Tuesday, September 25, 2012

One Day You'll Be Mine 24



“Awal kau bangun hari ni?”tegur Kristine sebaik sahaja dia melangkah ke dapur.

Aku mengerut dahi.

Bukan tiap-tiap hari aku memang bangun awal ke?

“Kau tu yang bangun awal. Selalunya selagi matahari tak terpacak atas kepala, jangan harap nak nampak batang hidung.”balasku, memasukkan tupperware berisi mee goreng ke dalam beg.

“Oh, selalu aku ke yang bangun lewat?”wanita itu ketawa, membuka peti ais lalu mengeluarkan sekarton susu.

Entah dah gosok gigi ke belum tu, bangun-bangun je dah terus cari makanan. Perangai macam mat salleh. Nak kata suhu kat Malaysia sekarang macam kat London, tak juga.

Aku mengerling ke arah jam. Sudah hampir ke pukul 9 pagi dan pukul 10 nanti Aya sudah perlu berada di sekolahnya untuk latihan choral speaking sempena Mesyuarat Agung PIBG yang akan diadakan tak lama lagi. Adakah Ehsan akan menghadiri mesyuarat tersebut atau mama lagi yang perlu menganggantikan tempatnya? Atau mungkinkah aku pula yang terpaksa pergi? Oh, tidak! Sangat berbahaya kerana aku mungkin tertidur di sana nanti. Anith Fitriah dan tabiat suka tidurnya yang amat mendukacitakan.

“Hari ni aku kena hantar Aya ke latihan choral speaking kat sekolah dia. Itulah sebab aku siapkan semua ni. Kalau kau nak makan, mee goreng ada lagi kat dalam kuali tu.”aku berkata.

“Kenapa asyik kau je yang kena pedulikan budak tu? Habis ayah dia buat apa, jaga kamera buruk dia tu je? Tak bertanggungjawab langsung. Anak sendiri nak suruh orang lain pula yang jaga.”marah Kristine dengan wajah yang cukup garang, berupaya untuk menakutkan sesiapa sahaja yang melihatnya.

“Aya tu bukan anak kau, Fitri. Kau tak perlu bebankan diri kau dengan komitmen yang tak patut.”
Tidakkah Kristine Radhya tahu erti penat kerana masuk kali ini sudah berpuluh-puluh kali dia berbahas soal yang sama?  Anith Fitriah tahu erti penat dan boleh dikatakan yang dia sudah penat untuk mendengar perkara yang sama berulang-ulang kali. Apa salahnya aku berbuat baik kepada Aya? Kalau Ehsan tak mahu ambil peduli, itu hal dia. Dah kita tahu apa yang Ehsan buat tu salah, janganlah kita juga ikut buat perangai yang sama. Perkara yang tak baik, buat apa nak diikut?

“Aku tak rasa jaga Aya tu satu bebanan. Miss Kristine, did you get up on the wrong side of the bed? Pagi-pagi lagi dah nak mengamuk. Oh wait, let me guess. Ini mesti ada kena mengena dengan Hezry? Apa yang dia dah buat, batalkan satu lagi date korang di saat-saat terakhir?”aku bercekak pinggang memandang Kristine dengan wajah yang cukup selamba, seolah-olah kata-kata aku sebentar tadi bukan sesuatu yang besar. Tapi melihat daripada riak wajah Kristine, aku tahu sudah berjaya untuk mendiamkannya.

Opps?! Sebenarnya aku sedikit pun tidak berniat untuk melukakan hatinya, apatah lagi dia merupakan kawan baik aku.  Dan kerana dia merupakan kawan baik akulah, aku sangat mengambil berat tentang dirinya. Aku tahu Kristine sekarang sedang makan hati dengan perangai Hezry. Bukan baru sehari dua dia begini, tetapi boleh dikatakan hampir setiap minggu. Mencuka sahaja mukanya 24 jam. Sudahnya, dia melepaskan kemarahannya kepada orang di sekelilingnya, terutamanya kepada aku. Ada sahaja perkara yang orang buat tidak kena di matanya. Abah pun ada berkata yang mata dan hati ni saling berhubung. Jadi sekiranya hati tidak senang, semua yang dlihat oleh mata akan menjadi buruk belaka. Kerana itulah kita perlu membersihkan hati agar mata kita tidak hanya dapat melihat keburukan serta kekurangan sesuatu perkara tetapi juga kebaikannya.

“Tak kelakar, Fitri.”gumam Krisitine, bertambah cemberut.

“Opss maaf!  This is not the first time and you’ve been venting your anger on other people since then. Kau cakap Nik adalah salah untuk aku tapi kau tahu apa? Hezry juga salah untuk kau!”

“Hezry dan Nik tak sama.”balas Kristine sedikit kasar, mungkin kerana anak panah aku kena tepat di sasarannya.

Aku tidak akan berhenti di sini sahaja. Kalau dia boleh sesuka hati meluahkan rasa hatinya kepada aku, aku juga akan melakukan perkara yang sama pada hari ini. Sudah lama aku memendam rasa, sekadar melihat hidup Kristine berubah warnanya. Bagi aku, Hezry terlalu melampau dan sikapnya itu jelas menunjukkan yang dia tidak serius dalam perhubungan mereka. Mungkin tidak elok jika aku berkata begini tetapi aku tidak menyukai Hezry sejak kali pertama kami bertemu lagi. Sikapnya, cara dia bercakap...ah, segalanya! Sekiranya dibandingkan Ehsan dan Hezry, Ehsan berjuta kali ganda lebih baik di mata aku daripada si Hezry. Aku sendiri tidak tahu apa yang membuatkan Kristine terpikat kepadanya sehingga sanggup makan hati setiap minggu.

“Apa yang tak sama? Nik pernah tinggalkan aku, Hezry pula kerap abaikan kau. Sama je bagi aku.”

“Apa point kau sekarang ni?”

“Aku kawan kau, Kristine. Kalau kau ambil berat tentang aku, aku pun macam tu juga. Terus-terang aku cakap yang aku tak sukakan Hezry, perangai dia, cara dia layan kau. Semuanya, seolah-olah kau tak penting untuk dia. Why can’t you see that?”mahu sahaja aku menggoncang tubuh wanita itu semahu aku, agar dia sedar dan dapat melihat dengan jelas kebenaran yang terpampang di hadapan matanya.

“Some people have a life, Fitri. Aku tak boleh harapkan dia memanjang bersama aku.”bidas Kristine, matanya tidak lepas daripada memandang aku.

“Hidup apa? Last time I checked, he’s unemployed.”aku menjungkitkan keningku, menunggu Kristine membalas kata-kataku. Sekarang Kristine berada di dalam denial state yang mana dia cuba menutup kebenaran yang dirasainya dengan beribu penafian. Apa sahaja asalkan dia tidak perlu menerima hakikat bahawa Hezry, lelaki pertama yang dicintainya, tidak begitu mengambil berat tentang dirinya, tidak menganggap dirinya penting.

“Kita bercakap tentang kau tadi. Kenapa sekarang topik beralih kepada aku pula?”soal Kristine, membuatkan aku spontan mengeluh.

Ah, sepatutnya aku sedar yang aku tak akan punya peluang untuk menang perbahasan ini sekiranya pihak lawan aku adalah Kristine Radhya! Aku menggelengkan kepala, lalu mencapai beg berisi bekalan untuk Aya.

“Mungkin sebab aku dah bosan asyik bercakap tentang aku, hrmm?”dengan itu aku berlalu ke ruang tamu, meninggalkan Kristine untuk memikirkan kata-kata aku itu.

Aku tidak mahu keadaan menjadi tegang di antara kami berdua. Tambahan pula di atas sebab yang cukup kecil. Kristine perlu berhenti melepaskan perasaannya terhadap orang lain dan cuba untuk menyelesaikannya dengan cara yang baik dengan Hezry. Aku mahu melihat Kristine bahagia kerana sudah hampir terlalu lama dia bersendirian. Jikalau Hezry yang boleh membuat dia bahagia (walaupun sebahagian besar aku meraguinya), aku tidak punya hak untuk menghalang malah aku perlu menyokong hubungan mereka. Jangan sesekali biarkan seorang lelaki tak gu...ehem...seorang lelaki merosakkan sebuah persahabatan, Fitri. Ini akan jadi kali terakhir aku bersyarah tentang masalah cinta kepada Kristine atau sesiapa sahajalah. Lagi pun, mana ada orang nak dengar cakap aku. Diri sendiri pun berserabut dengan masalah, ada hati nak nasihatkan orang. Tak sedar diri betul aku ni.

Hari ini boleh dikatakan jadual aku penuh. Selepas menghantar Aya ke sekolah, aku mahu keluar memberi beberapa barang termasuklah buah tangan untuk Kak Rini. Kemudian, sebelah petangnya pula aku mahu melawat Kak Rini dan anak saudara baru aku di hospital. Malamnya, aku mahu keluar bersama Farez dan Elisa kerana kononnya mereka berdua rindu untuk meluangkan masa bersama aku. Boleh percaya ke? Bukannya aku tidak tahu akal genius mereka yang sentiasa penuh dengan muslihat itu.
            

                  Memarkirkan keretaku di perkarangan rumah mama, kelihatan Aya sedang memakai kasut di hadapan pintu. Dia tersenyum sebaik sahaja aku menghampirinya.

“Nenek, ibu dah sampai!”jeritnya.

“Apa jerit-jerit ni? Tak baik jerit kat nenek macam tu.”aku turut tersenyum, menghulurkan tangan kepadanya seperti biasa.

“Sorry ibu lambat. Ada debat perdana tadi.”

Sepatutnya pada hari ini, Ehsan yang menghantar Aya ke sekolah tetapi aku sengaja tidak mahu memberitahu Kristine. Kalau tidak, makin bertambah panjanglah bebelannya. Menurut mama, sudah hampir dua hari Ehsan tidak dapat dihubungi menerusi telefon bimbitnya. Usahanya untuk melarikan diri daripada tanggungjawab atau manusia sekeliling? Elisa juga memberitahu aku yang Angahnya itu kini semakin jarang berada di studio, lebih gemar bekerja di luar. Kadang-kadang, tidak masuk ke studio langsung dan itu menjadikan Farez bertambah sibuk. Kuliahnya yang memerlukan perhatian dan kini, studio Dzul Ehsan pula. Apa sudah jadi kepada Ehsan? Sengaja menyibukkan dirinya atau sekarang dia memang benar gilakan kerjanya?

“Debat perdana?”Aya bertanya, kehairanan.

“Nothing important, sweetheart.”aku menjawab ringkas, tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut terhadap anak yang sememangnya tidak tahu apa-apa itu.

“Fitri.”tegur mama, menyedarkan aku akan kehadirannya di situ.

Aku mencium tangan mama.

“Lambat sikit, ada hal tadi.”beritahuku.

“Ibu kata ada debat perdana.”tambah Aya, membuatkan dahi mama berkerut.

“Bergaduh dengan Nik, pasal Aya?”tanya mama, pantas.

Dia memandang aku, kelihatan sedikit kecewa. Reaksi yang normal untuk mama aku kira. Yalah, mama merupakan orang yang paling mahu melihat Aya rapat dengan aku, mahu aku menjadi ibu kepada cucunya itu meskipun tidak ada sebarang pertalian yang dapat mengikat aku kepada anak itu kini.

“Kalau itu penyebabnya, mama minta maaf sangat-sangat. Tak ada maksud pun nak beri masalah kepada hubungan Fitri dengan Nik. Kalau Nik tak suka, tak apalah. Mama faham.”tambah mama lagi, menyedarkan yang aku perlu berkata sesuatu agar orang tua itu tidak berterusan dengan andaiannya sendiri.

“Eh, tak ,tak! Bukan dengan Nik. Dia tak kisah pun. Janganlah cakap macam tu depan Aya, mama.”
Aya memandang aku dan mama bersilih ganti, kelihatan sedikit bingung. Sudah semestinya dia tidak memahami apa yang sedang dibicarakan oleh kami berdua walaupun hal itu mengenai dirinya.

“Betul dia tak kisah?”mama meminta kepastian.

Aku mengangkat bahu.

“Selepas balik daripada sini hari tu, dia tak ada cakap apa-apa pun. InsyaAllah dia okay je mama.”

Aku dan Nik tidak berbual secara serius tentang Aya, meskipun selepas pulang daripada rumah mama semalam. Benar seperti yang aku katakan kepada mama tadi. Nik tidak menunjukkan sebarang tanda yang menyatakan bahawa dia tidak suka aku melayani anak itu, menghabiskan masa bersamanya. Kalau pun Nik tidak senang, dia sangat bijak menyembunyikan perasaannya itu tidak seperti seseorang yang aku kenal. Namun sebolehnya aku mahu Nik menerima Aya. Menerima hakikat bahawa anak itu adalah sebahagian daripada aku, dan mungkin juga sebahagian daripada hidup kami nanti. Jika Nik Afezal yang kini bersama dengan aku adalah Nik Afezal yang sama seperti tiga tahun dahulu, aku pasti dia juga akan mempunyai jalan fikiran yang sama.

Bolehkah sekiranya aku mahu mengambil Aya daripada Ehsan sepenuhnya?

“Isteri Asyraf bersalin bila ya?”tanya mama.

“Hari ni dah admitted. Kalau tak ada aral, mungkin hari ini. Itu yang Fitri nak cakap kat mama, mungkin Fitri tak boleh ambil Aya nanti. Tak apa ke?”aku menggaru-garu hidungku yang tidak gatal, merasa sedikit bersalah.

“Nanti mama beritahu Ehsan. Biar dia yang ambil Aya.”

Boleh diharapkan ke?

Hampir sahaja kata-kata itu meluncur keluar daripada mulut aku tetapi mujurlah sempat aku tahan. Nampaknya perangai bercakap tanpa berfikir dah menjadi seakan tabiat kepada aku sekarang. Tidak baik untuk kesihatan fizikal dan mental, Fitri.

“Jom Aya, nanti kita lambat. Salam nenek.”

“Bawa kereta tu elok-elok.”pesan mama.

“Oh, kalau mama tak boleh call Ehsan atau Ehsan tak boleh ambil Aya, cepat-cepat beritahu Fitri.”

Mama sekadar mengangguk, pandangannya mengekori langkah aku dan Aya sehingga ke kereta tanpa berkedip. Kelihatannya mama sedang memikirkan sesuatu yang serius. Tentang aku, Nik, Ehsan dan Aya kah? Aneh kerana aku kira sudah tidak punya perkara untuk difikirkan lagi tentang kami.

 “Ibu nak keluar dengan uncle semalam lagi ke hari ni?”tanya Aya sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di seat kereta, seakan-akan dia sudah lama menantikan peluang untuk bertanya hal itu. Sepasang mata bulatnya memandang aku, menanti jawapan yang aku kira penting kepadanya.

Adakah minatnya untuk tahu itu merupakan satu pentunjuk yang baik?

“Pakai seatbelt.”arahku, cuba melengahkan diriku daripada menjawab soalannya itu.

Aku tidak lagi memberitahu keadaan sebenar kepada Aya kerana aku sendiri tidak pasti perasaan anak itu kepada Nik.  Kemungkinannya hanya dua dan cukup mendebarkan aku. Apa yang harus aku lakukan jika Aya juga tidak sukakan Nik seperti mereka yang lainnya? Aku tak rasa aku bersedia untuk menghadapi seorang lagi daripada golongan anti-Nik. Ibu, Abang Asyraf, Kristine, Elisa dan sekarang mungkin juga Aya?

Semalam selepas pulang daripada makan malam di rumah kedua orang tuaku, Nik tidak banyak cakap. Aku tidak tahu sama itu kerana dia berkecil hati dengan keluarga aku atau kerana SMS yang diterimanya malam itu. SMS yang aku kira berkaitan dengan kerjanya pada hari ini. Sebuah lagi misteri untuk aku selesaikan? Harap-harapnya tak ada yang penting dan berkaitan dengan hubungan kami atau mungkin aku terpaksa mendapatkan rawatan psychiatrist selepas ini kerana terlalu banyak tekanan.

“Kenapa, Aya nak ikut?”gurauku.

Aya ketawa, menggeleng laju.

“Itu boyfriend ibu ke? Mak Cu cakap itu boyfriend ibu.”

Elisa dan mulut tanpa filternya!

“Kawan universiti ibu. He’s nice, isn’t he? Do you like him?”aku memberanikan diri untuk bertanya.

Come on, Fitri! Dia hanya seorang anak kecil. Kalau pun dia tak sukakan Nik, kau punya banyak masa untuk memenangi hatinya.

Misi aku untuk dua bulan seterusnya : Menguatkan pengaruh Nik Afezal. Dan percayalah bila aku katakan yang ia takkan menjadi semudah British mengambil Tanah Melayu daripada Belanda melalui Anglo-Dutch Treaty.
Adakah aku melampau sekarang ini kerana tiba-tiba sahaja aku rasakan yang Abang Asyaf benar. Aku terlalu menyebelahi Nik, mengasihaninya sehingga ke tahap yang tidak patut. Fokus aku kebelakangan ini juga tentangnya seolah-olah Nik Afezal merupakan subjek teras kehidupan aku. Sejak bila aku bertukar menjadi remaja belasan tahun yang baru belajar mengenal cinta? Niat sebenarku hanyalah mahu Nik merasa kepulangannya semula ke sini dihargai.

“Dia baik sikit daripada papa. Kelakar.”balas Aya, tidak memberikan jawapan yang tepat kepada soalan aku itu.

Ah, sejak bila anak ini pandai berteka-teki dengan aku?!
 
“Ibu dah tak sayang papa ke?”

Gulp! Air liurku serta-merta bertukar menjadi pahit.

Bagaimana harus aku terangkan kepadanya bahawa cinta itu tak pernah wujud sedangkan dia tidak tahu erti cinta itu yang sebenarnya? Bagi Aya, segalanya teramat mudah. Oleh kerana aku merupakan ibunya, jadi sudah semestinya aku mencintai papanya. Apa yang dia tidak faham ialah, cinta itu tidak semestinya wujud seiring dengan perkahwinan. Menjadi ibunya tidak bermakna aku perlu mencintai Ehsan. Aduh Fitri, dia masih terlalu kecil untuk kau ceritakan perkara sebegini kepadanya!

 “Kalau papa kat tempat ibu sekarang ni, Aya akan tanya soalan yang sama juga ke?”

“Aya dah tanya.”

“What?!”suara aku yang tinggi itu membuatkan Aya tersentak. Dia memandang aku tanpa berkedip, kehairanan dan sedikit takut dengan reaksi melampau aku itu.

“Maafkan ibu.”aku berdehem.

“Apa yang papa cakap?”tanyaku, cuba untuk tidak kelihatan begitu berminat.

“Hampir sama dengan ibu. Papa suruh Aya tanya ibu soalan yang sama dan kemudian beritahu jawapannya kepada papa. Sadly, Aya tak dapat jawapan daripada sesiapa pun. Ibu dengan papa dah berjanji nak kenakan Aya, ya? Alaa, Aya nak tahu walaupun sebenarnya Mak Cu yang suruh Aya tanya macam tu.”Aya memeluk tubuh, menarik muka masam.

Sekali lagi dalangnya adalah Elisa. Sengaja mahu membuatkan aku hangat hati dengan usikan secara tidak langsungnya, sengaja mahu melihat aku terkial-kial cuba menerangkan situasi yang sebenar kepada Aya. Tetapi aneh bukan? Kami berdua cuba lari daripada menjawab soalan mudah Aya sedangkan masing-masing mempunyai sebuah jawapan yang cukup konkrit. Namun berdasarkan perangai Ehsan yang sangat molek itu, aku tahu Ehsan sengaja mahu menyeksa aku seperti yang dilakukannya di reunion tersebut. Membiarkan aku menjelaskan setiap butiran kepada puterinya ini.

Aku mengerling ke arah Aya yang sedang sibuk membaca skrip choral speakingnya.

“Selfish is ‘jual ikan’, teacher.”

Ehsan, apa akan jadi kalau aku biarkan kau pula yang bercerita kali ini?





Baru sahaja aku mahu membuka mulut untuk berkata sesuatu apabila telefon bimbit Nik yang diletakkan di atas meja sekali lagi bergetar, membuatkan hati aku automatik bertukar panas. Ternyata Nik memang betul-betul ‘sibuk’ pada hari ini sehingga aku kira untuk bercakap dengannya pun perlu menunggu giliran. Sekarang baru aku tahu apa perasaan lelaki itu ketika aku tidak begitu mempedulikannya tempoh hari. 

Dengusan kecilku membuatkan dia menjeling ke arahku dan Nik bukannya tuli untuk tidak menyedari rasa tidak senang yang sudah berlabuh di hati aku hampir dua jam yang lalu. Ketika menemani aku membeli-belah tadi pun dia sudah begini, tidak berenggang walau seminit dengan telefon bimbitnya. Kalau itu sahaja aku tidak kisah sangat tetapi apabila dia tiba-tiba sahaja berubah menjadi moody untuk sebab yang tidak aku ketahui, memang hati aku semakin berbara. Yalah, walau apa pun urusan Nik dengan si pemanggil, tak sepatutnya dia melampiaskan marahnya kepada aku! Sebelum ni Kristine dan sekarang Nik pula? Bagus! Mungkin salah satu tujuan aku hidup adalah untuk menjadi tempat manusia yang aku sayangi meredakan kemarahannya dengan ‘menghentam’ aku. 

Kesannya, aku berjalan-jalan di shopping mall tersebut dengan muka yang cemberut sehingga seorang salesgirl yang terlebih ramah menyarankan aku untuk minum teh panas kerana menurutnya ia amat efektif bagi menenang dan memulihkan semula mood aku. Kelakar pun ada kerana tak sangka pula orang akan tegur aku tentang itu, malah siap bagi cadangan lagi. Agaknya muka aku ketika itu amat menakutkan sehingga salesgirl tersebut fikir dia bertanggungjawab untuk menyelamatkan dunia daripada berhadapan dengan amukan raksasa moody seperti aku. Namun apa yang dia tidak tahu ialah marahku kali ini hanya boleh reda sekiranya benda empat segi yang sedari tadi mencuri tumpuan Nik itu hancur berkecai atau berhenti daripada mengeluarkan bunyi ‘buzz’ yang amat mengjengkelkan. 

Nik yang mendengar pula sudah tersenyum kelucuan dan kemudian barulah dia meminta maaf, cuba memulihkan semula keadaan. Tak lama selepas itu, rantaian panggilan itu bertukar kepada deretan mesej. Keadaannya tetap sama dan hakikatnya hanya satu: Nik Afezal bukan milik aku hari ini. 

“Sekarang kita seri.”dia mengenyitkan matanya kepadaku, tersenyum nakal sehingga mahu sahaja aku mencarik-carikkan wajah tampan itu tanpa belas kasihan. 

Sejak bila pula Nik Afezal bertukar menjadi makhluk yang menyakitkan hati? Sedangkan aku fikir sifat itu hanya ada pada manusia yang bernama Dzul Ehsan.

“Hahaha don’t tell me you’ve been counting score, Mr. Afezal.”aku membalas, sinis.

“Uh oh, bila awak mula panggil saya Afezal, saya tahu itu bukan petanda yang baik.”

Nik masih lagi bergurau, langsung tidak mengambil serius marahku kepadanya. Mungkinkah ini terjadi kerana kami sudah terlalu lama bersama sehingga dia menganggap segala perasaan aku boleh di ambil mudah?

Ah, inilah masalahnya dengan lelaki! Lebih buruk lagi, sekiranya dia tahu dia adalah kelemahan aku.

“Awak benar, bukan petanda yang baik.”aku menggelengkan kepalaku, cuba untuk kelihatan serius.

Dia mengeluh dan nampak seperti tidak berminat untuk cuba mempertahankan dirinya untuk kali kedua pada hari ini. Kepalanya dipicit dengan agak kasar, membuatkan aku yang melihat sedikit gugup.

Sedikit tekanan yang berlebihan dan sakit kepalanya akan muncul dengan serta-merta. Jadi boleh aku katakan yang self-defence Nik sangat dahsyat, malah lebih dahsyat daripada self-defence yang ada pada Ehsan. Tidak perlu berkata apa-apa dan dia sudah menang kerana dengan keadaannya sebegini, sudah semestinya aku tidak mahu memburukkan lagi keadaan kerana sebab yang cukup kecil. Aku belajar daripada kesilapan dan sebolehnya aku tak mahu membuatkan peristiwa yang sama berulang kembali.

Aku menggigit bibir, menahan perasaan bersalah yang bertubi-tubi menyerang aku.

Alaa, tak adillah begini! Tak boleh nak marah langsung. Torture sikit pun dah sakit kepala macam nak meletup. Menyampah!

“Awak okay?”tanyaku.

Nik Afezal mengangkat kepala memandangku, tersenyum tetapi kali ini senyumannya bukan untuk mengejek atau mempermain-mainkan aku. Senyumannya kali ini menggambarkan yang dia senang dengan keprihatinan aku terhadapnya.

 “Risau saya akan ‘mati’ sekali lagi?”sengaja dia menekan perkataan mati itu agar jelas dipendengaranku.

Ya, sayang.

“Tak, tak langsung.”telefon bimbit aku yang berbunyi itu aku keluarkan daripada tas tangan dengan muka yang cukup selamba.

Mesej daripada Abang Asyraf itu serta-merta membuatkan hati aku berbunga. Hilang segala perasaan tidak indah yang bertandang di hati apabila membaca smsnya itu sehingga hampir sahaja aku menjerit di situ, di ketika itu juga kerana kegembiraan.

Bawa bertenang, Anith Fitriah. Kau bukan lagi kanak-kanak yang tak tahu mengawal perasaan. Jangan memalukan diri kau sendiri, please?

Aku memandang Nik yang juga sedang memandang aku dengan pelik.

“Cuba teka?”aku bertanya dengan ceria.

Nik mengangkat bahu, tidak langsung cuba untuk meneka. Memang nampaknya hari ini moodnya tidak baik kerana dia kelihatan sedikit pun tidak berminat untuk melibatkan dirinya dalam kegembiraan aku.
Siapakah engkau yang telah mengambil Nik daripada aku pada hari ini?

 “Feed me.”balasnya. Ketika itu, sekali lagi telefon bimbitnya bergetar. Namun untuk pertama kalinya pada hari ini Nik tidak mempedulikannya. Sebaliknya lelaki itu menarik kerusinya agar lebih dekat dengan meja dan memandang wajahku tepat, tanpa berkedip.  

“Sekarang, awak ada perhatian penuh saya.”suara garaunya berkata, serius.

Aku menarik nafas yang tiba-tiba sahaja seakan tersekat di dada dengan perhatiannya itu.

“Cepat, Fitri! Spit it out. Kenapa awak gembira sangat?”dan matanya masih lagi melekat di wajahku.

Nik Afezal!!!

“Okay, okay, I gave up! Stop it.”aku berkata, menjentik dahinya membuatkan Nik mengaduh kesakitan.

“Aww sayang, saya ingat awak sukakan perhatian daripada saya.”sindir Nik sambil tangannya menggosok-gosok dahinya yang kini sudah merah akibat jentikan aku tadi. Mulutnya muncung seperti kanak-kanak berumur lima tahun yang merajuk kerana mahukan sesuatu.

“Bukan perhatian macam tu, mister. Oh by the way, tadi Abang Asyraf beritahu yang keluarga kami dah bertambah seorang lagi. Secara rasminya. Berita yang germbira, kan?”

Telefon bimbit Nik kembali menuntut perhatian, membuatkan lelaki itu mengeluh manakala aku pula kagum. Tidakkah pemanggil tersebut tahu erti berputus asa atau mungkin letih mendail nombor yang sama sedari tadi? Yang paling penting, tidakkah dia tahu menelefon dan menghantar mesej berkali-kali sebegitu sangat menjengkelkan? Mungkin sahaja Nik tidak menjawab panggilannya kerana sibuk dengan hal lain tetapi sayangnya, dia tetap tidak mahu faham dan masih berterusan mencuba. Oh ya, lupa pula aku. Bukankah orang kata usaha itu tangga kejayaan? Tidak berjaya pertama kali, tidak bermakna akan gagal untuk kali keduanya juga. Pegangan yang bagus wahai si pemanggil.

“Saya fikir mungkin kita boleh melawat diorang lepas ni tapi awak macam sibuk je.”

“Bukan sibuk, cuma kurang senang tetapi saya masih lagi boleh temankan awak, Anith Fitriah.”

“Dengan muka ketat dan telefon bimbit awak yang tak berhenti vibrate sejak dua jam yang lalu? I don’t think so. Kalau itulah keadaannya, saya lebih rela pergi tak berteman.”

“Atau bertemankan orang yang paling saya tak suka seperti...ermm...”aku diam, seakan-akan sedang berfikir.

Cepat, Anith Fitriah! Fikirkan sesuatu yang dapat menyakitkan hati dia. Kalau kau tak boleh marahkan dia, sekurang-kurangnya kau boleh buat dia sakit hati.

Nik menjungkitkan keningnya, mencabar aku untuk memberikannya satu nama. Cabaran yang sudah pastinya akan aku terima.

Hanya satu nama. Siapa yang paling kau tak suka, Fitri?

“Seperti...Ehsan?”

Dia yang baru sahaja mahu mencapai telefon bimbitnya itu terhenti, ternganga bagai tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

“Ehsan?! Kenapa dia?”

“Sebab saya tak suka dia.”aku bangun.

“Oh really? Because I seem to think it’s the other way around.”suaranya mula kedengaran tegang.

Tahniah untuk diri aku sendiri atas kejayaan kecil ini. Oh Nik, kenapalah kau mudah sangat cemburu sekarang?

“Fikir apa yang awak suka. Saya nak ke tandas sekejap. Oh, saya rasa awak patut call dia balik! Nampak macam penting.”aku menutup mulutku dengan tangan dan berpura-pura batuk untuk menutup senyuman yang mula terukir di bibir. Wajah Nik yang merah menahan sakit hati hanya membuatkan keadaan bertambah lucu. Bagi mengelakkan ketawaku pecah di situ, segera aku meminta diri dan beredar ke tandas.

Siapa sangka mempermainkan buah hati aku ini boleh menjadi sesuatu yang sangat menyeronokkan?
Sepuluh minit kemudian aku kembali dan kelihatan Nik sedang berbual di telefon. Kedengaran serius bunyinya sehingga dia langsung tidak menyedari kewujudan aku di situ, mencuri dengar butir perbualannya.

“I can’t promise you anything.”kata Nik, serius.

Terlalu serius sehingga membuatkan aku tertanya-tanya sendiri kerana riak wajah Nik ketika itu juga kelihatan marah dan kurang senang.

Bisnes?

“Stop calling me! When someone doesn’t answer their phone after thousand of calls, it means they don’t want to be disturb. Can’t you take a hint?!”bentak Nik, mengejutkan aku yang baru sahaja melabuhkan punggung ke kerusi.
Sikap Nik yang kasar itu sedikit mengejutkan aku. Dia tidak pernah meninggikan suara dengan sesiapa pun sepanjang aku bersamanya dahulu. Tetapi kini, mudah sahaja baginya untuk hilang sabar, menengking sesuka hati. Bimbang aku sekiranya hati ini berat untuk menerima sikapnya yang satu  itu kerana di mataku, Nik yang pernah aku kenali dahulu cukup berbeza dengan yang ada di hadapanku. 
Masa banyak mengubah orang, kan?

Nik mengurut pangkal lehernya, nampak benar ketegangan serta kekusutan di wajahnya. Aku pula menambahkan lagi kekusutannya dengan perangai kurang matangku. Tak sepatutnya aku terus memaksa dia menemani aku pada hari ini sedangkan aku tahu dia mempunyai kerja yang mungkin sahaja lebih penting daripada menemani aku membeli-belah dan juga melawat anak saudaraku di hospital.

Memilih untuk menjadi manusia yang memahami dan bertimbang rasa, akhirnya aku membuat keputusan untuk pergi ke hospital seorang diri. Perlahan-lahan aku mencapai tas tangan serta telefon bimbitku di atas meja, tidak mahu menganggu konsentrasinya tetapi usahaku itu sia-sia apabila tiba-tiba sahaja Nik menoleh ke arahku.

“Saya pergi dulu, okay?”aku berbisik, menggoyangkan kunci keretaku.

Walaupun itu bermakna aku perlu meninggalkan Nik Afezal tanpa pengangkutan pulang tapi aku rasa tidak ada yang perlu dirisaukan kerana pasti sahaja ada yang akan menjemputnya nanti. Maklumlah dia kini sudah mempunyai seorang adik yang sanggup buat apa sahaja deminya. Apabila bercakap tentang adik tiri Nik yang satu itu, aku bersyukur kerana tidak perlu berjumpa dengannya lagi atau aku mungkin akan merangkak ke dalam sebuah lubang yang kecil dan menyorok kerana ketakutan. Firasha juga kini sudah berada di dalam 10 Senarai Manusia Paling Menakutkan aku selepas Kristine dan Zara.

Nik menggeleng, mengisyaratkan kepadaku supaya menunggunya.

“I have to go. Bye.”dia mematikan talian lalu memasukkan telefon bimbit itu ke dalam kocek seluarnya. Riak wajahnya kembali seperti biasa seolah-olah tiada ‘perbincangan’ yang serius berlaku sebentar tadi.

“Nak pergi juga?”aku bertanya.

“Yes.”jawabnya pendek sambil sebelah tangannya menarik aku laju menuju ke kereta.

            Hampir pukul 6 sewaktu aku melangkah ke apartmentku setelah seharian masaku di habiskan di luar. Penat dan yang lebih indah ialah kepalaku kini mula berdenyut-denyut. Namun sayangnya berehat tidak terdapat di dalam jadual aku pada hari ini kerana aku masih punya temujanji bersama Elisa kesayanganku itu. Walaupun penat aku tidak akan merungut kerana hari ini sememangnya berjalan dengan baik, mungkin akan lebih baik sekiranya telefon bimbit Nik tidak membuatkan aku panas hati.

Kami berdua bertolak ke hospital seperti yang dirancangkan dan selepas Nik naik angin tadi, tidak ada lagi panggilan ‘berhantu’ yang mengganggu. Sewaktu aku dan Nik sampai, hanya Abang Asyraf yang berada di situ menemani isteri dan puteranya. Menurut Abang Asyraf, ibu dan abah akan datang menjenguk pada sebelah petangnya. Berseri-seri sahaja wajah abang serta kakak ipar aku itu. Gembira kerana cahaya mata mereka dilahirkan sihat dan sempurna tiada lainnya. Bayi seberat 2.7kg yang dinamakan Dhamir Hariz itu sangat kecil sehingga aku tidak punya keberanian untuk memegangnya. Nik apatah lagi kerana dia sememangnya tidak biasa dengan anak kecil, malah kelihatan sangat kekok berada di situ. Abang Asyraf apa lagi, memang tak akan mempersia-siakan peluang yang baik untuk mengenakan Nik. Teruk betul abang aku yang sorang tu. Anak sudah dua tapi perangai masih lagi macam kanak-kanak ribena. Menyebalkan!

Keluarga abang aku sudah hampir lengkap tetapi adiknya ni masih lagi merangkak-rangkak mencari tujuan hidupnya. Bukannya aku tidak mahu berkahwin atau pun mempunyai keluarga sendiri tapi bagi aku, keadaan sekarang masih lagi terlalu berserabut. Nik juga aku kira masih belum bersedia untuk mengikat hubungan kami kembali. Ya, kami pernah bergelar tunangan tetapi itu kisah tiga tahun dahulu, sebelum aku bergelar isteri orang. Semua hubungan yang pernah terjalin di antara kami terputus selepas itu dan kini, kami terpaksa kembali semula ke titik permulaan.

Oh Fitri, perjalananan kau masih lagi jauh nampaknya!

Baru sahaja aku sampai di hadapan pintu apabila telefon bimbitku berbunyi. Menekan punat ‘Answer’, aku mendekapkan telefon itu ke telinga manakala tanganku sibuk mencari kunci rumahku yang ‘hilang’ ditelan beg yang penuh dengan berbagai-bagai barangan yang aku sendiri kurang pasti kegunaannya. Aku perlu meluangkan sebahagian daripada masa berhargaku untuk mengemas beg ini kerana semakin hari semakin sukar pula untuk aku mencari kunci rumahku itu.

“Kenapa mama? Fitri baru je sampai rumah ni.”

Sepasang kasut di hadapan pintu membuatkan hati aku serta-merta bertukar kelajuannya.
Macam mana pula dia boleh ada kat sini?

“Mama call Ehsan berkali-kali tak dapat. Dah petang tapi batang hidung diorang pun tak nampak. Mama tak sedap hatilah Fitri.”keluh mama di hujung talian, membenarkan segala yang bermain di fikiranku. Tanpa berlengah, aku membuka pintu rumah dan sesusuk tubuh kecil sedang menjamah makanan di meja menyapa pandanganku.
Kristine yang sedang membaca di atas sofa itu mengangkat muka, menjungkitkan keningnya.

 Ehsan hantar Aya ke sini?

“Ibu.”Aya berlari mendapatkan aku yang kebingungan, matanya berair. Ketakutan jelas terpancar di wajah anak itu.

Apa dah jadi?  Satu mesej telepati aku hantarkan kepada Kristine.

“Aya ada dengan Fitri. Tengah makan. Err...nanti Fitri call mama balik boleh?”tanpa menunggu kata-kata selanjutnya daripada mama, aku menamatkan panggilan.

“Kenapa Aya? Papa marah ke?”pujukku dalam usaha untuk mendapat keseluruhan cerita daripadanya.

 Aya menggeleng laju. Tangannya masih memeluk pinggangku, erat sekali.

“Nope, it’s worse than that and you owe me one, Miss Anith Fitriah.”Kristine berkata, membuatkan aku bertambah keliru.



***************************************
Hello gorgeous people! ^^
Update untuk minggu ni...
Cliffhanger...sebab dah lama tak buat benda macam ni.
Tapi sapa boleh teka apa yang dah jadi? haha

Terima kasih daun keladi (popular sungguh daun keladi sekarang) kepada semua yang sudi luangkan masa baca, komen etc, anon or non-anon, my love to everyone is all the same. 


p/s: As always, komen, komen, komen dan komen because it's what keeps me going ngeee~
Kasih sayang semua terhadap ODYBM amat dihargai (Okay, saya perasan) 


Have fun reading.

Jumpa lagi nanti di update yang depan~ 

Share:

14 comments:

zura asyfar addy rifqhiey said...

waa..kenape dgn ehsan?

Anonymous said...

argggh...suspen tul,cpt smbg.. wat happen to ehsan??...

Anonymous said...

Alaaaa.. Wat happen???? Nape ngn ehsan.. Nape ngn aya..?
Aduhaii... Kdg ksiann kat fitri ngn perangai kristine + elisa...

Anonymous said...

My "conspiracy theory" wld be Nik dah ada gf lain yg dok tergila2 kat dia & he cannot decide which one to choose.

Next theory wld be ehsan is trying to mend his broken heart by burying himself in his work.

How would ehsan & fitri patch up again whilst nik gets out of sight? Pls enlighten me...

Yong said...

hoho sapa yg asyik col nik tu ya?

asnierin said...

alaaaa,xde Ehsan lar....rindu die ketat2!...

Anonymous said...

bila ehsan nk kuar ni?..cpt la next n3..

Anonymous said...

next n3...dah lma tggu..baru jmpa blog..selalu baca kat penulisan2u..excited nk tahu seterusnya..

StunningUmi said...

Well ... i keep thinking that this novel kinda ... a translation from english to malay .... but, still ... I'm impressed.

intan abd wahab said...

apakah ehsan cuba sibukkn diri krn cemburu pd nik? dan aya mnjadi mangsa kemarahan ehsan....

intan abd wahab said...

terfikir....apakah ada kemungkinan nik sudahpun berkahwin???

ezz an said...

hei....kenapa nie....apa sudah jadi.....mysterious sungguh la.....tapi sungguh bak kata 'Asnierin', Ehsan tak ada...alaaaaaaa...rindu giler kat makhluk aneh bin pelik tu...

Anonymous said...

cant wait for the next n3.....
hurryyy plssss....

erica71 said...

Nik ni penuh gan misteri la...hrp2 Fitri xt'slh pilih kali ni.Wp cinta dah bertaut kembali tp dah xsama cam dulu2 coz....maybe Nik dah berubah i.e.dia dah kawin!!!oh...tidak!!!setuju gan Intan Abd Wahab..Get Ehsan in the screeen to win back Fitri's heart....