Zaed Akram tersenyum
sendirian, sudah bagai orang tak betul lagaknya. Dia mencapai laptop daripada
atas kaunter dan berlalu ke ruang tamu, sebelah tangan lagi menggenggam telefon
bimbit.
Baru saja dia
melabuhkan punggung di sofa apabila bunyi kunci dimasukkan ke dalam lubang
kunci menarik perhatiannya. Menunggu barang ketika sehingga wajah Jay terjengul
di muka pintu tanpa sebarang emosi. Membuatkan Ed tambah berminat untuk
merenung kerana dia tahu hari sahabatnya itu tak bergerak seperti yang
dirancangkan.
“Apa laporan
penyiasatan hari ni, detektif?” sengaja Ed bertanya.
Sekadar mengangkat
bahu, Jay tak cuba untuk memberikan jawapan lebih. Sebaliknya lelaki itu bergerak
mematikan televisyen dan membatu seketika di hadapan kotak empat segi tersebut
dengan penuh misteri.
Tindakan yang buat Ed
tertanya-tanya.
“Jay?”
“Ed.”
Mereka berdua saling
berpandangan.
Jay tetap diam memeluk
tubuh tapi aura beku yang dibebaskannya sudah menerangkan serba sedikit tentang
keadaan sebenar kepada Ed.
Lelaki itu baru tahu
sesuatu yang tak menyenangkannya dan apa yang Ed ingin tahu kini ialah
‘sesuatu’ yang mana satu. Masalah dengan menyimpan terlalu banyak rahsia ialah
dia mudah keliru dan paranoid.
Apa yang perlu
dilakukannya sekarang ialah belagak normal dan bertenang. Bermacam-macam
bahagian Kuzer Harmy sudah dia tengok dan terpaksa berdepan dengan salah satu
daripadanya bukan hal besar.
Kuzer Harmy tak menakutkannya!
“Satu soalan. Kenapa?”
Jay memulakan tapi masih tak memberi sebarang klu tentang subjek bicara mereka.
“Aku perlukan kau untuk
lebih spesifik lagi. Kenapa apa?”
Temannya itu ketawa,
mendatar tanpa sebarang nada. Namun, cukup kasar dipendengaran Ed kerana dia
tahu lelaki itu sedang mengejeknya. Sedikit pun tidak percaya dengan lakonan
kelas pertamanya tadi.
Tentu saja, penipu
handal takkan mudah tertipu.
“I could play this game
all night, Ed. You know how much I love games.”
“Macam mana aku nak
beritahu kalau aku tak tahu apa kau cakapkan ni? Soalan kau yang tergantung tu
memerlukan penjelasan, reti tak?”
“Aku nak tahu kenapa
kau suruh Aidil ikut aku sepanjang hari?!”
Phewww…
Ed menghela nafas lega
walaupun dia tak sepatutnya berasa lega terutama sekali kerana tindakannya itu
jelas menaikkan kemarahan Jay. Tapi, keadaan mungkin lebih buruk lagi kalau Jay
sedang bercakap tentang soal lain. Jadi, sesungguhnya dia bersyukur.
“Ah, patutlah aku
telefon Aidil tadi dia tak angkat! Rupa-rupanya kau dah cakap dengan dia.”
balas Ed, kembali tenang.
“Aidil Marwan, poetry
to nerdy? Tolonglah Ed, kau boleh upah orang yang lebih baik daripada tu.”
komen Jay.
Ed tersenyum,
menggaru-garu keningnya.
“Let me get this
straight. Kau marahkan aku sebab suruh Aidil yang ikut kau, bukan kerana
privasi kau diceroboh?” sengaja dia menekan nama ‘Aidil’, mahu memprovok
respons daripada Jay. Tangannya mencapai kotak rokok daripada atas meja,
mengeluarkan sebatang lalu menyalakannya. Rokok tersebut disedutnya dalam-dalam
sebelum membenarkan kepulan asap itu menghiasi ruang udara lalu menghilang
beberapa saat kemudian.
Mengecilkan matanya,
Jay merenung Ed daripada atas sehingga ke bawah. Dirasakan temannya seperti
seorang model yang keluar terus daripada salah satu muka surat majalah Men’s
Health atau pun GQ.
“Kedua-dua sekali. What
do you hope to achieve by doing that?”
“Jay, aku kawan kau dan
tentu saja aku risaukan kau. Kau baru balik sini dan aku tak nak kau terlibat
dalam sebarang masalah lagi.”
Jay mengetap bibir.
Itulah satu-satunya
jawapan yang bermain-main di dalam kepala sepanjang perjalanan ke apartmen Ed.
Dia sudah boleh mengagak kerana itu merupakan jawapan yang cukup dia tak suka.
“Aku bukan budak kecil
dan aku tak perlukan kau untuk jaga aku. I’ve told you, those dark days were
way behind me.”
“Oh maafkan aku sebab
risaukan kau.” sela Ed. Dia turut bangun supaya pandangan mereka berada di
tahap yang sama.
“Aku tak rasa kau dah
berubah sepenuhnya, Jay. Kau soal-siasat kawan-kawan lama kita, tunggu Lily
sepanjang hari, ikut dia sampai ke pasaraya. Apa tu? Kalau ada perubahan pun,
aku rasa kau semakin teruk.”
“Aku cuba cari jawapan
kepada soalan yang kau dan Lily tak mahu aku tahu!” suara Jay meninggi.
“Ah, balik semula
kepada soalan tu! Lebih banyak perkara untuk kau pedulikan daripada mengambil tahu tentang perhubungan Lily
Nadira. Dia bukan masalah kau lagi.” marah Ed kembali.
Kalau dia perlu
mencekik lelaki itu untuk menyumbat masuk fakta tersebut ke dalam kepalanya,
dia akan lakukan tanpa sedikit ragu pun.
Jay seperti orang
hilang akal. Sikap protektif serta mengongkongnya terhadap Lily perlu dikikis
sebelum menjadi lebih parah. Kerana perangai Jay yang sebegitulah wanita itu
takut untuk memberitahunya perkara sebenar dan dia sebagai seorang teman yang
baik akan terus menyimpan rahsia.
“Kita bukan sedang
bercakap tentang Lily. Jangan cuba nak ubah topik. Ed, kalau kau nak tahu apa
aku buat hari ni, kau hanya perlu tanya. Tak payah nak buat macam tu. Aku kawan
kau, bukan penjenayah!” tak betah untuk menunggu lebih lama, dia berjalan
menuju ke pintu tetapi laju tangan Ed mencengkam bahunya.
Wajah Ed sama keras,
menunjukkan dia masih punya beberapa poin untuk disampaikan.
“Masalah kau Jay adalah
kau tak boleh terima bila orang buat sesuatu kerana betul-betul pedulikan kau.
Kau anggap semuanya buruk, tak baik.”
Mendengus, tangan Ed
ditepisnya kasar.
“Masalah kau pula kau
sentiasa anggap kau lebih baik daripada aku. Ini bukan hanya tentang kau suruh
orang ikut aku tapi juga tentang kawan baik aku yang langsung tak percayakan
aku. Gunakanlah apa jenis perkataan pun, risau, peduli, ambil berat. But we
both know that you just couldn’t trust me not to cause trouble.”
Ed terbungkam.
Jarang sekali baginya
untuk bersetuju dengan sebarang ayat yang keluar daripada mulut Kuzer Harmy
namun tidak malam ni.
Satu tindakan bodoh
daripada pihaknya walaupun dia tahu jelas Jay tak suka diragui begitu. Tinggal
satu alasan lagi yang boleh diguna pakai untuk membenarkan apa yang
dilakukannya hari ini iaitu dia hanya cuba memastikan perjalanan aktiviti Jay
bagi menghalang bencana yang lebih besar.
Dan ya, apabila
difikirkan kembali, memang temannya benar. Aidil bukan pilihan yang tepat untuk
menjalankan kerja ala-ala James Bond seperti itu. Johnny English pun boleh
melakukannya dengan lebih baik.
“That’s what I
thought.” Jay mengangguk, sedikit kecewa.
Sungguhpun dia tahu itu
memang satu kebenaran tapi dia mahu Ed menafikannya, bukan bersetuju dan
sekadar tercegat di situ bagai seorang pesalah, sekali pun tak cuba membela
diri.
Sangat mengecewakan!
Telefon Jay bergetar lantas mengalihkan tumpuan
mereka berdua kepada objek putih jenama Apple yang dipegang oleh lelaki itu.
Dia meneliti apa saja mesej yang baru masuk untuk seketika sebelum menarik daun
pintu, berura-ura untuk keluar.
“Kau nak pergi mana?” temannya bertanya.
“Mana-mana sajalah.”
Memerhatikan sehingga
tubuh Jay hilang di sebalik pintu, Zaed menarik nafas. Terasa seperti baru
selesai berperang dan pulang tanpa sebarang kemenangan.
Satu-satu teman paling
rapatnya kini kecewa dan merajuk dengannya dan satu rahsia yang disimpan juga semakin
hari terasa semakin berat untuk terus dipegang.
Dia mencapai telefon daripada atas meja
lalu mendail satu nombor.
“Code red. We have a
problem.” dia berkata sebaik saja panggilan bersambung.
Jay mendekapkan telefon ke telinga
sementara tangannya menyarungkan jaket ke badan. Angin malam yang menyejukkan
tapi sayang tak sampai ke hati
yang sedang panas.
Peduli, risau, huh!
Semua tu alasan semata. Kalau kedua ibu bapanya sendiri tak pernah nak ambil
kisah, inikan pula orang luar.
Dalam hidupnya, hanya
beberapa orang saja yang benar-benar penting dan hari ni, salah seorang
daripada mereka sudah mengecewakannya.
“Uh…assalamualaikum. Boleh tak ambil Jay dekat
kawasan rumah Ed? Susah nak dapat teksi malam-malam macam ni.”
“Waalaikummussalam.
Boleh, tak ada masalah. Lagi setengah jam ya.” balas suara di hujung talian,
kedengaran sungguh prihatin.
“Lama lagi pun tak apa.
Jumpa nanti.” tidak menunggu barang sesaat dua, panggilan terus dimatikan.
Telefon bimbit tersebut dimasukkan ke dalam kocek jaket.
Jay dah bosan dan
permainan semakin meleret.
Segala teka-teki
berakhir malam ni!
*******************************
Updated! Yes, with another cliffhanger ^^
Well...just because.
By the way, Escape Hatch is now with a new look!
What do you think?
Is it much more easier or much more complicated?
Terima kasih daun keladi kepada semua yang baca, silent reader or not. I heart you guys to bits.
Jumpa lagi nanti! Adios~
2 comments:
less than 3 you! :)) haha. Kebetulan memang lama tunggu ni. Why so many dark secrets? lamanya menanti semuanya terbongkar. Oh happy new year ...:)
well played. cant wait for next :)
Post a Comment