Aku
memandang kanak-kanak ribena di hadapan aku ini bersilih ganti, menanti walau
sepatah perkataan daripada mulut Farez yang sedari tadi hanya tunduk
seakan-akan pesalah yang sedang menanti hukuman. Elisa sekali lagi
menghadiahkan cubitan ‘manja’ kepada Farez, wajah comelnya kemerahan menahan
geram. Farez menyerengai kesakitan, tampak agak rimas dengan perangai Elisa
yang seakan-akan memaksa itu.
Bakat queen control yang semakin menyerlah?
“Boleh tak awak
berhenti buat macam tu?! Sakitlah.” anak muda itu menepis tangan Elisa,
berkerut dahinya.
“Saya akan terus
buat macam tu sampailah awak berhenti menjadi seorang penakut dan mulat
bercakap, Encik Farez.” balas Elisa
dengan wajah yang garang.
Aku terus
tertanya-tanya sendiri, memandang ke arah Kristine yang juga kini sudah
berpeluh-peluh menahan bahang suspens yang teramat.
Apalah agaknya
yang membawa pasangan JPOP ini ke sini malam-malam begini? Sudah semestinya sesuatu
yang penting atau Farez tak akan takut untuk bersuara manakala Elisa pula tak
akan memaksa sehingga begitu rupa.
Atau mungkinkah
Farez takut untuk bersuara kerana bimbang disergah aku seperti siang tadi?
“Err Kak
Fitri...” Farez menangkat muka dan memandang tepat ke arah ku. Riaknya tidak
dapat aku tebak kerana segalanya bercampur.
Aku mengangguk,
memberi isyarat kepadanya supaya meneruskan.
“Tentang Aya.”
Elisa dan Farez
datang malam-malam begini untuk bercakap tentang Aya?
“Kenapa tentang
Aya?” aku bertanya.
“Err bukan
keseluruhannya tentang Aya kerana sebahagiannya melibatkan Abang Ehsan tetapi
sebahagian cerita tentang Abang Ehsan tu juga bukan sepenuhnya tentang Abang
Ehsan kerana di dalam sebahagian itu juga wujud sebahagian kecil lagi tentang
orang lain. Faham?”
Kami bertiga
memandang Farez tanpa berkedip, cuba untuk mencerna walaupun sesuku
kata-katanya sebentar tadi.
Elisa mengeluh,
seakan-akan sudah berputus asa dengan buah hatinya itu.
“Kenapalah saya
keluar dengan awak.” desisnya perlahan.
“Oh saya pun
tertanya-tanya perkara yang sama.” tempelak Farez pula.
Ah, masih mahu
berlaku comel mereka berdua ini! Hati aku sudah berdebar-debar tetapi tetap
sahaja membiarkan kami semua menunggu.
Kristine memetik
jarinya dalam usaha untuk cuba mengekalkan fokus mereka kepada perkara yang
sedang cuba untuk Farez katakan.
Tentang Aya dan
Ehsan...Farez sedang merujuk kepada peristiwa petang tadi? Ada apa lagi yang
harus diperkatakan tentang itu? Mungkinkah Elisa tidak suka dengan apa yang
sudah aku lakukan kepada abangnya?
“Okay, okay, straight to the point. Ceritanya macam
ni, Abang Ehsan tak bersalah pun melainkan kalau memang dia sengaja jatuh sakit
hari ni supaya dia tak perlu ambil Aya daripada sekolah. Tapi saya tak cakap
itu yang dia buat sebab mana boleh orang rancang untuk jatuh sakit, kan? Sangat
tak munasabah. Dan apa yang saya nak cakap adalah…”
“Farez, you merepek lagi. Fokus!” Kristine
menggawang-gawangkan tangannya di hadapan wajah Farez, cuba menghentikan anak
muda itu daripada terus mengarut.
Farez tersengih,
meraup wajahnya sebelum kembali memandang aku.
“Farez...” aku
terhenti.
Aku dapat
rasakan wajahku mula berubah warna. Hati aku usah dicerita lagi keadaannya,
seolah-olah sudah dapat mengagak keseluruhan cerita meskipun apa yang disajikan
oleh Farez sebentar tadi tidak lebih daripada bayangan kepada perkara yang
sebenarnya berlaku.
Di dalam
fikiranku ketika itu hanya satu; aku sudah melakukan kesilapan yang besar!
“Abang Ehsan bukan
sengaja tak jemput Aya dari sekolah siang tadi. Dia memang nak pergi tapi saya
tak benarkan.”
“K...kenapa?”
terasa sukar untuk lidahku membentuk perkataan sedangkan petang tadi dengan
mudahnya aku melontarkan berbagai-bagai perkataan kepada Ehsan yang sekadar
berdiri menerima hamburan itu tanpa sebarang usaha untuk meredakan keadaan.
“Pagi ni Abang
Ehsan masuk ke kedai, dia dah tak sihat. Semua kerja dia pun terpaksa
ditangguhkan kepada esok. Dia tidur sepanjang hari. Bangun pun untuk ke klinik
je, itu pun jenuh kena paksa.”
“Ehsan tak
sihat?” badanku terasa lemah. Mujurlah ketika itu aku sedang duduk atau aku
mungkin akan terjelopok ke atas lantai dengan kesalahan yang bertubi-tubi
menyerang aku.
Apa yang sudah
aku lakukan? Ya Allah! Tapi sungguh aku tak tahu. Ehsan tak cuba untuk
menjelaskan apa-apa, jadi tak mungkin untuk aku mengetahui semua itu. Aku sudah
memberi peluang yang cukup kepadanya untuk bersuara atau berkata apa sahaja
untuk mempertahankan dirinya, namun tidak! Kerana dia adalah Dzul Ehsan, dia
memilih untuk membiarkan sahaja semuanya berlaku seperti yang aku kehendaki.
Sangat tidak adil untuk aku dipersalahkan untuk sesuatu...Ah, lebih tidak adil
bagi Ehsan dipersalahkan untuk sesuatu yang terang-terang bukan salahnya!
Sepatutnya aku lebih bersabar, tidak membiarkan emosi mengawal aku sepenuhnya.
Farez
mengangguk.
“Habis tu kalau
dia tak boleh ambil Aya, takkan dia tak boleh nak telefon Kak Fitri dan
beritahu tentang tu?”
“Dalam keadaan
dia yang macam tu pun, Abang Ehsan tetap berkeras nak pergi. Stubborness runs in the family, I guess.”
keyakinan mula menghiasi wajah kacak Farez dan keyakinan itu membuatkannya
lebih mudah untuk berkata-kata.
Elisa menyiku
Farez, jelingannya tajam.
“Anyway, Farez berjaya yakinkan Abang
Ehsan sebab kalau tak, kita semua tak akan berada kat sini. Soalannya sekarang,
bagaimana saya yakinkan Abang Ehsan yang keras kepala tu?”
Farez diam
sebentar untuk memberi kesan suspens yang berjaya.
Ah, semakin
berdrama pula si Farez ini! Sudahlah jantung aku bagaikan mahu pecah ketika ini
dihimpit rasa menyesal dan bersalah. Aduh abah, apalah yang sudah Fitri lakukan
ini?
“Jawapannya
adalah Kak Fitri.”
“Fitri? You
cairkan besi waja tu dengan mentioning nama
Fitri ja? Hebat.” Kristine kelihatan seakan tidak percaya.
“Not really tapi lebih kurang macam tu lah.
Farez cakap yang Farez akan call Kak Fitri dan suruh dia tolong jemputkan Aya
sebab Abang Ehsan tak sihat. Dan Abang Ehsan nampak berpuas hati dengan
cadangan tu.”
“Tapi you
terlupa nak call?”
“Saya call Kak
Fitri sebenarnya. Dan itu membawa kita kepada subjek ketiga di dalam perkara
ini.”
“Subjek ketiga?”
aku memaksa diri untuk bertanya walaupun hakikatnya aku sudah tidak mampu untuk
berkata apa-apa lagi.
Bagaimana
seluruh kesalahan yang pada mulanya milik Dzul Ehsan dengan mudahnya bertukar
menjadi milik aku? Betapa aku terburu-buru menjatuhkan hukuman ke atasnya. Dan
dia seperti biasa, tidak akan berkata apa-apa meskipun untuk mempertahankan
dirinya. Entah apa yang sudah aku ucapkan kepadanya hanya untuk memuaskan hati
serta kemarahan aku.
Tidak cukup
dengan itu, aku telah...Oh Fitri, apa yang akan kau lakukan sekarang?
“Encik Nik
Afezal.” satu persatu perkataan itu disebut oleh Elisa agar telinga aku dapat
menangkapnya dengan jelas.
Nik? Nama itu
menyapa telinga aku bagaikan halilintar yang dahsyat, hampir membuatkan aku
tumbang di saat itu juga. Lelaki itu takkan pernah buat hidup aku aman.
Bagaimana pula tiba-tiba dia boleh terlibat di dalam hal ini?
“Apa kaitan Nik
dengan perkara ni?”
“Soalan terbaik,
kan Kak Kristine?”
Kristine
mengangguk, wajahnya bersinar.
“Sangat benar.
Teringin nak tahu kaitan Nik Afezal dengan semua ini. Cepat Farez, the suspense
is killing me.”
“Saya call Kak
Fitri tetapi Abang Nik yang angkat. Kak Fitri ke ladies katanya.”
Fikiranku
menerawang kembali kepada tengah hari tadi.
Ya, aku ke
tandas tetapi Nik tak cakap apa-apa pun kepada aku tentang panggilan daripada
Farez setelah aku kembali.
“Dia tanya kalau
ada pesanan, jadi saya pun beritahulah dia yang Abang Ehsan tak boleh jemput
Aya dan minta Kak Fitri tolong ambil alih tugas tu. Tapi Farez tak tahu pula
keadaan boleh jadi sampai macam ni.”
Nik tak beritahu
apa-apa kepada aku tetapi kenapa? Tidakkah dia tahu apa yang mungkin dan akan
terjadi kepada Aya atau adakah dia sama sekali tidak peduli?
Mungkinkah dia
terlupa?
TERLUPA?!
Perkara penting begitu? Bukannya setahun aku berada di dalam tandas tersebut
sehinggakan dia terlupa untuk menyampaikan kepadanya aku. Tambahan pula pesanan
tersebut sangat mudah, bukannya encoded di dalam satu kerangka program yang
rumit. Bukan juga morse code yang mengambil sedikit masa untuk diterjemahkan ke
bahasa manusia yang mudah untuk difahami. Hah, amat mustahil untuk Mr.Efficient
seperti Nik untuk terlupa sedangkan perkara yang begitu kecil tentang aku pun
dia boleh mengingatinya tanpa sebarang masalah.
Apa sebenarnya
yang cuba kau lakukan, Nik?
“Nik tak
beritahu Kak Ngah apa-apa pun. Kak Ngah tak tahu yang Ehsan sakit. Kalau Kak
Ngah tahu, Kak Ngah tak akan...Ya Tuhan, apa yang aku dah buat?”
Kristine
menghampiri aku lalu menarik aku ke dalam pelukannya, cuba menenangkan aku yang
semakin tenggelam di dalam rasa bersalahku sendiri sehinggakan sukar bagi aku
untuk bernafas.
Aku letakkan
kesalahan ke atas orang yang tidak sepatutnya walaupun aku tidak mengetahui
apa-apa. Sifat terburu-buru aku yang selalunya meletakkan aku di dalam masalah
sebegini.
Anith Fitriah,
tolonglah berfikir sebelum bertindak!
“Kenapa dia tak
beritahu aku, Kristine?”
“And that’s the only part of the mystery that
only you can solve, sweetie. Kau tanyalah dia sendiri.”
“Okay Farez,
tugas anda sudah tamat. Anda boleh pulang sekarang. Terima kasih atas segala
usaha anda.”
Terpinga-pinga
Farez dengan usiran halus Elisa itu.
“Awak?”
“Saya nak tidur
sini. Jom, saya tunjukkan jalan keluar.” Elisa menarik tangan Farez ke pintu.
Huh, dia nak
tidur sini? Untuk buat hidup aku lebih teruk?
“T-ttapi...”
“Kerja yang
bagus, Farez. Selamat malam.” laung Kristine.
“Bye.” Elisa
tersenyum dan lantas menutup pintu sebelum sempat Farez berkata apa-apa.
Mungkin Farez
sendiri kebingungan dengan perangai Elisa sebagaimana aku bingung dengan
perangai abangnya.
Keluarga yang
aneh!
Aku memandang
pintu yang kini bertutup rapat itu dengan harapan agar perasaan aku kini boleh
turut diusir dengan mudah sebegitu. Kristine melepaskan pelukannya dan
mengambil tempat di sebelah Elisa yang sedari tadi tidak lepas daripada
memandangku, membuatkan aku berasa lebih teruk.
Apa lagi yang
harus aku rasakan apabila adik kepada lelaki yang aku kasari siang tadi,
menghamburkan kata-kata yang pelbagai kepadanya, memberikan perhatian tidak
berbelah bahagi kepada aku begitu? Entah apa yang berada di dalam fikirannya
ketika itu.
Pantas bantal di
sebelahku itu aku capai, menyembamkan mukaku sebelum menjerit sekuat hatiku,
tidak langsung peduli sekiranya jiran-jiran yang lain datang mengetuk pintu
rumah kerana mengganggu mimpi indah mereka. Tidak ada yang lebih aku inginkan
ketika ini kecuali daripada merangkak ke bawah katil dan menyorok di bawah sana
untuk beberapa juta tahun atau sekurang-kurangnya sehingga semua manusia di
dunia ini sudah lupa akan kewujudan manusia yang bernama Anith Fitriah dan
sikap terburu-burunya.
Aduh malu ku
kepada Elisa, Farez dan Ehsan bukan kepalang lagi! Terlihat sudahlah kecacatan
peribadiku dengan apa yang aku lakukan hari ini. Bukankah abah sudah
berkali-kali menegah anak-anaknya daripada membuat keputusan secara terburu-buru,
menghukum mereka yang lainnya berbuktikan amarah, berhakimkan emosi? Namun
kerana kurangnya kesabaranku, aku membiarkan kemarahan, emosi mengawal aku
sedangkan aku yang patut lebih bijak mengawalnya. Aku manusia yang dikurniakan
akal yang sihat untuk berfikir, tanpa sebarang cela, namun sayangnya aku tidak
menggunakannya sebaik mungkin dalam membuat keputusan.
Walaupun benar
Ehsan bersalah, aku tidak sepatutnya bertindak melulu sehingga menampar dan
merosakkan barang kesayangannya. Apa yang akan terjadi kepada aku sekiranya
perkara ini sampai ke pengetahuan mama dan ibu? Kacau dan akan bertambah kacau
lagi sekiranya mereka mengetahui Nik juga terlibat di dalam perkara ini dan
mungkin juga penyebab kepada semua yang telah berlaku.
Nik, Ehsan...Dua
lelaki yang tak pernah berhenti membuat kepala aku berpusing 360 darjah.
“Kristy, Elisa,
apa yang patut Kak Ngah buat sekarang ni?” aku bertanya, meminta simpati mereka
berdua yang sudah tentunya tidak mempunyai walau sedikit pun rasa kasihan untuk
aku. Malah mereka merasakan segala yang berlaku amat menghiburkan dan melucukan
serta peluang terbaik untuk menyeksa aku.
“Jangan risau.
Elisa memang tak suka kamera Angah tu tapi...” Elisa memintal-mintal rambutnya,
memainkan watak gadis nakal, sesuai dengan karakternya ketika itu yang hanya
mahu menyeksa perasaan aku.
“Tapi kamera kan
nyawa seorang photographer? And to think
that you actually broke that thing into pieces. Hrmm Fitri, aku memang nak
sangat ucapkan tahniah atas keberanian kau tu tapi sangat tak adil untuk Ehsan.
Dia tak bersalah.”
“Dan kata-kata
tersebut datang daripada seseorang yang sepenuh kewujudannya cukup tak suka
dengan Ehsan?”
“Demam dan
kemudian kamera kesayangan pula rosak, mesti si Ehsan tu bengang, kan?”
Kristine tidak mempedulikan sindiranku itu.
Sudah semestinya
tidak apabila dia mempunyai rakan jenayah yang sama padan, yang sama
menyakitkan hati.
Bukankah mereka
sepatutnya cuba menenangkan aku dan buat aku berasa lebih baik? Kerana keadaan
aku sudah sedia teruk tanpa mereka untuk menambah buruk lagi keadaan.
Elisa
mengangguk, turut sama menggunakan peluang yang ada untuk mengenakan aku.
“Hairan sebab
Angah tak mengamuk. Kamera dah jadi serpih pun masih cool lagi. Selalunya orang
sentuh sikit pun dah bising. So it’s a miracle you’re still breathing, sis. Mungkinkah
sebab...” Elisa memandang wajahku dengan serius, membuatkan air liur aku
tiba-tiba bertukar pahit.
“Apa?”
Dia memeluk
bahuku.
“Mungkinkah
sebab Angah sayangkan Kak Ngah?”
Aku mencebik,
kurang senang dengan gurauannya itu.
Ke situ pula
budak ni. Tak ada kaitan langsung dengan masalah aku sekarang ni. Aku hancurkan kamera Ehsan untuk kesalahan
yang tidak dilakukannya. Semuanya hanyalah salah faham tetapi kerana baran aku,
aku dah buat keadaan jadi kacau.
Aku dah rosakkan
kamera Ehsan! Kamera Ehsan, okay? Dan Ehsan sayangkan kamera tu lebih daripada
nyawanya. Oh my, aku harap lelaki itu masih bernafas saat ini. Aku tak rasa aku
mampu untuk terus hidup sekiranya terpaksa bergelar seorang pembunuh sekali
lagi.
“Apa yang patut
Kak Ngah buat ni? Your brother will be
fine, right? Dia takkan mati, kan? Atau dia takkan bunuh Kak Ngah, kan?
Mesti dia marah dengan Kak Ngah. Aduh, apa yang Kak Ngah nak buat ni?” aku
bertanya, mula panik.
Elisa cuba untuk
menggeleng dalam usahanya untuk menghentikan ketawanya yang semakin
menjadi-jadi itu. Entah apa yang lucu aku pun tidak pasti.
“Aku tahu apa
yang kau patut buat. Tembak Nik tepat ke jantungnya dengan pancang kayu.”
Kristine masih lagi dalam mode berguraunya.
Pancang kayu?
Dia fikir Nik tu vampire ke haa?
“Kristine, aku
serius ni.”
“Apa yang buat
kau fikir aku bergurau? Nik tu sedari awal lagi memang patut ditembak je. Aku
tak faham apa yang kau nampak dalam orang yang macam tu.”
“Kita tak dengar
lagi cerita daripada pihak dia. Jadi, jangan buat andaian apa-apa. Aku tak mahu
buat kesalahan yang sama dua kali.”
Nik, aku benar
harap kau punya alasan yang kukuh untuk semua ini. Tolonglah bukan kerana
cemburu kau kepada Ehsan yang tak munasabah tu.
Kenapa kau harus
berterusan hancurkan hati aku, Nik? Setelah kita bekerja keras untuk buat semua
orang menerima kau seperti dahulu? Kalau
ibu tahu tentang perkara ini Nik, dia pasti akan lebih tidak menyukai kau.
Bukankah ia membuatkan segala usaha kita selama ini sia-sia? Sepatutnya kau
cuba untuk memenangi hatinya, bukan melakukan sebaliknya.
Sekarang
Kristine pasti akan ketawa senang kerana berjaya membuktikan kepada Elisa kau
bukan pilihan yang tepat dan menerima kau kembali adalah keputusan yang salah.
Aku yang
menyayangi kau tetapi aku sendiri tak faham kenapa perlu aku ambil peduli
pandangan mereka terhadap kau. Bukankah yang penting hanya pandangan dan
perasaan aku terhadap kau? Atau aku sebenarnya tak pasti akan perasaan aku lagi
dan kini bergantung kepada pendapat orang sekeliling untuk membenarkan apa yang
aku rasa?
Arggh, mengarut!
“Mungkin Kak
Ngah patut minta maaf daripada Angah.” Elisa memberi cadangan setelah ketawanya
mula reda.
Minta maaf
daripada makhluk ego seperti Ehsan adalah sesuatu yang hampir mustahil. Dia tak
mungkin akan memaafkan aku dengan mudah, tambahan pula sekiranya dia berada di
pihak yang benar.
“Memang salah
Kak Ngah. Kak Ngah yang melampau buat macam tu dekat Ehsan. Kak Ngah tampar
dia, lepas tu rosakkan pula kamera kesayangan dia. Korang berdua betul, kamera boleh
dikira sebagai nyawa seorang jurugambar. And I took it from him without any
thoughts. Kak Ngah memang manusia yang teruk.”
Semakin aku
memikirkan hal ini, semakin teruk aku terasa. Ehsan, meskipun dengan perangai
dia yang sebegitu, tak pernah sekali pun mengganggu hidup aku, apatah lagi
berkasar dengan aku. Namun aku sesuka hatinya memusnahkan perkara yang paling
penting di dalam hidupnya, melontarkan kata-kata semahuku kepadanya.
Ehsan sedikit
pun tidak cuba untuk mempertahankan dirinya, sekadar membenarkan apa yang
salah. Sehingga kini, aku masih tidak memahami apa-apa tentang bekas suamiku
itu. Unik sungguh dirinya yang satu itu dan kini kerana keunikannya itulah,
proses meminta maaf daripadanya akan menjadi dua kali ganda sukar. Oleh kerana
itu juga, aku perlu melipat gandakan kekuatan dan usahaku.
“Ia tak seteruk
tu, Fitri. Kami berdua bergurau je. Sudahlah, berhenti salahkan diri kau. Ehsan
dah lalui perkara yang lebih teruk dan aku pasti kamera yang rosak tu tak akan
membunuhnya. Dia tu keras macam konkrit. Elisa benar, kau patut minta maaf
daripada Ehsan. Tetapi kalau dia sombong, abaikan saja. Tak perlu buang masa
untuk orang macam tu. No offence,
Elisa.”
“None taken. Angah memang benar bukan
seorang teman yang baik, jauh sekali manusia yang sempurna, tapi percayalah, dia
sempurna dalam cara dia sendiri. Kalau Kak Ngah ambil sedikit masa dan
kesabaran untuk mengenali Angah, Kak Ngah akan sedar yang dia lebih baik daripada
apa yang dia tunjukkan kepada kita semua. Tapi kalau Kak Ngah tetap tak dapat
tengok good side Angah tu, jangan
risau. Kak Ngah tak bersendirian sebab Elisa pun sedang mencuba sebenarnya.”
ketawa Elisa meletus, lucu dengan apa sahaja yang baru dikatakannya.
“Wow, ucapan
yang baik!” puji Kristine, menepuk-nepuk bahu Elisa seakan-akan dia benar kagum
dengan kata-kata Elisa sebentar tadi. Kata-kata yang pada aku mempunyai maksud
yang agak dalam, ditujukan khas kepada aku yang sering sahaja tersilap menilai
Angahnya yang penuh misteri itu.
Aku melirikkan
pandangan ke arah Kristine dan Elisa.
Entah mengapa
tetapi aku rasakan perangai Kristine dan Elisa hampir sama. Apabila mereka
berdua bergabung, orang lain tak akan punya peluang untuk berfikir dengan waras
lagi. Seorang Kristine sahaja sudah mampu untuk membuatkan kepalaku pening,
inikan pula dua.
Namun tanpa
mereka berdua, kepala aku akan lebih pusing memikirkan masalah yang datang
bertimpa seorang diri.
“Dilahirkan
dengan kemahiran berucap, terima kasih.” Elisa tersengih, mengenyitkan matanya
kepada Kristine yang kemudiannya membalas kenyitan tersebut.
Mereka berdua
memang akan menjadi sahabat yang sangat baik.
Aku sememangnya
tahu Ehsan mempunyai hati yang baik tetapi aku tak punya cukup kesabaran untuk
bertahan dengan sikapnya yang itu. Dia tidak punya sebarang perasaan, sama ada
kepada orang di sekelilinginya mahupun untuk dirinya sendiri. Dia tidak peduli
dengan apa yang akan atau mungkin berlaku akibat daripada tindakannya.
Terlalu mustahil
untuk aku berlaku normal dengan orang yang ‘abnormal’ sebegitu.
Tak kira
daripada sudut mana pun aku cuba untuk melihat diri Ehsan, dia masih lagi
seorang manusia yang sukar untuk dimengertikan. Kerana dia sendiri tak pernah
cuba untuk mendekatkan dirinya dengan mereka yang rapat dengannya, selesa
dengan hidup berseorangan tanpa teman.
Persoalannya di
sini, mampukah dia untuk terus bertahan tanpa sokongan orang lain? Cuba
menjauhkan diri daripada disakiti dengan menyakiti orang lain? Teori apakah
yang diguna pakai itu? Sesuatu yang dipelajarinya ketika di States dahulu,
namun itu tidak bermakna di harus mempratikkannya ke dalam semua perkara.
“Dia sendiri
perlu berubah, Elisa, untuk buat orang lihat dirinya yang sebenar-benarnya. Dia
yang pilih untuk hidup dalam dunianya sendiri, jadi tak ada apa yang kita boleh
buat untuk ubah kenyataan tu. Kak Ngah
ikhlas nak jadi kawan dia, tapi dia tak nak kawan dengan Kak Ngah. Jadi apa
lagi yang boleh kita buat? Persabahatan tidak boleh dipaksa sebagaimana kita
tak boleh paksa Ehsan untuk bersuara. Whatever
secrets he chose to keep to himself, I’m sure it’s for the best.
Sekurang-kurangnya untuk diri dia sendiri.”
Kristine
mengerutkan dahinya.
“Ucapan yang
agak bagus daripada seorang yang memiliki kemahiran sosial yang teruk. Aku
kagum. Tak sangka Ehsan boleh buat kau cakap macam ahli politik nak menang
pilihanraya.”
Kristine tak
akan berhenti mengenakan aku malam ini, terima sahajalah hakikat itu.
“Sebenarnya,
Angah dah banyak berubah sejak kenal Kak Ngah. Dan sungguh kalau Elisa cakap
yang Kak Ngah terlalu sibuk dengan putera raja Kak Ngah tu untuk sedar apa-apa.
Okay, Elisa penat. Nak masuk tidur.” dia bingkas bangun.
“Elisa, apa
maksud Elisa tu?” aku bertanya.
Gadis itu
sekadar mengangkat bahu, kelihatan tidak berminat untuk menerangkan apa-apa
kepadaku.
“Itu kerja Kak
Ngah untuk fikir. Good night everybody.”
Good night?
Malam ni adalah malam yang teruk untuk aku. Ughh, Fitri yang selalu menimbulkan
masalah! Kalau kisah hidup aku ini sebuah buku, aku sudah punya tajuk yang
sesuai untuknya.
Kisah Teladan:
Anith Fitriah, Budak yang Suka Menurut Hati dan Menyusahkan Orang Lain
*********************************************
Hai! ngeee~
Updated...updated!
Jemputlah baca dan beritahu budak ni apa pendapat anda, anda dan anda.
ODYBM dah siap sepenuhnya dan sekarang sedang dilanda sindrom kurang keyakinan diri yang dahsyat lalala
Takut tak menepati citarasa T_T
Dan mengurangkan mood untuk meng-update. Adeh *Sighs*
Terima kasih daun keladi untuk yang komen ^^
Selamat membaca.
p/s:macam mana kak leenda boleh teka yang ehsan demam? betullah orang kata - great minds think alike hehe