlebih ramah menyarankan aku untuk minum teh panas kerana menurutnya ia
amat efektif bagi menenang dan memulihkan semula mood aku. Kelakar pun ada
kerana tak sangka pula orang akan tegur aku tentang itu, malah siap bagi
cadangan lagi. Agaknya muka aku ketika itu amat menakutkan sehingga salesgirl
tersebut fikir dia bertanggungjawab untuk menyelamatkan dunia daripada
berhadapan dengan amukan raksasa moody seperti aku. Namun apa yang dia tidak
tahu ialah marahku kali ini hanya boleh reda sekiranya benda empat segi yang
sedari tadi mencuri tumpuan Nik itu hancur berkecai atau berhenti daripada
mengeluarkan bunyi ‘buzz’ yang amat mengjengkelkan.
Nik yang mendengar pula sudah
tersenyum kelucuan dan kemudian barulah dia meminta maaf, cuba memulihkan
semula keadaan. Tak lama selepas itu, rantaian panggilan itu bertukar kepada
deretan mesej. Keadaannya tetap sama dan hakikatnya hanya satu: Nik Afezal
bukan milik aku hari ini.
“Sekarang kita seri.”dia mengenyitkan
matanya kepadaku, tersenyum nakal sehingga mahu sahaja aku mencarik-carikkan
wajah tampan itu tanpa belas kasihan.
Sejak bila pula Nik Afezal bertukar
menjadi makhluk yang menyakitkan hati? Sedangkan aku fikir sifat itu hanya ada
pada manusia yang bernama Dzul Ehsan.
“Hahaha don’t tell me you’ve been
counting score, Mr. Afezal.”aku membalas, sinis.
“Uh oh, bila awak mula panggil saya
Afezal, saya tahu itu bukan petanda yang baik.”
Nik masih lagi bergurau, langsung
tidak mengambil serius marahku kepadanya. Mungkinkah ini terjadi kerana kami
sudah terlalu lama bersama sehingga dia menganggap segala perasaan aku boleh di
ambil mudah?
Ah, inilah masalahnya dengan lelaki!
Lebih buruk lagi, sekiranya dia tahu dia adalah kelemahan aku.
“Awak benar, bukan petanda yang baik.”aku
menggelengkan kepalaku, cuba untuk kelihatan serius.
Dia mengeluh dan nampak seperti tidak
berminat untuk cuba mempertahankan dirinya untuk kali kedua pada hari ini. Kepalanya dipicit dengan agak kasar, membuatkan aku yang melihat sedikit gugup.
Sedikit tekanan yang berlebihan dan
sakit kepalanya akan muncul dengan serta-merta. Jadi boleh aku katakan yang
self-defence Nik sangat dahsyat, malah lebih dahsyat daripada self-defence yang
ada pada Ehsan. Tidak perlu berkata apa-apa dan dia sudah menang kerana dengan
keadaannya sebegini, sudah semestinya aku tidak mahu memburukkan lagi keadaan
kerana sebab yang cukup kecil. Aku belajar daripada kesilapan dan sebolehnya
aku tak mahu membuatkan peristiwa yang sama berulang kembali.
Aku menggigit bibir, menahan perasaan
bersalah yang bertubi-tubi menyerang aku.
Alaa, tak adillah begini! Tak boleh
nak marah langsung. Torture sikit pun dah sakit kepala macam nak meletup. Menyampah!
“Awak okay?”tanyaku.
Nik Afezal mengangkat kepala
memandangku, tersenyum tetapi kali ini senyumannya bukan untuk mengejek atau
mempermain-mainkan aku. Senyumannya kali ini menggambarkan yang dia senang
dengan keprihatinan aku terhadapnya.
“Risau saya akan ‘mati’ sekali lagi?”sengaja
dia menekan perkataan mati itu agar jelas dipendengaranku.
Ya, sayang.
“Tak, tak langsung.”telefon bimbit
aku yang berbunyi itu aku keluarkan daripada tas tangan dengan muka yang cukup
selamba.
Mesej daripada Abang Asyraf itu
serta-merta membuatkan hati aku berbunga. Hilang segala perasaan tidak indah
yang bertandang di hati apabila membaca smsnya itu sehingga hampir sahaja aku
menjerit di situ, di ketika itu juga kerana kegembiraan.
Bawa bertenang, Anith Fitriah. Kau
bukan lagi kanak-kanak yang tak tahu mengawal perasaan. Jangan memalukan diri
kau sendiri, please?
Aku memandang Nik yang juga sedang
memandang aku dengan pelik.
“Cuba teka?”aku bertanya dengan
ceria.
Nik mengangkat bahu, tidak langsung
cuba untuk meneka. Memang nampaknya hari ini moodnya tidak baik kerana dia
kelihatan sedikit pun tidak berminat untuk melibatkan dirinya dalam kegembiraan
aku.
Siapakah engkau yang telah mengambil
Nik daripada aku pada hari ini?
“Feed me.”balasnya. Ketika itu, sekali lagi
telefon bimbitnya bergetar. Namun untuk pertama kalinya pada hari ini Nik tidak
mempedulikannya. Sebaliknya lelaki itu menarik kerusinya agar lebih dekat
dengan meja dan memandang wajahku tepat, tanpa berkedip.
“Sekarang, awak ada perhatian penuh
saya.”suara garaunya berkata, serius.
Aku menarik nafas yang tiba-tiba
sahaja seakan tersekat di dada dengan perhatiannya itu.
“Cepat, Fitri! Spit it out. Kenapa
awak gembira sangat?”dan matanya masih lagi melekat di wajahku.
Nik Afezal!!!
“Okay, okay, I gave up! Stop it.”aku
berkata, menjentik dahinya membuatkan Nik mengaduh kesakitan.
“Aww sayang, saya ingat awak sukakan
perhatian daripada saya.”sindir Nik sambil tangannya menggosok-gosok dahinya
yang kini sudah merah akibat jentikan aku tadi. Mulutnya muncung seperti
kanak-kanak berumur lima tahun yang merajuk kerana mahukan sesuatu.
“Bukan perhatian macam tu, mister. Oh
by the way, tadi Abang Asyraf beritahu yang keluarga kami dah bertambah seorang
lagi. Secara rasminya. Berita yang germbira, kan?”
Telefon bimbit Nik kembali menuntut
perhatian, membuatkan lelaki itu mengeluh manakala aku pula kagum. Tidakkah
pemanggil tersebut tahu erti berputus asa atau mungkin letih mendail nombor
yang sama sedari tadi? Yang paling penting, tidakkah dia tahu menelefon dan
menghantar mesej berkali-kali sebegitu sangat menjengkelkan? Mungkin sahaja Nik
tidak menjawab panggilannya kerana sibuk dengan hal lain tetapi sayangnya, dia
tetap tidak mahu faham dan masih berterusan mencuba. Oh ya, lupa pula aku.
Bukankah orang kata usaha itu tangga kejayaan? Tidak berjaya pertama kali,
tidak bermakna akan gagal untuk kali keduanya juga. Pegangan yang bagus wahai
si pemanggil.
“Saya fikir mungkin kita boleh
melawat diorang lepas ni tapi awak macam sibuk je.”
“Bukan sibuk, cuma kurang senang
tetapi saya masih lagi boleh temankan awak, Anith Fitriah.”
“Dengan muka ketat dan telefon bimbit
awak yang tak berhenti vibrate sejak dua jam yang lalu? I don’t think so. Kalau
itulah keadaannya, saya lebih rela pergi tak berteman.”
“Atau bertemankan orang yang paling
saya tak suka seperti...ermm...”aku diam, seakan-akan sedang berfikir.
Cepat, Anith Fitriah! Fikirkan
sesuatu yang dapat menyakitkan hati dia. Kalau kau tak boleh marahkan dia,
sekurang-kurangnya kau boleh buat dia sakit hati.
Nik menjungkitkan keningnya, mencabar
aku untuk memberikannya satu nama. Cabaran yang sudah pastinya akan aku terima.
Hanya satu nama. Siapa yang paling
kau tak suka, Fitri?
“Seperti...Ehsan?”
Dia yang baru sahaja mahu mencapai
telefon bimbitnya itu terhenti, ternganga bagai tidak percaya dengan apa yang
didengarinya.
“Ehsan?! Kenapa dia?”
“Sebab saya tak suka dia.”aku bangun.
“Oh really? Because I seem to think
it’s the other way around.”suaranya mula kedengaran tegang.
Tahniah untuk diri aku sendiri atas
kejayaan kecil ini. Oh Nik, kenapalah kau mudah sangat cemburu sekarang?
“Fikir apa yang awak suka. Saya nak
ke tandas sekejap. Oh, saya rasa awak patut call dia balik! Nampak macam
penting.”aku menutup mulutku dengan tangan dan berpura-pura batuk untuk menutup
senyuman yang mula terukir di bibir. Wajah Nik yang merah menahan sakit hati
hanya membuatkan keadaan bertambah lucu. Bagi mengelakkan ketawaku pecah di
situ, segera aku meminta diri dan beredar ke tandas.
Siapa sangka mempermainkan buah hati
aku ini boleh menjadi sesuatu yang sangat menyeronokkan?
Sepuluh minit kemudian aku kembali
dan kelihatan Nik sedang berbual di telefon. Kedengaran serius bunyinya
sehingga dia langsung tidak menyedari kewujudan aku di situ, mencuri dengar
butir perbualannya.
“I can’t promise you anything.”kata
Nik, serius.
Terlalu serius sehingga membuatkan
aku tertanya-tanya sendiri kerana riak wajah Nik ketika itu juga kelihatan
marah dan kurang senang.
Bisnes?
“Stop calling me! When someone
doesn’t answer their phone after thousand of calls, it means they don’t want to
be disturb. Can’t you take a hint?!”bentak Nik, mengejutkan aku yang baru
sahaja melabuhkan punggung ke kerusi.
Sikap Nik yang kasar itu sedikit
mengejutkan aku. Dia tidak pernah meninggikan suara dengan sesiapa pun
sepanjang aku bersamanya dahulu. Tetapi kini, mudah sahaja baginya untuk hilang
sabar, menengking sesuka hati. Bimbang aku sekiranya hati ini berat untuk
menerima sikapnya yang satu itu kerana
di mataku, Nik yang pernah aku kenali dahulu cukup berbeza dengan yang ada di
hadapanku.
Masa banyak mengubah orang, kan?
Nik mengurut pangkal lehernya, nampak
benar ketegangan serta kekusutan di wajahnya. Aku pula menambahkan lagi
kekusutannya dengan perangai kurang matangku. Tak sepatutnya aku terus memaksa
dia menemani aku pada hari ini sedangkan aku tahu dia mempunyai kerja yang
mungkin sahaja lebih penting daripada menemani aku membeli-belah dan juga
melawat anak saudaraku di hospital.
Memilih untuk menjadi manusia yang
memahami dan bertimbang rasa, akhirnya aku membuat keputusan untuk pergi ke
hospital seorang diri. Perlahan-lahan aku mencapai tas tangan serta telefon
bimbitku di atas meja, tidak mahu menganggu konsentrasinya tetapi usahaku itu
sia-sia apabila tiba-tiba sahaja Nik menoleh ke arahku.
“Saya pergi dulu, okay?”aku berbisik,
menggoyangkan kunci keretaku.
Walaupun itu bermakna aku perlu
meninggalkan Nik Afezal tanpa pengangkutan pulang tapi aku rasa tidak ada yang
perlu dirisaukan kerana pasti sahaja ada yang akan menjemputnya nanti.
Maklumlah dia kini sudah mempunyai seorang adik yang sanggup buat apa sahaja
deminya. Apabila bercakap tentang adik tiri Nik yang satu itu, aku bersyukur
kerana tidak perlu berjumpa dengannya lagi atau aku mungkin akan merangkak ke
dalam sebuah lubang yang kecil dan menyorok kerana ketakutan. Firasha juga kini
sudah berada di dalam 10 Senarai Manusia Paling Menakutkan aku selepas Kristine
dan Zara.
Nik menggeleng, mengisyaratkan
kepadaku supaya menunggunya.
“I have to go. Bye.”dia mematikan
talian lalu memasukkan telefon bimbit itu ke dalam kocek seluarnya. Riak
wajahnya kembali seperti biasa seolah-olah tiada ‘perbincangan’ yang serius
berlaku sebentar tadi.
“Nak pergi juga?”aku bertanya.
“Yes.”jawabnya pendek sambil sebelah
tangannya menarik aku laju menuju ke kereta.
Hampir
pukul 6 sewaktu aku melangkah ke apartmentku setelah seharian masaku di
habiskan di luar. Penat dan yang lebih indah ialah kepalaku kini mula
berdenyut-denyut. Namun sayangnya berehat tidak terdapat di dalam jadual aku
pada hari ini kerana aku masih punya temujanji bersama Elisa kesayanganku itu.
Walaupun penat aku tidak akan merungut kerana hari ini sememangnya berjalan
dengan baik, mungkin akan lebih baik sekiranya telefon bimbit Nik tidak
membuatkan aku panas hati.
Kami berdua bertolak ke hospital
seperti yang dirancangkan dan selepas Nik naik angin tadi, tidak ada lagi
panggilan ‘berhantu’ yang mengganggu. Sewaktu aku dan Nik sampai, hanya Abang
Asyraf yang berada di situ menemani isteri dan puteranya. Menurut Abang Asyraf,
ibu dan abah akan datang menjenguk pada sebelah petangnya. Berseri-seri sahaja
wajah abang serta kakak ipar aku itu. Gembira kerana cahaya mata mereka
dilahirkan sihat dan sempurna tiada lainnya. Bayi seberat 2.7kg yang dinamakan
Dhamir Hariz itu sangat kecil sehingga aku tidak punya keberanian untuk
memegangnya. Nik apatah lagi kerana dia sememangnya tidak biasa dengan anak
kecil, malah kelihatan sangat kekok berada di situ. Abang Asyraf apa lagi, memang
tak akan mempersia-siakan peluang yang baik untuk mengenakan Nik. Teruk betul
abang aku yang sorang tu. Anak sudah dua tapi perangai masih lagi macam
kanak-kanak ribena. Menyebalkan!
Keluarga abang aku sudah hampir
lengkap tetapi adiknya ni masih lagi merangkak-rangkak mencari tujuan hidupnya.
Bukannya aku tidak mahu berkahwin atau pun mempunyai keluarga sendiri tapi bagi
aku, keadaan sekarang masih lagi terlalu berserabut. Nik juga aku kira masih
belum bersedia untuk mengikat hubungan kami kembali. Ya, kami pernah bergelar
tunangan tetapi itu kisah tiga tahun dahulu, sebelum aku bergelar isteri orang.
Semua hubungan yang pernah terjalin di antara kami terputus selepas itu dan
kini, kami terpaksa kembali semula ke titik permulaan.
Oh Fitri, perjalananan kau masih lagi
jauh nampaknya!
Baru sahaja aku sampai di hadapan
pintu apabila telefon bimbitku berbunyi. Menekan punat ‘Answer’, aku
mendekapkan telefon itu ke telinga manakala tanganku sibuk mencari kunci
rumahku yang ‘hilang’ ditelan beg yang penuh dengan berbagai-bagai barangan
yang aku sendiri kurang pasti kegunaannya. Aku perlu meluangkan sebahagian
daripada masa berhargaku untuk mengemas beg ini kerana semakin hari semakin
sukar pula untuk aku mencari kunci rumahku itu.
“Kenapa mama? Fitri baru je sampai
rumah ni.”
Sepasang kasut di hadapan pintu
membuatkan hati aku serta-merta bertukar kelajuannya.
Macam mana pula dia boleh ada kat
sini?
“Mama call Ehsan berkali-kali tak
dapat. Dah petang tapi batang hidung diorang pun tak nampak. Mama tak sedap hatilah
Fitri.”keluh mama di hujung talian, membenarkan segala yang bermain di
fikiranku. Tanpa berlengah, aku membuka pintu rumah dan sesusuk tubuh kecil
sedang menjamah makanan di meja menyapa pandanganku.
Kristine yang sedang membaca di atas
sofa itu mengangkat muka, menjungkitkan keningnya.
Ehsan hantar Aya ke sini?
“Ibu.”Aya berlari mendapatkan aku
yang kebingungan, matanya berair. Ketakutan jelas terpancar di wajah anak itu.
Apa dah jadi? Satu mesej telepati aku hantarkan kepada
Kristine.
“Aya ada dengan Fitri. Tengah makan.
Err...nanti Fitri call mama balik boleh?”tanpa menunggu kata-kata selanjutnya
daripada mama, aku menamatkan panggilan.
“Kenapa Aya? Papa marah ke?”pujukku
dalam usaha untuk mendapat keseluruhan cerita daripadanya.
Aya menggeleng laju. Tangannya masih
memeluk pinggangku, erat sekali.
“Nope, it’s worse than that and you
owe me one, Miss Anith Fitriah.”Kristine berkata, membuatkan aku bertambah
keliru.
***************************************
Hello gorgeous people! ^^
Update untuk minggu ni...
Cliffhanger...sebab dah lama tak buat benda macam ni.
Tapi sapa boleh teka apa yang dah jadi? haha
Terima kasih daun keladi (popular sungguh daun keladi sekarang) kepada semua yang sudi luangkan masa baca, komen etc, anon or non-anon, my love to everyone is all the same.
p/s: As always, komen, komen, komen dan komen because it's what keeps me going ngeee~
Kasih sayang semua terhadap ODYBM amat dihargai (Okay, saya perasan)
Have fun reading.
Jumpa lagi nanti di update yang depan~
14 comments:
waa..kenape dgn ehsan?
argggh...suspen tul,cpt smbg.. wat happen to ehsan??...
Alaaaa.. Wat happen???? Nape ngn ehsan.. Nape ngn aya..?
Aduhaii... Kdg ksiann kat fitri ngn perangai kristine + elisa...
My "conspiracy theory" wld be Nik dah ada gf lain yg dok tergila2 kat dia & he cannot decide which one to choose.
Next theory wld be ehsan is trying to mend his broken heart by burying himself in his work.
How would ehsan & fitri patch up again whilst nik gets out of sight? Pls enlighten me...
hoho sapa yg asyik col nik tu ya?
alaaaa,xde Ehsan lar....rindu die ketat2!...
bila ehsan nk kuar ni?..cpt la next n3..
next n3...dah lma tggu..baru jmpa blog..selalu baca kat penulisan2u..excited nk tahu seterusnya..
Well ... i keep thinking that this novel kinda ... a translation from english to malay .... but, still ... I'm impressed.
apakah ehsan cuba sibukkn diri krn cemburu pd nik? dan aya mnjadi mangsa kemarahan ehsan....
terfikir....apakah ada kemungkinan nik sudahpun berkahwin???
hei....kenapa nie....apa sudah jadi.....mysterious sungguh la.....tapi sungguh bak kata 'Asnierin', Ehsan tak ada...alaaaaaaa...rindu giler kat makhluk aneh bin pelik tu...
cant wait for the next n3.....
hurryyy plssss....
Nik ni penuh gan misteri la...hrp2 Fitri xt'slh pilih kali ni.Wp cinta dah bertaut kembali tp dah xsama cam dulu2 coz....maybe Nik dah berubah i.e.dia dah kawin!!!oh...tidak!!!setuju gan Intan Abd Wahab..Get Ehsan in the screeen to win back Fitri's heart....
Post a Comment