Thursday, January 6, 2011

One Day You'll Be Mine 15

New chapter is up!!!

15
            Sebahagian daripada aku sebenarnya merindui enam bulan yang lalu. Mekipun semua perkara yang berlaku dahulu tidak lebih daripada sebuah masalah tetapi harus aku akui, aku lebih gembira berbanding tiga tahun dulu. Setiap kali aku bangun pagi, otak aku sudah ligat berkerja memikirkan pergaduhan apa lagi yang bakal tercetus pagi itu. Ketika di tempat kerja pula, aku sentiasa meneka sama ada lelaki itu sudah pulang atau bermalam di studionya. Sayangnya, enam bulan tidak dapat mengubah apa-apa di antara kami. Tidak dapat mengubah sebarang perasaan yang bermukim di hati nan satu ini.
20 Jun 2007 merupakan tarikh kami diijabkabulkan. Pertama kali aku melihat lelaki bernama Dzul Ehsan bin Haji Amiruddin. Wajahnya tidak menunjukkan sebarang emosi, dan dia juga tidak banyak cakap. Berubah langsung daripada Ehsan yang aku pernah kenali beberapa tahun dahulu. Dengan sekali lafaz sahaja, sah aku menjadi isterinya. Perasaan aku ketika itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata tetapi yang pasti, gembira bukan salah satu daripadanya. Perkahwinan sepatutnya menjadi sebuah hari yang istimewa buat aku. Sesuatu yang aku idam-idamkan dengan dia yang aku sayangi. Bukan dengan manusia batu tidak berperasaan seperti Ehsan. Hari itu juga aku diperkenalkan kepada Aya, menghancurkan lagi hati yang sebelum ini sudah menjadi serpihan. Tidak bersedia menjadi seorang ibu serta isteri. Aku tidak mahu hidup bersama mereka, bersama Ehsan, bersama Aya apatah lagi. Mereka tidak lebih daripada sebuah figura asing bagiku.
Marah sebenarnya aku kepada Ehsan kerana membenarkan perkahwinan ini terjadi tetapi lama-kelamaan aku sedar bahawa dia juga tidak punya sebarang pilihan. Cabaran terbesar aku adalah menerima seseorang yang tiada kaitan denganku sebagai anak sendiri. Jujur aku kata, sangat sukar. Sudahlah aku benci dengan perkahwinan ini, sekarang aku terikat kepada sebuah tanggungjawab yang membebankan, atau itulah yang aku fikir dahulu. Siapa yang mahu mejadi ibu kepada anak seorang lelaki yang langsung tidak dicintai, bersama dengan wanita lain? Bagi aku dahulu, Aya adalah sebuah pakej lengkap untuk menambah kekusutan ke dalam hidup aku. Begitulah betapa susah aku untuk menerimanya. Memakan masa untuk membuka sedikit ruang kepada Aya, namun mujurlah berjaya. Anak itu kini adalah sebahagian daripada aku, tiada ragu lagi. Sekejam dan sejahat aku, tidak mungkin aku untuk terus membuang Aya. Dia memerlukan aku.
Cepat masa berlalu sehingga aku kehilangan jejak. Sempat juga sebenarnya kami menghabiskan ramadhan serta hari raya bersama. Lucu apabila dikenang semula saat itu. Sepanjang bulan puasa, aku selalunya berbuka di luar bersama kawan-kawan kecualilah hari minggu. Ehsan juga sama tetapi boleh dikatakan sebulan berpuasa, dia jarang ada di rumah. Masanya lebih banyak dihabiskan di studio. Mungkin dia cuba mengelakkan diri daripada bertekak dengan aku di bulan mulia tersebut. Kerana pada hari pertama berpuasa, kami sudah bergaduh teruk di pagi sahur. Sebabnya kecil sahaja; aku terlupa menutup api dapur selepas menjerang air. Tetapi hanya berapa minit sahaja sebelum lelaki itu melangkah ke dapur. Tidak ada sebarang perkara buruk yang berlaku, jadi tidak perlulah dia nak mengamuk sangat. Sudahnya, tidak bersahur aku pada hari itu kerana terlalu marah kepadanya dan ya...merajuk. Okay, mungkin memang aku bersalah dalam hal tersebut namun tak ada orang yang suka kena marah, kan? Daripada cara dia bercakap, memarahi aku, seolah-olah aku telah melakukan sebuah kesalahan yang hukuman setimpalnya hanyalah tali gantung. Selepas itu, sebelum tidur aku pasti akan mengisi air panas ke dalam termos supaya keesokan paginya aku tidak perlu menyentuh dapur lelaki tersebut. Kemudiannya, Ehsan terus tidak pulang sehinggalah sehari sebelum raya, itu pun selepas subuh.
Ketika pasangan lain sibuk berbincang untuk balik kampung, kami berdua hanya relax. Maklumlah kedua orang tua kami tinggal tidak jauh. Lagi pun aku sendiri tidak kisah jika dia mahu beraya bersama keluarganya. Sama seperti dia tidak peduli di rumah siapa aku akan berhari raya tahun itu. Tidak wujud sebarang perasaan yang mampu menghubungkan kami. Masing-masing memilih untuk tidak mempedulikan satu sama lain. Sedangkan ketika itu kami hanya punya sedikit masa sahaja lagi untuk saling mengenali sebelum tempoh tiga bulan yang diletakkan mama tamat. Kesudahannya, Ehsan menghabiskan tak sampai dua jam di rumah mama, sejam di rumah ibu sebelum menghilangkan diri untuk tiga hari seterusnya.
Makhluk yang bernama Dzul Ehsan kasar orangnya. Tidak mudah untuk meneka perkara yang bermain di fikirannya. Dia juga seorang yang bertindak berdasarkan pertimbangannya sendiri. Jika dia rasakan sesuatu itu baik untuknya dan orang lain tetapi tidak mendapat persetujuan, dia tetap akan melakukannya. Kemudian membiarkan kita tertanya-tanya sendiri sebab serta tujuan perbuatannya itu. Sikap tidak peduli dan mulut lancangnya sahaja kini yang boleh menyebabkan manusia lain tidak sukakannya. Walaupun begitu, aku tahu dia mempunyai hati yang baik cuma aku masih belum menjumpai contoh yang jelas untuk dinyatakan.
“Kak Ngah jangan lupa weekend ni. Kita ada secret mission untuk dijayakan.”Elisa dihujung talian kedengaran begitu teruja.
Aku menutup mulut, menahan keluhan yang hampir sahaja keluar.
“Elisa, kenapa Kak Ngah kena buat semua ni? This is your problem. Jadi Elisa kenalah cari jalan untuk selesaikan sendiri.”
“As a matter of fact, Elisa dah cari penyelesaian cuma masalahnya it needs your help. Kak Ngah dah janji.”
Mataku tertacap kepada jambangan bunga yang sekali lagi berjaya membangkitkan rasa marahku.
“Yalah, yalah. Weekend nanti. Tolong ingatkan, Kak Ngah. Manalah tahu tiba-tiba Kak Ngah ada date hari tu.”selamba aku berkata.
“Oh yeah, you’re not allowed to date anyone except my stupid, annoying Angah. Haha, joking! I know you hate him. Okaylah, bye. Thanks. I less than three you, Kak Ngah!”talian dimatikan.
Elisa sangat memeningkan kepala aku. Percakapannya kadang-kadang sukar untuk aku tangkap maksudnya seperti less than three? Aku ni dah tua, manalah tahu bahasa-bahasa remaja zaman sekarang. Tua? Aku dah tua? Ehemm, tiba-tiba sahaja aku rasa aku faham maksud less than three.
Telefon bimbit tersebut aku masukkan semula ke dalam beg tangan.
Aku melangkah pantas ke arah kereta dan seperti biasa, Madonna Lilies, Sunflowers, Song of Jamaica serta Yellow Statice yang dihias cantik dalam jambangan berwarna kuning setia menungguku. Sebenarnya jambangan ini membawa maksud yang besar kepada aku dan kerana itulah aku mampu mengingat setiap nama bunganya.
This is getting more  and more tiring. Aku dah bosan, sabar aku sudah sampai ke tahap maksima.
Jambangan bunga tersebut aku capai dengan kasar. Mataku meliar memandang sekeliling.
“Tolonglah berhenti buat kerja tak berfaedah ni! If this is a joke, I’m sorry but I don’t find it funny. So please, stop!!”jeritku, tidak mempedulikan mereka lain yang juga berada di situ.
Bunga itu aku baling ke tanah, kasar.
“I’m starting to lose my patience now. So before I choose to do something stupid like walking to work, tolong berhenti!”
Mungkin itu boleh menyelesaikan masalah. Dia selalu meletakkan bunga tersebut di atas hood keretaku, jadi jikalau aku tidak memandu, mungkin semua ini akan berhenti. Lagipun, dia terlalu penakut untuk memberikannya kepada aku secara berhadapan.
Err... mungkin berjalan ke tempat kerja bukanlah idea yang bijak. Tapi aku boleh naik teksi. Takkan dia nak bagi bunga tu dekat driver teksi pula, kan?
Bosan! Jika hidup aku sebuah novel, pasti ia akan menjadi sangat membosankan, berupaya mendodoi entah berapa ribu orang yang membacanya.
Aku berura-ura untuk masuk ke dalam kereta ketika mataku terpandang sekeping kad yang di selitkan di jambangan tersebut.
Kad? Taktik permainan nampaknya sudah bertukar.
Perlahan-lahan aku menunduk, menarik kad itu. Jantung aku usah dikiralah lajunya.
I’m here
Aku dapat rasakan bulu roma aku berdiri tegak sebaik sahaja kad bertulisan tangan itu aku baca. Tulisan tangan yang tidak aku kenali, bermakna aku tidak mengenali pengirimnya? Ah, berapa kali sangat aku membelek tulisan tangan orang lain selain daripada mereka yang terdekat dengan aku. Cepat-cepat aku masuk ke dalam kereta, meletakkan kad itu di atas dashboard.
Ya Allah, takutnya aku. Tangan aku menggigil, menyukarkan aku untuk memasukkan kunci kereta. Sekali aku cuba, kunci tersebut jatuh ke lantai kereta. Kali kedua, masih juga sama. Aku menarik nafas dalam-dalam, cuba untuk menghilangkan ketakutan yang dengan mudah menguasai diriku.
I’m here? Apa maksudnya tu?
Sudahlah aku tidak mengenali pengirimnya, sekarang aku mendapat sekeping kad yang berbunyi sangat menakutkan. Aku tidak peduli jika dia berada di sini atau tidak, jadi kenapa dia kena beritahu aku yang dia berada di sini? Tapi di sini tu di mana?!
Pintu cerminku diketuk secara tiba-tiba. Hampir sahaja aku pengsan di situ, di ketika itu.
Ah, mak guard!
Aku mengurut dada lantas menurunkan cermin kereta.
“Tadi adik ke yang menjerit dekat parking ni?”dia bertanya.
Wajahnya memandang aku dengan hairan.
“Err...ya.”
“Pucatnya muka. Okay ke, dik?”
Lambat-lambat aku menggeleng. Tanganku yang masih menggigil aku genggam.
“Kakak ada nampak siapa-siapa tak yang mungkin letak bunga tu dekat atas kereta saya?”aku menunjuk ke arah bunga yang aku baling tadi.
Sepintas lalu mak guard itu memandang ke arah bunga tersebut sebelum kembali memandang aku.
“Akak round sejam sekali. Mana nampak. Kenapa dengan bunga tu?”
“Oh, setiap hari ada orang letak bunga tu atas kereta saya tetapi saya tak tahu daripada siapa. Jadi agak menakutkanlah juga.”aku mengambil keputusan untuk tidak menyebut tentang kad kerana aku pasti, dia juga tidak dapat membantu.
“Orang yang kerja sini jugalah tu. Sebab orang luar tak boleh masuk.”
Terima kasih. Statement anda itu telah mengecilkan skop pencarian saya. Aku tahulah orang yang kerja kat sini tapi masalahnya siapa? Lagipun, orang yang kerja kat sini bukannya tiga orang, ramai. Buat lawak pula mak guard ni. Dahlah aku tengah takut.
“Tak apalah. Akak ingat tadi menjerit kenapa.”dengan itu dia berjalan meninggalkan aku.
Lima minit kemudian, aku masih membatu di dalam kereta. Berusaha untuk menenangkan diri. Tolonglah, aku nak balik. Namun aku rasa cukup mustahil bagi aku untuk memandu dalam keadaan fikiran yang sebegini kacau.
Aku menghidupkan enjin, memasukkan gear tapi entah kenapa kereta tersebut tetap enggan bergerak. Sekali lagi aku mencuba sehinggalah akhirnya aku menyedari bahawa aku tidak menurunkan handbrake.
Memang aku tak boleh memandu. Jam di dashboard sudah hampir ke pukul 11 malam. Siapalah yang boleh aku minta tolong waktu-waktu begini?
Abah, Abang Asyraf?
Tidak, aku tak akan menangis. Anith Fitriah bukan seorang yang lemah, cuma penakut je.
Tiga kali aku menelefon abah tetapi tidak satu pun yang berjawab. Abang Asyraf pula telah menyerah tugas kepada Cik Operator untuk menerima panggilanku dan kemudiannya menghantar ke voice message. Aduh...
Aku menggagahkan diri untuk mencuba sekali lagi. Bertenang, satu persatu Anith Fitriah.
Hidupkan enjin, tarik handbrake, dan masukkan gear.
Aku patut simpan duit dan bertukar kepada kereta automatic. Khusus untuk keadaan sebegini.
Okay, sekarang pandu dengan perlahan dan berhati-hati. Mungkin aku boleh sampai rumah dengan selamat.

“Fitri.”dia memanggil.
Aku mengangkat muka, memandang wajah cemasnya yang gagal ditutup. Air mataku yang bertakung aku sapu.
“Kau okay?”dia bertanya lagi.
Aku tidak mempunyai sebarang kekuatan lagi untuk berbicara. Peristiwa yang berlaku tadi sudah mengambil semua kekuatanku yang masih bersisa. Takut, sangat takut. Kejadian tiga tahun dahulu bermain semula di dalam kepalaku berulang-ulang kali sehingga aku rasa seperti mahu hilang akal.
“Hey, say something.”
Hanya Ehsan yang ada dalam fikiran aku tadi dan aku sendiri tidak tahu kenapa. Tangan aku ringan sahaja mendail nombornya yang selama ini padaku tidak penting. Mujurlah dia tidak banyak soal atau merungut. ‘I’ll be there’, itu sahaja kata-katanya namun kesannya kepada aku amat besar.
“I almost kill someone again.”aku bersuara.
“You almost kill yourself, that’s what happen!”suara Ehsan sedikit tinggi sehingga menyebabkan orang yang berada di klinik tersebut memandang kami, berbisik sesama sendiri.
Air mata aku mengalir laju, tidak aku tahan lagi.
Selepas menerima kad yang membuatkan hidup aku kelam-kabut itu, aku terus memaksa diri untuk memandu pulang. Sepatutnya aku tahu ia adalah satu idea yang sangat bodoh. Sepanjang perjalanan, fikiran aku terus menerawang jauh memikirkan perkara-perkara yang tidak enak. Benar, aku teramat takut tadi tetapi tidak dapat dibandingkan dengan ketakutan yang aku rasakan sekarang.
Memang salah aku semua ini berlaku seperti juga dahulu. Entah bagaimana aku boleh tak perasan traffic light bertukar merah dan perkara terakhir yang aku sedar ialah...BANGG!!!
Ketika itu, aku rasakan seluruh dunia aku terhenti.
Nik awak okay??!!
Wajahnya menahan kesakitan jelas bermain-main di mataku tanpa henti. Hanya itu yang ada dalam fikiranku sehingga aku terlupa terus kepada kereta yang aku hentam tadi. Aku terlalu terkejut untuk berfikir, berkata apa-apa atau pun bergerak sehingga pemandu kereta itu pula yang membawa aku ke klinik berhampiran, bukan sebaliknya. Mujurlah tidak ada kecederaan serius selain daripada kereta yang remuk dan juga cermin yang pecah. Tidak aku peduli apa lagi yang bakal berlaku kepada aku. Samanlah aku, tarik balik lesen aku, aku dah tak kisah. Aku tak mahu lalui lagi perkara yang sama aku lalui tiga tahun dulu. Kerana kecuaian aku, aku telah kehilangan satu-satunya lelaki yang aku sayangi. Membuatkan keluarganya meninggalkan Malaysia kerana tidak mampu untuk menerima hakikat akan kehilangan anak lelaki tunggal mereka. Aku dah hancurkan segalanya.
Ehsan menarik kedua-dua belah tangan aku, menyelak helaian rambut yang menutup sebahagian mukaku seperti sedang mencari sesuatu.
“No serious injuries?”tanyanya.
Aku menggeleng.
“Driver yang satu lagi?”
“Minor sratch. Dia masih lagi kat dalam.”suaraku bergetar.
“Aku akan cakap dengan dia lepas ni.”
“It’s my fault! My fault, my fault, my fault.”aku menumbuk-numbuk pahaku.
“Fitri, syhh.”dia menarik aku agar memandangnya.
Keadaan itu hanya membuatkan air mata aku bertambah laju. Sejak bila kau boleh menjadi sebaik ini, Ehsan?
“Syhh. Kau bertenang dulu. Aku akan uruskan semuanya.”ujarnya lembut lalu duduk di sebelahku tanpa sebarang suara. Membuatkan aku tidak pasti jika benar dia berada di samping aku di saat begini.
“Ehsan...”aku berpaling ke arahnya.
“Aku kat sini.”
Kemudian kami berdua senyap kembali. Namun aku mula tenang kerana dia ada di sisiku.
“Dia dah keluar. Aku nak bercakap dengan dia sekejap. Just wait here, okay?”dia memandang aku selama beberapa saat sebelum berjalan ke arah seorang lelaki yang sudah bersih lukanya. Darah di t-shirt yang dipakainya membuatkan aku bertambah cuak.
Mereka yang berada di klinik itu masih lagi memandang ke arah aku dengan hairan. Mungkin kerana keadaan aku yang sangat teruk ketika itu. Rambut yang tidak terurus, air mata yang mengalir tanpa henti. Oh, what a view...
Nik, awak okay?!!
Soalan terakhir yang aku ajukan kepadanya sebelum aku pengsan dan bangun keesokannya hanya untuk diberitahu bahawa dia sudah tak ada.
Namun apa yang berlaku sekarang tidak seteruk tiga tahun dahulu. Hampir tiga hari aku terlantar di hospital, setiap saat hanya mengingatkan aku akan hakikat bahawa aku telah membunuh Nik. Tidak ada seorang pun yang mahu memberitahu aku keadaan sebenar Nik Afezal. I should have tried to stay awake that day, so that I wouldn’t have to miss anything. So that I could be by his side.
Sudahlah sebelum kejadian itu berlaku kami sedang bergaduh. Bergaduh kerana dia tidak memberitahu aku yang dia sudah mempunyai teman sebelum bersama dengan aku. Aku ingat lagi betapa marahnya aku apabila mendapat tahu daripada salah seorang rakanku yang Nik meninggalkan Suraya Athirah, nama yang masih terpahat kukuh di ingatan, kerana aku! Kalau aku tahu, memang aku tak akan memilih untuk bersamanya. Patutlah ramai yang tidak puas hati dengan dengan hubungan aku dan Nik. Tidak sangka aku dia akan menyimpan perkara sebesar itu daripada pengetahuan aku. Dia fikir bergelar perampas itu sesuatu yang enak? Tapi aku tak patut membesarkan perkara tersebut. Entah kata-kata apa yang aku lontarkan kepadanya pada hari itu. Teruk benar kami bergaduh. Kalau diberi peluang, aku nak betulkan segala yang berlaku dulu.
“Selesai! Jom.”Ehsan menghampiriku.
“Ke mana?”soalan bodoh itu aku lontarkan kepadanya.
“Balik.”
“Tapi driver tu...”
Ehsan menarik tangan aku agar bangun sebelah lagi tangannya memegang paket ubatku. Tiada ubat yang mampu menyembuhkan kesakitan, keperitan yang aku rasakan ketika ini. Aku pernah bergantung kepada masa tetapi nampaknya, masa juga tidak berjaya untuk mengubah apa-apa.
“He’s fine. Sehingga dia cakap kau yang nampak lagi teruk daripada dia. Perkara baik sebenarnya sebab dia bersetuju untuk selesaikan semua ni tanpa buat laporan polis. Well, as long as  I pay for the car repair and his medicine bill.”panjang lebar lelaki itu berkata-kata, tidak macam selalunya.
“That easy?”entah kenapa aku rasa Ehsan sedang berbohong kepada aku.
Dia memandang aku, kemudian membuka pintu keretanya untukku. Berbalah sendiri sama ada mahu memberitahu aku perkara sebenar atau tidak.
“I’ll settle everything.”akhirnya dia berkata.
“Kereta aku?”
“Fitri, trust me. Aku akan uruskan semuanya.”
Sepanjang perjalanan, peristiwa tiga tahun dahulu terus menghantui aku. Kejadian tadi hanya membuatkan keadaan bertambah buruk. Meragut segala kekuatan yang aku cuba bina selama ini. Hampir sahaja mengorbankan satu lagi nyawa. Aku tak peduli betapa kecilnya kemalangan tadi kerana bagi aku, ia tetap sesuatu yang mampu meninggalkan kesan.  Melaluinya untuk kali yang kedua bukan sesuatu yang aku inginkan. Cukuplah sekali yang selamanya membuat hidup aku sengsara.
Ehsan juga tidak cuba untuk menyakitkan hati aku dengan sebarang kenyataan berbisa, sebaliknya menumpukan perhatian penuh ke jalan raya.
Dia bukan dirinya sendiri pada hari ni. Jika dia adalah Ehsan yang aku kenali enam bulan dahulu, pasti aku akan makan sindirian serta kata-kata sinisnya. Tidak aku sangka dia akan menjadi salah seorang yang boleh aku harapkan di dalam keadaan sebegini sedangkan dialah orang terakhir yang selalunya wujud di dalam fikiran aku.
“Aku yang bunuh dia, kau tahu tak? Nik Afezal. Aku yang memandu pada hari itu.”aku bersuara perlahan.
Ehsan tidak memberi sebarang respon yang  menyatakan bahawa dia mendengar apa yang aku katakan sebentar tadi.
“Kami bergaduh teruk sebab aku rasa dia tak berlaku jujur kepada aku. Aku tak sangka aku dah menyebabkan hubungan orang lain putus. Aku cakap dia penipu, pentingkan diri sendiri...”aku menelan liur yang tersekat di kerongkong.
Ya, aku cakap semua tu kepada Nik. Aku memang manusia yang tak guna, kan?
“Berkali-kali dia beritahu aku yang dia sayangkan aku tetapi aku tak ambil peduli.”
“Fitri, kau tak perlu buat diri kau macam ni.”Ehsan berkata, cuba mematikan apa sahaja yang sedang bermain di benakku.
Namun aku tidak mempedulikan kata-katanya itu, meneruskan juga. Aku hanya mahu meluahkan semua yang terbuku di dalam hati aku. Sakitku, sedihku, marahku, kesalku. Segalanya.
“Dalam kereta, dia masih cuba untuk pujuk aku. It was raining that day and we were still arguing when suddenly a lorry came out of nowhere. Aku hilang kawalan dan...”aku memejamkan mata apabila secara tiba-tiba peristiwa itu seakan-akan berlaku di hadapan aku.
Keadaan yang kalut, kesakitan yang mencucuk-cucuk, kepalaku yang berpusing. Nik...
‘Tak ada sesiapa sebelum awak. Kenapalah awak perlu percaya orang lebih daripada saya?!’
‘Saya sayang awak sorang saja.’
“Dia cakap dia sayang aku sorang saja.”pedihnya kenangan itu.
“ Broken glasses, blood, Nik, semuanya bercampur di dalam otak ni. Itulah kali terakhir aku lihat dia.”
Aku memeluk tubuh, menghalang kesejukan yang menyerang.
Mungkin kerana itu aku tak dapat lupakan dia. Sudahlah aku tak percayakan dirinya, aku hadiahkan pula kata-kata yang tidak indah kepadanya dan kemudian aku bunuh dia. Bunuh adalah satu perkataan yang cukup besar, tetapi aku rasa, itulah yang aku lakukan. Sangat tidak adil jika aku melupakan dirinya dengan begitu mudah dan memulakan sebuah lembaran yang baru. Kerana itu aku kata, aku tak layak untuk hidup bahagia. Tidak selepas aku hancurkan hidup mereka.
“Kau...”Ehsan menarik nafas.
“Kau tidur dulu. Nanti dah sampai, aku kejutkan.”dia menyambung.
“Boleh tak kau jangan beritahu ibu dan abah pasal ni? Aku tak nak diorang risau.”aku membetulkan dudukku agar lebih selesa.
Ehsan mengangguk.
“Bodoh sebab perkara hari ni berlaku hanya kerana sekeping kad dan sebuah jambangan bunga.”
Mendengar itu, Ehsan lantas berpaling ke arahku tapi sebentar cuma.
“Kau masih dapat bunga tu?”
“Tapi hari ni ada kad. It says ‘I’m here’. Siapalah yang tak freak out bila dapat sesuatu macam tu daripada manusia yang tak dikenali?”
“I’m here? What the hell does that mean?”Ehsan mula kedengaran serius.
“Aku tak tahu.”
Mataku mula terasa berat.
“Kau rehat tetapi sebelum balik, aku ada satu tempat nak pergi dulu.”
Akur, aku menutup mata.

Antara sedar tidak sedar, aku rasa kereta sudah berhenti tetapi Ehsan tiada di tempat pemandu. Namun aku terlalu penat untuk membuka mata. Sebentar kemudian aku terdengar pintu kereta di buka.
“Stupid, fat, useless guard!! Membuta je kerjanya.”marah Ehsan.
Guard?
“Kita kat mana?”aku bertanya, separuh sedar.
“Uh sorry. Nowhere, go back to sleep.”arahnya.
Share:

0 comments: